Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Harimau kumbang jantan serang anggota Perhilitan ditembak mati

IPOH, 10 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak terpaksa menembak seekor harimau kumbang jantan yang menyerang kakitangan agensi terbabit di Kampung Kelatap, Pos Perwor di sini semalam.

Perhilitan memaklumkan tindakan pantas melepaskan tiga das tembakan dan mengenai harimau itu sebagai langkah mempertahankan keselamatan petugas yang telah diserang berhampiran kawasan semak di kebun getah, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya ketika kejadian berlaku, anggota berkenaan sedang memasang perangkap ekoran kejadian lelaki Orang Asli berusia 18 tahun cedera diserang binatang buas itu pada Rabu.

“Empat kakitangan Perhilitan Daerah Sungai Siput telah menemui Tok Batin Pos Perwor di lapangan bagi mendapatkan maklumat terperinci dan menunjukkan lokasi kejadian serta turut membawa perangkap bersesuaian bagi menangkap hidupan liar tersebut.

“Setelah ditunjukkan lokasi kejadian, mereka mula menjejaki kesan-kesan yang ada dan telah menemukan beberapa kesan tapak dipercayai harimau dan kesan darah yang masih baharu pada rumput dan daun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, hasil penelitian pada bangkai harimau kumbang berkenaan didapati ia dalam lingkungan usia sembilan dan 10 tahun dan terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai tetakan parang pada kepala dan paha harimau kumbang berkenaan semasa pergelutan dengan mangsa Orang Asli.

“Turut ditemukan pada karkas atau bangkai, seutas jerat dawai kabel di kaki kanan belakang. Kami percaya kecederaan pada kaki kanan belakang akibat terkena jerat dawai kabel menyebabkan harimau kumbang berkenaan menjadi agresif dan menyerang manusia.

“Sehubungan itu, Perhilitan  menyeru orang ramai agar menghentikan perbuatan memasang jerat hidupan liar kerana ia akhirnya mengundang bahaya kepada manusia selain menzalimi hidupan liar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bangkai harimau kumbang berkenaan dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk proses bedah siasat.

“Penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa membersihkan kawasan tanaman dan kebun serta tidak dibiarkan bersemak sebagai langkah untuk mengurangkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan,” katanya.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Empat beranak ugut, serang wanita direman empat hari

SHAH ALAM, 28 NOV: Polis menahan empat sekeluarga selepas disyaki mengugut serta melakukan perbuatan khianat terhadap seorang suri rumah dalam kejadian sekitar Jalan Besar Kampung Tumbuk Darat,Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 24 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh dalam kenyataan memaklumkan kesemua suspek yang ditahan di rumah di Jalan Besar, Kampung Tumbuk Darat sekitar 9 malam itu berusia 21 hingga 49 tahun terdiri daripada pasangan bapa ibu dan dua anak perempuan.

“Tangkapan tersebut dilaksanakan susulan laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 41 tahun itu yang mendakwa keretanya telah ditahan enam individu termasuk tiga wanita ketika melalui Jalan Parit A, Kampung Tumbok Darat sekitar jam 12 tengah hari Rabu lalu.

Mangsa mendakwa ditahan di mana salah seorang daripada mereka telah menggunakan sebatang kayu memukul keretanya dan bertindak untuk memecahkan cermin keretanya,” katanya.

Ahmad Ridhwan berkata punca kejadian dipercayai salah faham susulan wanita itu memuat naik kenyataan di aplikasi media sosialnya mengenai isu anti vaksin dan katanya lagi, mangsa pernah ke rumah suspek bagi memujuk ibu mertua salah seorang suspek untuk mengambil suntikan vaksin bagaimanapun ditolak.

“Suspek dipercayai tidak berpuas hati dan tersinggung dengan status yang dimuat naik wanita itu kemudian bertindak menyerang mangsa bersama ahli keluarga yang lain,” katanya.

Ahmad Ridhwan berkata kesemua mereka direman empat hari bermula 25 Nov lalu sehingga esok dan kes disiasat bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 19 saat dari aplikasi Tik Tok menunjukkan beberapa individu seakan mengepung sebuah kenderaan dan salah seorangnya dilihat memegang sebatang kayu.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Penyokong PKR diserang selepas berbalas provokasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Suansana di depan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini, tegang ekoran perang provokasi hingga mencetuskan pergaduhan.

Menurut beberapa saksi kejadian, penyokong Barisan Nasiona (BN) dikatakan menyerang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berbalas provokasi.

bendera 7“Jarak mereka dekat hanya dipisahkan jalan, jadi hati cepat panas,” kata Azam Ali, 35 tahun.

Sementara itu, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali Pak Cik Mail berkata, dia melihat beberapa penyokong BN mengambil batu.

“Kalau awak tak percaya, cuba pergi duduk dekat mereka dan tengok ada pegang batu atau tidak,” katanya.

-NFN-