Categories
NASIONAL

Malaysia kecam serangan di utara Rakhine

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 OGOS: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar di utara Rakhine, Myanmar, pada 25 Ogos lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia sangat bimbang dengan serangan terbabit yang akan menyebabkan kehilangan nyawa insan tidak berdosa dan pemindahan penduduk.

“Kami menggesa kerajaan Myanmar menangani situasi itu secara adil dan saksama menurut prinsip antarabangsa serta perlindungan hak asasi manusia yang turut terkandung dalam Piagam ASEAN juga Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN,” katanya.

Kenyataan itu juga menggesa akses kemanusiaan diberi kepada mereka yang terjejas ekoran pertempuran terbabit.

Wisma Putra turut mengingatkan semula berkenaan resolusi diterima Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC berkenaan Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar, pada 19 Januari lalu.

24-12-pray-for-rohingya-remy“Resolusi itu menzahirkan kebimbangan berhubung keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang serius terhadap minoriti Islam Rohingya.

“Ia menggesa Myanmar menghapuskan punca konflik dan mengambil langkah berkesan bagi mencegah krisis itu daripada bertambah buruk,” katanya.

Semalam, polis menahan 44 warga Rohingya yang melakukan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar.

Terdahulu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut menyeru semua jemaah haji di Mekah khususnya dari Malaysia berdoa dan bersolat hajat memohon kesejahteraan serta perlindungan etnik Rohingya.

Categories
AGAMA NASIONAL

Rohingya: MAPIM desak PBB ambil tindakan segera

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk mengambil tindakan segera berhubung operasi ketenteraan yang dilancarkan ke atas penduduk Rohingnya di daerah Maungdaw Buthidaung, semalam.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk operasi ketenteraan itu yang menyebabkan beribu penduduk Rohingnya terkorban.

MAPIM - AZMI HAMID“Masyarakat antarabangsa tidak boleh bertolak ansur dengan pembunuhan beramai-ramai Rohingya yang sudah berapa dekad dilakukan.

“Kami mahu tentera perdamaian antarabangsa untuk ditempatkan segera bagi menghentikan pertumpahan darah,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azmi berkata, kerajaan Myanmar tidak bertanggungjawab terhadap keputusan oleh PBB dan Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang mahu penindasan terhadap kaum itu dihentikan.

“Malah, perwakilan dari PBB dihalang memasuki Myanmar. Agensi ini harus bertindak sekarang sebelum lebih banyak nyawa hilang akibat pencerobohan ketenteraan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Ancaman bunuh, ketakutan Syawal Rohingya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 JUN : Ketika masyarakat Malaysia bakal meraikan kemuliaan Syawal penuh keceriaan bersama keluarga tersayang, bagaimana pula sambutan dilalui warga Rohingya di Myanmar yang terus ditekan dan dinafikan hak mereka?

Mengimbau keperitan dilalui etnik itu, Abdul Satar, 43 berkongsi kisah duka kehidupan masyarakat Islam di negara Buddha Ultra Nasionalis itu.

Katanya, masyarakat Rohingya tidak diberikan kesamarataan apabila kekejaman tentera Myanmar terus rakus melenyapkan ‘kehidupan’ mereka di negara itu.

rohingya“Hinggakan kubur Rohingnya dihapuskan dan diratakan dengan tanah dan di atas tanah itu jugalah mereka dirikan perkampungan baru masyarakat Buddha.

“Kerajaan Myanmar lakukan kekejaman untuk lenyapkan kami di negara itu,” katanya kepada SelangorKini.

Pengalaman sama turut dikongsikan Nur Islam Yusuf Jalal, 65 yang kini berada di negara ini atas desakan tanah hidup di tanah airnya.

Nur Islam berkata etika di Myanmar, masyarakat Rohingya tidak dibenarkan menyambut perayaan masyarakat Islam itu.

“Di Malaysia lebih terbuka, kami bebas berkunjung ke rumah saudara Islam kami. Tetapi di negara kami, kerajaan tidak benarkan kami melawat satu sama lain.

“Sejujurnya walaupun menjalani kehidupan yang baik di Malaysia, namun saya risau dengan nasib masyarakat kami di sana.

