Categories
SELANGOR

SPAN serbu premis sambung paip haram

Oleh : NORHAYATI UMOR

SUNGAI BULOH, 13 JAN: Sebuah tapak pembinaan Transit Aliran Deras Mussa (MRT) yang melakukan sambungan secara tidak sah diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Dalam operasi mengejut itu, SPAN mendapati terdapat satu sambungan dibuat secara ‘short piece’ menggunakan paip jenis poli berukuran 20 milimeter (mm) pada tetiang meter premis itu.

Loh Pit Mui SPAN aEksekutif Kanan, Unit Komunikasi Korporat SPAN, Loh Pit Mui, berkata ia menyalurkan bekalan air ke kawasan kediaman sementara bagi pekerja di premis berkenaan untuk kegunaan harian.

“Sumber bekalan air adalah berpunca daripada paip utama SYABAS berukuran 150mm.

“Ujian klorin di tapak mengesahkan bekalan air yang diambil adalah air terawat yang disalurkan SYABAS,” katanya pada Operasi Penguatkuasaan Cegah Sambungan Haram, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dilakukan pihak SPAN.

“Di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), tiada seorang pun selain pemegang lesen boleh membuat sambungan ke sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.

SYABAS potong air haram (ASRI) (2)“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pit Mui berkata, operasi itu diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai kesalahan kecurian air dan penyambungan tidak sah sebagai salah satu usaha mencegah kegiatan tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, katanya, SPAN memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes disyaki melakukan kecurian kepada Bahagian Penguatkuasaan SPAN di talian 03-83179333 atau emel [email protected]

-AA-

Categories
SELANGOR

Penambahbaikan kecekapan sistem pembersihan air Takungan Air Bukit Petaling

SHAH ALAM 5 JAN: Sebahagian daripada usaha untuk menambahbaikkan kecekapan sistem pembersihan air, kerja pembaikan segera peralatan kritikal di takungan air Bukit Petaling yang rosak dilaksanakan pada 5 Januari.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata usaha sedang giat dijalankan untuk meningkatkan paras takungan air dengan secepat mungkin.

syabassKatanya walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bekalan air ke premis yang berada di kawasan berbukit dan di hujung rangkaian agihan bekalan air akan pulih secara berperingkat.

“Bekalan air ke semua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 6 Januari jam 6:00 pagi,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Katanya, kawasan terlibat adalah TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Sungai Besi, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan San Peng, Jalan Hang Tuah, Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, KL Sentral, Brickfields, Wisma Putra, Chan Sow Lin dan Salak Selatan.

“Hospital dan pusat dialisis akan diberi keutamaan dengan bantuan bekalan air melalui lori tangki air,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja pembaikan segera ini melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan www.syabas.com.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Penambahbaikan kecekapan sistem rawatan air LPA Kalumpang

SHAH ALAM 4 JAN: Kerja pembersihan tangki air imbangan dijalankan pada 12 Januari ini bermula jam 8:00 pagi hingga 9:00 malam bagi sebahagian usaha menambahbaikkan kecekapan sistem rawatan air di LPA Kalumpang,

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata pengguna di kawasan terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 12 Januari bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

syabassKatanya, segala usaha diambil untuk menyiapkan kerja pembersihan dengan secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan terlibat.

“Kawasan di Hulu Selangor yang akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan,” katanya dalam kenyataan media.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook ‘puspel’ atau Twitter ‘puspel syabas’.

EZY

Categories
SELANGOR

Penambahbaikan kecekapan bekalan air di Sepang dan Kuala Langat

SHAH ALAM 23 DIS: SYABAS akan membaiki meter paip agihan utama di Loji Rawatan Air Sungai Labu dan kerja menaiktarafkan paip sedia ada bagi pembangunan Pusat Asasi UiTM Dengkil.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Amin Lin Abdullah, berkata kedua-dua kerja itu dilaksanakan bermula jam 9 malam pada 28 Disember hingga jam 5 pagi pada 29 Disember ini.

syabassKatanya untuk memudahkan pelaksanaan kerja itu, bekalan air kepada pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Sepang dan Kuala Langat terganggu dan mengalami tekanan air rendah.

“Segala usaha diambil SYABAS untuk menyiapkan kerja pembaikan dan penggantian secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Disember.

Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula daripada 5 pagi pada 29 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

EZY

Categories
SELANGOR

Palsu: Tiada gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 DIS: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menafikan maklumat palsu yang tersebar berhubung gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mulai semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SYABAS memaklumkan maklumat palsu menerusi laman sosial itu merujuk kepada gangguan air yang berlaku pada tarikh sama dua tahun lalu.

syabass“Tiada gangguan bekalan air seperti yang disebarkan, ia hanya tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Mengikut laporan palsu itu, gangguan air melibatkan 217,694 pengguna di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam.

