Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Kuala Lumpur

SHAH ALAM 25 JULAI: Pengguna di beberapa kawasan di Kuala Lumpur sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat gangguan mekanikal dan elektrik di Rumah Pam Air Segambut.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 8:00 malam ini juga.

Katanya, segala usaha dilaksanakan untuk menyiapkan kerja pembaikan dengan secepat mungkin dengan bekalan air di kawasan terlibat pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.

catu airKawasan-kawasan yang terlibat adalah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Tmn SPPK Segambut, Jln Segambut, Tmn Segambut, Tmn Bkt Segambut, Bkt Prima Pelangi, Tmn Sri Sinar, Tmn Sri Bintang, Langgak Tunku, Istana Negara, Jln Tun Sambanthan, Jln Sultan Abd Halim (Jln Duta).

Turut terlibat kawasan Persiaran Duta, Tmn Tunku, Sentul Pasar, Bandar Baru Sentul, Batu Kentonmen, Tmn Pelangi, Jln Ipoh Bt3 – Bt5, Tmn Dato Senu, Kg Perwira, Jln Kepong Lama, Tmn Batu, Sebahagian Jln Sentul, Tmn Sentul Jaya, Kg Chempedak, Jln Bandar Dalam, Kg Chubadak, Tmn Kok Lian, Kg Sri Batu, Tmn Kaya, Tmn Rainbow, Tmn Eastern, Kg Medan Wira Utama, Tmn Impian, Tmn Bamboo, Tmn Tasik Indah dan Tmn Flora Impian.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Petaling Jaya

SHAH ALAM 23 JULAI : Beberapa kawasan di Petaling Jaya bakal mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja kecemasan membaiki perkakasan sistem agihan air.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan bermula jam 12.00 tengah hari ini dan dijangka siap pada jam 7:00 petang ini juga.

Katanya, segala usaha dilaksanakan untuk menyiapkan kerja pembaikan dengan secepat mungkin. Bekalan air di kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.

catu airKawasan-kawasan yang terlibat adalah keseluruhan Seksyen 1 hingga 6, Jalan Gasing, Seksyen 14, Seksyen 18 Taman Kanagapuram, Taman Sri Sentosa, Kampung Pasir, Seksyen 51, Seksyen 51A, Seksyen 22, SS9, SS9A dan Kampung Baiduri.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Perkhidmatan bayar air “JomPAY” kembali lancar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 MEI: Tiada gangguan pembayaran bil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerusi aplikasi JomPAY sepertimana diuar-uarkan sebelum ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata pelanggan boleh meneruskan pembayaran menerusi aplikasi itu seperti biasa.

syabass“Malah, pelanggan yang membayar bil dari 16 Mei sehingga 20 Mei 2016 berpeluang memenangi hadiah menarik.

“Satu unit ‘iPod touch’ akan dihadiahkan setiap hari dalam tempoh itu untuk pemenang yang membayar bil menerusi JomPAY,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, SYABAS memaklumkan terdapat gangguan sementara bagi pelanggan yang membayar menerusi JomPAY bermula 16 Mei sehingga 20 Mei 2016.

Sempena kempen ulang tahun JomPAY yang pertama, pengguna yang menggunakan aplikasi itu juga layak memenangi BMW dan menikmati bil dibayar selama setahun.

Kempen ‘Drive home a BMW with JomPAY’ itu sedang berlangsung dan akan berakhir pada 5 Ogos 2016.

Pelanggan boleh membayar melalui JomPAY di perbankan internet dan telefon mudah alih bank di Malaysia.

-AA-

Categories
SELANGOR

Penambahbaikan sistem agihan air di Hulu Langat 10 Mei

SHAH ALAM 3 MEI: Beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja penggantian paip air.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata ia sebahagian daripada usaha berterusan menambahbaikkan sistem agihan air, kerja peralihan dan penggantian paip air dilaksanakan pada 10 Mei 2016 (8:00 malam) sehingga 11 Mei (3:00 pagi).

syabassKatanya, antara kawasan terlibat termasuk Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan; Taman Industri Balakong Jaya; Kawasan Perindustrian Balakong; Taman Impian Ehsan; Taman Sinaran; Taman Taming Ria; Kawasan Perniagaan Desaria Seri Kembangan; Taman Setia Balakong.

Kawasan lain adalah Taman Impian Indah; Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing; Taman Harmoni Indah; Taman Desa Karunmas; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Seri Timah; Taman Tanming Jaya 1 dan 2; dan Taman Bukit Emas.