“Masjid, sekolah Islam dan rumah-rumah kami dibakar tanpa belas kasihan,” katanya.

Rohingya (2)Bagi Hamidun Abdullah, 14 ketakutan masa lalu diibaratkan sebagai mimpi ngeri dan pengalaman paling getir dalam kehidupannya.

Di usia muda ini katanya. dia perlu meneruskan kehidupan sebaiknya tanpa mengetahui nasib hidup mati keluarganya.

“Saya sendiri tidak tahu apakah nasib ibu saya sama ada hidup atau tiada lagi,” katanya.

Walaupum Hamidun kini sudah menjalani kehidupan lebih baik di nengara ini, namun terlukis di wajah remaja ini tentang kesedihan menempuh dugaan yang seharusnya tidak dirasai mana-mana remaja seusianya.

Sebelum ini, krisis dan penindasan suku kaum Rohingnya dikritik masyarakat antarabangsa susulan keganasan berterusan pentadbiran Myanmar terhadap golongan itu.

Secara umum berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar membabitkan pertikaian isu dan masalah agama.

Bagaimanapun, analis Siegfried O. Wolf berpendapat, krisis ini lebih bersifat amalan politik dan ekonomi Myanmar.

Terdahulu, Malaysia mengambil pendirian terbuka atas prinsip Islam sejagat dan ihsan untuk membenarkan penempatan etnik Rohingnya di negara ini.

Satiranya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sewajarnya mewujudkan inisiatif dan perancangan lebih agresif sebagai desakan kepada Myanmar untuk menghentikan kekejaman Rohingya di Myanmar.

Desakan terhadap Kerajaan Myanmar tidak boleh dibiar meneruskan agenda pembersihan etnik yang akhirnya akan memberi implikasi besar kepada kestabilan serantau.

Categories
NASIONAL

Serantau Muslim bina semula kampung Rohingya

OLEH NAEEM RAFFI

RAKHINE, 19 JUN: Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) berjaya menyampaikan pek makanan hasil sumbangan orang ramai kepada 1,000 keluarga di perkampungan Rohingya di IDP Kem di Sittwe yang musnah akibat taufan Mora baru baru ini.

Misi bantuan kemanusiaan dengan kerjasama Mountain Of Mercy itu juga berjaya membina 25 wakaf telaga air dan lima rumah perlindungan.

Pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, misi itu dilakukan atas dasar tanggungjawab dan semangat kemanusiaan membantu etnik Rohingya tertindas.

SERANTAU MUSLIM (3)“Taufan Mora telah meranapkan hampir 70 peratus Kem IDP yang menyaksikan 30,000 keluarga terjejas kerana rumah mereka musnah sama sekali.

“Bantuan kecemasan membina semula pusat perlindungan amat diperlukan dalam kadar segera bagi mereka berteduh,” katanya dalam kenyataan.

Sekurang-kurangnya 700 pusat perlindungan diperlukan menjelang Aidilfitri ini dengan kos pembinaan sebuah pusat adalah RM40,000.

“Setiap pusat perlindungan boleh menampung 8 buah keluarga, biarpun ia kelihatan sangat dhaif tetapi ia sangat-sangat diharapkan oleh umat Islam disana,”katanya.

Misi bantuan kemanusiaan selama tiga hari bermula 16 hingga 18 jun itu turut Setiausaha Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor dan Presiden Mountain Of Mercy, Mohamed Zeyadh Hafiz.SERANTAU MUSLIM (2) SERANTAU MUSLIM (1) SERANTAU MUSLIM (4) SERANTAU MUSLIM (5)

Categories
NASIONAL

Sami anti Islam lawat penempatan Rohingya

YANGON, 5 MEI : Provokasi terhadap kempen anti Islam masyarakat Rohingya dilancarkan secara keras kerajaan Myanmar bagi memberi tekanan berterusan kepada masyarakat Islam negara itu.

Terbaru, Sami Buddha Myanmar yang pernah digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana pendirian anti Islamnya melawat Rakhine, salah satu penempatan utama masyarakat Rohingya.

Lawatan itu dilihat antara signifikan menyemarakkan lagi ketegangan agama antara penduduk Rakhine beragama Islam dan penganut Buddha, lapor AFP.

