Categories
NASIONAL

Tiga beradik saluran satu tidak lepas peluang buang undi

OLEH : NAEEM RAFFI

SATOK, 7 MEI: Tiga beradik lingkungan usia 80-an, di sini tidak melepaskan peluang hadir ke pusat pembuangan undi di Sekolah Merpati Jepang bagi menentukan calon layak memimpin DUN N8 Satok.

Menariknya, Soyong Labor,92 bersama dua adiknya Khairiah Labor, 84 dan Enong Labor,80 sentiasa bersama hadir membuang undi sedari awal layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

tiga beradik“Kami datang bersama sejak dulu lagi dan tidak pernah sekali terlepas mengundi,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Pusat Pembuangan Undi N8 Satok di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, di sini hari ini.

 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda dari KEADILAN Mohamed Salleh Shawkat Ali dan penyandangnya Datuk Abang Johari Openg dari Barisan Nasional (BN).

 -nR-

Categories
NASIONAL

Kehadiran rendah, pengundi Sarawak sila keluar mengundi – Baru Bian

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI : Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian menyeru pengundi berdaftar untuk keluar untuk melaksanakan hak demokratik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang berbaki kurang lima jam sahaja lagi sebelum pusat mengundi ditutup jam 5 petang.

Hasil pemerhatian pihaknya, Baru Bian berkata kehadiran pengundi setakat ini sangat rendah sekitar 35 peratus sahaja.

PENGUNDI SARAWAK“Saya juga ingin mengingatkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan tugas dengan memberi layanan yang adil kepada semua pihak.

“Jika sesiapa yang memerhati kejadian yang tidak diingini atau penipuan, boleh email kepada Bersih di +6011 31339820 atau ROSE sukarelawan di 016-8604998 (Ann Teo) atau 016-2.219.996 (Suresh),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Baru Bian yang bertanding mempertahankan kerusi DUN Ba’Kelalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas parti yang bekerja keras memastikan perubahan kepada Sarawak.

“Usaha pastikan semua pengundi yang belum keluar melunaskan tanggungjawab mereka untuk berbuat demikian pada masa terakhir ini untuk memastikan hasil yang terbaik untuk kita,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Dua bahagian buang undi DUN Satok sukarkan pengundi

OLEH : NAEEM RAFFI

SATOK, 7 MEI : Pusat pembuangan undi bagi N8 DUN Satok yang terbahagi kepada dua bahagian menyukarkan pengundi terutamanya pengundi saluran satu.

Terpisah pada dua bahagian iaitu di bangunan utama Sekolah Merpati Jepang dan Dewan Datu Merpati jepang, jarak 70 meter antara kedua bahagian itu lebih menyukarkan warga emas ekoran ia dipisahkan dengan pagar besi.

PRN SARAWAKRungutan itu diterima SelangorKini daripada seorang pengundi prihatin kepada nasib warga emas selain ia mengelirukan pengundi lain.

“Berbeza dengan PRN sebelum ini, kali ini ada dua tempat undi bagi saluran satu, pengundi jadi keliru.

“Kalau salah tempat, iabakan menyusahkan mereka kerana terpaksa bertukar tempat,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Sal, 50.

Kerusi Dewan Undangan Negeri itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda dari KEADILAN Mohamed Salleh Shawkat Ali dan penyandangnya Datuk Abang Johari Openg dari Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud ditemani isterinya hadir sekitar 10.45 pagi tadi bagi membuang undi.

Maklumat diterima daripada pertugas SPR di sini, seramai 486 daripada keseluruhan 1,913 pengundi sudah melunaskan tanggungjawab memilih calon.

EZY

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Pengundian bermula jam 8.00 pagi

KUCHING, 7 MEI : Bermula seawal jam  8 pagi, kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dibuka kepada rakyat Sarawak membuat keputusan samada mengekalkan Barisan Nasional (BN) diterajui Tan Sri Adenan Satem atau membenarkan Pakatan menafikan BN majoriti dua pertiga.

IMG_4020Biarpun mengakui selesa, BN Sarawak tetap tertekan dengan kemaraan Pakatan apabila kebanyakan rakyat bumi kenyalang semakin mengambil pusing skandal yang terpalit ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang secara tidak langsung memberi kesan ke atas undi parti pemerintah itu.

Pengundian hari ini akan berakhir jam 5 petang sementara keputusan dijangka bakal diumumkan jam 9 malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pusat pengundian itu ditutup pada jam 5 petang kecuali di beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan, lapor Bernama.

