Categories
AGENDA NASIONAL

Hospital swasta diminta tidak kenakan caj tinggi kepada pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 23 MEI: Hospital swasta diminta tidak mengambil kesempatan terhadap pesakit Covid-19 yang dirawat dengan mengenakan caj bayaran tinggi.

Tan Sri Lee Lam Thye berkata terdapat laporan berhubung perkara itu dan dianggap sebagai perkara sedih kerana membebankan pesakit.

“Tidak wajar berlaku khususnya ketika musim pandemik ini. Di harap hospital swasta dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membantu meringankan pesakit wabak ini.

“Cadangan ini bukan niat menunding jari pada sesiapa sebaliknya tidak mahu ada yang menangguk di air keruh dalam usaha menentang Covid-19,” kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat menerusi kenyataan hari ini.

Lam Thye berharap kerajaan dapat membanteras tindakan mana-mana pihak yang cuba menjadikan situasi pandemik sebagai lubuk meraih keuntungan.

Sebelum ini seorang Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor meminta kerajaan menetapkan harga siling ujian Covid-19 di klinik swasta seluruh negara bagi membantu golongan kurang mampu mendapat perkhidmatan itu.

ADN Rawang Chua Wei Kiat berkata kos saringan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dan ujian pantas polimerase masa nyata (RT-PCR) yang dikenakan ketika ini membebankan rakyat.

Categories
AGENDA NASIONAL

Permai: Pihak berkuasa disaran wujud laman sesawang respons rakyat

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Pihak berkuasa disaran mewujudkan laman web khas untuk rakyat menyalurkan maklum balas berhubung keberkesanan pelaksanaan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata rakyat juga boleh memberi pandangan sama ada langkah yang dilaksanakan tersebut sesuai untuk mereka.

Pada masa sama, beliau berkata pelaksanaan Permai perlu dipantau rapi bagi memastikan tidak berlaku ketirisan.

“Sekiranya pemantauan menunjukkan ada keperluan untuk pengubahsuaian pelan bagi memastikan keberkesanan maksimum, maka pelan tersebut perlu diubah suai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee turut menyarankan rakyat mewujudkan tabung komuniti yang membolehkan setiap mereka menyumbang mengikut kemampuan, dan dana yang dikumpul boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan lagi usaha kerajaan.

Beliau turut meminta kerajaan melihat keperluan pertubuhan bukan kerajaan yang membantu menangani masalah kesihatan mental seperti Befrienders KL, memandangkan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan pandemik memberi kesan langsung terhadap kesihatan mental rakyat.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan Permai bernilai RM15 bilion yang mengandungi 22 inisiatif bagi menangani kesan Covid-19 dalam kalangan rakyat dan juga komuniti perniagaan di negara ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pelaksanaan laluan khas motosikal perlu untuk selamatkan nyawa

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Aktivis sosial dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan supaya melaksanakan penyediaan laluan khusus untuk motosikal di jalan raya, khusus bagi usaha menyelamatkan nyawa ribuan penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara.

Beliau berkata walaupun kerajaan wajar diberi pujian terhadap inisiatif meminda Akta dengan memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan, namun perhatian tidak diberikan kepada isu besar berkaitan keselamatan jalan raya, yakni yang melibatkan penunggang motosikal.

“Ia melibatkan keselamatan penunggang motosikal iaitu kategori pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada kemalangan maut dan dari tahun ke tahun telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Malaysia yang sebahagian besar adalah golongan belia,” katanya dalam satu kenyataan.

Lee mencadangkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula tahun depan, penyediaan laluan motosikal berasingan seperti yang terdapat di sebahagian lebuh raya dan jalan raya di negara ini terutamanya di kawasan pusat bandar, boleh dilaksanakan.

“Contoh terbaik laluan yang dapat menyelamatkan nyawa ialah seperti di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Shah Alam hingga ke Klang. Lebuhraya Persekutuan adalah salah satu laluan trafik paling sibuk setiap masa, namun berdasarkan statistik, purata hanya sekitar dua kemalangan maut melibatkan motosikal direkodkan setiap tahun,” tambah beliau.

