Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Mazlan ‘hero’ PPR Lembah Subang hutang sewa rumah lebih RM2OK

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM 10 OGOS – Individu yang sengaja melemparkan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri berhubung isu pengurusan rumah kos rendah di Petaling Jaya mempunyai rekod dan tunggakan pembayaran lampau.

Hasil semakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mazlan Md Yunos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang didapati tidak menjelaskan tunggakan sewa rumah RM23,124.

Ahli Majlis, Ariffin Mahaiyuddin, berkata individu terbabit gagal melunaskan tunggakan pembayaran walaupun notis sudah dihantar.

“Kalau benar mahu buat aduan dan jadi juara, sepatutnya dia jadi contoh kepada penduduk lain. Tapi bila pihak kami buat semakan, dia pula yang paling banyak hutang.

PPR“Bayangkan dengan pembayaran RM250 sebulan, sudah berapa lama dia tidak bayar hingga tunggakannya mencecah RM24,000?” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini.

Beliau berkata, sikap individu seperti itu menjadi penyebab utama MBPJ terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menyediakan fasiliti dan penyelenggaraan terbaik kepada penduduk.

Mazlan sebelum ini tampil membuat kenyataan di media Umno, TV3 mendakwa MBPJ gagal menyediakan fasiliti terbaik yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

Katanya, Kerajaan Negeri juga gagal memainkan peranan sebaiknya sehingga memerlukan campur tangan menteri, Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun, dakwaan negatif mengenai kegagalan pengurusan projek PPR Selangor sebelum ini dibidas Exco bertangungjawab, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih PPR demi keselesaan rakyat ekoran kediaman itu tidak terurus sejak diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Noh boleh belajar urus PPR dengan Kerajaan Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 8 OGOS: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berbesar hati untuk menjemput Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mempelajari selok-belok pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor.

Beliau secara sinis menyifatkan Noh sedang ghairah untuk menjuarai isu rakyat kerana baru sahaja dilantik kembali menjadi menteri selain memperoleh gelaran Tan Sri.

“Sudah terlambat, Noh Omar dia baru dapat (gelaran) tan sri, baru jadi menteri, dia baru nak belajar bagaimana nak tolong orang susah. Sudah terlambat.

“Saya fikir mahu jemput Noh Omar datang belajar dengan Kerajaan Negeri sebelum buat sebarang kenyataan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mengenai isu PPR di Selangor.

Azmin-RakyatMohamed Azmin menjelaskan, Kerajaan Negeri sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Selangor memiliki rumah terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kita dah laksanakan perkara ini beberapa tahun lepas, kita ada Program Dana Selangor iaitu siapa sahaja yang terlibat dalam perumahan kos rendah yang tidak ada kapasiti untuk memohon pinjaman bank, tidak ada penyata gaji, tidak ada pekerjaan tetap, tidak ada penjamin. Maka, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta.

“Ini bukan perkara baru untuk Kerajaan Negeri tapi terlalu baru untuk Noh Omar,” katanya.

Noh sebelum ini memberitahu, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri bagi memohon mengambilalih pengurusan dan penyelenggaran bangunan PPR di Selangor.

Katanya, langkah terbabit kononnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan Kerajaan Negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

Bagaimanapun, Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menzahirkan rasa kesal di atas sikap Noh yang bermain politik dalam kebajikan rakyat sekali gus meminta menteri itu tidak berlagak seperti hero.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Penghuni Projek Perumahan Rakyat masih nikmati kadar sewa serendah RM110

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 MAC: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor masih menikmati kadar sewa serendah RM110 sehingga kini dengan kadarnya tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa garis panduan seperti pendapatan isi rumah dan jumlah tanggungan diambil kira dalam penentuan kadar sewa.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (2)“Saya sudah maklumkan kepada lembaga perumahan untuk memberi perhatian khusus kepada permohonan mereka yang berpendapatan rendah dengan standar sewa RM 124.

“Kita tidak boleh benarkan sewa rendah kepada mereka yang berpendapatan besar, jika dibenarkan maka tidak adil kepada rakyat Selangor yang lain.

“Mereka yang mampu dikenakan sewa RM240,” katanya kepada pemberita sejurus acara larian sempena program Malaysian Women Marathon 2015, hari ini.

Beliau menjawab dakwaan pihak pembangkang kononnya Kerajaan Negeri menaikkan kadar sewa PPR Kota Damansara sehingga membebankan rakyat.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penduduk harus bersama-sama menampung kos pengurusan bagi memastikan perumahan itu diselenggara baik.

