Categories
SELANGOR

Wan Azizah: ‘Jawatan MB bukan isu utama’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kerusi Menteri Besar Selangor bukan faktor yang menggerakkan Langkah Kajang seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebaliknya Langkah Kajang digerakkan atas dasar ingin memberi penambahbaikan terhadap pentadbiran kerajaan Selangor, sekali gus menjadi model kepada rakyat Malaysia.

“Langkah Kajang itu memang kita lihat bahawa objektif untuk meningkatkan prestasi kerajaan Selangor untuk jadi model supaya seluruh negara dapat lihat.

azizah“Jadi, kedudukan Menteri Besar tidak jadi faktor atau isu utama, yang penting kita dapatkan satu langkah untuk mempertingkatkan jalan ke Putrajaya itu lebih licin, Insya-Allah,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Selangor Kini di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, di sini, semalam.

Selain itu, Langkah Kajang juga dijalankan bagi menyelamatkan kerajaan dan rakyat Selangor daripada terus menjadi mangsa serangan sentimen perkauman dan agama yang dimainkan Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno.

Dalam wawancara itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan mesej kepada pengundi di Kajang supaya mengambil peluang dalam PRK kali ini untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat Kajang dan Malaysia tidak membenarkan institusi kehakiman dikongkong kuasa politik.

DSC_0274“Saya ingin mengajak, merayu kepada semua untuk mengundi PKR dan mengajak mereka mengambil peluang satu referendum apabila berlakunya mahkamah yang terang-terang diperlakukan untuk politik dan digunakan dalam erti kata eksekutif mengongkong dan mengawal kehakiman.

“Mari beri mesej bahawa kita tidak rela, tolak dan pembelaan mahkamah harus adil. Seadil-adilnya sebagai satu tanggungjawab,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Stadium Kajang bakal jadi lokasi utama pasukan liga Malaysia

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Stadium Kajang akan dimanfaatkan dengan dijadikan stadium utama untuk latihan dan perlawanan sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Perkara itu terkandung dalam ‘Manifesto Kajang: Anak muda dan usahawan kecil’ yang dilancarkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini, hari ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu bertujuan memanfaatkan penggunaan Stadium Kajang yang tidak digunakan secara optima ketika ini.

rafizi“Ketika ini Stadium Kajang tidak berapa dimanfaatkan, yang mana ini agak merugikan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pada masa ini pasukan dari Lembah Klang dikenal pasti sebagai pasukan yang bakal menjadikan Stadium Kajang sebagai ‘lubuk’ mereka.

“Kita sedang mengenal pasti pasukan mana yang sesuai dan akan berbincang sebelum putuskan keputusan,” katanya.

Fahmi berkata, beberapa proses termasuk kelulusan badan induk bola sepak negara, FAM perlu diperoleh terlebih dahulu.

fahmi-fadzil“Kami tidak tergesa-gesa. Saya jangka akan mengambil masa. Kalau berjalan lancar, dijangka menjelang musim baru Liga M pasukan ini sudah boleh beraksi di Stadium Kajang,” katanya.

Sementara itu, selain membawa pasukan bola sepak Liga M bermain di Stadium Kajang, turut terkandung dalam manifesto teras anak muda dan usahawan kecil itu, mewujudkan Pusat Khidmat Kerja bagi menganjurkan program khusus untuk latihan pekerjaan dan nasihat kerjaya bagi golongan muda.

Teras itu termasuk memperkukuhkan peranan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi menyelaraskan aktiviti dan program golongan muda serta belia untuk menggalakkan interaksi masyarakat setempat turut menjadi agenda dalam manifesto terbabit.

Selain itu, manifesto berkenaan turut menekankan usaha meningkatkan peluang orang muda untuk menceburi perniagaan melalui program latihan keusahawanan percuma dan penyediaan kiosk peniaga kecil.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancar empat teras utama manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Manifesto itu dilancarkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakkan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

20140312_114223Dr Wan Azizah berkata, empat manifesto itu dirangka berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan sebelum ini.

“Inilah empat janji utama yang akan kita tingkatkan jika menang dalam PRK Kajang nanti,” katanya dalam sidang media pelancaran manifesto terbabit.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata PKR akan mengedarkan kira-kira 30,000 poskad manifesto itu.

Katanya, kaedah penggunaan poskad adalah kaedah paling berkesan menyampaikan maklumat berbanding buku manifesto yang lazimnya agak tebal.

“Kaedah ini juga digunakan di negara lain kecuali Malaysia yang hanya sekarang hendak dipraktikkan,” katanya.

Selain Dr Wan Azizah dan Rafizi, turut sama dalam sidang media sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Pengarah Biro Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Manifesto PKR: Stadium Kajang jadi stadium utama

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Stadium Kajang akan dimanfaatkan dengan dijadikan stadium utama untuk latihan dan perlawanan sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Perkara itu terkandung dalam ‘Manifesto Kajang: Anak muda dan usahawan kecil’ yang dilancarkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini, hari ini.