Antara langkah pencegahan kedua untuk menyelamatkan nyawa, beliau berkata undang-undang juga perlu digubal untuk mengurangkan had laju motosikal kerana terdapat penunggang yang menunggang sesuka hati dengan kelajuan melebihi had tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

“Sebagai langkah awal bagi mengurangkan perbelanjaan besar untuk menyediakan laluan motosikal berasingan di seluruh negara, pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan polis perlu memastikan penunggang motosikal hanya menunggang di lorong sebelah kiri lebuh raya dan jalan raya dengan dua garisan selari memisahkan mereka dengan kenderaan yang lain,” katanya.

Lee berkata dengan cara itu, kenderaan dua roda dilarang menunggang di lorong paling laju dan bersaing dengan kenderaan lebih besar yang menjurus kepada kematian yang mengerikan dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Beliau berpendapat pendekatan ini akan menjadi pelopor kepada pelaksanaan menyeluruh laluan berasingan itu.

“Ikatan Komuniti Selamat melihat langkah-langkah ini sebagai tindakan yang boleh dilaksanakan, praktikal dan sudah pastinya, bukanlah sesuatu yang perlu penyelidikan mendalam mengenai kebaikan dan keburukannya.

“Lebih penting lagi, kerajaan perlu melaksana program ini kerana peningkatan mendadak jumlah penunggang motosikal di jalan raya, ditambah lagi dengan populariti perkhimatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain,” tambahnya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jadikan Rukun Negara asas cara hidup, bentuk masa depan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Rukun Negara yang berfungsi sebagai falsafah negara, teras serta kunci kepada kejayaan perpaduan di negara ini perlu dihayati sebagai asas cara hidup rakyat dan membentuk masa depan Malaysia, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia berkata Rukun Negara merupakan agenda perpaduan negara dan adalah sangat penting bagi masyarakat mengamalkan Rukun Negara sebagai cara hidup masing-masing.

“Saya harap, tidak kira mana-mana parti politik yang menjadi pemerintah, Rukun Negara harus diberikan pendedahan lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam siaran khas ‘Rukun Negara Hour’ oleh Bernama TV dan Bernama Radio di sini hari ini.

Selain itu, Lee berkata Rukun Negara harus dijadikan pegangan hidup dan diberi pendedahan, terutamanya kepada generasi muda kerana mereka merupakan pelapis pucuk pimpinan negara.

Sementara itu Lee menegaskan, pendedahan Rukun Negara bergantung pada tiga faktor dikenali sebagai tiga ‘P’ iaitu pendidikan, penghayatan dan pengamalan.

Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya membuat kajian berhubung pendidikan Rukun Negara di sekolah.

“Kita tidak mahu melihat Rukun Negara (hanya) dihafal oleh murid dan pelajar tetapi tidak merasai (menghayati) isi dan maksud kelima-lima prinsip berkenaan.

“Sistem pendidikan Rukun Negara itu bagi saya patut menjadi silibus di sekolah… ia harus bermula di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat, saluran amat penting untuk memupuk perpaduan,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan pengarah terkenal Datuk Rosyam Nor yang turut menjadi tetamu dalam program hari ini, berharap kerajaan memikirkan satu penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri seni di negara ini.

Menurut Rosyam, sekiranya industri seni mempunyai R&D yang boleh mewujudkan rangka tindak untuk diguna pakai sebagai satu hala tuju, industri itu akan memberikan impak besar kepada negara dalam mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya difahamkan di Korea Selatan mereka membelanjakan beratus-ratus juta (wang) untuk membuat R&D, tetapi hasilnya pada hari ini mereka membuat (pulangan) berbilion-bilion.

“Saya rasa R&D untuk Malaysia ini juga kita bukan hanya memanggil orang industri, tetapi keseluruhan orang yang bijak pandai (pakar) dalam bidang masing-masing untuk kita bersama dapat melakukan satu blueprint (rangka tindak) yang hebat,” katanya.