Sementara itu, Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan ratusan penduduk Rohingya terbunuh dengan lebih 70,000 lagi menjadi pelarian.

ROHINGNYA 2Walaupun dakwaan itu dinafikan pemerintah Myanmar, namun kekejaman berterusan diilancarkan Tentera Myanmar memungkin lebih ramai etnik Rohingya menjadi mangsa.

Krisis dan penindasan suku kaum Rohingnya dikritik masyarakat antarabangsa susulan keganasan berterusan pentadbiran Myanmar terhadap golongan itu.

Secara umum berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar membabitkan pertikaian isu dan masalah agama.

Terdahulu, Malaysia mengambil pendirian terbuka atas prinsip Islam sejagat dan ihsan membenarkan penempatan etnik Rohingnya di negara ini.

Satiranya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sewajarnya mewujudkan inisiatif dan perancangan lebih agresif sebagai desakan untuk menghentikan kekejaman Rohingya di Myanmar.

ROHINGNYAPBB sebelum ini menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.

 

Categories
NASIONAL

Krisis Rohingya: Myanmar benar aktivti pembunuhan?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MEI: Pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan Kerajaan Myanmar sebagai jaminan kestabilan etnik Rohingya di negara itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, ketetapan itu seiring dasar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan usul Kebebasan Agama dan Kepercayaan Masyarakat sesebuah negara.

“Kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah sesuai menyekat keganasan didorong kebencian sesuatu agama kerana ia adalah tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas keganasan dilakukan tentera Myanmar membabitkan serangan rumah ibadat dan pusat pendidikan Islam etnik Rohingya, pada 28 April lalu.

Pada masa sama, Mohd Azmi turut mempersoal episod kemusnahan berterusan dilakukan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya.

“Kami mengutuk serangan berterusan ke arah institusi keagamaan kerana pihak berkuasa seolah membenarnya berleluasa di Myanmar.

MAPIM - AZMI HAMID“Namun wujud persoalan lebih besar, adakah ini dasar (keganasan) tidak rasmi di Myanmar untuk mewujudkan sistem tegang dalam kalangan rakyat di negaranya sendiri?” katanya.

Kejadian sama pernah berlaku selepas puluhan madrasah di Wilayah Rakhine dibakar perusuh yang diketuai kumpulan sami Buddha, pada 2012.

Kemusnahan sama dilaporkan turut berlaku pada 2015 apabila perkampungan Dapine, di bandar Buthidaung turut musnah dengan 28 rumah, sebuah masjid dan madrasah dibakar tentera Myanmar.

Laporan sama pada 2 Julai 2016 apabila masjid utama dibakar perusuh ekstremis Buddha yang menyerang rumah ibadat di perkampungan Hpakant.

Categories
NASIONAL

Flotilla Rohingya berlepas 10 Januari, terus hulur sumbangan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 DIS: Masyarakat diseru menghulurkan sumbangan kepada Selangor Humanitarian Fund (SHF) sebelum kapal Flotillay Rohingya yang membawa bantuan makanan, perubatan, pakaian dan lain-lain berlepas ke Myanmar pada 10 Januari nanti.

Pengerusi SHF, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, bantuan kemanusiaan ke Arakan itu memerlukan perbelanjaan tinggi termasuklah kos sewa kapal.

“Untuk menyewa sebuah kapal sahaja sudah menelan kos RM40,000 tidak termasuk perbelanjaan untuk sumbangan itu nanti,” kata Dr Yunus.

rohingyaBeliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingnya’ di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.

Jelasnya, bantuan itu amat diperlukan bagi membantu masyarakat Rohingya yang semakin tertekan akibat penindasan dan kekejaman dilakukan terhadap mereka.

Dr Ahmad Yunus berkata SHF mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah golongan artis yang mengadakan persembahan tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penganjur.

Malam tadi ‘Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingnya’ menampilkan selebriti terkenal seperti kumpulan Nowseeheart, Nisda Wati dan ramai lagi bagi mengutip sumbangan untuk menjayakan misi bantuan ‘Food Flotila for Myanmar’.

Orang ramai yang ingin turut menyumbang boleh salurkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 12038010119069 atas nama Selangor Humanitarian Fund.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

NGO gerak Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya 23 Disember

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 DIS: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Selangor Humanitarian Fund (SHF) akan menggerakkan Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, pada 23 Disember ini.