Berita penuh menyusul kemudian.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PKR lancar empat teras manifesto PRK Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan empat teras utama manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Manifesto itu dilancarkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

Berita penuh menyusul kemudian.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Walaupun kini bergelar Datuk Seri dan pernah menjadi isteri kepada pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut selesa dikenali dengan panggilan Kak Wan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Dr Wan Azizah yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, panggilan Kak Wan terhadap dirinya menjadikan beliau lebih dekat dengan kehidupan rakyat pelbagai golongan dan peringkat termasuk pengundi di Kajang sendiri.

DSC_0242“Oh ya, memang selesa. Saya rasa panggilan itu sseperti personaliti saya.  Kak Wan itu lebih mesra, lebih rapat dan lebih akrab berbanding panggilan yang lebih formal dengan gelaran yang diberikan Gabenor Pulau Pinang,” katanya ketika menjawab satu soalan dalam wawancara eksklusif Selangor Kini bersama Presiden PKR itu.

Dr Wan Azizah selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Umno gara-gara fitnah adalah antara penggerak utama kebangkitan rakyat ketika tercetusnya reformasi, pada 1998.

Kebangkitan beliau menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu banyak mendapat sokongan rakyat biasa yang tidak beliau kenali tanpa mengira aliran politik, bangsa dan agama.

IMG_5976Kegiatan aktivis reformasi ketika itu juga kebanyakannya digerakkan rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan atau agenda tertentu, sebaliknya hanya berminat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan terhadap Anwar dan keluarga.

Keadaan itu menjadikan Wan Azizah dan keluarga banyak bergaul dan semakin rapat dengan rakyat pelbagai lapisan.

Anwar pula selain pernah memangku jawatan nombor satu negara, beliau juga pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden Umno.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penyokong BN minta Anwar tandatangan di topi

BANGI, 11 MAC: Suasana penamaan calon PRK DUN Kajang hari ini mencatatkan peristiwa seorang penyokong BN menjerit memanggil nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menurunkan tandatangannya kepada topi yang sedang dipakai.

Kejadian itu berlaku ketika Anwar berjalan mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat penamaan calon di Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

penyokong bn minta tanda tangan dsaiDipetik blog omakkau.blogspot.com yang menyatakan Anwar dengan senyum menurunkan tandatangan demi tidak menghampakan penyokong BN itu.

“Jika ini sebagai petunjuk dan petanda, maka jelas akan kebenaran apa yang dikatakan oleh hampir keseluruhan penganalisis politik yang sokongan penyokong Umno-BN sudah mula berduyun-duyun berhijrah menyokong Pakatan Rakyat kali ini.

“Tindakan mempenjarakan DSAI selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan tidak memberi untung kepada Umno-BN sebaliknya melonjak, mencanak, dan melambung sokongan kepada calon PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah,” tulis laman itu.

Categories
SELANGOR

MB: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

BANGI, 11 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tumpuan memperoleh kemenangan majoriti besar calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah keutamaan pada ketika ini.

Justeru, Abdul Khalid berkata, tidak wujud persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar selepas ini sehingga keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Kita harus berbangga kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Selangor. Beliau antara yang menubuhkan PKR dan kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan lebih besar dicapai daripada PRU-13 lalu,” katanya.

DSC_0154Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkenaan susulan isu penstrukturan air di Selangor.

Katanya, beliau akan membuat pengumuman lanjut berkenaan perkara itu secepat mungkin di Parlimen atau Putrajaya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui media ketika penamaan calon PRK DUN Kajang, di sini, hari ini.

Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

MB air MOUAntara isi kandungan perjanjian terbabit termasuk kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Ekoran daripada pengambilalihan terbabit, satu konsortium untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi itu akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rafizi : Kawat besi lambang penindasan Israel

Oleh : LIZAWATI MADFA

BANGI, 11 MAC: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini menyelar tindakan polis yang meletakkan kawat besi di sekitar pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Katanya, tindakan itu seperti menggambarkan pihak berkuasa bermusuhan dengan rakyat kerana kawat besi melambangkan ‘kejahatan’ Israel terhadap golongan yang tertindas seperti di Palestin.

9“Jangan kerana pertahankan Najib dan Rosmah, kamu jadikan rakyat musuh. Harap lepas ini jangan polis gunakan dawai dan kawat besi ini kerana ia adalah lambang Israel yang diberikan pada orang yang tertindas seperti Palestin.

“Selepas ini, sampaikan kepada pihak tertinggi jangan gunakan dawai besi,” kata Rafizi.

7 (1)Beliau berkata demikian di hadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) pada penamaan calon PRK DUN Kajang, di sini, hari ini.