IMG_4031Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi di pusat mengundi membabitkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup bagi memilih wakil rakyat di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

DUN Bukit Kota dan Bukit Sari terkecuali daripada proses mengundi hari ini apabila ia dimenangi BN tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Categories
NASIONAL

N13 Batu Kitang: Pertembungan lima penjuru, 100 pengundi sudah melunaskan tanggungjawab

OLEH : NAEEM RAFFI

 BATU KITANG, 7 MEI : Proses pembuangan undi bagi N13 Batu Kitang berlangsung tenang di Sekolah Kebangsaan Garland di sini hari ini.

 buang undi batu kitang 1Seawal jam 7.30 pagi seramai hampir 80 pengundi sudah membanjiri pintu hadapan sekolah menanti masa membuang undi.

 DUN Batu Kitang menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan KEADILAN menampilkan calonnya, Voon Shiak Ni, Abdul Aziz Isa (DAP), Lo Khere Chiang (SUPP), sementara dua dari Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

 Setakat jam 8.30 pagi, seramai 100 pengundi sudah melunaskan tanggungjawab membuang undi memilih calon yang bakal mewakili nasib dan kebajikan mereka.

 Difahamkan, Calon Batu Lintang, See Chee How akan tiba di lokasi ini sekitar jam 10.00 pagi bagi membuang undi.

 WhatsApp-Image-20160507Sekitar jam 9.00 pagi, jalan utama pusat mengundi mula sesak dengan kenderaan ditambah dengan satu kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di hadapan sekolah berkenaan.

 Berita lanjut menyusul

Categories
NASIONAL

Athina yakin menang, tekad perjuang nasib rakyat

OLEH : NAEEM RAFFI

BAU, 6 MEI : Ceramah Perdana DUN N18 Serembu berlangsung meriah di Lapangan Kedai Sawiak, Krokong, di sini dengan lebih 600 pengundi hadir.

Penghujung masa berkempen digunakan sepenuhnya calon KEADILAN, Athina Klaywa Sim menyeru pengundi membuat pilihan tepat esok demi melihat perubahan dan menegakkan keadilan.

ATHINA 1“Sepanjang tempoh berkempen, sokongan kuat rakyat diterjemahkan kepada KEADILAN dan mereka sememangnya mahukan perubahan terutamanya pengundi muda.

“Secara peribadinya saya yakin menang, namun khuatir dengan permainan politik yang mungkin akan mengubah keputusan undi.

“Oleh itu, saya amat menyeru kepada rakyat tempatan yang benar-benar inginkan perubahan melihat Sarawak yang lebih harmoni dan berkebajikan menzahirkannya menerusi undi mereka kepada KEADILAN,” katanya ketika ditemui selepas tamat acara.

Hadir sama, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Senator, Siti Aishah Shaik Ismail.

AMANAT AZMINAcara turut diselitkan dengan paparan video ‘Amanat buat rakyat Sarawak’ daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dihalang memasuki negeri itu pagi tadi sehingga tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

“Adenan Satem boleh meletakkan segala macam halangan dan rintangan bagi menegah saya daripada memasuki Sarawak. Tetapi Adenan Satem tidak akan mampu menyekat angin perubahan dari bertiup kencang ke seluruh Bumi Kenyalang.

“Semangat dan azam rakyat akan menjadi badai yang akan mencabut Barisan Nasional daripada kuasanya di Sarawak,” kata Mohamed Azmin dalam video berdurasi 6 minit disambut tepukkan gemuruh dan laungan ‘perubahan’ dan ‘reformasi’ daripada orang ramai.

Berusia 27 tahun, peguam muda itu memiliki karisma unggul sebagai pemimpin wanita yang mampu berjuang dan memberi perkhidmatan terbaik demi kepentingan penduduk Serembu.

Biarpun belum bergelar ADUN, Athina sudah sekian lama lantang bersuara terutamanya soal infrastruktur yang tempang di kawasan itu.

Bertahun-tahun di bawah Barisan Nasional (BN), Athina berkata penduduk masih tidak menikmati lampu jalan terutamanya di Kampung Puah, Kampung Tupong dan Kampung Tanjung Durian.

ATHINAAthina berdepan pertembungan empat penjuru bersama calon PBB, Miro Simuh, Buln Ribos (STAR) dan John Sireg (DNP).

