Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Saringan percuma di Kuala Langat, Kuala Selangor hujung minggu ini

SHAH ALAM, 17 MAC: Penduduk sekitar Kuala Langat dan Kuala Selangor digalak menyertai program Saringan Bersasar percuma pada hujung minggu ini.

Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) berkata program diadakan di Dewan Orang Ramai, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Manakala pada keesokan harinya (21 Mac) pula diadakan di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada waktu yang sama.

“Penduduk kawasan sekitar digalakkan hadir terutama mereka yang tinggal di Taman Seri Indah, Taman Pelangi, Taman Pancaran, Pekan Bestari Jaya dan Taman Kilauan di Kuala Selangor,” katanya melalui poster di Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi SELangkah dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Categories
SELANGOR

Selangor teruskan saringan Covid-19 percuma, fokus lokasi panas

SHAH ALAM, 8 MAC: Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma akan diteruskan walaupun jumlah kes wabak semakin menurun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata pihaknya hanya menyasarkan ujian di kawasan yang mempunyai bilangan kes tertinggi.

“Justeru saya galakkan rakyat Selangor supaya ambil kesempatan dengan sertai ujian saringan ini. Kerajaan Negeri memang ada peruntukan khas untuk membolehkan anda semua menjalani saringan Covid-19 secara percuma.

“Jangan sesekali kita alpa kerana virus berkenaan masih berada dalam komuniti,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri di bangunan SUK hari ini.

Menerusi Pakej Kita Selangor, sebanyak RM6 juta diperuntuk bagi melaksanakan ujian saringan bersasar percuma sekali gus memberi manfaat kepada 50,000 rakyat.

Program itu memfokuskan golongan sasaran seperti warga emas terutama di pusat penjagaan dan hemodialisis seluruh negeri.

Tidak ketinggalan ialah kumpulan berpendapatan rendah (B40), dan mahasiswa anak Selangor.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selcare ronda rumah ke rumah, cari warga asing jalani saringan Covid-19

SHAH ALAM, 7 MAC: Petugas Saringan Komuniti membuat rondaan dari rumah ke rumah untuk mencari warga asing bagi membolehkan mereka menjalani ujian Covid-19.

Pengurus Klinik Selcare, Mohd Noor Md Nasir berkata inisiatif itu dilakukan anggotanya dan pihak berkuasa tempatan berikutan majoriti golongan terbabit masih tidak tahu mengenai program saringan percuma itu.

Pengurus Operasi, Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir bercakap kepada media ketika program Ujian Saringan Covid-19 secara bersasar di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Petugas kita akan mencari kediaman warga asing di sekitar lokasi saringan dan kemudiannya menasihatkan mereka supaya hadir jalani ujian saringan Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor kerana ia adalah percuma.

“Hasil proaktif petugas ini mendatangkan kesan positif kerana buktinya sehingga jam 10 pagi tadi, terdapat hampir 200 warga asing yang mendaftar untuk jalani saringan Covid-19,” katanya pada program Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 di Dataran Otomobil Seksyen 15.

Mohd Noor berkata lokasi saringan kali ini tertumpu di Dataran Otomobil berikutan kawasan berkenaan mempunyai banyak asrama pekerja asing selain menjadi lokasi tumpuan orang awam.

“Sebolehnya kita mahu lebih ramai bukan warganegara disaring memandangkan mereka ini tinggal dalam komuniti bersama penduduk tempatan.

“Sudah tentu program ini tidak akan berjaya sekiranya golongan berkenaan diabaikan,” katanya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Saringan percuma diteruskan di Shah Alam, Kota Damansara hari ini

SHAH ALAM, 7 MAC: Program Saringan Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan ke Shah Alam dan Kota Damansara hari ini.

Saringan komuniti bersasar itu bermula jam 9 pagi di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan Serbanguna Seksyen 2, Kota Damansara.

Tinjauan di Shah Alam mendapati walaupun cuaca hujan, ia tidak menghalang orang ramai menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menjalani saringan.

Seramai 30 petugas kesihatan Klinik Selcare dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) lengkap mengenakan sut perlindungan diri bagi melakukan proses saringan hingga jam 4 petang nanti.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) iaitu membolehkan jangkitan Covid-19 dikesan dalam tempoh kurang 30 minit.

Orang ramai yang ingin menjalani ujian perlu terlebih dahulu mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan kemudiannya membuat pengesahan dengan petugas.

Lokasi saringan dikawal ketat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis.