Proses penamaan calon berlangsung aman di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi tadi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Wan Azizah sebak salam suami sebelum penamaan

Oleh : LIZAWATI MADFA

KAJANG, 11 MAC : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak ketika bersalam dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum melangkah masuk ke pusat penamaan calon pagi ini.

IMG_6177Selain Anwar, Presiden PKR itu turut diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan pimpinan yang lain.

Sementara menunggu proses penamaan calon selesai, Anwar serta pimpinan lain diarahkan untuk menunggu di bawah khemah khas yang disediakan.

Sebelum mengambil tempat di bawah khemah, Ketua Pembangkang itu sempat mendekati penyokong yang terpisah oleh gulungan kawat berduri.

“Reformasi, lawan tetap lawan, hidup rakyat,” laungan kira-kira 1,000 penyokong terus bergema.

Sementara di bawah khemah, pimpinan mula berbual sesama sendiri sambil menikmati kuih yang diisi dalam bekas plastik kecil.

DSC_0440Sebelum itu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail terpaksa membonceng motosikal untuk tiba ke Pusat Penamaan Calon mengikut waktu yang ditetapkan.

Ia disebabkan keadaan trafik menuju ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Bandar Baru Bangi, sesak seawal jam 6.30 pagi yang bermula daripada tol Lebuh Raya Utara Selatan.

Ramai terperangkap dan lambat sampai ke destinasi termasuk rombongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, disebakan kesesakan semakin ketara kira-kira tiga kilometer dari pusat penamaan calon.

EZY

Categories
SELANGOR

Penyokong PR sanggup datang dari jauh demi kemenangan Wan Azizah

Oleh : LIZAWATI MADFA

KAJANG, 11 MAC: Tekad untuk memastikan kemenagan Pakatan Rakyat (PR) mendorong penyokongnya hadir memberikan suntikan semangat kepada calon mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.

Berasal dari Negeri Sembilan, Raja Harman Sah Raja Shah Mirnan, 56, berkata dan beberapa rakan sanggup datang dari jauh untuk menzahirkan sokongan seawal Subuh.

azizaKatanya, mereka juga akan turun membantu jentera di Kajang sepanjang tempoh kempen dan tidak terhad untuk hari ini sahaja.

“Umno-BN sudah tidak boleh pakai lagi. Mereka perlu dikalahkan dan kerajaan baru perlu diundi,” katanya.

Sementara itu, Bakri Dahlan, 55, berharap PRK Kajang mampu memberi kejutan besar kepada Kerajaan Umno-BN akan kebangkitan rakyat.

“Saya jangkakan kemenangan akan berpihak kepada kita terutama lawan adalah calon daripada parti yang ditolak rakyat sebelum ini.

“Harap rakyat Kajang cukup berinformasi dan tidak terkesan dengan BR1M itu,” katanya yang hadir bersama isteri ke pusat penamaan calon seawal pagi tadi.

Terdahulu, beliau menyertai kira-kira 1,000 penyokong PR bagi memberi semangat kepada Wan Azizah yang juga Presiden PKR yang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding menentang calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam PRK berkenaan, pada 23 Mac ini.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Kajang : Pertandingan dua penjuru PR dan BN dijangka sengit

Oleh : NAZLI IBRAHIM dan LIZAWATI MADFA

BANGI, 11 MAC: Pertandingan dua penjuru membabitkan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka sengit.

Dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, di sini,hari ini.

Wan AzizahKesesakan lalu lintas luar biasa menuju ke pusat penamaan calon di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi itu tidak menghalang penyokong dua pemimpin terbabit untuk hadir memberikan sokongan mereka.

Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas kes membabtikan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 7 mac lalu.

Wan Azizah dalam sidang media berkata, beliau terharu dengan sokongan penyong PR, sekali gus memberikan suntikan semangat untuk dirinya untuk memenangi PRK Kajang, pada 23 Mac ini.

Katanya, beliau perlu bergerak ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Karpal Singh yang didakwa atas Akta Hasutan.

Wan AzizahPengurus Pilihan Raya PRK Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman dalam pengumumannya berkata, SPR menerima dua kertas pencalonan iaitu Mei Fun yang menyerahkannya pada jam 9:07 pagi, manakala Wan Azizah pada jam 9:10 pagi.

“Dengan ini saya mengumumkan calon disahkan bertanding di DUN Kajang adalah Chew Mei Fun dan Wan Azizah,” katanya di hadapan wakil calon dan penyokong.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 48 peratus, pengundi Cina 41 peratus dan pengundi India 10 peratus.

Dalam pertandingan enam penjuru Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, Lee Chin Cheh (PKR) memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,842, sekali gus membolehkan beliau menewaskan calon BN daripada MCA, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi.

-NFN-