Categories
GLOBAL

PBB: Lebih 370,000 penduduk Rohingya jadi pelarian

GLOBAL 13 SEPT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 370,000 penduduk Rohingya tiba di Bangladesh dari Rakhine sejak 25 Ogos lalu, menyamai satu pertiga daripada 1.1 juta populasi Rohingya di negeri itu.

Etnik minoriti Islam Rohingya ditindas selama beberapa dekad di mana mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin.

Menurut Kerajaan Bangladesh, kira-kira 3,000 masyarakt Rohingya terbunuh dalam konflik itu.

Namun, gelombang keganasan di Rakhine pada 25 Ogos lepas menyaksikan ratusan ribu penduduk Rohingya menyeberang sempadan menuju ke Bangladesh.

RohingyaPelarian Rohingya itu memberitahu, kampung-kampung mereka hangus dibakar oleh penduduk beragama Buddha dan askar Myanmar, manakala ramai antara mereka dibunuh.

=EZY=

Categories
GLOBAL NASIONAL

Rohingya: Putrajaya digesa lebih tegas terhadap Myanmar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Putrajaya digesa memberi tekanan lebih keras terhadap Myanmar dalam usaha meleraikan konflik kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara tindakan boleh dikenakan termasuk sekatan perdagangan terutama ke atas barangan pengguna dan bahan bakar.

Katanya, pendirian Putrajaya untuk bersikap retorik ketika ini hanya mendorong kepada kegagalan mencadangkan strategi penyelesaian yang lebih adil dan menyeluruh.

wan-azizah“Pada masa sama, ASEAN juga perlu memainkan peranan lebih proaktif. Tiada makna wujudnya kesepakatan ekonomi serantau seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) jika negara anggota dibiarkan bertindak menzalimi warga, di wilayah sendiri.

“Terutama apabila kezaliman itu mungkin mendatangkan kesan negatif kepada seluruh rantau ASEAN dengan radikalisasi dan ekstremisme kelompok tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, seramai 270,000 etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri daripada wilayah Rakhine di Myanmar ke Bangladesh.

Media antarabangsa melaporkan kebanyakan kampung yang diserang askar Myanmar menampakkan kesan ‘pembunuhan etnik’.

Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN berkata, Yangon terbukti tidak mengendahkan sebarang saranan dan kecaman masyarakat antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu Rohingya.

“Mereka terus angkuh menindas dan menzalimi kumpulan etnik berkenaan. Pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi juga gagal menunjukkan keprihatinan dan simpati terhadap etnik Rohingya dalam krisis kemanusiaan ini,” katanya.

Categories
GLOBAL

Secara perlahan satu demi satu kampung dibakar

YANGON 10 SEPT: Beberapa lagi perkampungan dibakar di barat laut Myanmar, wilayah ramai etnik Islam Rohingya berlindung daripada keganasan, kata dua sumber yang memantau keadaan.

Kebakaran itu bermula apabila lapan kampung dibakar di wilayah pelbagai etnik Rathedaung, meningkatkan kebimbangan lebih ramai minoriti Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Kebakaran itu memusnahkan empat lagi perkampungan di Rathedaung, berkemungkinan bertujuan menghapuskan semua kampung penduduk Islam di kawasan itu, kata sumber.

Dibakar4“Secara perlahan, satu demi satu kampung dibakar. Saya percaya minoriti Rohingya sudah pun hapus sepenuhnya dari Rathedaung.

“Ada 11 perkampungan Islam di situ dan selepas dua hari, semuanya musnah,” kata jurucakap kumpulan pemerhati Arakan Project, Chris Lewa.

Tidak dapat dipastikan siapa memulakan kebakaran di kampung yang terletak di barat laut Myanmar, jauh dari lokasi militan Rohingya menyerang 30 pos polis dan pangkalan tentera bulan lalu, mendorong serangan balas tentera yang mengorbankan 400 orang.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rohingya selamat, Myanmar sejahtera

Semangat kesukanan dan kemeriahan sempena 29th Southeast Asian Games @ Kuala Lumpur 2017, yang sepatutnya melambangkan persahabatan, keamanan, kesejahteraan negara-negara ASEAN telah dicemari oleh tindakan ketenteraan kerajaan Myanmar di Wilayah Arakan @ Rakhine.

Alasan tindakan ketenteraan adalah untuk menghapus kumpulan mujahideen Rohingya yang telah menyerang pasukan keselamatan.

