Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Syamsul, Sofizah dinobat johan tilawah al-Quran Selangor

SHAH ALAM, 9 APRIL: Qari Syamsul Abu Hassan Alshaari dan qariah Sofizah Mousin dinobat sebagai johan pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) peringkat negeri semalam.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata tempat kedua dimenangi qari Abdul Najih Marwan dan qari Izzat Azizi Zainal (ketiga), manakala qariah Rosnani Mohmad (naib johan) dan qariah Kasmah Arshad (ketiga).

“Seramai tujuh qari dan empat qariah berentap bagi merebut gelaran johan sekali gus mewakili Selangor ke MTHQ peringkat kebangsaan pada 13 hingga 18 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Bagi kategori menghafaz al-Quran menyaksikan 30 huffaz yang masingmasing dengan lima hafiz dan lima hafizah bagi setiap kategori iaitu Tahap 1-10, Tahap 1-20 dan Tahap 1-30 memperdengarkan hafazan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Jais menambah kategori tilawah al-Quran diadili oleh 11 hakim manakala kategori menghafaz al-Quran melibatkan 17 hakim.

Katanya, majlis yang berlangsung pada 6 hingga 8 April di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diadakan dengan membudayakan norma baharu.

“Selaras dengan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan, majlis pada kali ini berlangsung dengan pematuhan garis panduan yang ketat dan jumlah penonton yang terhad.” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Dr Mahathir rasmi majlis bacaan al-Quran di Kota Kinabalu malam ini

KOTA KINABALU, 16 FEB: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan malam ini.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba pada 1.30 tengah hari dan disambut ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.

Turut berada di lapangan terbang beberapa menteri dan pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan di Sabah.

Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah dan ahli parti itu serta ahli Parti Warisan Sabah turut menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Dr Mahathir dijadual merasmikan majlis tilawah al-Quran itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada 8.30 malam ini.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan sempurna penutupan tilawah al-Quran

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 26 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H/2019M, malam tadi.

Turut berangkat mengiringi baginda, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bersama isteri, Masdiana Muhammad.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dalam sembah ucapannya berterima kasih kepada peserta Qari, Qariah dan Hafazan khususnya serta agensi kerajaan yang terbabit membantu pelaksanaan penganjuran majlis itu.

“Bertemakan “Menyantuni Umat, Membawa Rahmat”, saya bagi pihak jawatankuasa optimis kita semua dapat meneruskan kegemilangan al-Quran, di samping memperkukuhkan jalinan silaturahim antara satu sama lain.

“Justeru, marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian akidah dengan memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan umat Islam, al-Quran dan hadis sebagai panduan yang menyuluh kita sepanjang zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Katanya, majlis tilawah itu berlangsung selama empat hari bermula 22 sehingga 25 Januari lalu dengan pembabitan 69 peserta.

“Peserta yang berjaya pada malam ini akan mewakili Kerajaan Negeri ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 hingga 22 Mac ini di Kelana Resort, Seremban,” katanya.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan di peringkat menghafaz iaitu Hafazan Juzuk 1-10; Hafazan Juzuk 1-20 dan Hafazan Juzuk 1-30, manakala peserta Tilawah pula diadili daripada segi Tarannum, Tajwid, Fasohah dan nada suara.

Antara pengisian majlis, penonton dihalwakan telinga dengan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan persembahan nasyid daripada kumpulan In-Team.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ruzana pertahan kejuaraan kategori qariah tilawah Al-Quran

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 24 FEB: Johan menunggu, Nor Ruzana Natiah Jaafar mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu apabila diumumkan sebagai pemenang bahagian qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M malam tadi.

Pertandingan itu diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya pada majlis yang ditutup secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wakil Hulu Langat yang pernah meraih naib juara peringkat kebangsaan tahun lalu itu diumumkan sebagai pemenang selepas mengumpul markah sebanyak 92.5 peratus.

Bagi kategori qari pula, wakil Gombak, Abdul Khair Jalil pula dinobatkan sebagai juara apabila memperolehi 88.5 peratus.

Manakala bagi kategori menghafaz Al-Quran tahap tiga, 1 hingga 30 juzuk lelaki, Mohd Amir Khairul Anuar daripada Hulu Selangor diumumkan sebagai juara apabila memperolehi 98.58 peratus.

Bagi kategori sama, wakil Kuala Langat, Siti Hajar Nabilah Mohd Darha menjuarai bahagian perempuan dengan markah sebanyak 95.53 markah.

Pemenang bagi empat kategori terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej umrah, sijil penyertaan dan piala iringan.

Turut menjuarai kategori masing-masing, Luqman Fahim Ismail bagi tahap 1 lelaki (kategori 1 hingga 10 juzuk) dan pemenang bahagian perempuan, Azzah Abd Rahim.

Bagi tahap dua kategori 1 hingga 20 juzuk lelaki pula disandang oleh Hafiy Muhammad Radhi dan Aisyah Irdina Zulkifli bagi bahagian perempuan.

Juara kategori satu dan dua membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM4,000, sijil penyertaan dan piala iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Sharafuddin, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Prinsip fastabiqul khairat pastikan pentadbiran negeri telus

OLEH HAFIZAN TAIB

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri mengamalkan prinsip fastabiqul khairat dalam menegakkan pentadbiran telus dan baik demi kemajuan negeri juga rakyat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pendekatan melalui prinsip itu dipraktikkan Kerajaan Negeri seperti mana dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika menbentangkan Belanjawan 2018 negeri pada akhir tahun lalu.

“Prinsip fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, bukan sahaja perlu menjadi prinsip kehidupan bahkan perlu mendasari segala usaha pemerintahan termasuk menganjurkan perdamaian, memperkukuhkan ukhwah dan mengintai muafakat.

“Dalam pentadbiran negeri, tatakelola baik adalah salah satu tonggak kebaikan kerana melaluinya amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian ketika mewakili Dato’ Menteri Besar dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1439H/2018M peringkat Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui pendekatan itu diyakini Selangor akan terus makmur dan berada pada landasan mantap dalam menjayakan agenda SmartSelangor.

Berhubung majlis itu, katanya, ia majlis tahunan Kerajaan Negeri sebagai usaha mengembangkan syiar Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dan inspirasi dalam kehidupan termasuk perencanaan dalam dasar pentadbiran negeri.

“Membaca Al-Quran adalah satu tuntutan dan tilawah diadakan bukan sahaja satu ibadah yang menggilap kerohanian tetapi juga satu seni muqaddas yang teragung dan terus segar di kalangan umat Islam.

“Keindahan bacaan Al-Quran itu menjadi tarikan untuk kita sentiasa menghampiri dan menghayati ajarannya yang terkandung didalam kitab suci ini,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Tilawah Al-Quran – Salam Selangor

Episod 94

Sinopsis:

Dalam memartabatkan ajaran Al-Quran di Selangor, kerajaan negeri komited memperkasakan pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 6 juta untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat selain menaikkan elaun guru KAFA.

Tetamu:
1. YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
2. Dato’ Hj. Marzuki Hussin (Pengarah JAIS)

tilawah