SYABAS berharap pengguna tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, layari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penambahbaikan kecekapan sistem rawatan air Klang & Shah Alam

SHAH ALAM 15 DIS: SYABAS melaksanakan kerja menggantikan kelengkapan kritikal di kolam takungan air sebagai usaha berterusan menambah baik sistem rawatan air bermula jam 9 malam, 21 Disember hingga jam 6 pagi, 22 Disember ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Amin Lin Abdullah, berkata bekalan air kepada pengguna di Klang dan Shah Alam terganggu dan mengalami tekanan air rendah semasa kerja menggantikan kelengkapan itu.

syabass“Kami berusaha menyiapkan kerja ini secepat mungkin, pengguna dinasihati menyimpan bekalan air mencukupi sebelum 21 Disember ini,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Beliau berkata selepas kerja penggantian injap selesai, bekalan air pulih berperingkat di dalam tempoh 24 jam bermula pada jam 6 pagi, 22 Disember ini.

Antara kawasan terlibat gangguan ini termasuk Pekan Meru; seluruh Kampung Meru; Persiaran Hamzah Alang; Klang Central, Meru; Jalan Haji Abdul Manan; Kampung Bukit Kapar; Pekan Kapar; Kampung Tok Muda, Kapar; Kampung Sungai Serdang; Felda Bukit Cerakah dan Kampung Cerakah Jaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di Sabak Bernam 16 Disember

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) akan menjalankan kerja menambahbaikkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Sabak Bernam pada 16 Disember 2015, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

Bekalan air ke kawasan ini terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja menaik taraf ini dijalankan dan disiapkan secepat mungkin.

syabassOleh itu, pengguna di kawasan Sabak Bernam dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 16 Disember 2015.

Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut:-

Tmn Setia Jaya, Tmn Padu Permai, Tmn Nirwana; Tmn Makmur, Tmn Cahaya, Tmn Seri Indah, Tmn Suria; Tmn Berkat, Bagan Sg Besar, Tmn Gembira, Tmn Seri; Tmn Melati, Tmn Raya, Jln Bunga Raya, Jln Anggerik; Kg Parit 6 – Parit 1 Banat, Lrg Angkasa, Jln Melati; Jalan Besar Panchang Bedena – Tebuk Pulai; Bagan Sg Burung, Jln Tmn Pusara, Panchang Bedena; Kuarters Pegawai, Jln Masjid, Jln Parit 1 Timur; Tmn Bakti, Tmn Gemilang, Tmn Desa Indah;

Tmn Bakti, Tmn Gemilang, Tmn Desa Indah; Pekan Bagan Terap, Kg Tok Khalifah, Lubuk Pusing; Parit 13 – Parit 1 Hala Gambut / Sg Hj Dorani; Tebuk Marso, Tebuk Rashidin; Parit 13-Parit 1 1/2 Timur, Parit 12- Parit 6 Barat; Belia 1, Parit 14- Parit 17, Jln Hj Dahlan, Tebuk Jaya; Parit 13 Hujung, Parit 14-15, Belia 2; Lembaga Air Perak (LAP);Sg Air Tawar, Kg Dato’ Hormat; Seluruh kawasan Teluk Rhu, Benting Kepah; Sg Tengar, BNO, Jln Sireng, Jln Masjid; Jalan Seri Jaya; Pekan Parit Baru; Tebuk Mufrad;

Taman BNO; Kampung Banting; Tebuk Jawa; Parit Changkat – Parit 12 Hala Laut / Hala sawah / Ban Kenal; Parit 12 – Parit 8 Sungai Leman Hala Sawah Ban Kenal / Hala Laut; Jalan Feri; Jalan Kalabakan; Jalan Haji Harun; Bagan Nira; Taman Mutiara; Kampung Mahmudin; Taman Aman; Taman Damai; Taman Berjaya; Jalan Menteri; Batu 40; Pekan Sabak; Taman Air Manis; Sekendi; Batu 37 – 38 Darat; Taman Muhibbah; Taman Pertama; Taman Serendah; Jalan Sekolah Batu 4 Sepintas; Jalan Jaya Bakti; Politeknik Sultan Idris Shah; Institut Latihan Perakaunan Negara; Sekolah Berasrama penuh Integrasi; Taman Harmoni; Taman Ria; Seri Sekinchan dan Sungai Labu.

EZY

4,000 kakitangan SYABAS dikekalkan

4,000 kakitangan SYABAS dikekalkan bagi memastikan operasi air kepada pengguna berjalan lancar.

Categories
SELANGOR

MB: Kedudukan 4,000 warga kerja SYABAS kekal

KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,000 warga kerja sedia ada di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikekalkan walaupun syarikat itu melalui proses pengambilalihan Kerajaan Negeri pada 15 Oktober lalu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau memberikan jaminan kedudukan warga SYABAS itu selamat untuk terus berkhidmat bagi memastikan operasi air kepada pengguna berjalan lancar.

