Categories
KENYATAAN MEDIA

Reflections before taking off to Kuching

BY: DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

An earth quake hit the West coast of France yesterday evening while I was finalising my flight plans to Sarawak. Here I am about to board the first flight to Kuching and those tremors call to mind the “Earth-tremor” of Sarawak himself Rentap (Libau Anak Ningkan) – that great Iban Dayak warrior of the nation – not just Sarawak – who took on the White Rajahs.

I am about to fly to the land not just of hornbills and the magnificent Mulu caves but the land of the freedom fighters, people who are absolutely fearless and will not flinch in the face of adversity. It is a fighting spirit that is still very much alive today.

And my spirit is uplifted thinking about my colleagues in Sarawak who are facing this coming elections. I am inspired by their drive and motivation and their grit to fight the good fight. In these last few trying days, they have maintained the utmost discipline and decorum in speech and conduct and I truly take my hat off to all of them.

I am going to Sarawak to drink in more of that spirit of conviction and courage to fight for that freedom – freedom from oppression, from exploitation and from decades of victimization.

I am fortified by the strength, the stamina and that capacity to go the extra mile in this fight. Something is in the air – and it’s not the haze.

The people of Sarawak are ready. Our leaders are raring to go into the ring. Lawan tetap lawan!

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Deputy President of KEADILAN

Categories
NASIONAL

KEADILAN tetap fokus tumbangkan BN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 28 APRIL: KEADILAN optimis menumbangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) 7 Mei ini, kata Pengarah Pilihan raya, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru membabitkan rakan-rakan dalam gabungan Pakatan, komitmen terhadap perubahan Sarawak perlu menjadi keutamaan semua pihak.

Katanya, perjuangan ‘sebenar’ adalah memastikan BN dapat ditumbangkan demi masa depan rakyat Sarawak yang lebih baik.

IMG_3167“KEADILAN tetap memberi sokongan penuh kepada calon yang berjuang melawan BN terutamanya di kawasan pedalaman luar bandar Sarawak.

“Namun berkenaan rundingan dengan rakan Pakatan, sejak dari awal lagi kami ingin memastikan bahawa 90 peratus kerusi menerusi pertandingan satu lawan satu.

“Walaupun sedikit malang kami tidak dapat melakukannya untuk kesemua kerusi, komitmen untuk membawa perubahan dan menjaga kepentingan orang Sarawak tetap menjadi keutamaan bagi kami,” katannya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini pagi ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengulas pertembungan tiga penjuru membabitkan KEADILAN dan DAP di kerusi Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calonnya untuk bertanding di kawasan itu.

Bagaimanapun, Nurul Izzah juga Naib Presiden KEADILAN berharap kemelut membabitkan isu itu tidak dipanjangkan.

“Apa yang penting, kita tetapkan hati teruskan dengan perjuangan kita menuju usaha untuk mengalahkan calon BN di kerusi yang diyakini mampu,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: KEADILAN fokus lima perkara Demi Sarawak

SHAH ALAM 26 APR: KEADILAN memfokuskan lima perkara utama menerusi Manifesto Lima Janji Demi Sarawak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dilancarkan hari ini.

Dalam manifesto itu KEADILAN berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak dengan memansuhkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu, KEADILAN berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak setanding di Semenanjung Malaysia termasuk jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik, hospital, universiti dan lain-lain bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat peluang ekonomi dan pendidikan yang terbaik.

13096282_991351547616436_6048331905436050522_nPengarah Bilik Gerakan Utama KEADILAN, Lynette Tan, berkata KEADILAN pada masa sama berjuang mengembalikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada rakyat Sarawak dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Malah, KEADILAN akan mengembalikan hak autonomi Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia serta memberi royalti petrolium sebanyak 20 peratus.

“KEADILAN bersama Pakatan Sarawak akan melaksanakan perubahan positif seperti dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang yang bersih, melawan rasuah dan memperjuangkan keadilan untuk semua,” katanya dipetik Astro Awani.

Selain itu, KEADILAN turut menggariskan 18 pelan tindakan termasuk kedaulatan dan urus tadbir, kebebasan beragama, keadilan ekonomi selain memperkasa masyarakat setempat.

Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.

