Categories
SELANGOR

Laluan keluar masuk Plaza Tol Shah Alam boleh dilalui

SHAH ALAM, 22 DIS: Semua laluan keluar masuk Plaza Tol Shah ALam dekat Seksyen U8 Bukit Jelutong di sini sudah boleh dilalui kenderaan sejak 10 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata awal pagi tadi, beberapa lorong plaza tol berkenaan ditutup kerana dinaiki air, lapor Berita Harian.

“Kawasan lain masih dalam keadaan baik, hujan juga sudah reda dan plaza tol berkenaan kini sudah boleh dilalui,” kata Norazam Khamis ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebahagian jalan ke plaza tol berkenaan tidak boleh dilalui selepas dinaiki air berikutan hujan lebat melanda Shah Alam sekitar jam 4 pagi.

Categories
SELANGOR

Pemandu bas bawa pesakit terbabas disahkan positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Pemandu bas yang membawa 40 pesakit Covid-19 dan terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi turut disahkan positif virus itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari’at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan dan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan.

Ujian saringan air kencing pula mendapati lelaki itu negatif dadah namun siasatan masih diteruskan.

“Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, bas yang membawa 40 penumpang hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong Touch ‘n Go sebelum merempuh pondok tol tersebut.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kegagalan sistem brek bas tersebut, berdasarkan kenyataan daripada pemandu bas itu,” katanya kepada Bernama.

Kenderaan itu antara 11 bas dalam konvoi membawa 431 pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong di Perak yang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 di Selangor.

Kesemua penumpang, termasuk lapan yang cedera, dibawa ke PKRC MAEPS 2.0 untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Petugas positif Covid-19, Prolintas buat sanitasi di plaza tol

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menjalankan kerja pembasmian kuman dan pembersihan di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan kesemua 16 plaza tolnya berikutan salah seorang kakitanganya disahkan positif Covid-19, semalam.

Prolintas dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja berkenaan dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pasukan Respons Covid-19 dengan kerjasama KKM juga telah melaksanakan usaha pengesanan kontak rapat bagi kakitangan yang dijangkiti itu.

“Semua rakan sekerja yang berhubung secara langsung dengan pekerja terbabit turut diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari dan menjalani ujian swab,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama Prolintas memberi jaminan tidak akan berlaku gangguan pada operasi tol dan semua pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi semua perintah pergerakan dan garis panduan tatacara operasi piawai (SOP) daripada pihak berkuasa.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sekatan jalan raya diperketat, tiada cubaan rentas negeri

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kebanyakan orang awam yang menggunakan lebuh raya hari ini hanya bagi pergerakan dalam negeri.

“Kebanyakan kenderaan bergerak di dalam negeri dan daerah yang sama sahaja iaitu di bawah kawalan. Walaupun tiada percubaan rentas negeri tetapi sekatan jalan raya diperketatkan juga,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di plaza tol utama ibu negara iaitu Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Gombak mendapati ketiga-tiganya dalam keadaan lancar selain tidak terlalu sibuk.

Azisman berkata pergerakan di ketiga-tiga plaza tol berjalan lancar termasuk yang diadakan sekatan jalan raya.

“Alhamdulillah, aliran trafik di ketiga-tiga sekatan jalan raya di plaza tol tersebut berjalan lancar, tiada kesesakan dan jumlah kenderaan sederhana,” katanya.

Selain itu, tinjauan Bernama mendapati pihak berkuasa turut menjalankan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Kuala Lumpur dari arah utara dan pantai timur iaitu di Plaza Tol Jalan Duta dan Gombak.

Difahamkan polis berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang mungkin telah melepasi sekatan jalan raya sebelum ini.

-BERNAMA