Sehubungan itu, Rosyam berharap kerajaan tidak melihat industri seni sebagai picisan kerana industri itu memainkan peranan penting dalam segala bentuk kemajuan dalam negara termasuk ekonomi, budaya dan lain-lain.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Sikap ambil mudah masyarakat beri kesan seluruh negara

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Seluruh negara akan terkesan sekiranya masyarakat masih bersikap mengambil mudah dan sambil lewa terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di tempat awam seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia berikutan orang ramai kini dilihat kurang memberi perhatian dalam mengamalkan pemakaian pelitup separuh muka dan penjarakan sosial kerana beranggapan trend wabak Covid-19 dalam negara telah menurun.

“Jadi mereka santai (relaks) dan tidak berbuat apa-apa. Sungguhpun di tempat awam, mereka perlu memakai pelitup separuh muka tapi nampaknya ada ramai yang tidak memakainya.

“Tetapi yang lebih serius, saya melihat penjarakan sosial yang semakin hari semakin tidak diendahkan. Dari satu meter sudah jadi setengah meter. Ia sangat serius dan kita tidak mahu Covid-19 kembali dengan gelombang kedua,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menzahirkan kebimbangan beliau terhadap kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh kawalan itu.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil mudah dengan situasi Covid-19 di dalam negara ketika ini memandangkan kes positif wabak itu kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lepas.

Sehubungan itu, Lee berkata perutusan itu adalah sesuatu yang wajar dan tepat pada masanya selain turut menasihatkan setiap rakyat Malaysia untuk terus bertanggungjawab, berdisiplin, serta mengadakan kawalan kendiri dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Saya nampak ini situasi yang serius, saya harap masyarakat dapat mengambil berat seruan perdana menteri. Sebab kalau gelombang kedua muncul, saya rasa seluruh negara akan menderita,” katanya lagi.

Dalam perutusan sama, perdana menteri berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam dan perincian mengenainya akan dimuktamadkan kelak.

Perkara itu disokong sepenuhnya oleh ahli epidemiologi dan anggota pasukan petugas Covid-19 Selangor Datuk Dr Christopher Lee yang mengatakan pemakaian pelitup separuh muka adalah antara tindakan penting bagi mengekang penularan wabak dalam masyarakat.

Beliau berpendapat, masyarakat kini kurang peka dengan pemakaian pelitup separuh muka ketika melawat ke tempat awam dan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah mahupun premis makanan.

“Kami (kerajaan) harap semua rakyat boleh bekerjasama supaya kita tidak perlu kembali kepada tahap PKP dulu. Apa kita minta buat ini bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat di sekeliling kita,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pemilik premis, majikan harus tingkat kualiti udara dalaman

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Pemilik bangunan dan majikan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti udara bagi mencegah penyebaran Covid-19 melalui sistem penyaman udara.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan hari ini berkata pemilik bangunan, pejabat dan pusat beli-belah mestilah mengambil perhatian atas nasihat pihak berkuasa dan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti udara dalaman apabila tempat kerja tersebut dibuka semula selepas lebih 50 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.

“Apabila orang mula kembali bekerja selepas tempoh PKP, kualiti udara dalaman di pejabat dan tempat kerja harus menjadi keutamaan.

“Oleh itu tanggungjawab semua pemilik bangunan dan majikan untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan dan memastikan peredaran udara yang betul serta meningkatkan pengudaraan di semua bangunan dan tempat kerja,” katanya.

Lee berkata selepas kekal selamat dan berada di dalam rumah selama ini, pekerja berhak untuk kembali bekerja di persekitaran yagn selamat dan sihat.

Keselamatan dan kesihatan pelanggan dan orang ramai juga harus terjamin dan dilindungi,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pemilik premis, majikan harus tingkat kualiti udara dalaman

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Pemilik bangunan dan majikan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti udara bagi mencegah penyebaran Covid-19 melalui sistem penyaman udara.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan hari ini berkata pemilik bangunan, pejabat dan pusat beli-belah mestilah mengambil perhatian atas nasihat pihak berkuasa dan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti udara dalaman apabila tempat kerja tersebut dibuka semula selepas lebih 50 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.