Pengasas SHF, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, usaha dijalankan itu adalah bagi menyatakan sokongan terhadap kumpulan etnik terbabit serta menyeru seluruh masyarakat Malaysia bersama berhimpun dan menyatakan solidariti.

“Himpunan sebegini perlu dijalankan secara berterusan bagi memberi tekanan kepada Myanmar selain membuka mata pihak berkaitan seperti PBB dan OIC dalam merangka tindakan perlu.

rohingya“Kita berharap lebih banyak NGO akan turut serta bagi menjayakan himpunan ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Setakat ini, lebih kurang 17 NGO menyatakan persetujuan menyertai himpunan itu antaranya Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), MUNSYID Malaysia dan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).

Beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor berkata, program itu akan menghimpunkan tokoh penting negara dan dunia iaitu Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang serta Wakil Khas OIC ke Myanmar, Tan Seri Syed Hamid Albar selain selebriti juga artis terkenal tanah air.

Mengulas lanjut, katanya, SHF juga merancang mengadakan misi bantuan ‘Food Flotila for Rohingya’ melalui jalan laut bersama komuniti NGO antarabangsa, pada Januari 2017.

“Tindakan penindasan di Myanmar begitu lama dilakukan dengan tujuan menghapuskan semua atau sebahagian kaum serta penganut agama, membuktikan sudah cukup alasan untuk tindakan diambil ke atas Myanmar.

“Semua anggota ASEAN dan badan antarabangsa boleh mengambil langkah perlu untuk menghukum Myanmar berdasarkan undang-undang antarabangsa,” katanya.

-NFN-

Categories
GLOBAL

Al-Qaradawi: 16 Dis jadi Hari Membela Rakyat Rohingya

SHAH ALAM 10 DIS: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Menurut kenyataan rasmi Kesatuan Media Ulama Islam Sedunia cawangan Asia Tenggara malam tadi, Al-Qaradawi melahirkan rasa sedih kerana ia berlaku di depan penglihatan dan pendengaran masyarakat antarabangsa dan dunia Islam tanpa sebarang tindakan segera yang diambil.

Al-Qaradawi turut mengisytiharkan 16 Disember ini sebagai “Hari Membela Rakyat Rohingya”.

“Kami menyeru khatib di seluruh dunia membicarakan tentang bantahan ke atas kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya,” katanya.

Sementara itu FMT News melaporkan sekumpulan wartawan Rohingya di Malaysia menubuhkan sebuah portal berita bagi melawan propaganda media Myanmar, dan berazam memberikan maklumat tepat perkembangan di wilayah bergolak Rakhine, Myanmar.

Dengan tenaga kerja 10 wartawan dan jurukamera, Rohingya Vision (RVision) kini giat melaporkan perkembangan dari Myanmar dalam tiga bahasa, Inggeris, Arab dan Myanmar, melalui Internet.

Pengarah Urusannya, Muhammad Noor berkata, idea menubuhkan portal berita untuk etniknya tercetus ekoran ketidakadilan laporan media di Myanmar dan negara lain dalam menyalurkan maklumat sahih pada 2012.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Rohingya: Putus hubungan diplomatik bukan sekadar berhimpun

SHAH ALAM 6 DIS: Kerajaan Malaysia disaran memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar bukan sekadar berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohamad Sany Hamzan berkata, Kerajaan Malaysia perlu mengeluarkan pendirian secara rasmi dan tegas dalam isu ini sebagai tekanan terhadap Kerajaan Myanmar.

Katanya sebarang bentuk penindasan tidak mengira kaum mahupun agama wajar ditentang oleh semua pihak lebih-lebih lagi yang mengakibatkan pembunuhan kejam dan melanggar hak asasi serta ketamadunan manusia.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean gagal menjalankan peranan mereka, sebaliknya masing-masing lepas tangan dan hanya memikirkan kepentingan sendiri.

“Kami kecewa kerana Kerajaan Persekutuan gagal memanfaatkan persidangan parlimen baru-baru ini untuk menyatakan sikap terhadap isu ini,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata bahkan, lebih menyedihkan usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah ditolak.

