Categories
NASIONAL

Tidak hilang deposit, Calon KEADILAN Satok bangga walaupun tewas

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 8 MEI : Sokongan rakyat semakin bertambah kepada KEADILAN di ‘kubu kuat’ Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Perkara itu dibuktikan Calon KEADILAN di N8 Satok, Mohammad Salleh Shawkatali apabila beliau tidak hilang wang deposit walaupun berdepan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Mohamed Salleh Shawkatali“Alhamdullilah, ada peningkatan ketara undi kepada kita (KEADILAN) di beberapa kawasan dalam DUN Satok.

“Satu permulaan baik ditunjukkan rakyat kawasan ini yang mahu saya teruskan menegakan keadilan pada masa hadapan.

“Ini kali pertama saya bertanding dan ia agak memberangsangkan, kita ada tempoh lima tahun lagi dan sudah tentu kita akan terus bekerja kuat,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN di sini, semalam.

Salleh sekadar meraih 1,809 undi tewas kepada penyandang DUN itu (6,854) dengan majoriti 5,045 undi.

“Setinggi penghargaan kepada semua jentera dan penyokong yang bertungkus lumus sepanjang perjalanan kempen saya,” katanya.

-nR-

‪#‎PRNSarawak‬ : Batu Lintang milik KEADILAN, agenda perubahan diteruskan

Kemenangan KEADILAN di Batu Lintang adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan, kata penyandang kerusi itu, See Chee How.Menang dengan majoriti 4,385 undi, Chee How turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua terlibat mendokong usaha memartabatkan keadilan demi rakyat.

Categories
NASIONAL

Ba’Kelalan kubu kuat KEADILAN, ‘pelaburan’ jutaan ringgit BN tidak menjadi

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI: DUN Ba’Kelalan disifatkan sebagai kubu kuat KEADILAN ekoran berjaya mematahkan cubaan Barisan Nasional (BN) yang berusaha keras merampasnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Calon Batu Lintang, See Chee How, berkata walapun kerusi disandang Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian itu dihimpit hebat BN dengan peruntukan jutaan ringgit, namun rakyat masih teguh mendokong KEADILAN.

See Chee How“Untuk PRN kali ini, DUN Ba’Kelalan membuktikan ia kubu kuat apabila kita mampu mempertahannya daripada dirampas BN,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Dewan Masyarakat Jalan Padungan, di sini.

Baru Bian berjaya mengekalkan kerusi Ba’Kelalan apabila meraih 2,858 undi menewaskan calon BN, Willie Liau (2,320) dengan majoriti 538 undi.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, kemenangan Baru Bian adalah ‘hadiah’ KEADILAN kepada BN khususnya Perdana Menteri dan ramai lagi menteri yang berusaha keras memastikan DUN itu berjaya dirampas kembali.

“Ternyata, Baru Bian membuktikan bahawa beliau mampu mengekalkan kerusinya walaupun jutaan ringgit dilaburkan BN untuk mengaburi pengundi di DUN itu,” katanya.

IMG_0740-300x209Sebelum ini, Baru Bian mendakwa ejen BN memasuki pedalaman kampung di DUN itu mengugut menarik biasiswa anak pengundi sekirannya tidak menyokong mereka.

Selain itu, Baru Bian juga dihimpit ‘taktik kotor’ BN apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan RM5.5 juta bagi membantu 110 buah gereja luar bandar dua hari sebelum menjelang PRN.

-nR-

Categories
NASIONAL

Batu Lintang milik KEADILAN, kemenangan rakyat mahu perubahan

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI : Kemenangan KEADILAN di Batu Lintang adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan, kata penyandang kerusi itu, See Chee How.

Menang dengan majoriti 4,385 undi, Chee How turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua terlibat mendokong usaha memartabatkan keadilan demi rakyat.

See Chee How“Kemenangan ini bukan untuk diri saya sahaja, bahkan ia adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan atas nama keadilan.

“Ia juga adalah hasil kerja keras kita selama ini yang didokong semua rakan parti. Terima kasih kepada semua yang terlibat SPR, polis dan juga rakan media yang banyak melaporkan kempen di Batu Lintang,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Dewan Masyarakat Jalan Padungan, di sini.

Calon KEADILAN, See Chee How meraih 10,758 undi sekaligus berjaya mengekalkan kerusi N11 Batu Lintang dengan menewaskan calon BN, Sih Hua Tong yang hanya meraih 6,373 undi dan calon Star, Soo Lina (331).

“Postmotem akan dilakukan bagaimana kita dapat perkemaskan lagi parti dalam memastikan keputusan yang lebih cemerlang untuk pilihanraya akan datang,” katanya.

CHEE HOWMengakui hasrat mengekalkan tiga kerusi KEADILAN di Sarawak bukan suatu yang mudah, Chee How turut menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat yang semakin percaya kepada kemampuan KEADILAN mengurus kebajikan mereka.

“Saya juga yakin dengan kemampuan calon KEADILAN di DUN lain walapun mereka tewas.

“Kesungguhan mereka berbakti dan membawa isu menjaga kebajikan rakyat sejak sekian lama wajar dipuji. Begitu juga kerja keras mereka sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Tanya PM bila mahu undur, wartawan UK dihalang sertai sidang media

KUCHING, 7 MEI: Wartawan dan jurugambar Channel 4 News dihalang membuat liputan sidang media keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ekoran mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada beliau mahu berundur.

Jonathan Miller mengajukan soalan tersebut sebaik Najib tiba bagi menghadiri sidang media di Wisma Bapa, di sini.

beebCQ4sTanpa mempedulikan soalan wartawan dari United Kingdom itu, Najib melanjutkan langkah ke ruang sidang media.