Kita memahami, sebuah negara berdaulat seperti Myanmar mempunyai hak untuk menghalang sebarang ancaman keselamatan terhadap negara tanpa kompromi. Apa yang dikesali ialah tindakan ketenteraan tersebut adalah melampau dan agresif dan telah menyebabkan etnik awam Rohingya dibunuh, disiksa dan menjadi pelarian.

Menurut kenyataan media daripada pertubuhan Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) yang telah berpengalaman mengendalikan klinik dan banyak aktiviti kebajikan kepada pelarian Rohingya bersama rakan-rakan bersekutunya, terdapat antara 300 hingga 3000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan telah dibunuh dalam beberapa minggu lalu. Selain itu, dalam anggaran 10,000 buah rumah dan kedai dibakar oleh tentera Burma.

Ramai wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan lemas ketika cuba menyeberang Sungai Naaf untuk memasuki Bangladesh.

Setiausaha Agung PBB pada 1 September lalu telah menuntut dihentikan segera penindasan terhadap kemanusiaan ini di Rakhine ini.

Kami berkeyakinan, kerajaan moden dan demokratik Myanmar, pimpinan pemenang hadiah Nobel, Daw Ang San Su Kyi turut berhasrat untuk mensejahterakan Myanmar dan menyelamatkan Rohingya.

Mungkin beliau mewarisi sebuah negara tanpa sumber yang mencukupi kerana ditadbir bekas junta tentera selama hampir 50 tahun. Ramai yang percaya pengaruh tenterà masih kuat di sana. Beliau memerlukan masa, tenaga serta sumber yang maksimum untuk membina kembali negaranya ke landasan demokratik tulen.

Walau apapun warna kulit dan agama yang menjadi pegangan rakyat Rohingya, mereka adalah juga manusia seperti orang lain di bumi ini. Pelanggaran terhadap hak-hak asasi Rohingya sewajarnya dan sewajibnya ditamatkan dengan serta-merta tanpa alasan.

Justeru itu, bagi meredakan ketegangan di wilayah Rakhine, kami ingin menyarankan tindakan-tindakan segera seperti berikut:

1. Semua pihak sama ada dari dalam atau luar negara hendaklah memberi peluang kepada Daw Ang San Su Kyi untuk membina Myanmar Baru yang memberi keadilan dan kebajikan asas yang diperlukan oleh penduduknya. Tekanan antarabangsa kepada beliau khususnya, diharap dapat membuat beliau menghentikan pembunuhan dan pembulian itu serta merta.

2. Semua pihak sama ada tentera atau kumpulan bersenjata Rohingya (jika ada) hendaklah segera menghentikan tindakan bersenjata dan memilih perundingan sebagai jalan untuk kesejahteraan dan kestabilan di Rakhine.

3. Membentuk pakatan ketenteraan ASEAN dengan semangat ASEAN yang berkecuali bagi membantu Myanmar menjaga keselamatan khusus di Rakhine dalam tempoh tertentu.

4. Menghentikan segala pelanggaran hak asasi kemanusiaan Rohingya dan pemberontakan bersenjata dengan segera.

Sesungguhnya menghalau rakyat Rohingya dari Myanmar bukanlah tindakan yang bijak. Ia adalah seumpama menghalau penduduk New York di Amerika Syarikat supaya pulang ke England. Ketabahan, keikhlasan dan jati diri Rohingya sewajarnya digembleng untuk sama-sama membangunkan negara Myanmar Baru yang demokratik dan bertamadun.

Kami juga menyeru dan menyarankan agar Kerajaan Malaysia dan Bangladesh, yang terkesan secara langsung dengan kejadian ini, dan negara-negara ASEAN amnya, hendaklah segera mengambil tindakan diplomatik dengan mengadakan perbincangan dan membuat tindakan yang sewajarnya bagi menamatkan penderitaan etnik Rohingya buat selama-lamanya.

*UST HASANUDDIN YUNUS*
Parti Amanah Negara (AMANAH)

*YB ZAIRIL KHIR JOHARI*
Parti Tindakan Demokrasi (DAP)

*YB MANIVANAN GOWIN*
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Categories
GLOBAL

Ribuan warga Indonesia protes di luar Kedutaan Myanmar

JAKARTA 6 SEPT: Ribuan warga Indonesia hari ini berhimpun di luar Kedutaan Myanmar di sini, menuntut negara itu menamatkan segera keganasan ke atas minoriti Rohingya.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan penunjuk perasaan, ramai memakai jubah putih dan berkopiah, berjalan untuk berkumpul di luar kedutaan terbabit di pinggir ibu kota ini.

