JURNAL BERITA – MB : Jadikan perpustakaan rumah kedua

1. MB: LUAS diarah dapatkan ‘The Royal Rainmaking Technology’ bagi hujan 3 kali seminggu

2. MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentah

3. MB: Air cukup di Kuala Langat, tetapi kurang di empangan KKB

4. MB: Jadikan perpustakaan rumah kedua

5. Anwar tarik diri, Wan Azizah kekal presiden PKR

6. Kerajaan BN ‘sorok’ penswastaan Penang Port

7. FOMCA: Semua pihak perlu bekerjasama pastikan penstrukturan industri air disegerakan

8. FOMCA: Kerajaan patut kaji kesesuaian bas ekspres 2 tingkat

9. FOMCA: Kerajaan Pusat patut bentang pelan penyaluran air Langat 2

10. AKTIVITI YB: ‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

11. Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

12. PR gerakkan rakyat bantah GST 1 Mei di KL

13. BERSIH 2.0: Ayuh bersolidariti bersama pekerja di Himpunan 1 Mei

14. PAS: Parlimen Bukit Gelugor adalah kerusi DAP

Categories
NASIONAL

Kerajaan BN ‘sorok’ penswastaan Penang Port

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 APRIL : Kerajaan BN tidak telus apabila secara sembunyi menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang dalam perjanjian dimeterai pada 23 November tahun lalu dengan salah sebuah syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd diperakukan sebagai pembida bagi cadangan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn Bhd.

penang portBeliau berkata tindakan itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana tiada sebarang kenyataan umum disiarkan untuk pengetahuan ramai.

“Adakah Kerajaan BN ingin menyembunyikan sesuatu? Adakah kerajaan takut rakyat mengetahui satu lagi penswastaan strategik aset negara telah diswastakan? Dan pemenang sekali lagi adalah (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Apabila aset begitu penting diswastakan, Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat kenapa ia diswastakan, apakah hala tuju dan perancangan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media.

sim-tze-tzimSim berkata, lebih menyedihkan, penswastaan itu dibuat melalui tender terhad sedangkan ia pernah dikecam bekas Presiden Transparency International, Datuk Paul Low dengan menyifatkan langkah penswastaan melanggar amalan urus tadbir yang baik dan telus.

Low juga pernah berkata kepada Seaport tanpa melalui tender terbuka secara kompetitif menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah mengamalkan apa yang disarankan berkaitan akauntabiliti dan melawan rasuah.

“Barisan Nasional Pulau Pinang yang dipimpin oleh Teng Chang Yeow juga membantah penswastaan perlabuhan Pulau Pinang.

“Persoalan sekarang kenapa kerajaan pusat berdegil meneruskan penswastaan secara tender terhad walaupun ditentang kuat oleh BN Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang, kesatuan pekerja, pengusaha logistik, dewan-dewan perniagaan dan badan bukan kerajaan (NGO)?” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya satu demi satu aset strategik nasional jatuh ke tangan Syed Mokhtar, antaranya Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia, Bernas, Puspakom, Central Sugar Refinery dan banyak lagi.

“Dengan segala misteri yang timbul akibat penswastaan pelabuhan Pulau Pinang, saya menyeru Perdana Menteri and Menteri Pengangkutan supaya mengumumkan segala butiran penswastaan ini dengan segera.

“Ia supaya rakyat Malaysia boleh percaya Kerajaan adalah jujur dan bukan untuk menggadaikan rakyat dalam proses penswastaan ini,” katanya.

EZY