Categories
NASIONAL

Isu pakaian komunis: Azwanddin berdepan saman RM20 juta

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong memfailkan saman fitnah RM20 juta terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berhubung penerbitan dua artikel berkenaan isu pakaian seragam komunis.

Chin Tong memfailkan saman itu menerusi firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 27 Disember lalu.

Chin Tong dalam samannya menuntut daripada Azwanddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan RM20 juta dan injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama.

Menurut kenyataan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ram Karpal Singh hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Januari depan untuk pengurusan kes saman itu.

Ram Karpal berkata, Azwanddin menyiarkan artikel berkenaan yang bertajuk ‘Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman’ dengan keterangan bergambar di laman Facebook miliknya pada 30 Oktober lalu dan di laman web JMM pada 19 November lalu.

-BERNAMA

JURNAL BERITA: Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

Sinopsis

1. SUKMA 2014: Selangor jangka raih 50 emas, misi pertahan kejuaraan

2. TAWAS: Peserta bawah 18 tahun layak terima skim baru khairat RM1,500

3. Selangor laksana sukan luar sekolah, elak guru jadi mangsa Kerajaan Pusat

4. Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

5. Malaysia perlu henti hubungan dengan Mesir, bantah sistem politik diktator

6. Tian Chua sah rebut jawatan Timbalan Presiden PKR

7. Parlimen: Wisma Putra, Putrajaya perlu kutuk tindakan kejam Mesir

8. ‘Jom Kerja’ antara aktiviti menarik program jelajah GeMS April ini

9. Kit Siang: Pecat Timbalan Menteri Pertahanan, kenyataan rosak kredibiliti Malaysia

10. MH370: Bentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, tolak siasatan lepas jumpa kotak hitam

http://tv.selangorku.com