Categories
AGENDA NASIONAL

Anggota polis Serdang manfaat saringan Covid-19 percuma

SERI KEMBANGAN, 7 MAC: Seramai 25 anggota dan pegawai polis Serdang menyertai Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Seri Kembangan semalam.

Pegawai Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sarjan Ahmad Ashraf Ahmad berkata ujian percuma itu membabitkan anggota yang bertugas pada program tersebut dan menjaga sekatan jalan raya.

Pegawai Polis, Sarjan Ahmad Ashraf Ahmad bercakap kepada media ketika program Ujian Saringan Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Selain memantau keselamatan di pusat saringan Covid-19, kita turut mengambil kesempatan melakukan ujian calitan memandangkan anggota polis turut terlibat aktif dan sering bertemu orang awam.

“Program anjuran Kerajaan Negeri ini bagus yang mana dapat membantu golongan kurang berkemampuan membuat saringan secara percuma,” katanya.

Mengulas mengenai pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) pada program tersebut, Ahmad Ashraf berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan orang awam dan semuanya terkawal.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Empat saringan percuma hujung minggu ini, sasar 4,000 penduduk

SHAH ALAM, 5 MAC: Empat program saringan Covid-19 secara bersasar akan dijalankan serentak di beberapa tempat pada esok dan Ahad.

Pengurus Klinik Selcare berkata ujian secara percuma menyasarkan 1,000 peserta di setiap lokasi dimulakan di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam.

Mohd Noor Md Nasir memaklumkan program sama turut berlangsung di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan pada Sabtu (6 Mac).

Mohd Noor Md Nasir ditemui pada program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Sementara pada Ahad, saringan dijalankan di Dewan Serbaguna Seksyen 2, Kota Damansara dan Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam,” katanya kepada SelangorKini.

Berikutan itu, beliau menggesa orang ramai menggunakan kesempatan tersebut bagi mengesan jangkitan sekali gus mengawal penularan kes Covid-19 di Selangor.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan menggunakan fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program Saringan Komuniti setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Bapa tempuh perjalanan 60km, bawa anak jalani saringan percuma

SUBANG JAYA, 1 MAC: Seorang bapa sanggup menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer dari Rawang demi membawa anaknya menjalani saringan Covid-19 percuma di sini semalam.

Abdul Hamid Abd Halim, 53, berkata beliau berbuat demikian kerana anak tunggalnya akan kembali ke asrama di Sekolah Menengah Islam Al-Haj Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini.

Abdul Hamid Abd Halim

Menurutnya, beliau terpaksa merentas daerah dengan perjalanan lebih sejam demi memastikan Nor Atika Abdul Hamid, 21, menjalani saringan sebelum sesi persekolahan bermula.

“Ketika melalui dua sekatan jalan raya, saya memaklumkan kepada anggota polis bertugas untuk menghantar anak membuat saringan dan mereka beri kebenaran,” katanya pada program Saringan Komuniti Bersasar secara percuma di Dewan MPSJ Puchong Indah, Puchong.

Abdul Hamid menjelaskan pengurusan sekolah mewajibkan semua pelajar membuat saringan dan secara kebetulan beliau ternampak poster ujian tersebut di Facebook.

“Saya bersyukur kerana tiada bayaran dikenakan untuk saringan ini yang sedikit sebanyak menjimatkan kos. Saya pula bekerja sebagai buruh binaan, sudah tentu kalau buat di klinik swasta harganya mahal dan membebankan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Norafifah Salleh, 23, berkata beliau mengetahui mengenai ujian tersebut di Twitter Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) selain menyedari tanggungjawab untuk bersama-sama memutuskan penularan wabak.

Norafifah Salleh

Katanya, langkah itu diambil memandangkan beliau menyewa dengan beberapa individu dan masing-masing bekerja di tempat berbeza yang tidak diketahui sama ada dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana menyediakan insentif ini. Meskipun saya bukan lahir di negeri ini tetapi saya juga layak untuk buat secara percuma,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor sedia saringan Covid-19 percuma kepada individu bergejala

SHAH ALAM, 16 OKT: Kerajaan Selangor akan menyediakan saringan Covid-19 percuma kepada individu bergejala seperti batuk dan sakit tekak.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata khidmat itu diuruskan Klinik Selcare dan ia bakal diumumkan selepas keputusan muktamad.