“Kerajaan dilihat ingin menunjuk hero dan ingin melepaskan tanggungjawab sebenar mereka sebagai kerajaan dalam isu ini dengan menganjurkan himpunan sambil dibantu oleh sekelompok pihak.

“Kami ingin tegaskan, kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih besar dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya, bukan sekadar berhimpun semata-mata,” katanya

Beliau berkata Kerajaan Malaysia wajar mengusir duta mereka dari Malaysia bagi memberi isyarat besar kepada kerajaan Myanmar.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

ASEAN perlu campur tangan isu Rohingya

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 DIS: KEADILAN mendesak negara Asean bersuara dan campur tangan dalam isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

FILE - In this June 13, 2012 file photo, a Rohingya Muslim man who fled Myanmar to Bangladesh to escape religious violence, cries as he pleads from a boat after he and others were intercepted by Bangladeshi border authorities in Taknaf, Bangladesh. She is known as the voice of Myanmar's downtrodden but there is one oppressed group that Aung San Suu Kyi does not want to discuss. For weeks, Suu Kyi has dodged questions on the plight of a Muslim minority known as the Rohingya, prompting rare criticism of the woman whose struggle for democracy and human rights in Myanmar have earned her a Nobel Peace Prize, and adoration worldwide. (AP Photo/Anurup Titu, File)

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Asean sewajarnya bertindak segera dalam isu seperti itu demi mempertahankan hak dan keselamatan kumpulan tertindas itu.

“Saya dan KEADILAN bertegas bahawa Asean sepatutnya tidak lagi mempertahankan amalan polisi tidak campur tangan dan perlu menyuarakan pandangan dalam isu berkaitan serta melindungi hak kumpulan minoriti di Myanmar,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor itu juga berharap Myanmar terutama menteri luarnya, Aung San Suu Kyi, tidak terus berdiam diri dan menyatakan pendirian mengenai perkara berkenaan.

Pelbagai pihak ketika ini mengutuk keganasan dilakukan ke atas etnik Rohingya di Rakhine yang menyaksikan pertumpahan darah dengan kebanyakannya terbunuh serta ada di antaranya kehilangan tempat tinggal.

Dilaporkan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan perjumpaan dengan kaunselor negara dan Suu Kyi secepat mungkin bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Malaysia digesa putuskan hubungan dengan Myanmar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Malaysia digesa mengambil langkah tegas dengan memutuskan hubungan bersama Myanmar sebagai tekanan kepada negara itu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izhar Hashim berkata, Malaysia juga wajar mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dilakukan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Apa yang berlaku terhadap masyrakat Rohingya bukan baru semalam tetapi sudah bertahun-tahun lamanya, namun tidak dipedulikan masyarakat dunia termasuk umat Islam sendiri.

“Kita bantah penindasan umat Islam di Bosnia, Syria dan lain-lain tetapi kita hanya melihat penindasan umat Islam Rohingya.

“Kita tak boleh bercakap mulut sahaja tetapi kita mahu Kerajaan Malaysia ambil langkah drastik untuk menekan Kerajaan Myanmar termasuk menutup hubungan dengan negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu demontrasi membantah penindasan terhadap masyarakat Rohingya selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Negeri, di sini, hari ini.

img-20161125-wa0012Izhar berkata, kekejaman terhadap 1.5 juta masyarakat Rohingya di Arakan bukan hanya membabitkan isu agama dan bangsa tetapi isu kemanusiaan yang wajar diperjuangkan semua pihak.

Katanya, lebih menyedihkan apabila Kerajaan Bangladesh menutup pintu sempadan mereka, sekali gus menyebabkan masyarakat Rohingya tidak dapat melarikan diri apabila perkampungan mereka dimusnahkan dengan kejam.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Afzainizam Abdul Rahman, berkata AMK konsisten menentang sebarang keganasan yang berlaku tanpa mengira agama dan bangsa.

“Dahulu semasa berlaku kekejaman terhadap masyarakat di Sri Lanka, kami juga mengutuk keganasan yang dilakukan dan kali ini terhadap masyarakat Rohingya, sekali lagi kami tegas dengan pendirian supaya kekejaman ini dihentikan,” katanya.

-AA-