“Bekalan air dijangka pulih berperingkat selepas kerja penggantian paip air siap.

“Pengguna dinasihati menyimpan air mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara ini,’ kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Untuk mengurangkan kesulitan kepada pelanggan di kawasan terlibat, Syabas menghantar notis awal ke premis terlibat, mesej melalui kumpulan “WhatsApp”, Twitter (puspel), Facebook (puspel), laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” serta menyediakan penghantaran bekalan air kecemasan ke hospital, pusat dialisis dan premis pengguna kurang upaya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sistem agihan air Klang/Shah Alam & Kuala Langat ditambah baik

Oleh; NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 APR: Beberapa kawasan di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengakapan sistem agihan.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan itu akan dijalankan dari jam 4 pagi sehingga 8 malam, pada 30 April ini.

syabassKatanya, segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja penggantian dengan segera.

“Bekalan air dijangka akan pulih dalam tempoh 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak premis daripada kolam takungan air.

“Pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara ini,” katanya dalam kenyataan.

Amin berkata, bagi meminimumkan kesulitan kepada pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara, Syabas akan menghantar notis awal ke premis yang terlibat termasuk melalui kumpulan “Whatsapp”, Twitter (PUSPEL), Facebook (PUSPEL) dan laman web www.syabas.com.my.

Katanya, aplikasi telefon pintar “mySyabas” turut meyalur maklumat selain penghantaran khas bekalan air ke hospital, pusat dialisis dan pelanggan kurang upaya.

Antara kawasan yang terbabit adalah Pandamaran, Andalas, Bandar Botanik, Bayu Emas, Bandar Parkland, Pulau Indah dan kawasan Sijangkang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kuala Lumpur, Gombak alami gangguan bekalan air sementara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 APRIL: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata bekalan air kecemasan dihantar melalui lori tangki ke kawasan mengalami gangguan bagi mengurangkan kesulitan pengguna.

Katanya, antara kawasan mengalami gangguan di Kuala Lumpur adalah Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya dan Pandan Cahaya.

syabassSelain itu, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.

“Manakala, kawasan yang mengalami gangguan air sementara di Gombak adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai dan Taman Dagang Jaya/ Taman Halaman Indah.

“Turut mengalami gangguan, kawasan Taman Faizura Ampang, Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai,” katanya dalam kenyataan.

Amin berkata, segala usaha menyiapkan kerja pembaikan itu sedang dilakukan untuk membolehkan pemulihan bekalan air di kawasan terbabit dengan kadar segera.

Katanya, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) akan terus memantau situasi itu dan pengguna akan dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa, aplikasi “mySYABAS” dan laman web www.syabas.com.my.

Pengguna boleh juga berhubung SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 1 APRIL: Beberapa kawasan di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sementara meskipun loji rawatan air menyediakan perkhidmatan di kawasan terbabit beroperasi sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata ia ekoran permintaan dan kegunaan air tinggi semasa cuaca panas menyebabkan air simpanan di kolam takungan Cheras dan Bangi mencatat penurunan di bawah paras biasa.

Bagaimanapun, katanya, paras kolam air sedang diawasi rapi dan bekalan air kepada pengguna akan pulih secara berperingkat.

syabas“Antara kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat adalah Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Sungai Besi Indah, Taman Harmoni Indah, Taman Puncak Utama dan Taman Putra Budiman.

Selain itu, ia turut membabitkan Taman Balakong Jaya, Taman Sri Timah, Taman Taming Jaya, Kawasan Industri Balakong, Kawasan Industri Selesa Jaya, Industri Balakong, Taman Taming Permai, Kawasan Industri Lifong, Juta Mines Kondominium, Jade Hill dan Kampung Baru Balakong dan lain-lain,” katanya.

Pada masa sama, Amin berkata, bekalan air kecemasan sudah dihantar kepada kawasan terlibat bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang mengalami gangguan sementara.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya menggunakan air dengan berhemah sepanjang musim cuaca panas.

“SYABAS akan terus memantau situasi ini dan pengguna akan dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa melalui media massa, aplikasi “mySYABAS” dan laman sesawang www.syabas.com.my.