Terdapat 1.13 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Berikut adalah senarai calon KEADILAN dalam PRN Sarawak

SENARAI-CALON-KEADILAN-SARAWAK

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Suara anak muda pupus dalam BN Sarawak

OLEH : DR AFIF BAHARDIN

Angkatan Muda KEADILAN mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada kepimpinan Parti KEADILAN Rakyat negeri Sarawak kerana untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, seramai enam (6) orang calon yang berumur 35 tahun ke bawah telah dicalonkan di kerusi DUN yang dipertandingkan.

Mereka adalah; Abdul Raafidin Majidi (Nangka), Musa Ngog di Tarat, Jamilah Baharuddin di Simunjan, Athina Klaywa Sim di Serumbu, Mohamed Salleh Shawkatali di Satok, dan Elia Bit di Marudi.

PRN SARAWAKIni adalah bukti komitmen KEADILAN untuk menampilkan calon – calon yang dapat mewakili suara anak muda Sarawak dan memberi nafas baru kepada kepimpinan politik di Sarawak.

Pujian juga harus diberikan kepada rakan komponen parti pembangkang yang telah memberikan ruang yang cukup luas untuk calon berumur di bawah 35 tahun untuk menawarkan diri mereka sebagai calon untuk parti masing-masing.

DAP, PAS dan Amanah juga turut menampilkan calon di bawah 35 tahun di beberapa kawasan.

Malang sekali, calon termuda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional pada kali ini hanyalah berusia 40 tahun.

Kegagalan Barisan Nasional menampilkan calon muda ini membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai hasrat untuk benar – benar memberikan ruang kepada anak muda untuk terlibat sama dalam pemerintahan kerajaan.

Sikap Barisan Nasional ini menunjukkan bahawa anak muda hanya dituntut untuk tunduk kepada mereka yang tua dan tidak mempunyai suara untuk menentukan masa depan negeri Sarawak.

Kemampuan parti pembangkang di Sarawak untuk menampilkan calon – calon muda membuktikan kepekaan parti – parti ini untuk memberi ruang kepada generasi kepimpinan baru di kalangan anak muda Sarawak untuk ditampilkan sebagai pemimpin untuk masa depan negeri dan negara.

Komitmen kami untuk mengangkat suara anak muda telah dibuktikan di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Selangor bilamana pimpinan muda di bawah umur 35 tahun telah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Langkah ini saya percaya adalah untuk menyediakan lapisan kepimpinan baru untuk masa depan negara dan memberi peluang kepada pimpinan muda menimba pengalaman di dalam pentadbiran.

Angkatan Muda KEADILAN menyeru supaya pengundi dari golongan anak muda di Sarawak untuk membuat pilihan tepat dengan memilih calon – calon muda dari KEADILAN dan parti pembangkang lain yang benar – benar memahami jiwa anak muda dan dapat menjadi suara dan wakil yang berkesan kepada golongan muda di Sarawak.

Ayuh seluruh anak muda Sarawak bersama melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik untuk Bumi Kenyalang yang bertuah ini.
* DR AFIF BAHARDIN adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Categories
NASIONAL

Pengerusi DAP Sarawak gesa sokong calon KEADILAN

KUCHING, 26 APR: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mahu penyokong parti itu menyokong calon KEADILAN khasnya di kawasan DAP tidak meletakkan calonnya.

Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mempunyai misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding untuk kepentingan parti semata-mata.

PRN SARAWAK“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya menerusi laporan KeadilanDaily.

Terdahulu beliau mengemukakan borang penamaan calon untuk kerusi Kota Sentosa di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Kota Sentosa dekat sini, semalam.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian turut mahu rakyat negeri itu bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

“Kami nyatakan sekali lagi bahawa musuh kita yang utama ialah Barisan Nasional.

“Kami gesa warga Sarawak untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon bekerja keras selama ini dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media.

EZY

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Hadapi BN habis-habisan

SHAH ALAM 26 APR: KEADILAN menegaskan musuh utama perlu dihadapi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) adalah Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata diharap semua dapat bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

PRN SARAWAKKatanya, proses rundingan kerusi PRN di antara KEADILAN dan DAP  berjalan telus dan ikhlas serta tidak timbul isu KEADILAN menipu seperti didakwa sebelum ini.