“Ia seperti kos pembersihan sampah dan sisa pepejal, kemudahan lif dan kos penyelenggaraan lain,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Lantik ‘task force’ berwajib, elak sewa atas sewa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Perlantikan ‘task force’ di bawah badan berwajib perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak wujud sewa atas sewa yang membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata, ‘task force’ itu boleh diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Katanya, pasukan khas itu perlu menjalankan pemantauan berterusan dan siasatan dalam kes terbabit.

_MG_1164“Saya menyarankan kita lantik pasukan khas bagi menjalankan siasatan terhadap pemilik sewa atas sewa ini,” katanya.

Halimaton berkata, sikap tidak bertanggungjawab penyewa terbabit akan menyukarkan ramai lagi penduduk berpendapatan rendah menunggu giliran untuk memiliki PPR.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu dikenakan kepada penyewa tempatan yang bertindak menyewakan unit kediaman mereka kepada warga asing.

“Ini perkara serius. Seharusya, perkara ini tidak berlaku. Mereka yang bertindak menyewakan kepada orang lain itu bermakna mempunyai rumah lain.

“Jadi, tindakan tegas perlu diambil. Masih ramai penduduk menunggu untuk tinggal di PPR contohnya di Seksyen 8, jadi lebih baik kita bagi kepada orang yang lebih layak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Kaut untung atas angin, senarai hitam penyewa ingkar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Tindakan Kerajaan Pusat membenarkan warga asing bekerja di negara ini bukan sahaja membuka peluang kepada mereka bermaharajalela tetapi pihak tidak bertanggungjawab turut meraih keuntungan.

Tidak kurang juga ada kumpulan warga asing yang tinggal di kawasan penduduk tempatan sehingga membina penempatan dan membuka perniagaan sendiri.

Kebanjiran itu juga menyebabkan penyewa tempatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) berani mengambil kesempatan dengan menyewakan unit  kediaman mereka kepada warga asing bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

_MG_1101Kebanyakan warga asing terpaksa membayar sewa lebih tinggi berbanding RM124 dan RM250 sebulan yang ditetapkan ke atas penyewa tempatan.

Harga sewa yang dikenakan kepada warga asing adalah antara RM300 hingga RM500 sebulan.

Ahli Majlis MBPJ, Raja Fairus Raja Mazlan berkata, penyewa tempatan yang mengaut keuntungan ‘atas angin’ perlu disenarai hitam daripada sebarang bentuk bantuan supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Katanya, langkah terbabit bagi memastikan tiada lagi isu berbangkit dalam masalah itu.

“Tindakan yang dilakukan pemilik unit terbabit tidak bermoral iaitu melakukan penipuan dengan memeras warga asing untuk mendapatkan kesenangan hidup. Sebaiknya, senaraikan hitamkan nama pemilik unit itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)“Kita tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka tetapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri boleh menyekat penama itu dari mendapat sebarang bantuan lagi,” katanya.

Selain itu, Ahli Majlis MBPJ, Cynthia Gabriel memaklumkan pengurusan MBPJ sudah mengenalpasti beberapa unit PPR yang dihuni warga asing.

Katanya, MBPJ sudah mengeluarkan notis pengosongan kepada unit terbabit dan tindakan pengusiran akan dilakukan dalam masa terdekat.

“MBPJ juga akan membatalkan kontrak penyewaan kepada penyewa berdaftar jika menyalahgunakan unit rumah dengan menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Mana-mana unit itu akan ditarik balik dan akan disewakan kepada pemohon yang terdapat di dalam senarai menunggu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Lautan warga asing, penduduk bimbang ancam keselamatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Isu sewa atas sewa di kawasan PPR semakin berleluasa apabila terdapat sindiket didalangi Pihak Pengurusan Bersama (JMB) bertindak menjadi ejen menyewakan unit kediaman penduduk tempatan kepada warga asing.

Selain itu, majikan juga menjadikan PPR sebagai rumah kongsi pekerja dan  stor menyimpan peralatan.

_MG_1215Tinjauan Selangor Kini di beberapa kawasan PPR mendapati terdapat banyak unit kediaman dihuni warga asing dari Myanmar, Bangladesh, India dan Indonesia.

Apa yang pasti, unit kediaman yang didiami warga asing itu tidak ubah seperti rumah kongsi ekoran keadaan yang tidak terurus dan kotor.

Warga asing yang dikenali sebagai Kareem, 49, dari Pakistan berkata, dia sering mengunjungi rakannya yang tinggal di kawasan itu dan mengakui pernah tinggal di kawasan sama beberapa tahun lalu.