Penindasan ke atas Rohingya, yang dianggap pendatang haram dan kebanyakannya dinafikan kerakyatan di Myanmar, menjadi punca kemarahan di Indonesia dan seluruh dunia Islam.

Penunjuk perasaan melaungkan ‘Allahu Akbar’ dan memegang sepanduk bertulis ‘Berhenti membunuh Muslim Rohingya’ berkumpul mengutuk situasi kemanusiaan semakin buruk di Rakhine.

21371396_2083884578320618_5064062887619980150_n“Saya fikir ini bukan hanya isu agama, namun lebih kepada kemanusiaan. Apa yang berlaku di sana amat kejam,” kata Tita Fatmawati, seorang guru dari Bogor kepada AFP.

Jurucakap polis ibu kota ini berkata, kira-kira 6,000 polis dan tentera bersenjata dihantar berkawal di luar kedutaan, yang dikepung dengan kawad duri.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan telefon Suu Kyi, kutuk penderaan Rohingya

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ISTANBUL 6 SEPT: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk  peningkatan pelanggaran hak asasi manusia yang menyasarkan kepada minoriti Islam Rohingya menerusi panggilan telefon dengan pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Agensi Berita Turki ANADOLU POST  melaporkan menerusi panggilan telefon dengan Suu Kyi, bekas tahanan politik junta Myanmar, Erdogan berkata, pelanggaran meningkat hak asasi manusia ke atas Muslim Rohingya ‘amat membimbangkan’ seluruh dunia, kata sumber pejabat Presiden.

Erdogan berkata, Turki mengutuk keganasan dan operasi ke atas orang awam tidak berdosa, menambah perkembangan di Myanmar bertukar kepada satu krisis kemanusiaan serius yang mencetuskan kebimbangan dan kebencian.

Erdogan Syu KiBeliau meningkatkan diplomasi dan bercakap di telefon bersama pemimpin Islam ketika Aidiladha, mencari jalan menyelesaikan krisis kemanusiaan di Myanmar.

Erdogan juga bercakap dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Mereka juga membincangkan pilihan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan menyelesaikan krisis.

Menurut pegawai itu, Erdogan mengutuk kedua-dua keganasan dan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang. Presiden menjanjikan sokongan Turki untuk menamatkan keganasan.

Presiden Pertubuhan Perpaduan Rohingya,Salim Ullah Abdul Rahman , memuji sokongan Turki untuk Rohingya.

“Saya berterima kasih kepada Turki kerana tidak peduli terhadap penindasan Rohingya.

Rohingya“Kami berterima kasih kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kerana menunjukkan minat terhadap isu Rohingya,” katanya.

Erdogan minggu lalu menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas minoriti Rohingya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine, meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan.

Keganasan terbaru, bermula Oktober lalu apabila kumpulan pemberontak kecil Rohingya menyerbu pos sempadan, terburuk pernah disaksikan Rakhine sejak bertahun lalu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Israel bekal senjata ke Myanmar ketika keganasan memuncak

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 5 SEPT: Israel terus menjual senjata ke Myanmar ketika beribu-ribu pelarian Rohingya melarikan diri daripada kekerasan tentera di wilayah Rakhine, Myanmar.

Portal Agensi Berita Timur Tengah MIDDLE EAST EYE (MEE) melaporkan senjata yang dijual ke Myanmar termasuk lebih dari 100 kereta kebal, senjata dan bot yang digunakan polis untuk mengawal sempadan negara, menurut kumpulan hak asasi manusia dan pegawai Burma.

Dilaporkan syarikat senjata milik Israel seperti seperti Tar Ideal juga terlibat dalam memberi latihan kepada pasukan khas Burma yang kini berada di negeri Rakhine di mana kebanyakan kekerasan berlaku.

3796962082Imej diletakkan sebelum ini di laman web syarikat senjata berkenaan menunjukkan kakitangannya mengarahkan anggota pasukan khas Burma mengenai taktik tempur dan cara menggunakan senjata tertentu.

Pada September, Mahkamah Tinggi Israel dijangka mendengar petisyen, yang dilancarkan oleh aktivis, mendesak kerajaan Israel menghentikan eksport senjata ke Myanmar.

