Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Masak lauk sekampung gegar Kampung Bahagia

BANGI, 17 JUN: Masyarakat Kampung Bahagia sungguh bertuah kerana terpilih dalam program Kenduri Sekampung iaitu antara temasya tahunan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Shafie Ngah, baru-baru ini.

Program itu akan berlangsung selama enam siri dan adalah antara usaha Shafie bagi menjalin kemesraan antara pemimpin dengan masyarakat berkenaan, sekali gus menghapuskan tanggapan bahawa wakil rakyat hanya bertandang ke kawasan kampung menjelang musim pilihan raya sahaja.

Program yang berjalan setengah hari itu mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan yang diselenggarakan Jabatan Amal bermula jam 8.00 pagi.

DSC_0320Antara aktiviti yang dijayakan adalah gotong-royong menyembelih dan memasak seekor lembu di perkarangan Madrasah al-Hamidiah, bahkan kaum ibu turut tidak melepaskan peluang membantu menyediakan bahan memasak untuk kenduri sekampung itu.

 

Suasana diserikan juga dengan kehadiran hampir 20 kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Nisa’ Serdang.

Tentatif program diteruskan dengan ziarah kebajikan yang diketuai Shafie bersama Ketua Kampung Bahagia, Azlan Nordin serta beberapa ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

DSC_0430Sempena program itu, Shafie turut menjelajah satu kampung untuk mengajak penduduk bersama menjamu selera dan lebih daripada 15 keluarga yang kurang bernasib baik dan dhaif turut menerima sumbangan asas serta daging lembu segar.

Shafie berkata, beliau mengharapkan penganjuran program itu adalah dapat memahami secara dekat masalah masyarakat sekitar, selain bersama warga kampung bergotong-royong.

“Melalui program seperti ini, saya juga berhasrat supaya produk Kerajaan Negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mendapat perhatian dan pembabitam rakyat, khususnya luar kota yang kurang pendedahan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB: DUN Bangi lancar Tabung Semarak Rahmat Untuk Semua

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 4 APRIL: Impian untuk melahirkan warga masyarakat yang penyayang dan mengambil berat antara satu sama lain mendorong Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bangi, Shafie Ngah, mewujudkan tabung khas Semarak Rahmat Untuk Semua.

Beliau berkata, inisiatif itu khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada sebarang kejadian kecemasan yang bersifat ‘add-hoc’.

Katanya, masyarakat mempunyai saluran alternatif bagi pembiayaan kebajikan mereka apabila dilanda musibah dengan wujudnya tabung berkenaan.

shafie ngah“Antaranya, kita akan memberi bantuan sewajarnya jika terjadi suatu musibah seperti kemalangan, kematian atau sakit tenat.

“Begitu juga musibah lain yang disebabkan bencana alam seperti banjir dan kebakaran,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis pelancaran tabung berkenaan yang disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Bukit Mewah, di sini.

Tabung ‘Semarak Rahmat Untuk Semua’ berjaya mengutip RM 23,000 pada hari pelancaran iaitu lebih 20 peratus daripada sasaran yang ditetapkan berjumlah RM100,000.

Sementara itu, Salahuddin dalam ucapannya berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen konsisten wakil rakyat Kerajaan Negeri dalam meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat (PR).

DSC_0731“Selangor ternyata destinasi perubahan yang begitu meyakinkan, selaras dengan perjuangan PR selama ini. Ini adalah contoh kumpulan masyarakat yang tidak pernah putus asa dan tidak takut untuk membuat perubahan ke arah kebaikan bersama,” katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB : Derita ibu tunggal sembilan anak berakhir

Oleh : LIZAWATI MADFA

BANGI, 29 JAN: Keperitan seorang ibu tunggal mencari nafkah dengan mengharap ihsan orang bagi menyara sembilan anak akhirnya berakhir dengan bantuandaripad aAHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Shafie Ngah.

Noraya Yaacob, 52, menerima sebuah mesin jahit tepi empat benang Shafie bagi meneruskan usaha yang dilakukannya untuk mencari rezeki menyara keluarga.

20140124_215011Sebelum ini, Noraya sekadar mengambil upah menjahit menggunakan mesin yang dipinjamkan majikan yang menyebabkan pendapatannya juga tidak menentu.