Kemenangan Athina dalam PRN esok bakal mencipta sejarah sebagai wanita Bidayuh pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bumi kenyalang.

-nR-

Categories
NASIONAL

Baru Bian: BN sasar Ba’Kelalan, ugut tarik biasiswa jika tidak undi mereka

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : Biasiswa anak bakal ditarik antara ungutan daripada Barisan Nasional (BN) terhadap penduduk di kawasan pedalaman Sarawak sekirannya tidak menyokong mereka, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

Menyelar kempen kotor tersebut, penyandang kerusi Ba’Kelalan itu mengesa penindasan terhadap rakyat terutama di pedalaman dihentikan segera.

baru-bian“Mereka ke kampung-kampung pada waktu malam, meminta kad pengenalan pengundi dan mengancam mereka.

“Mereka gesa rakyat mesti pilih BN, kalau tidak, macam-macam terjadi seperti biasiswa anak akan di tarik balik,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menggesa rakyat untuk tidak tunduk kepada ugutan BN itu.

“Rakyat perlu sedar sekarang bahawa BN tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk ditawarkan daripada rasuah dan ancaman.

“Kita mesti menggunakan hak demokrasi memilih pemimpin berwibawa untuk masa depan kita dan anak-anak,” katanya.

Terbaru, Baru Bian sekali lagi dihimpit ‘taktik kotor’ BN apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM5.5 juta bagi membantu 110 buah gereja luar bandar di dun yang dimenanginya pada PRN ke-10 itu.

Katanya, ‘taktik kotor’ itu mudah dibaca apabila ia diumumkan dua hari sebelum hari pengundian esok sedangkan sejak sekian dekat rumah-rumah ibadat di DUN itu tidak dipedulikan BN.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pesan buat rakyat Sarawak

OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Kepada saudaraku di Sarawak,

Pagi ini  saya telah dihalang daripada menjejakkan kaki ke negeri yang indah ini untuk bersama-sama saudara-saudari hari ini. Ketua Menteri mendesak saya agar menulis surat rayuan. Namun, apakah perlu saya melutut di hadapan Adenan Satem kerana saya ingin bertemu saudara-saudari sekalian.

Saya terbang ke Sarawak untuk menyokong calon-calon KEADILAN menjelang detik-detik terakhir kempen pilihan raya ini, untuk memberikan sokongan dan menghirup keberanian dan kecekalan rakyat Sarawak.

PRN SARAWAKSaya mahu berdiri berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin rakyat seperti Baru Bian, See Chee How, dan Ali Biju serta calon-calon lain yang bekerja untuk mewakili rakyat.

Saya cukup bersemangat sepanjang malam semalam sehingga kurang tidur dan begitu teruja untuk membantu kempen calon-calon kita yang pastinya menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada KEADILAN, diri saya sendiri dan seluruh rakyat Sarawak.

Mereka adalah wira rakyat. Mereka adalah pahlawan-pahlawan saya.

Saudara-saudari bertuah mempunyai calon-calon yang begitu bersemangat dan tekal kepada untung nasib negeri Kenyalang. Mereka berjuang berdekad-dekad lamanya Demi Sarawak yang lebih gemilang, melindungi hak-hak rakyat, hak turun-temurun ke atas tanah adat Sarawak.

Mereka bekerja siang dan malam tanpa mengira penat lelah dengan kelompok masyarakat yang berbeza. Inilah erti sebenar perjuangan demi hak-hak warga Sarawak. Sarawak merupakan pengasas bersama Persekutuan Malaysia.

Walaupun tiada sesiapa yang mempersoal asas-asas Perlembagaan Persekutuan, kita tidak pernah ragu-ragu terhadap isu autonomi Sarawak yang dekat di hati sanubari rakyat.

Kita yakin sepenuhnya bahawa rakyat Sarawak wajib menerima hak yang memang sepatutnya menjadi hak mereka.

Sudah sekian lama, Barisan Nasional cuai dalam melindungi hak-hak rakyat Sarawak. 25 orang Ahli Parlimen BN telah bersekongkol menyokong GST yang menghisap darah rakyat.

Berapa lama lagi rakyat Sarawak harus bersabar dinafikan berbilion ringgit royalti minyak yang menjadi hak mereka?

Ketua Menteri Sarawak diherdik secara terbuka di khalayak ramai kerana menuntut peningkatan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Sarawak.