AS dan EU mempunyai embargo senjata terhadap Kerajaan Myanmar.

Eitay Mack, peguam yang mengemukakan petisyen itu, memberitahu Middle East Eye bahawa Israel tidak mempunyai kawalan terhadap eksport senjata mereka apabila mereka dihantar ke luar negara.

“Israel tidak dapat mengawal apa yang berlaku dengan senjata setelah menghantar senjata ke Burma,” kata Mack, seorang peguam hak asasi Israel yang berpusat di Tel Aviv.
1781854387Israel mempunyai hubungan rapat dengan Myanmar dan mengekalkan hubungan perdagangan selama bertahun-tahun. Hubungan ini wujud sebelum junta tentera turun daripada pentadbiran.

Ofer Neiman, aktivis hak asasi manusia Israel, berkata hubungan Israel dengan Myanmar dikaitkan dengan pendudukan wilayah Palestin yang sedang berlangsung di Tebing Barat.

“Kerajaan Israel yang berturut-turut telah menjual senjata kepada pemerintahan diktator tentera di Burma selama bertahun-tahun,” kata Neiman kepada MEE.

Portal Berita Israel HAARETZ.COM melaporkan pada Ogos 2016, imej gambar telah disiarkan di laman web TAR Ideal Concepts, sebuah syarikat Israel yang mengkhususkan diri dalam menyediakan latihan dan peralatan ketenteraan.

Ia menunjukkan latihan dengan senapang Corner Shot yang dibuat oleh Israel, bersama dengan kenyataan bahawa Myanmar telah memulakan operasi penggunaan senjata itu.

Laman web itu berkata syarikat itu diketuai oleh bekas Pesuruhjaya Polis Israel Shlomo Aharonishki. Pada masa ini, laman web itu tidak memberi rujukan khusus kepada Myanmar, hanya merujuk lebih kepada Asia.

21270990_2082004765175266_6760630994617565131_nLebih 60,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari rumah mereka untuk mencari perlindungan di Bangladesh apabila keganasan berlaku di negeri Rakhine.

Imej satelit menunjukkan berpuluh-puluh kampung Rohingya dibakar oleh tentera Myanmar.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumaat menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.

 

RUJUKAN BERITA:

1. http://www.middleeasteye.net/news/Israel-arming-Myanmar-amid-ongoing-Rohingya-crackdown-478788243

2. http://www.haaretz.com/world-news/1.810390

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan bawa isu kemanusian Rohingya ke PBB

OLEH: MOHD EZLI

GLOBAL 5 SEPT: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata isu kemanusiaan masyarakat Islam Rohingya bakal dibawa ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada bulan ini.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Erdogan menyatakan perkara demikian semasa hari akhir sambutan Aidil Adha di wilayah Catalca di Istanbul.

“Saya akan membawa apa yang berlaku di Myanmar pada Perhimpunan Agung PBB 19 September dengan cara lebih meluas, “katanya.

Erdogan“Kami akan bercakap tentang semua ini dengan pemimpin di sana,” kata Erdogan.

Sebagai presiden giliran kepada Kesatuan Negara-Negara Islam (OIC), Erdogan sudah menghubungi lebih 20 negara membincangkan krisis masyarakat Rohingnya.

Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan Bencana Perdana Kementerian dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan (AFAD) akan terus menghantar kemanusiaan bantuan kepada Muslim Rohingya yang menderita di Asia Tenggara, tambah Presiden.

RohingnyaKeganasan di Rakhine Myanmar bermuka 25 Ogos lalu apabila pihak keselamatan Myanmar melancarkan operasi ketenteraan terhadap masyarakat Islam Rohingnya.

Ekoran itu, ribuan masyarakat Islam Rohingnya terpaksa melarikan diri dan menyeberangi wilayah Bangladesh.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Lebih sejuta rakyat Chechnya protes kezaliman Myanmar

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 5 SEPT: Kira-kira lebih sejuta masyarakat Chechnya, Rusia mengadakan perhimpunan aman besar-besaran memprotes tindakan ganas dilakukan Kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan protes besar-besaran itu berlangsung di ibu negara Chehcnya di Grozny dengan membawa kain rentang menuntut dihentikan kezaliman terhadap masyarakat Islam Rohingya.

“Hentikan genosid di Myanmar”, “Hentikan genosid terhadap Muslim Rohingya” dan “Hentikan Pembunuhan Muslim Myanmar” tulis mereka di kain rentang dan plakard.