“Kita juga akan membuat saringan terhadap kontak rapat mana-mana kes positif yang risau hingga tidak mampu membuat kerja. Caj dikenakan pada kadar rendah,” katanya pada sidang media selepas program Pembekalan Kit Pembasmi Covid-19 dan Inisiatif Penjagaan Anak Frontliners (iPAF) hari ini.

Dr Siti Mariah berkata susulan peningkatan kes wabak, Kerajaan Negeri akan menggerakkan kit ujian pantas kepada kumpulan sasaran di tempat tertentu dalam usaha memutuskan rantaian pandemik.

“Jika ada pengawal keselamatan atau pekerja awam disahkan positif, kita akan lakukan saringan kepada kontak mereka.

“Kes positif akan dirujuk kepada JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Selangor) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Kita tak buat keputusan dasar tetapi menyokong dan membantu kerajaan” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan 150 kes baharu, kedua tertinggi selepas Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 2,964 kes.

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

EXCO: Putrajaya wajar contohi Selangor buat saringan Covid-19 percuma

SHAH ALAM, 11 OKT: Kerajaan Persekutuan wajar mencontohi inisiatif saringan Covid-19 secara percuma yang dilaksanakan Kerajaan Selangor bagi menjejak jangkitan pada peringkat awal.

EXCO Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata saranan itu susulan jangkitan virus ketika ini pada tahap membimbangkan dengan kes harian mencecah lebih 600 individu.

“Kedah dan Sabah mencatatkan kes harian yang sangat kritikal iaitu pada kadar tiga angka berbanding negeri lain. Perkara ini perlu dipandang secara serius.

“Sudah tiba masanya program saringan Covid-19 secara besar-besaran dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” tulisnya di Facebook.

Rodziah berkata meskipun saringan dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sejak 27 September, namun ia tidak meliputi sejarah perjalanan individu yang tiba lebih awal dari tarikh tersebut.

Beliau berkata situasi itu membimbangkan berikutan berlaku pengesanan kes daripada mereka tidak bergejala disusuli penambahan kluster terbaharu ketika ini.

“Ia menggambarkan bahawa jangkitan Covid-19 berada pada kadar amat serius dan perlu ditangani secara efektif,” kata Ahli Dewan Negeri Batu Tiga.

Kerajaan Negeri melakukan saringan bersasar secara percuma kepada rakyat Selangor di 16 klinik Selcare bermula 4 Oktober lalu.

Setakat semalam, seramai 732 individu yang pulang dari Sabah antara 20 hingga 26 September menjalani saringan dengan lima daripadanya dikesan positif Covid-19.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB: 355 individu sertai saringan percuma, satu dikesan positif Covid-19

SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai 355 individu yang pernah ke Sabah menjalani saringan bersasar secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di klinik terpilih.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata saringan selama tiga hari bermula kelmarin mengesan satu kes Covid-19 setakat ini.

“Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan melaksanakan rawatan dan penjejakan kontak rapat,” tulisnya di Twitter hari ini.

Saringan bersasar itu khusus kepada individu yang pulang dari Sabah antara 20 hingga 26 September.

Saringan boleh dilakukan di 16 klinik Selcare mulai 4 hingga 11 Oktober dengan mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik, dokumen penerbangan dari Sabah serta membuat janji temu.

Lokasi klinik boleh disemak melalui https://selcareclinic.com/our-clinics:

Selcare Clinic Desa Mentari
B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E
Desa Mentari, Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya
Selangor
03-7877 8544

Selcare Clinic Jaya One
B-27-1, Block B,
Jaya One Selangor,
92, Jalan Universiti, Sec 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
03-7960 1975

Selcare Clinic Puchong
A-14-0-6, Jalan Permai 1/1,
Taman Puchong Permai, Batu 13,
47100 Puchong,
Selangor
03-5882 0650

Selcare Clinic Shah Alam
No 47, Ground Floor,
Jalan Snuker 13/28, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
03-5524 5690

Selcare Clinic Sentosa Klang
25, Jln Dato Dagang 39,
Taman Sri Sentosa,
41200 Klang,
Selangor
03-5161 5426

Selcare Clinic USJ Sentral
Persiaran Subang, G-7,
Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral,
47630 Subang Jaya,
Selangor
03-8023 5358/03-8011 4962

Selcare Clinic Skypark Subang
M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
SkyPark Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang,
Selangor
03-7847 3969

Selcare Clinic Putrajaya
11, Jalan P9 B/1,
Presint 9,
62250 Putrajaya
03-8893 0268/ 03-8888 0263/ 03-8888 3268