“Apabila orang mula kembali bekerja selepas tempoh PKP, kualiti udara dalaman di pejabat dan tempat kerja harus menjadi keutamaan.

“Oleh itu tanggungjawab semua pemilik bangunan dan majikan untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan dan memastikan peredaran udara yang betul serta meningkatkan pengudaraan di semua bangunan dan tempat kerja,” katanya.

Lee berkata selepas kekal selamat dan berada di dalam rumah selama ini, pekerja berhak untuk kembali bekerja di persekitaran yagn selamat dan sihat.

Keselamatan dan kesihatan pelanggan dan orang ramai juga harus terjamin dan dilindungi,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Rakyat digesa main peranan aktif cegah jenayah

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat.

Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye berkata penyertaan aktif dapat memupuk budaya mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat dan mendidik orang ramai untuk tidak mengambil mudah soal keselamatan negara.

“Tidak dinafikan, polis memikul tanggungjawab utama tetapi penyertaan aktif masyarakat dan segmen lain masyarakat sivil membentuk bahagian penting dan kritikal dalam keberkesanan pencegahan jenayah.

“Pencegahan jenayah yang efektif memberikan manfaat jangka panjang dari segi mengurangkan kos berkaitan sistem keadilan jenayah serta kos lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai juga perlu memupuk sikap sifar toleransi terhadap jenayah, yang akan terus berlaku selagi puncanya wujud dan orang mempunyai kecenderungan melakukan jenayah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Langkah baik KDN tangani isu permohonan kewarganegaraan

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani perkara berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan adalah langkah yang baik, kata aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, ia dapat membantu Jabatan Pendaftaran Negara dan KDN mempercepatkan semua permohonan kewarganegaraan bermula tahun ini berdasarkan keadilan, ketelusan dan kecekapan.

“Ini dapat membantu memastikan pemohon tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk permohonan kewarganegaraan mereka diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan mesti dikaji untuk memendekkan proses kelulusan, terutama untuk kanak-kanak.

Lee turut menyatakan kebimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan untuk kanak-kanak memandangkan tanpa kewarganegaraan, masa depan mereka dalam bahaya.

Sebelum ini, dilaporkan KDN mengambil langkah proaktif termasuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan permohonan kewarganegaraan, terutamanya untuk kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jadikan keselamatan di jalan raya azam tahun baharu

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Mengurangkan jumlah kemalangan dan mengamalkan budaya keselamatan di jalan raya perlu ada dalam senarai azam tahun baharu bagi setiap rakyat Malaysia.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) Tan Sri Lee Lam Thye berkata keselamatan perlu menjadi sebahagian daripada budaya pengguna jalan raya bagi memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua orang dan untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut.

“Negara kita mencatatkan enam hingga tujuh ribu orang maut di jalan raya dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan oleh Malaysia, kita tidak boleh berbangga.

“Secara purata, kira-kira 19 sehingga 21 orang mati setiap hari. Kebanyakannya (kemalangan) melibatkan penunggang motosikal, sama ada penunggang motosikal atau pembonceng, sering menjadi mangsa kemalangan jalan raya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lee berkata ini menunjukkan perkara itu mesti diutamakan oleh semua pihak, termasuk kerajaan dan masyarakat kerana nyawa setiap orang amat berharga.

Beliau berkata walaupun agak mustahil untuk mencapai sifar kemalangan jalan raya, adalah penting untuk mengamalkan keselamatan di jalan raya seperti memakai tali pinggang keselamatan dan menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS).

Menurut penyelidikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), pada tahun 2015 kurang daripada 12 peratus penumpang tempat duduk belakang memakai tali pinggang keselamatan berbanding pemandu dan penumpang kerusi hadapan yang hampir 90 peratus.

“Saya fikir (semua orang) harus memakai tali pinggang keselamatan mereka kerana telah terbukti bahawa jika tali pinggang keselamatan tidak dipakai semasa berlaku kemalangan, kesannya sangat besar sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius kepada penumpang.