Adenan Satem boleh meletakkan segala macam halangan dan rintangan bagi menegah saya daripada memasuki Sarawak. Tetapi Adenan Satem tidak akan mampu menyekat angin perubahan dari bertiup kencang ke seluruh Bumi Kenyalang.

Semangat dan azam rakyat Sarawak akan menjadi badai yang akan mencabut Barisan Nasional daripada kuasanya di Sarawak.

Kepada saudara-saudaraku warga Sarawak, masanya sudah tiba.

Masa depan Sarawak dalam genggaman kalian. Esok adalah hari penentu. Ayuh majulah membawa perubahan! Insya-Allah kemenangan akan kita capai.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Categories
NASIONAL

Baru Bian: ‘Taktik kotor’ raih undi dikecam, mohon rakyat bangkit tolak BN

OLEH: NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : Tindakan Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan RM5.5 juta untuk pembangunan fizikal gereja di Ba’Kelalan dua hari sebelum menjelang hari pengundian amat dikesali.

Penyandang DUN Ba’Kelalan, Baru Bian menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak dan jelas ingin ‘membeli’ hati pengundi terutamanya masyarakat Kristian Lun Bawang.

baru-bian“Gereja diabaikan BN sejak sekian dekad dan tiba-tiba mereka (BN) hadir bermurah hati dengan janji manis yang jelas terlihat kemunafikan mereka.

“Saya menggesa orang Kristian di Ba’Kelalan untuk berteguh  berpegang kepada integriti dan maruah mereka,” katanya.

Terdahulu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi membantu 110 buah gereja luar bandar di DUN itu.

Ongkili, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), mendakwa kononnya gereja terbabit tidak mendapat perhatian wakil rakyat pembangkang, merujuk kepada Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, yang mempertahankan kerusi Ba’Kelalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 esok.

Mengulas lanjut, Baru Bian menyeru semua pengundi di Ba’Kelalan dan seluruh Sarawak tidak terpedaya dengan ‘taktik kotor’ BN mengaburi mata mereka.

PRN SARAWAK“Seluruh pengundi, jangan terpedaya sebaliknya kuatkan pendirian esok terhadap taktik kotor BN itu.

“Teruskan mengundi KEADILAN bagi kerajaan lebih baik sekaligus menghantar mesej kepada BN bahawa pengundi bangun untuk janji kosong mereka.” katanya.

-nR-/ EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

My dear Sarawakians

BY: DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

It is most unfortunate that I have been stopped from entering this beautiful state and being with you today. Your Chief Minister has demanded that I should write in to appeal. But why should I be so slavish to Adenan Satem?

After all, it is you, the Sarawakian people that I want to see.

I travelled to Sarawak in order to give support to our KEADILAN candidates in their final hours of this election campaign, to join hands and drink in the spirit of the courage and resolve of the Sarawakian people and to stand shoulder to shoulder with your leaders and assemblymen like Baru Bian, See Chee How, and Ali Biju as well as the others who are also working so hard to be your representatives.

PRN SARAWAKI was really gearing up the whole of last night, sleepless and very excited to help the campaign for our candidates who are indeed an absolute inspiration to all Malaysians, particularly so, to KEADILAN, myself and Sarawakians.

They are the peoples’ heroes. They are my heroes.

You are blessed with candidates who are passionate and totally committed to the cause of Sarawakians. They have struggled for decades to fight for a better Sarawak, defending the peoples’ rights, their ancestral rights to the land of Sarawak, working tirelessly on the ground with all the different communities. This is the real meaning of standing up for the rights of Sarawak, which, in case anyone has forgotten, is a founding member of the Federation of Malaysia.

While no one is questioning the constitutional basis of the federation, there is no doubt that issues of autonomy for Sarawak are of genuine concern. In fact, we in KEADILAN ever since our inception have fought for genuine autonomy for Sarawak.

We fervently believe that the people of Sarawak must be given whatever that is rightly due to them.

For too long, with the connivance of BN leaders from the Peninsula, the Sarawak BN leaders have been bleeding the people dry, short-changing them in terms of their welfare and socio-economic development.

As if the poverty and the high cost of living is not bad enough to oppress the people of Sarawak, the BN government, backed by 25 Sarawak BN Members of Parliament has seen it fit to pass the GST causing even further hardship and suffering for the people.

For decades, the people of Sarawak have also been denied the billions of ringgit of oil royalty rightly due to them. For how long are Sarawakians prepared to be humiliated by Prime Minister Najib who has publicly declared in front of your Chief Minister that oil royalty is not a priority?