“Pengguna juga boleh menghubungi SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

SYABAS tambah baik kecekapan pengagihan air di Petaling dan Kuala Lumpur

SHAH ALAM 15 MAC: Salah satu usaha berterusan menambahbaikkan kecekapan sistem pengagihan air di Petaling dan Kuala Lumpur, kerja penggantian perkakasan saluran paip air dilaksanakan bermula pada jam 6:00 pagi, 29 Mac 2016 sehingga 2:00 pagi, 30 Mac 2016.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata beberapa kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja penambahbaikan 20-jam ini.

syabassKatanya segala usaha dijalankan untuk menyiapkan kerja penggantian perkakasan saluran air dengan secepat mungkin.

“Pemulihan bekalan air mengambil di antara 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak kawasan dengan kolam takungan air,” katanya dalam kenyataan media.

Orang ramai boleh melayari di Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Selangor tidak catu air

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 MAC : Kerajaan Negeri mengesahkan tiada sebarang catuan air dilakukan Air Selangor setakat ini, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodednan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, penyebaran berita berkenaan Pelan Catuan Air Peringkat Kedua Lembah Klang bermula 2 Mac hingga 31 Mac di beberapa kawasan adalah palsu.

zaidy“Berita terbabit sebenarnya dikeluarkan semasa catuan pada 2014 dahulu.

“Diharapkan rakyat Selangor yang mendapat sebaran berita ini boleh memberhentikannya dan maklumkan juga ia adalah berita palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan catuan air di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor yang menjadi viral sejak semalam mencetuskan kebimbangan kepada rakyat di negeri ini.

Pada masa sama, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) melalui Ketua Komunikasi Korporatnya, Amin Lin Abdullah turut menafikan sebaran berita berkenaan.

Sebaliknya pengguna dinasihatkan mendapatkan sebarang maklumat terkini di laman sesawangnya, www.syabas.com.my.

-AA-

Categories
SELANGOR

Penutupan sementara loji air ekoran pencemaran di Sungai Langat

SHAH ALAM 21 FEB: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang membekalkan air terawat ke beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling terpaksa ditutup sementara pada jam 10.00 pagi hari ini kerana pencemaran di Sungai Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air SelangorGroup, Amin Lin Abdullah, berkata keadaan sungai sedang diawasi dengan rapi dan loji rawatan air beroperasi semula sebaik situasi pencemaran air reda.

syabass

“Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air dihantar melalui lori-tangki ke kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata pengguna dimaklumkan perkembangan berhubung situasi ini dari semasa ke semasa melalui media massa, aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

Pengguna boleh juga berhubung SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air.

EZY

Categories
SELANGOR

Jelas bil air tertunggak atau bakal dipotong

SHAH ALAM, 29 JAN: Pengguna diingatkan supaya segera menjelaskan pembayaran bil tertunggak untuk mengelakkan bekalan air dipotong semasa Operasi Bil Air Tertunggak bermula 1 Februari 2016.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata operasi itu dilakukan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Gombak.

syabass“Pelanggan yang gagal menjelaskan pembayaran bil air tertunggak akan diberi Notis Pemotongan Bekalan Air.

“Caj pemotongan sebanyak RM35 (tidak termasuk GST) dan caj penyambungan semula bekalan air sebanyak RM35 (tidak termasuk GST) akan dikenakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peraturan diwartakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006) dan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014.

“Bil air tertunggak boleh dibayar di semua pejabat SYABAS, bank, agensi terlantik dan melalui kemudahan lain,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan tempat dan kemudahan membayar bil air, pengguna boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS secara percuma daripada Google Playstore and Apple Appstore untuk mendapatkan maklumat berkenaan Operasi Bil Air Tertunggak dan perkhidmatan disediakan SYABAS.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kerja pembaikan paip bocor LRA Sungai Langat

SHAH ALAM 28 JAN: Kerja pembaikan paip bocor di dalam Loji Rawatan Air Sungai Langat dilaksanakan bermula hari jam 9 pagi sehingga jam 2 pagi, 29 Januari.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata semasa kerja pembaikan paip bocor dijalankan, loji rawatan air ini terus beroperasi tetapi bekalan air akan mengalami pengurangan sebanyak 60 peratus.

syabassKatanya, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air.

“Pengguna di kawasan terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

“Segala usaha diambil menyiapkan kerja pembaikan dan penggantian paip secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal,” katanya dalam kenyataan media.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook ‘puspel’ atau Twitter ‘puspel syabas’.

Sementara itu dalam kenyataan pada jam 3.45 petang hari ini memaklumkan kerja pembaikan paip bocor di dalam Loji Rawatan Air Sungai Langat telah berjaya disiapkan lebih awal dari masa yang dijangkakan.

Oleh yang demikian, tiada gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

EZY