“Senario pertembungan antara KEADILAN dan DAP di enam kerusi bertindih sebenarnya boleh dielakkan,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Katanya, walaupun DAP mengumumkan kerusi ditandingi sebelum mendapat kelulusan Majlis Presiden Pakatan Harapan seperti yang termeterai dalam Perjanjian Pakatan Harapan,  KEADILAN tetap membuka pintu rundingan dengan harapan pertandingan tiga penjuru dapat dielakkan.

EZY

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Adenan dicabar calon KEADILAN di Tanjung Datu

KUCHING, 25 APR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, dicabar calon KEADILAN, Jazolkipli Numan bagi kerusi Tanjung Datu.

Adenan, yang memegang jawatan Ketua Menteri sejak 28 Februari 2014, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bagi penggal ketiga selepas menang pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006.

PRN SARAWAKSementara itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden II PBB, berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan calon KEADILAN, Mohamad Salleh Shawakat Ali bagi kerusi DUN Satok yang disandangnya.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian dari BN akan menentang penyandang kerusi DUN Bukit Kawah, Chiew Wang See dari DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Seorang lagi ialah calon Bebas, Liu Thian Leong yang merupakan bekas pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang pertama kali bertanding di kerusi DUN, berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon KEADILAN, Noel Changgai Bucking bagi kerusi Bukit Saban.

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak pada 11 April.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula,
yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.

EZY

Categories
NASIONAL

Petugas media mesti diberi kebebasan menjalankan tugas

KUCHING 25 APR: Pengamal media mesti diberi kebebasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelapor berita dengan lancar.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata gesaan itu dibuat ekoran insiden seorang wartawan Malaysiakini, Kaw Gah Chie, dipanggil balik ke Kuala Lumpur pada Ahad atas isu keselamatan.

PRN SARAWAKIa berlaku setelah gambar beliau disebar melalui laman media sosial berikutan laporan berita memetik ucapan calon Barisan Nasional bagi DUN Nangka, Dr Annuar Rapaee.

“Kaw Gah Chie merupakan seorang wartawan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun.

“Beliau mempunyai kad media dikeluarkan Kementerian Penerangan dan disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya wartawan membuat liputan di pusat penamaan calon dan lain-lain tempat berkaitan pilihan raya Sarawak.

“Saya percaya beliau wartawan bertanggungjawab, walaupun saya mungkin tidak bersetuju laporan wartawan, tetapi prinsip saya berpendirian wartawan berhak menulis laporan tersebut berasaskan apa dilihat dan alami sendiri.

“Kebebasan itu perlu apatah lagi sewaktu pilihanraya apabila rakyat memerlukan maklumat untuk membuat keputusan tepat pada hari mengundi,” kata Fahmi.

Katanya, sekiranya ada mana-mana pihak tidak bersetuju mana-mana laporan media, mereka seharus berinteraksi dengan cara lebih demokratik dan bertamadun berbanding tindakan ugutan melalui media sosial seperti dialami Kaw.

“Diharap tidak ada lagi insiden apabila wartawan diugut sepanjang PRN Sarawak ini.

“Biarlah wartawan melapor dengan bebas, agar rakyat dapat membaca dan menilai laporan media ini dan membuat pertimbangan terbaik demi Sarawak,” katanya dipetik KeadilanDaily.

EZY

Categories
NASIONAL

Hannah pula disekat masuk Sarawak

OLEH : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 22 APR : Sekatan masuk ke Sarawak terhadap pemimpin Pakatan masih berterusan dengan penahanan terbaru ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, pagi tadi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya itu terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur tanpa penjelasan jelas mengenai larangan itu.

HANNAH SIBUMenerusi laman Twitternya, Hannah berkata dirinya dihalang masuk ke bumi kenyalang sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sibu.

“Saya di sini untuk menghadiri acara anjuran gereja.

“(saya) terpaksa membayar RM1,013 untuk terbang semula ke KLIA. Tiada siapa di sini boleh memberi penjelasan,” katanya.

Selain Hannah, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin juga dihalang memasuki Sarawak hari ini sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekitar jam 11.30 pagi.

