Categories
SELANGOR

Masyarakat dijemput meriahkan 9 rumah terbuka di DUN Sementa

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAPAR, 23 JULAI: Mengambil kesempatan sempena bulan Syawal ini, Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa menganjurkan sembilan rumah terbuka dengan melibatkan sembilan buah kampung di kawasan terbabit.

ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi, berkata majlis seumpama ini mampu merapatkan hubungan sesama masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik.

“Selepas ini kita ada lapan lagi rumah terbuka yang diadakan di kampung-kampung di DUN ini.

Saya harap penduduk kampung berkenaan datang beramai-ramai supaya kita boleh berkenal-kenal dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka DUN Sementa Bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Kapar berhampiran Masjid Al-Ansar di sini, malam tadi.

Sementara itu, majlis rumah terbuka yang diadakan pada malam tadi berlangsung meriah apabila dihadiri hampir 1,000 hadirin sejak lewat petang semalam.

Selain memberi duit raya kepada kanak-kanak, turut diadakan penyerahan sumbangan ‘Food Stamp’ kepada 100 orang penerima yang hadir.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sambutan Aidilfitri MPSJ terap elemen bandar hijau

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil inisiatif menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai elemen dalam usaha mengangkat Program Inisiatif Hijau.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan, berkata majlis sambutan hari raya tahun ini berlandaskan ke arah bandar hijau dengan mengadakan Kempen Cintakan Alam Sekitar ‘Katakan tidak pada Styrifoam/Polystyrene’.

CP2A6055“Bagi menjayakannya, MPSJ menyediakan pinggan dan mangkuk berasaskan biodegradable kepada penggerai yang terlibat.

“Selain itu, MPSJ turut menyediakan tong pengasingan sisa makanan dan kutipan minyak masak terpakai pada majlis hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MPSJ 2016 dihadiri dengan meriah emua kakitangan MPSJ bersama Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan di hadapan Kompleks Arena MPSJ, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, MPSJ turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan 2016.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rumah Terbuka Selangor guna biodegrable bukan polisterin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dakwaan kononnya terdapat penggunaan bekas makanan polisterin pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor tidak benar, sebaliknya Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM50,000 untuk membekalkan bekas makanan ‘biodegrable’ kepada semua gerai penyedia makanan pada majlis itu.

Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata beliau turut menghantar pegawainya meninjau gerai yang ada secara sulit selepas mendengar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah media yang menghadiri majlis itu.

IMG-20160714-WA0003“Tidak benar dakwaan itu. Saya hantar pegawai semak di setiap gerai secara diam-diam sebaik media tanya dan didapati semua gerai tidak menggunakan polisterin.

“Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan RM50,000 bagi membekal puluhan ribu bekas makanan biodegradable dan tentunya menghairankan jika ada orang sengaja mahu bawa polisterin pula,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Katanya, bekas makanan polisterin memiliki sifat sama seperti plastik iaitu tidak terurai, sekali gus tidak mesra alam sekitar berbanding bekas makanan biodegradable pula lebih mesra alam ekoran sifatnya yang mudah terurai.

Katanya, kekeliruan itu mungkin timbul ekoran kurang pengetahuan membezakan bekas makanan polisterin dan biodegrable yang kelihatan seakan-akan serupa.

-NFN-

Categories
SELANGOR

2,000 meriahkan Majlis Kesyukuran MB dan Sambutan Aidiladha 2015

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 6 OKT: Lebih 2,000 orang tetamu hadir membanjiri Padang Keramat AU2 untuk bersama-sama Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamshidar Taharin dalam Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidiladha 2015.

IMG_3995

Kesempatan ini diambil penduduk setempat untuk beramah mesra  dan merakam gambar bersama Timbalan Presiden PKR itu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 23 September lalu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

IMG-20141006-WA0023

IMG_3994Turut hadir sama beberapa kenalan rapat dan pimpinan yang terdiri daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

IMG-20141006-WA0019Antara yang hadir Exco Selangor, Amiruddin Shaari, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, Adun Morib, Hasnul Baharuddin, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Menu yang menarik perhatian krew adalah sajian sate, roti jala, murtabak dan sup tulang.

HM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rumah terbuka Aidilfitri semua cabang PKR batal

Oleh: FAHMI FADZIL
Mengambil kira situasi dan peristiwa-peristiwa mutakhir ini termasuklah MH17 dan serangan Israel ke atas warga Palestin di Gaza, Ketua Umum Parti Keadilan Rakat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bersetuju untuk mengarahkan agar sambutan rasmi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua Cabang-Cabang PKR seluruh negara dibatalkan.
Walau bagaimanapun, majlis rumah terbuka peringkat persendirian di kediaman anggota-anggota PKR masih boleh diadakan. Pada masa yang sama, Ketua Umum dan Presiden turut meminta setiap Cabang PKR untuk menubuhkan tabung untuk mengumpul derma ikhlas yang akan disalurkan ke warga Palestin di Gaza.
Semoga peristiwa-peristiwa mutakhir ini menambah kecekalan dan ketabahan kita dalam menghadapi dugaan hari-hari mendatang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
# Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi PKR