“Ramai kawan saya tinggal di sini. Dalam sebuah rumah, berbelas orang tinggal sekali,” katanya ketika ditemui di PPR Kota Damansara.

_MG_0641Pengerusi Surau PPR Kota Damansara, Zakaria Ismail, 53, berkata penduduk pernah menghalau warga asing yang menghuni PPR itu.

“Adakala, kita tidak boleh lakukan tindakan itu kerana ada rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing. Di PPR ini, kita tidak nafikan ada kes ini tetapi tidak banyak,” katanya.

Di PPR Lembah Subang, Ketua Blok H, Rahman Aman memberitahu terdapat kira-kira 40 peratus warga asing memonopoli lapan blok itu.

Katanya, sudah banyak aduan diserahkan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan diambil.

_MG_0755“Kami juga pernah bertanya kepada penyewa tempatan yang melakukan perkara itu. Jawapan mereka, unit diceroboh dan tidak selamat untuk didiami,” katanya.

Rahman berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani isu terbabit yang berlarutan sejak 2007.

“Kita sebagai pengundi sudah pasti mahu kelebihan dan keselesaan diberikan kepada warga tempatan.

“Masih ramai rakyat kita tidak mempunyai rumah, jadi mengapa sewakan kepada pihak tidak bertanggungjawab. Pihak berwajib juga perlu memantau kegiatan ini dengan lebih tegas,” katanya.

_MG_0781Suri Rumah, Fauziah Buyong, 56, mengakui tidak selesa dengan situasi berkenaan dan berasa tidak selamat berada di PPR itu kerana jumlah warga asing semakin meningkat.

“Mereka juga berniaga di kawasan sekitar. Namun, saya sekeluarga tidak mempedulikan atau mengganggu mereka sebagai langkah keselamatan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Sewa atas sewa, Kerajaan Negeri serbu PPR

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Kerajaan Negeri memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab penyewa tempatan yang menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad berkata, beliau akan meminta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan serbuan di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) ekoran sikap mengaut keuntungan atas angin itu.

iskandarKatanya, terdapat unit kediaman penyewa tempatan dirampas kerana ‘sewa atas sewa’ sebelum ini.

“PPR di bawah dua pentadbiran iaitu Kota Damansara, Hicom dan Serdang di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Manakala, Lembah Subang di bawah MBPJ. Saya akan minta MBPJ dan Lembaga Perumahan turun buat operasi gerak gempur.

“Memang ada yang sudah dikeluarkan kerana sewa atas sewa,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bertindak tegas dalam kes itu dan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyewa tempatan yang mengambil kesempatan.

PPRT“Ini adalah rumah sewa dan tidak boleh dijual. Terdapat empat projek iaitu di Kota Damansara, Lembah Subang, Hicom dan Serendah.

“Rumah ini tidak akan disewakan kepada warga asing. Penyewa juga tidak boleh menyewa kepada orang lain.

“Jika berlaku sewa atas sewa, kontrak sewaan akan dibatalkan serta-merta. Kerajaan Negeri akan tawarkan kepada penyewa yang menyewa daripada penyewa asal,” katanya.

-NFN-

Polis tidak terima laporan kecurian besi tangga dari PPR

Polis boleh menyekat penjual dan juga pembeli besi kemudahan awam yang dicuri sekiranya penduduk turut bekerjasama membanteras jenayah itu

Politik ganggu urustadbir PPR

Siasatan Friends of Kota Damansara mendapati politik mengganggu usaha menyelenggara PPR dan mengamankan jenayah.

Categories
SELANGOR

Isu PPR: Penyata Selcat dibawa dalam DNS pada Ogos

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 MAC : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelenggaraan dan pemantauan Program Perumahan Rakyat (PPR)di negeri itu akan dibawa dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Ogos.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata pihaknya akan membuat kajian mendalam berhubung isu itu melalui dokumen diterima daripada kesemua saksi yang dipanggil dalam sesi pendengaran awam berkenaan.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)Katanya Selcat tidak akan membuat sebarang keputusan berkaitan isu terbabit, sebaliknya hanya memberi saranan yang boleh digunapakai oleh pihak berkenaan.

“Kami akan menyediakan satu penyata yang mengandungi saranan jawatankuasa hasil daripada penemuan serta fakta diperolehi selepas sesi pendengaran awam ini berakhir.

“Penyata ini akan dibawa dalam sidang DUN pada bulan Ogos untuk dibahas dan diluluskan.