956fbc2e-f36e-41b9-9865-83c6f773ff86 (1)Dalam perkongsian gambar yang dihantar menerusi WhasApp, beliau berkata mereka berdua sedang menunggu penerbangan seterusnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau sempat bertanya kepada pegawai Imigresen berhubung sekatan itu sedangkan sudah mengunjungi Sarawak sebanyak 11 kali, sejak 2015.

“Saya bertanya kepada pegawai dan dia hanya membalas ini arahan daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

PRN: Lagi pemimpin Pakatan dihalang masuk Sarawak

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 APR: ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dihalang memasuki Sarawak hari ini sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekitar jam 11.30 pagi.

Dalam perkongsian gambar yang dihantar menerusi WhasApp, beliau berkata mereka berdua sedang menunggu penerbangan seterusnya untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur.

956fbc2e-f36e-41b9-9865-83c6f773ff86 (1)Beliau sempat bertanya kepada pegawai Imigresen berhubung sekatan itu sedangkan sudah mengunjungi Sarawak sebanyak 11 kali, sejak 2015.

“Dua minggu lalu saya dibenarkan masuk. Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa halang saya masuk hari ini?

“Saya bertanya kepada pegawai dan dia hanya membalas ini arahan daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Tze Tzin dengan nada berjenaka berharap penduduk Sarawak melakukan perubahan supaya pentadbiran baru akan datang membenarkan mereka masuk kembali.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Azmin selamat tiba di Sarawak

Oleh: AFIX REDZUAN

KUCHING, 22 APR: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena lawatan kerja dua hari ke Sarawak.

Beliau bersama deligasi KEADILAN Selangor tiba sekitar jam 10 pagi disambut Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak.
8397fd7b-8c45-4dae-815a-aacb1f6ba4eaDalam lawatan kerja dua hari bermula hari ini dan esok menyaksikan Mohamed Azmin akan memenuhi beberapa program yang sudah diatur bersama pimpinan KEADILAN Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Jadual hari pertama menyaksikan beliau akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pimpinan Sarawak di Hotel Pullman dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Calon di Hotel Grand Continental sebelum menyampaikan ceramah di DUN Satok, Tupong, Batu Lintang serta Batu Kitang, sebelah malam.

Hari kedua menyaksikan Menteri Besar Selangor itu turut sama dalam ‘Walkabout’ di Pasar Batu 10 (DUN Batu Kitang), Pasar Batu 3 (DUN Batu Lintang) dan Pasar Satok sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Penamaan calon PRN-11 akan berlangsung pada 25 April ini sebelum pembuangan undi, pada 7 Mei.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ba’kelalan bukti KEADILAN mampu menang DUN pedalaman lain

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 APR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak yakin penguasaan Barisan Nasional (BN) di kebanyakkan kawasan pedalaman negeri itu mampu dipecahkan.

Pengerusinya, Baru Bian, berkata perkara ini dapat dibuktikan apabila beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 pada 2011 lalu.

baru-bian“Walaupun kita faham bahawa PRN Sarawak ini memang sukar untuk menang di tetapi kita cuba juga meningkatkan sokongan dengan membawa mesej mengubah minda untuk menukar pemerintah yang dah berusia lebih 50 tahun,” kata Ahli Dewan Negeri Ba’kelalan ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Katanya, selain kemenangan di Ba’kelalan, Pakatan Rakyat pada PRN ke-10 ketika itu juga berjaya mengurangkan majoriti kerusi dimenangi BN pada PRN ke-9.

“Tiada yang mustahil dalam politik walaupun statistik dikeluarkan NGO dan terbaru Merdeka Centre mengatakan persepsi orang ramai dengan KM baru agak baik.

“Tetapi perlu diingatkan, apa-apa boleh terjadi dalam politik ini,” kata Baru lagi.

Dalam PRN ke-9 pada 2006, BN memenangi 62 kerusi DUN daripada 71 kerusi yang dipertandingkan sebelum menyusut kepada 55 kerusi pada PRN ke-10 pada 2011.

Baru Bian memenangi kerusi Ba’kelalan pada 2011 selepas memperolehi 2,505 undi berbanding Willie Liau dari BN dengan 2,032 undi.

-nR-