21272128_2081535931888816_234966300302581027_nMenurut Kementerian Dalam Negeri Rusia kira-kira 1.1 juta penduduk termasuk daripada jiran wilayah berdekatan berhimpun menunjukkan ptotes dengan diakhir dengan solat di Masjid Grozny.

Sejak permulaan tindakan keras ketenteraan terhadap komuniti Rohingya di Myanmar Negeri Rakhine pada 25 Ogos, beribu-ribu umat Islam Rohingya telah melarikan diri jiran Bangladesh.

Seramai 87,000 kebanyakan pelarian Rohingya telah tiba di Bangladesh
10 hari lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Isnin.

Dilaporkan lebih 400 terkorban dalam konflik terbaru di Myamnar.

Berikut adalah gambar suasana perhimpunan itu yang dimuatnaik ke laman media sosial SHEHAB NEWS AGENCY:

21231741_2081536328555443_2826684365603118540_n

 

21271213_2081606558548420_7196110211678246725_n

 

21271345_2081606388548437_3188899251297182055_n

 

21272108_2081536371888772_6852623847395965032_n

 

21314729_2081536375222105_6167459825869238654_n

=EZY=

Categories
NASIONAL

Rohingya: AMK cadang sidang Parlimen tergempar

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 SEPT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencadangkan sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keganasan di Myanmar, ketika ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, semua rakyat Malaysia pasti terkesan dengan keganasan dan kesengsaraan yang berlaku ke atas wilayah Rakhine di Myanmar, terutama tindakan ganas yang dikenakan ke atas Rohingya.

Katanya, keganasan dan krisis kemanusiaan itu bukan sahaja berkemungkinan mengganggu kestabilan Myanmar dan negara jiran tetapi rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

“Saya berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membenarkan ahli Parlimen membahaskan isu ini apabila dewan bersidang semula nanti.

“Sememangnya ini masa paling sesuai untuk memanggil sidang Parlimen tergempar membincangkan dasar luar negara yang perlu diambil Malaysia mengakhiri malapetaka ini,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, pihak berkuasa perlu lebih berhemah ketika berurusan dengan penunjuk perasaan Rohingya yang ditahan tempoh hari berdekatan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur dalam lunas undang-undang.

Nik NazmiPada masa sama, katanya, penyelesaian berkekalan ke atas status kaum Rohingya perlu dicapai termasuk mempertahankan hak kerakyatan mereka di Myanmar dengan segera.

“Suatu ketika dahulu, beberapa tokoh daripada Kerajaan Persekutuan dan parti politik tertentu mengambil bahagian dalam perhimpunan sama menegakkan hak Rohingya.

“Justeru, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu menggesa kerajaan dan masyarakat antarabangsa, termasuk institusi seperti PBB, OIC dan Asean untuk mengambil segala tindakan diplomatik yang boleh mengakhiri keganasan di Rakhine,” katanya.

Terdahulu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menafikan berlaku rusuhan membabitkan sekumpulan warga Rohingya di sekitar Kuala Lumpur seperti rakaman video yang tular.

Categories
GLOBAL

Muslim Moscow berhimpun bantah kekejaman terhadap masyarakat Rohingya

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 3 SEPT: Ribuan masyarakat Islam di Rusia berhimpun di hadapan Kedutaan Myanmar di Moscow membantah kekejaman terhadap mayarakat Islam Rohingya.

Agensi Berita Rusia RT NEWS melaporkan ramai polis berkawal di sekitar kedutaan dan suasana bantahan berjalan dengan aman dan terkawal.

Dilaporkan tiada perlanggaran peraturan ketika protes berlangsung, Polis Moscow memberitahu Agensi Berita TASS bahawa kira-kira 800 berhimpun di hadapan kedutaan.

Penunjuk perasaaan menunjukkan solidariti terhadap masyarakat Islam Rohingya sambil menggesa dihentikan sebarang pembunuhan besar-besaran di Myanmar.

59abe960fc7e93295d8b4567Sekurang-kurangnya 20 kenderaan polis dan sebuah armor diletakkan di kawasan perhimpunan aman itu.

“Apabila kita melihat ketidaksamaan terhadap saudara kita, kita memperjuangkan protes. Itulah sebabnya kami berkumpul di sini hari ini.

“Kami bersatu … dan harus menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa umat Islam mahukan keamanan, ” kata salah seorang penunjuk perasaan memberitahu TASS.