“…Saya faham bahawa Kementerian Pengangkutan juga telah menyatakan bahawa mereka akan menjalankan kempen selama enam bulan untuk menggalakkan penggunaan CRS dan saya berharap dalam tempoh enam bulan itu, orang ramai akan sedar tentang pentingnya kerusi keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Pada 19 November, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan tiada saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaan mandatorinya mulai tahun depan kerana kementerian mahu mendidik terlebih dahulu, sebelum mengambil apa-apa bentuk tindakan penguatkuasaan.

Pada 23 Oktober lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian akan diwajibkan mulai 1 Januari tahun depan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ambil pelbagai langkah isu kepentingan bendera Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Pelbagai langkah perlu dilakukan institusi pendidikan di negara ini dan masyarakat dalam mendidik serta meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan bendera Malaysia, kata Pemegang amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu tahu cara menghargai bendera negara ini dengan penghormatan tertinggi dan usaha sedemikian boleh dilaksanakan oleh kementerian berkaitan dengan kerjasama media serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita tidak sewajarnya mengambil ringan bendera kita kerana mengibarkannya dengan cara yang tidak wajar adalah memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia sama seperti menghina dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada negara.

“Ia perlu diambil serius apabila berkaitan dengan bendera kita, yang juga melambangkan semangat sayang, bangga, patriotik, setia dan perpaduan kaum.

“Kejahilan rakyat dan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan sewajarnya mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotik, kebanggaan, kesetiaan dan kepatuhan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bendera adalah simbol kemerdekaan dan membina kehidupan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit atau kepercayaan dan terus berusaha ke arah membina perpaduan dan negara yang mampan untuk generasi masa hadapan.

Kenyataan Lam Thye itu merujuk kepada kejadian baru-baru ini di mana Jalur Gemilang elektronik dengan bintang lima dipaparkan pada majlis pembukaan kejohanan bola keranjang di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Isnin lalu.

Bendera itu juga mengandungi 10 jalur merah dan putih berbanding 14 jalur pada bendera kebangsaan.

Bendera Malaysia mengandungi 14 bintang dan 14 jalur merah dan putih yang mewakili 13 negeri di negara ini dan Wilayah Persekutuan.

Lam Thye juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ia adalah tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang patriotik untuk memastikan Jalur Gemilang tidak dipasang secara terbalik, lusuh dan pudar.

“Insiden baru-baru ini sebagai peringatan kepada semua bahawa apabila kita mengendalikan bendera kebangsaan atau negeri, pastikan ia dikibar atau dipaparkan dengan lambang yang betul.

“Kini Maba telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden itu yang tidak disengajakan, saya rasa ia perlu dimaafkan tapi harus menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Negara perlu lebih ramai penderma organ

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Lebih ramai individu diperlukan untuk tampil berikrar menjadi penderma organ bagi membantu pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang (ESKD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesedaran untuk berbuat demikian amat penting berikutan peningkatan bilangan pesakit ESKD yang dilihat semakin membimbangkan.

“Statistik terkini menunjukkan lebih daripada 22,000 pesakit kegagalan buah pinggang sedang menunggu pemindahan buah pinggang.

“Walaupun pemindahan buah pinggang telah dilakukan sejak lebih 40 tahun lalu di negara ini, kadar pemindahan buah pinggang di Malaysia bukan sahaja antara yang terendah di dunia bahkan dalam kalangan negara-negara ASEAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lam Thye berkata kadar transplan atau pemindahan menunjukkan penurunan setiap tahun dan secara tidak langsung mendesak ramai pesakit melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang secara haram di luar negara yang juga membahayakan nyawa.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk mengubah persepsi terhadap transplan terutamanya dari segi kesihatan dan faktor keagamaan.

Katanya lebih banyak program pendidikan dan kesedaran perlu diwujudkan bagi membuka mata masyarakat terhadap isu transplan dan kepentingan menderma organ.

-BERNAMA