Categories
NASIONAL

Mufti Perlis: Bauksit lebih bahaya daripada vape, kenapa diam?

SHAH ALAM 8 JAN: Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap berdiam diri pihak berkuasa agama khususnya majlis fatwa dalam isu bauksit.

Beliau melahirkan kehairanan sikap membisu para agamawan Islam terhadap isu bauksit sedangkan ia lebih merbahaya berbanding vape.

bauksit“Saya keluarkan kenyataan tentang isu bauksit di Pahang. Apabila saya lihat aktiviti itu mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan, saya rasa sedih dan dukacita.

“Bila isu vape timbul, JAKIM menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil,” kata Dr Asri dalam status di laman facebooknya.

Menurut beliau, lebih baik jika isu bauksit diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape kerana bauksit ternyata lebih berbahaya daripada vape.

“Di media massa, tokoh agama juga berbual ‘sakan’ tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz bersemangat menentang vape. Tidak mengapa. Ma sha Allah.

“Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu jauh lebih besar dan bahaya? Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi ‘sunyi’ segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?,” soal beliau.

Beliau turut melahirkan kebimbangan jika generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim salah faham terhadap Islam disebabkan sikap sebegini.

Menurutnya, Islam itu akan dilihat indah jika melepasi batasan kepentingan ‘orang agama’ dan penguasa namun akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang.

EZY

Guna dan jual vape tidak dilarang di Negeri Sembilan

Rakyat Negeri Sembilan bebas untuk guna dan jual vape – MB

Categories
SELANGOR

Pengharaman Vape: JAIS tunggu keputusan Fatwa Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

BANTING, 23 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunggu keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor sebelum melaksanakan sebarang undang-undang dan tindakan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape.

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim berkata, JAIS bersedia melaksanakan peraturan berkenaan mengikut enakmen pentadbiran sedia ada.

VAPE“Kita (JAIS) hanya mengikut perintah. Kalau difatwakan haram, maka kita akan kuatkuasakan (peraturan) sebab dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, sesiapa yang melanggar fatwa, akan ada hukumannya.

“Sama seperti fatwa lain seperti rokok dan ajaran sesat, sesiapa yang melanggar fatwa, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian JAIS dalam isu vape.

Minggu lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri mengadakan bengkel khas untuk membincangkan isu vape pada awal tahun hadapan.

Bengkel itu bakal melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk NGO serta persatuan vape dan akan diuruskan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

EZY

Categories
NASIONAL

Majlis Fatwa Kebangsaan: Haramkan vape, rokok elektronik

SHAH ALAM 22 DIS: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

VAPEKatanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Beliau berkata, dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam tadi dari sudut kesihatan dan syariah.

Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri dan ahli dilantik Majlis Raja-Raja.

Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

“Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok,” katanya.

Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan beracun.

“Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada kepentingan umum dan kebaikan,” katanya.

Keputusan malam tadi juga, tegasnya, adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Tambahnya, penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.

Sejajar dengan keputusan dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri lain mengikuti keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

“Malah ada pihak berkuasa di beberapa negeri lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak,” katanya dipetik Bernama.

EZY

Bincang isu Vape, Selangor tubuh jawatankuasa Rabu ini

Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membincangkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum memutuskan pendirian untuk mengharamkannya atau tidak pada Rabu ini.

Categories
SELANGOR

Jawatankuasa bincang isu Vape ditubuh Rabu ini

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 DIS: Bengkel khusus bagi membincangkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum memutuskan pendirian untuk mengharamkannya atau tidak akan diadakan pada 11 dan 12 Januari depan.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi, berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan membabitkan pelbagai agensi pada Rabu ini.

Katanya, bengkel itu akan membincangkan aspek kesihatan sosial yang akan diberi keutamaan dan memberi pendedahan kebaikan dan keburukan Vape.

DAROYAH - TAWAS“Antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Penasihat Undang-Undang Negeri, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri, pengusaha dan pencipta Vape serta Badan Bukan Kerajaan.

“Apa yang penting kita mahu memberi pendedahan dan pendidikan kepada semua pihak termasuk pengusaha, masyarakat, anak-anak dan ibu bapa,” katanya kepada SelangorKini.

Dr Daroyah berkata, hasil rumusan bengkel itu akan dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu (13 Januari) untuk diputuskan.

VAPEBeliau memaklumkan sekiranya diharamkan, Kerajaan Negeri akan memberi tempoh masa supaya mereka bersedia contohnya bagi mereka menghabiskan stok vape untuk dijual.

“Namun, buat masa ini, kita tidak boleh memutuskan sebarang keputusan. Ia bergantung hasil perbincangan dalam bengkel,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mahu Kerajaan Negeri membuat kajian menyeluruh sebelum sebarang keputusan diambil dan tidak mahu mengambil tindakan tergesa-gesa tanpa mendapat maklum balas daripada semua pihak.