The KL Clinic Hap Seng 2
Lot No. 1M-02, Level 1M,
Menara Hapseng 2,
Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2022 0343

The KL Clinic KLO Station
Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin,
Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

The KL Clinic Menara Olympia
Suite 0401, 4th Floor,
Menara Olympia,
No. 8, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
03-2276 5239

The KL Clinic Queen Avenue
Lot 8-2-4, 2nd Floor,
Block 8, Queen Avenue,
Jalan Shelley, Off Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur
03-9202 2967

The KL Clinic Rohas Perkasa
Mezzanine Floor, East Wing,
Rohas Perkasa,
No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah,
50250 Kuala Lumpur
03-2166 0395/ 03-2181 3362

The KL Clinic Sri Rampai
No.42, Jalan Megan Setapak,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
03-4143 8250

The KL Clinic UBN Tower
2nd floor, UBN Tower,
10, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2072 2239/ 03-2022 2239

The KL Clinic Worldwide KL
GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
03-2181 5677

Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Kontak rapat boleh buat saringan percuma

SHAH ALAM, 5 OKT: Kontak rapat kepada pesakit Covid-19 boleh menjalani saringan percuma di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Ketua Pegawai Operasi Selgate Corporation Sdn Bhd Mahdzir Ibrahim berkata kebenaran itu termasuk individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Salah seorang daripada tujuh individu yang melakukan saringan hari ini pernah menyertai majlis yang dihadiri pesakit Covid-19. Selepas mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negeri, individu tersebut diberi kelonggaran untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi.

Mahdzir memaklumkan seramai 79 individu selesai membuat saringan setakat jam 2 petang di beberapa Klinik Selcare antaranya Puchong (24), Putrajaya (25), Shah Alam (23) Kuala Selangor (tujuh).

Kerajaan Negeri menawarkan saringan percuma kepada penduduk sekitar daerah itu yang pulang dari Sabah antara 20 hingga 26 September dengan anggaran 50 hingga 100 individu.

Saringan boleh dilakukan di 16 klinik Selcare bermula semalam hingga 11 Oktober dengan mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik, dokumen penerbangan dari Sabah serta membuat janji temu.

Lokasi klinik boleh disemak melalui  https://selcareclinic.com/our-clinics:

Selcare Clinic Desa Mentari
B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E
Desa Mentari, Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya
Selangor
03-7877 8544

Selcare Clinic Jaya One
B-27-1, Block B,
Jaya One Selangor,
92, Jalan Universiti, Sec 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
03-7960 1975

Selcare Clinic Puchong
A-14-0-6, Jalan Permai 1/1,
Taman Puchong Permai, Batu 13,
47100 Puchong,
Selangor
03-5882 0650

Selcare Clinic Shah Alam
No 47, Ground Floor,
Jalan Snuker 13/28, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
03-5524 5690

Selcare Clinic Sentosa Klang
25, Jln Dato Dagang 39,
Taman Sri Sentosa,
41200 Klang,
Selangor
03-5161 5426

Selcare Clinic USJ Sentral
Persiaran Subang, G-7,
Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral,
47630 Subang Jaya,
Selangor
03-8023 5358/03-8011 4962

Selcare Clinic Skypark Subang
M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
SkyPark Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang,
Selangor
03-7847 3969

Selcare Clinic Putrajaya
11, Jalan P9 B/1,
Presint 9,
62250 Putrajaya
03-8893 0268/ 03-8888 0263/ 03-8888 3268

The KL Clinic Hap Seng 2
Lot No. 1M-02, Level 1M,
Menara Hapseng 2,
Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2022 0343

The KL Clinic KLO Station
Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin,
Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

The KL Clinic Menara Olympia
Suite 0401, 4th Floor,
Menara Olympia,
No. 8, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
03-2276 5239

The KL Clinic Queen Avenue
Lot 8-2-4, 2nd Floor,
Block 8, Queen Avenue,
Jalan Shelley, Off Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur
03-9202 2967

The KL Clinic Rohas Perkasa
Mezzanine Floor, East Wing,
Rohas Perkasa,
No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah,
50250 Kuala Lumpur
03-2166 0395/ 03-2181 3362

The KL Clinic Sri Rampai
No.42, Jalan Megan Setapak,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
03-4143 8250

The KL Clinic UBN Tower
2nd floor, UBN Tower,
10, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2072 2239/ 03-2022 2239

The KL Clinic Worldwide KL
GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
03-2181 5677