“Kami akan lihat keseluruhan isu yang berlaku di PPR seluruh Selangor bukan hanya melibatkan penyelenggaraan, tetapi membabitkan semua perkara,” katanya.

Hannah berkata Selcat juga tidak terburu-buru untuk membentangkan penyata itu, sebaliknya akan menggunakan masa yang ada untuk mencari penemuan bersesuaian dengan isu itu.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa Selcat bertanggungjawab mengeluarkan arahan berhubung kerja penyelenggaraan terhadap kesemua PPR di Selangor.

“Bukan tanggungjawab Selcat untuk pastikan kerja penyelanggaraan dibuat, tetapi kami hanya buat cadangan kerana kami tiada kuasa eksekutif untuk keluarkan arahan,” katanya lagi.

Selcat dipengerusikan Hannah dan disertai panel yang lain terdiri daripada Adun Selangor, antaranya Dr Xavier Jayakumar, Saari Sungib, Shafiee Ngah, Haniza Talha, Ng Suee Lim dan Sulaiman Razak.

EZY

Categories
SELANGOR

Selcat: Tiada perancangan sewa beli di PPR Selangor

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC : Tidak keputusan atau perancangan untuk menawarkan perjanjian sewa beli kepada penduduk bagi semua Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata PPR sedia ada akan kekal disewa kepada penghuni yang layak kerana skim sewa beli tidak ditawarkan untuk jenis pangsapuri berkenaan.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)Katanya kebanyakan penghuni di PPR juga tidak mampu memiliki kediaman sendiri ekoran memiliki pendapatan bulanan yang rendah.

“Untuk skim sewa beli kita sudah wujudkan DanaSel yang membolehkan mereka membeli rumah lain (bukan rumah PPR).

“Ini kerana ada sekolompok masyarakat yang tidak mampu untuk mendapatkan sewa bagi membeli terus rumah mereka dan menjadikan ia rumah transit sebelum dapat kerja lebih baik atau buat keputusan cukupkan pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor ( Selcat) di Dewan Annex, hari ini.

Iskandar berkata sekiranya Kerajaan Negeri membenarkan skim sewa beli dilaksanakan di PPR, maka akan berlaku masalah pentadbiran di sesebuah blok itu.

“Kalau nak buat perjanjian sewa beli lebih baik semua blok kita laksanakan perkara sama.

“Setakat ini tiada keputusan atau perancangan sewa beli untuk semua PPR, ia akan kekal disewa,” katanya lagi.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak akan menggunapakai polisi di Singapura yang memaksa rakyat mereka membeli kediaman lain sekiranya pendapatan bulanan mereka bertambah.

Malah katanya polisi menjual rumah selepas dua tahun menyewa di PPR juga tidak akan dilakukan Kerajaan Negeri.

“Ramai yang tidak mampu, jadi lebih baik kalau kita tambah baik sahaja PPR berkenaan untuk keselesaan penduduk,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

LPHS & MBPJ diarah siasat Projek Perumahan Rakyat diduduki warga asing

SHAH ALAM 23 FEB: Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diarahkan menyiasat dakwaan terdapat warga asing dari Indonesia dan Bangladesh menyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Permai, Lembah Subang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad, berkata beliau dihubungi media mendakwa terdapat warga asing di situ.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (1)Katanya, PPR adalah rumah sewa dan PPR tersebut diuruskan MBPJ.

Terdapat tiga PPR lain di Selangor iaitu di Kota Damansara, Hicom Shah Alam dan Lembah Subang yang diuruskan LPHS.

“PPR hanya disewakan kepada warga negara Malaysia. Menyewa kepada pihak ketiga (sewa atas sewa) adalah tidak benarkan walaupun kepada rakyat Malaysia.

“Terdapat kes di mana kontrak penyewa asal dibatalkan kerana menyewakan kepada pihak ketiga,” kata beliau dalam kenyataan media.

Katanya, sewa bulanan rumah PPR adalah RM250 sebulan dan bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah adalah RM124 sebulan.

Sewa rumah yang sama di luar adalah di antara RM400 hingga RM600 sebulan.

Lif dan pam tangki air PPR Kota Damansara dan Lembah Subang telah baikpulih dalam tahun 2010 dengan kos melebihi RM2.5 juta oleh MBPJ.

“RM5 juta telah diperuntukkan pada Belanjawan Kerajaan Negeri 2015 untuk membaikpulih PPR Kota Damansara. PPR Hicom pula sedang dicat semula oleh LPHS.

“Senarai menunggu untuk menyewa rumah PPR adalah panjang dan adalah tidak adil untuk menyewakannya kepada warga asing,” katanya.

EZY