Situasi di Myanmar bertambah meruncing mutakhir ini ekoran konflik yang berlaku sehingga menyebabkan lebih 400 terkorban manakala kira-kira 73,000 masyarakat Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rohingya jadi ‘korban’ di ambang hari raya korban

1) Malaysia mesti bersegera bertindak tegas menyelamatkan kaum Rohingya Myanmar yang sedang dibunuh beramai ramai. Setelah melihat sikap Kerajaan Myanmar yang angkuh dan kejam tidak mendengar bantahan suara negara negara antarabangsa, sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia memanggil Sidang Khas Parlimen bahas isu pembunuhan kaum Rohingya. Apabila kami yang bersama NGO tempatan yang di ketuai oleh MAPIM hadhir di Kedutaan Myanmar Kuala Lumpur pada 30 Ogos untuk menyampaikan Memorandum tentang Rohingya, sikap tidak menghormati rombongan kami dengan menghantar kakitangan bawahan menerima memo tersebut amat mendukacitakan.

2) Sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, saya telah membawa satu usul khas di Parlimen tahun lepas untuk membahas pembunuhan dan kekejaman keatas kaum Rohingya di Myanmar. Malangnya usul tersebut telah ditolak oleh Kerajaan dengan hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong usul tersebut. Kerajaan Malaysia mesti merasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ini kerana Malaysia telah menyokong kuat kemasukkan Myanmar kedalam ASEAN. Malaysia juga berusaha keras untuk pembebasan Aung San Suu Kyi dari penahanan pihak tentera Myanmar sehingga beliau menjadi Perdana Menteri Myanmar hari ini. Kegagalan Kerajaan membahas dan membuat pendirian rasmi yang tegas di Parlimen tahun lepas telah melihat pembunuhan yang lebih ganas dan meluas oleh pihak tentera Myanmar hari ini. Menjelang Hari Raya Korban , begitu ramai umat Islam Rohingya yang kecil, tua dan wanita di korbankan oleh Junta tentera Myanmar secara terancang. Apakah kita negara majoriti rakyat Islam masih berdiam diri sementara Pope Francis dari Vactican telah mengumumkan beliau akan ke Myanmar dalam waktu terdekat kerana krisis kemanusiaan yang makin meruncing ? Tidak malu kah Kerajaan kita yang masih berpeluk tubuh tidak bersedia pun untuk membahas isu ini di Parlimem ? Dimanakah keperhatinan kita sebagai seorang Islam melihat saudara seAgama kita di korbankan dengan begitu kejam ?

3) Semasa Pope Francis dari Vactican merancang untuk ke Myanmar kerana isu umat Islam Rohingya, Dato Najib sibuk dengan persiapan hendak ke Amerika berjumpa dengan Presiden Trump seorang yang terkenal dengan sikap perkauman dan anti Islam nya. Di manakah Dato Najib meletak prioriti kemanusiaan Islam nya berbanding dengan politiknya ? Polisi kononnya tidak campur tangan ehwal negara ASEAN tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada Malaysia apabila beribu umat Islam tidak berdosa di bunuh begitu kejam di negara jiran. Isu penglibatan Malaysia bersama tentera sekutu Saudi ia itu Amerika, Britain dan Peranchis menyerang negara miskin Yaman di rakamkan dalam lapuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu- PBB, pada Januari 2017. Soalan saya di Parlimen pada tahun lepas tidak di jawab dengan penuh tentang dakwaan PBB yang Malaysia terlibat dalam jenayah perang pembunuhan bersama Amerika beribu-ribu rakyat Islam Yaman. Kenapa campur tangan di negara yang jauh tetapi tidak bersungguh menyelamatkan nyawa umat Islam di Negara jiran ?

4) Sekali lagi saya menuntut sidang Khas Parlimen untuk bahas Usul isu pembunuhan Rohingya yang telah di tolak Kerajaan tahun lepas. Berapa ramai lagi rakyat Rohingya mesti menjadi korban kekejaman junta Myanmar sebelum Kerajaan mahu mengambil sikap serius isu ini. Semasa kita membahagi bahagikan daging korban pada Hari Raya Aidil Adha Jumaat ini, ingatlah sedikit berapa ramai rakyat Islam Rohingya kelaparan menjadi pelarian dan terus menjadi korban pembunuhan kejam Junta Tentra Myanmar.

RAJA BAHRIN SHAH
PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA
PARTI AMANAH