Terdahulu, Kelantan dan Johor mengambil pendirian mengharamkan penggunaan vape dan pengusaha diminta mengosongkan premis atau berdepan tindakan undang-undang.

Categories
SELANGOR

MB: Bengkel khas bincang isu vape awal 2016

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 DIS: Kerajaan Selangor akan mengadakan satu bengkel khusus bagi membincangkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum memutuskan pendirian untuk mengharamkannya atau tidak.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata bengkel itu akan diadakan awal tahun hadapan dan dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan membuat keputusan terburu-buru, namun aspek kesihatan sosial akan diberi keutamaan.

MOHAMED AZMIN“Semalam dalam mesyuarat Exco kita putuskan supaya Exco Kesihatan, Dr Daroyah mengadakan satu bengkel awal tahun hadapan melibatkan Kementerian Kesihatan, pertubuhan belia dan beberapa badan bukan kerajaan untuk melihat kesan penggunaan vape terhadap kesihatan.

“Kita akan melihat rumusan bengkel itu sebelum sebarang keputusan diambil kerana tidak mahu mengambil tindakan tergesa-gesa tanpa mendapat maklum balas daripada profesional khususnya doktor, kementerian dan belia.

“Kita dengar dahulu pandangan mereka sebab kesihatan rakyat perlu diutamakan dan tidak mahu ada kesan sosial jika perkara ini tidak ditangani dengan baik,” katanya kepada media di lobi SUK Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kelantan dan Johor mengambil pendirian mengharamkan penggunaan vape dan pengusaha diminta mengosongkan premis atau berdepan tindakan undang-undang.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Isu sebenar negara Najib bukan Vape

Oleh: Shahbudin Husin

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.

Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.

Najib-RMAdakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Selain menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.

Kenapa Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta kandungan nikotinnya?

Selain itu, ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.

Bukankah isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang konkrit diambil?

Kenapa semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?

Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?

Tidakkah juga seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?

Fakta-Keburukan-Rokok-VaporKenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?

Apakah isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan membuatkan mereka lupa seketika daripada menumpukan perhatian kepada permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya?

Bagi sesiapa yang melihat permasalahan negara dalam konteks yang lebih luas, tentulah mengakui bahawa isu pokok kita ialah Najib dan hal-hal berkaitan kepimpinan dan perlakuannya.

Biarpun kita turut mengambil berat kesan buruk vape yang tidak jauh bezanya dengan rokok atau mungkin nanti perisanya dikreatifkan dengan disaluti ganja, heroin atau dadah sintetik (perisa ketum dan syabu khabarnya sudah ada), tetapi janganlah semua itu membuatkan kita leka dengan isu pokok sebenar sehingga lupa kepada iltizam perubahan yang seharusnya lebih diutamakan.

Berbanding isu vape yang barangkali sengaja direka dan diperbesar-besarkan, jika kita leka dan terbuai dengan isu pokok yang sebenar, lalu Najib dapat berkuasa dengan lebih lama lagi, kesannya akan menimpa keseluruhan lebih 30 juta rakyat negara ini.

Categories
NASIONAL

Afdlin Shauki, netizen kecam KKM banteras jualan cecair nekotin vape

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 NOV: Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen untuk rokok elektronik(vape) dikecam orang ramai.

Penerbit dan Pengarah terkenal, Afdlin Shauki dalam satu perkongisan Facebook mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hujah yang relevan.

vape Katanya, kebanyakan kajian saintifik seluruh dunia menunjukkan menghisap rokok adalah 95 peratus lebih bahaya daripada vape.

“KKM, dari mana kamu peroleh fakta kamu dan kenapa tiada budi bicara sebelum sebarang tindakan.

“Adakah kamu mahu bekas perokok kembali merokok sedangkan itu lebih bahaya dari vape.

“Nampaknya kamu mahu mendengar apa yang kamu mahu dengar sahaja,” katanya dalam satu status yang turut memuatkan perkongsian video British Broadcasting Company (BBC) berhubung kajian vape.

Beliau juga membangkitkan isu ‘double standard’ terhadap penggunaan nikotin dalam bahan selain vape.

vape2“Jika nikotin menjadi isu, mengapa tidak haramkan rokok serta sayuran bernikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi,” soalnya.

Pada 5 November lalu, Menteri Kesihatan, Datuk S Subramaniam berkata kerajaan akan merampas rokok mengandungi cecair nikotin jika dijual tanpa lesen.

Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mempersoalkan sikap pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan vape tetapi tidak kepada rokok.

Katanya, agak menghairankan apabila pengharaman rokok dilupakan kerana fatwa pengharamannya hampir sepakat dan jelas, manakala vape setakat ini hanya ‘kelihatan’ haram.

-NFN-