“Pendapatan saya memang tidak menentu kerana saya bergantung kepada majikan dan adakala tidak sempat menyiapkan tugasan kerana mesin jahit berada di rumahnya.

“Jadi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Bangi atas keprihatinan beliau terhadap kami sekeluarga,” katanya.

shafie ngahSementara itu, Shafie berkata, bantuan yang diberikan kepada Noraya adalah sebahagian daripada program Bangi Mesra Wanita yang diwujudkan bagi menghargai golongan terbabit.

“Melalui program ini, kita menyediakan peluang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup wanita dalam bidnag pendidikan, di samping usaha lain untuk memelihara kebajikan wanita.

“Untuk melaksanakan agenda ini bersama lapan program lain, kami menubuhkan 18 buah Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) bagi memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Ziarah, agih limau mandarin sekitar Bangi

SEMPENA menjelang Tahun Baru Cina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah bersama beberapa sukarelawan Pusat Khidmat DUN Bangi, menziarahi kaum Cina.

Mereka termasuk Unit Amal Serdang dan pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Madam Khoo dan Pak Hamid, turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko Kajang.

20140118_103747

Sebanyak 50 rumah diziarahi dengan edaran limau mandarin, kalendar dan akhbar Selangor Kini versi bahasa Cina pada 18 Januari lalu.

Kesempatan itu juga digunakan untuk mendaftar beberapa warga emas yang layak menerima baucer percuma RM100 melalui program Jom Shopping Tahun Baru Cina.
20140118_091548

Selepas hampir tiga jam menziarahi penduduk sekitar Jalan Reko, Ustaz Shafie Ngah bergegas ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Program ‘Wonder Math’ siri ke-20.

– FZL

 

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Edar risalah kempen anti-zina

BERSEMPENA sambutan tahun baru,  Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi dan Pemuda PAS Serdang mengadakan kempen anti-zina selama dua hari bermula 30 Diember lalu.

Ia juga bekerjasama dengan Gabungan Surau/Masjid DUN Bangi, Nisa’ Serdang, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan Ikatan
Studi Islam (ISIUKM).

kempen anti zina_1Lebih dari 50 sukarelawan lelaki dan perempuan, kebanyakannya
terdiri dari golongan muda terlibat dalam kempen ini.

Pelancaran kempen disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah di Masjid Al-Hasanah Banfdar Baru Bangi jam 9.30 malam pada 30 Disember lalu.

“Usaha menyedarkan orang ramai supaya menghindari judi, menjauhi zina, mengelak budaya berpacaran dan menutup aurat, harus bermula dengan orang paling hampir iaitu keluarga, sahabat, dan jiran,” katanya.

kempen anti zina_5Kempen dibuat dengan mengedar risalah anti zina, menutup aurat, pelekat khas dan button batch di fun fair di Southville City, kedai di Seksyen 7 dan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

Ia diteruskan keesokannya dengan menggunjungi Pasar Malam
di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 40 set kerusi, meja untuk KAFA Jalan 6

PENGURUSAN Sekolah KAFA Integrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi menarik nafas lega menjelang sesi persekolahan 2014 yang bermula Khamis ini.

Ia berikutan sekolah itu menerima sumbangan 40 set meja dan kerusi sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Dalam ucapan pada majlis penyerahan, beliau menerangkan dasar kerajaan Selangor yang memandang bidang pendidikan sebagai aset utama dalam melahirkan kecemerlangan insan.

Katanya, sebanyak RM26 juta atau mewakili 18 peratus Belanjawan Selangor dikhusus untuk pendidikan.

serah meja utk jln 6_2

“Keselesaan anak-anak sewaktu menuntut ilmu wajar kita teliti bersama-sama pencapaian cemerlang yang kita harapkan.

“Ini bantuan sesi pertama yang kita hulurkan dan kita akan melihat aspek lain yang mampu kita beri agar kecemerlangan berterusan,” katanya.

Sekolah yang diketuai Jamil Ujang itu mempunyai bilangan pelajar seramai 460 orang dengan tenaga pengajar seramai 17 orang.

serah meja utk jln 6

Pada 2010 , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan peruntukan RM450,000 untuk membina bangunan baru yang mempunyai sembilan kelas.

– FZL