AZMIN SYABAS“Walaupun di bawah pengurusan baru, kami memberi jaminan warga kerja sedia ada tetap dikekalkan,” kata Mohemad Azmin semasa lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat SYABAS sejak pengambilalihan hari ini.

“Saya diberi taklimat mengenai model perniagaan serta strategi yang diambil syarikat untuk menawarkan perkhidmatan bekalan air yang holistik, mesra rakyat dan cekap,” kata Azmin.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: SYABAS bentang laporan tahunan mulai 2015

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Mulai penghujung tahun ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) perlu mengemukakan laporan tahunan operasi mereka kepada umum untuk penilaian pengguna.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata jaminan itu dibuat pengurusan baru SYABAS bagi memastikan aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban berlaku dalam operasi mereka.

AZMIN SYABAS“Mulai hujung tahun ini, kita akan membentangkan laporan tahunan kepada umum.

“Ini merupakan tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat SYABAS.

Katanya, pengurusan baru SYABAS sedang meneliti keadaan syarikat itusebelum membuat perancangan terperinci.

“Ia bagi memastikan operasi air berjalan lancar terutama dalam mengurangkan air tidak berhasil (NRW) yang kini pada kadar 34 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin memberikan jaminan kedudukan 4,000 kakitangan SYABAS selamat untuk terus berkhidmat bagi memastikan operasi air kepada pengguna berjalan lancar.

EZY

Categories
SELANGOR

SYABAS jamin bekalan air terawat selamat dan berkualiti

SHAH ALAM 24 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air terawat kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selamat diminum dan berkualiti.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata makluman itu ekoran laporan di media massa yang memetik jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai wabak demam kepialu merebak di Kuala Lumpur yang boleh tersebar melalui air tercemar.

syabasci__0022_Layer 7Amin Lin berkata kualiti air disalurkan SYABAS kepada pengguna mematuhi piawaian dan parameter Program Jaminan Kualiti (QAP) ditetapkan KKM.

“Piawaian itu merangkumi parameter berpandukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagi menjamin kualiti air ini sentiasa menepati piawaian ditetapkan, KKM mengambil lebih 1,100 contoh air setiap bulan dari stesen pensampelan air SYABAS di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk dianalisis,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Beliau berkata sejak 2010 sehingga Jun 2015, kualiti air bekalan SYABAS sentiasa berada di tahap lima tertinggi di kalangan semua kualiti air bekalan negeri di Semenanjung Malaysia.

Katanya, kualiti air SYABAS mematuhi QAP bagi Prestasi Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQSP).

“Kedudukan ini dinilai berdasarkan parameter kritikal bacaan E.coli, E.coli dan baki klorin bebas, kekeruhan, klorin dan aluminum mengikut analisa KKM,” katanya.

Beliau berkata, SYABAS menerusi Bahagian Kualiti Air, turut melakukan ujian pensampelan air dalaman berterusan melalui makmal bebas bertauliah bagi memantau dan memastikan hanya bekalan air berkualiti sahaja disalurkan kepada pengguna.

SYABAS juga ingin menyarankan orang ramai yang menghadapi masalah kualiti bekalan air agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL<jarak> <aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 untuk tindakan segera SYABAS.

EZY

Categories
SELANGOR

MYFastPay bukan ejen kutipan bil air SYABAS

SHAH ALAM 20 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyatakan MYFastPay bukan ejen mengutip pembayaran bil air SYABAS yang sah.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata pengguna diingatkan tidak membuat pembayaran bil air menerusi ejen itu.

logo syabasKatanya, pembayaran bil air melalui ejen tidak sah menyebabkan akaun pengguna tertunggak kerana pembayaran melalui ejen tidak sah tidak dihantar kepada SYABAS mengikut prosedur ditetapkan.

“Bil air tertunggak menyulitkan keadaan apabila bekalan air ke premis terpaksa dipotong.

Pembayaran melalui cara ini bukan dan tidak pernah diluluskan oleh Syabas. Sekiranya ada pelanggan tersilap bayar melalui cara ini, sila berhubung dengan kami di talian PUSPEL  1-800-88-5252 atau e-mel: [email protected], ” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Katanya, SYABAS menyediakan pelbagai kemudahan untuk pembayaran bil air selain daripada pembayaran bil air di kaunter pejabat SYABAS, pengguna juga boleh membayar secara talian terus menggunakan JomPAYmelalui bank.

Pengguna juga boleh membayar bil air SYABAS di stesen minyak terpilih, kedai 7-Eleven dan lain-lain kedai serbaneka yang terpilih.

Sila layari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lengkap tempat sah untuk membayar bil air.

EZY