Adenan Satem can place all the barriers and all the hurdles to prevent me from entering Sarawak but he will not be able to prevent the winds of change from sweeping across the land of the Kenyalang, brought on by the passion and the will of the people of Sarawak and their leaders.

My dear Sarawakians,

The time is right. The future of Sarawak is in your hands. Tomorrow is polling day. Seize the moment, make that difference and victory is yours.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Categories
NASIONAL

KEADILAN yakin kekal tiga kerusi, sasar menang lagi tiga – Xavier

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : KEADILAN menzahirkan keyakinan parti itu mampu mengekalkan tiga kerusi sedia ada, malah menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Naib Presidennya, Xavier Jayakumar berkata jika parti itu berjaya memenangi lebih daripada disasarkan, ia merupakan bonus kepada KEADILAN.

xavier-jayakumar“Keyakinan ini bersandarkan kepada sokongan kuat rakyat tempatan yang kami terima ketika sesi walkabout dijalankan.

“Semua itu bergantung kepada situasi. Jika pilihan raya dijalankan secara adil dan telus, tidak mustahil sasaran ini mampu dicapai,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pagi tadi.

Bagaimanapun, Xavier berkata sasaran kerusi bakal dimenangi bukanlah isu utama, sebaliknya fokus KEADILAN menampilkan calon berwibawa untuk membawa suara rakyat.

Pada PRN kali ini, KEADILAN mempertaruhkan Paul Baya, seorang aktivis masyarakat yang gigih memperjuangkan nasib masyarakat setempat di kerusi N78 Mulu.

Manakala Peguam , Abun Sui Anyit mewakili banyak kes berkenaan Hak Adat Bumiputera (NCR) pula dicalonkan KEADILAN di kerusi baru N66 Murum.

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Pengetua dan Guru Besar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010, Thomas Laja akan bertanding untuk merampas kerusi N49 Ngemah.

IMG_0504-300x206PRN kali ini juga menyaksikan enam wanita akan bertanding atas tiket KEADILAN.

Antara calonnya adalah N13 Batu Kitang, Voon Shiak Ni, seorang peguam yang telah menjalin hubungan baik dengan rakyat di kawasan tersebut sejak lebih 15 tahun lalu berdepan BN dalam pertandingan lima penjuru di kerusi baharu majoriti Cina, bersama-sama DAP dan dua calon Bebas.

Selain itu, Athina Klaywa Sim akan turun gelanggang bagi kerusi baharu, N18 Serembu sekaligus bakal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita Bidayuh pertama jika memenangi PRN kali ini.

Pada 2011, KEADILAN memenangi dua kerusi luar bandar iaitu Ba’Kelalan melalui Baru dan Krian melalui Ali Biju, dan kerusi majoriti Cina, Batu Lintang dimenangi See Chee How.

-nR-

Categories
NASIONAL

Dihalang masuk: Azmin gesa rakyat Sarawak lakukan perubahan, tegak keadilan

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dihalang memasuki Sarawak sehingga tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

IMG_3749(E) Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.10 pagi tadi ditahan di kaunter Pemeriksaan Imigresen dan diarahkan pulang serta merta ditemani pengawal keselamatannya dengan penerbangan ke KLIA jam 10.50 pagi.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zakaria Abdul Hamid yang tiba bersamanya dibenarkan masuk.

“Saya kecewa dengan tindakan ini, Ia merupakan salah guna kuasa daripada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Saya menyeru kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekaligus menegakkan keadilan,” demikian reaksi ringkas Mohamed Azmin kepada SelangorKini sebelum beredar meninggalkan Pejabat Imigresen.

Selangorkini difahamkan, Mohamed Azmin memohon kelonggaran membenarkan dirinya berada di bumi kenyalang bagi menunaikan solat Jumaat dan berjanji akan pulang ke semenanjung.

Bagaimanapun, ia tidak dibenarkan kerana ‘arahan atasan’ sudah mengeluarkan arahan untuk Menteri Besar Selangor itu meninggalkan Sarawak serta merta.

Ini adalah kali kedua Mohamed Azmin dihalang memasuki Sarawak dalam siri jelajah kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Sebelum ini, pada 2 Mei lalu, Mohamed Azmin diarahkan meninggalkan Sarawak setelah beberapa hari menyertai Walkabout membantu calon KEADILAN di DUN Tupong, Mampong, Satok, Batu Kitang, Simunjan dan Tarat.