Bagaimanapun, Miller dan rakan juruvideonya dihalang menyertai sidang media tersebut sebelum berlalu pergi setelah menerima pengesahan polis.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata soalan dan jawapannya itu dimahukan rakyat Malaysia.

-nR-

Categories
NASIONAL

KEPUTUSAN #PRNSarawak : BN raih majoriti dua pertiga

KUCHING, 7 MEI : Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Dua kerusi daripadanya iaitu DUN Bukit Kota dan Bukit Sari sudah dimenangi semasa penamaan calon pada 25 April lalu.

KEADILAN berjaya mempertahankan 3 kerusi miliknya sementara DAP berjaya memenangi 7 kerusi.

PAS dan AMANAH tewas di semua kerusi ditandingi mereka.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai ADUN untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu.

Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Categories
NASIONAL

Tekad berbakti kepada rakyat walaupun kalah – Athina Sim

KUCHING, 7 MEI : Biarpun tewas, calon KEADILAN, Athina Klaywa Sim di N18 Serembu berterima kasih kepada keluarga, rakan parti dan seluruh warga DUN itu diatas sokongan tidak berbelah bagi.

Menyifatkan kekalahannya bukan suatu yang mutlak, Athina mengingatkan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan mereka juga bukan suatu yang patut dibanggakan.

“Tiada hak bagi kemenangan yang mencemari demokrasi dengan Tsunami ringgit.

“Ternyata masih ada pihak mengamalkan politik wang mengaburi mata rakyat Serembu demi memenuhi nafsu, tamak dan haloba mereka,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Bagaimanapun, Athina mengakui tidak berdukacita sebaliknya tekad bekerja keras untuk rakyat Serembu demi perubahan.

“Api reformasi akan sentiasa kekal membara, dan saya akan kekal teruskan perjuangan ini demi pembebasan rakyat,” katanya.

#PRNSarawak : KEADILAN kekal kerusi, minta parti pembangkang ambil iktibar


 

KEADILAN berjaya mengekalkan kerusi disandang oleh Baru Bian di N81 Ba’Kelalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dengan majoriti 538 undi. Manakala, Ali Biju berjaya memenangi kerusi di N39 Krian dan N11 Batu Lintang, See Chee How berjaya memenangi kerusi berkenaan.

#PRNSarawak : Pengundi tegar 3 beradik usia lingkungan 80-an mencuri tumpuan


Tiga beradik lingkungan usia 80-an, di sini tidak melepaskan peluang hadir ke pusat pembuangan undi di Sekolah Merpati Jepang bagi menentukan calon layak memimpin DUN N8 Satok.

Menariknya, Soyong Labor,92 bersama dua adiknya Khairiah Labor, 84 dan Enong Labor,80 sentiasa bersama hadir membuang undi sejak mereka layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Categories
NASIONAL

(Kemaskini) Keputusan PRN Sarawak Ke-11

9:15 mlm : Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini apabila keputusan rasmi menunjukkan mereka sudah berjaya mendapatkan 62 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan setakat jam 9.15 malam ini.

Dua kerusi daripadanya iaitu DUN Bukit Kota dan Bukit Sari sudah dimenangi semasa penamaan calon pada 25 April lalu.

KEADILAN berjaya mempertahankan 3 kerusi miliknya sementara DAP berjaya mendapat 5 kerusi.

PAS dan AMANAH tewas di semua kerusi ditandingi mereka.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai ADUN untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu.

Categories
NASIONAL

#PRNSarawak : Terima kasih kekal KEADILAN di Ba’Kelalan – Baru Bian

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI : Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian berjaya mengekalkan kerusi disandangnya N81 Ba’Kelalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dengan majoriti 538 undi.

GOPR0392Biarpun dihimpit janji luar biasa dan hujan ringgit yang mencurah-curah daripada Barisan Nasional, Baru merakamkan terima kasih kepada pengundi di DUN itu yang bertekad memilih KEADILAN.

“Terima kasih kepada penduduk Ba ‘Kelalan untuk ketabahan yang mengagumkan dalam menghadapi tekanan dari BN. 

“Mereka telah memelihara maruah dan integriti mereka dengan menolak politik wang dan ugutan BN,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan Pengarah Balik Gerakan Utama (BGU), Lynette Tan dalam sidang media, di sini.

Sebelum ini, Baru Bian mendakwa ejen BN memasuki pedalaman kampung di DUN itu mengugut menarik biasiswa anakpengundi sekirannya tidak menyokong mereka.

Selain itu, Baru Bian juga dihimpit ‘taktik kotor’ BN apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan Kerajaan Persekutuan peruntukan RM5.5 juta bagi membantu 110 buah gereja luar bandar di dun yang dimenanginya pada PRN ke-10 itu.

Categories
NASIONAL

#PRNSarawak: Keadilan pertahan 3 kerusi menang 1 di Tulang Usan (Tidak Rasmi)

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI: KEADILAN diramalkan mampu mempertahankan tiga kerusi miliknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan tambahan satu kerusi baru.

GOPR0387Keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN di sini setakat 7.00 petang ini menunjukan tiga kerusi iaitu N81Ba’Kelalan (Baru Bian), N11 Batu Lintang (See Chee How) dan N39 Krian (Ali Biju).

Sementara kerusi baru dikesan boleh menang adalah N77 Telang Usan (Roland Engan).

Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian yang mempertahankan kerusi Ba’ Kelalan mendahului 2,858 undi berbanding pencabarnya Willie Liu dengan undi 2,320.

Sementara di N39, Ali Biju memperolehi 5,178 undi berbanding pencabarnya Kilat Beriak (BN) dengan undi 2,522.

BERITA LANJUT MENYUSUL