Categories
SELANGOR

Pemain Selangor perlu pulih sebelum berdepan PDRM

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan berharap pemainnya akan segera pulih dan cergas bagi menghadapi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan Piala FA di Stadium Kubu, Melaka, 4 Mac ini.

Katanya, beliau mempunyai tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan ekoran jadual padat dan segala kekurangan termasuk kecederaan pemain akan diberi perhatian supaya dapat diatasi ketika perlawanan.

coach zainal -web3“Selepas perlawanan ini (menentang Sarawak) saya akan memeriksa keadaan setiap pemain kerana dalam masa singkat kita akan ada satu lagi perlawanan selepas ini (Piala FA).

“Saya harap pemain pulih cepat kerana ingin menurunkan pasukan yang cergas sepenuhnya,” katanya kepada media selepas perlawanan menetang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super itu, Selangor berjaya mengalahkan Sarawak 4 – 2 hasil jaringan R Gopinathan (m25), Patrick Ronaldinho Wleh (m28 dan m56) serta Azril Nasrulhaq (m67).

Zainal berkata, biarpun pegawai perubatan menyatakan tidak berlaku kecederaan serius dalam pasukan, tetapi beliau akan meneliti keadaan setiap pemain termasuk penjaga gol, Norazlan Razali yang tercedera dalam perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Andik Vermanshah mungkin perlu terus direhatkan ekoran kecederaan kaki dialami.

Mengulas kemenangan The Red Giants malam tadi selepas ketinggalan, Zainal menjelaskan masih tidak berpuas hati kerana pemain mengulangi kesilapan sama ketika menentang Pahang hingga memberi ruang pasukan lawan mendapat gol awal.

web s2“Saya tidak mahu ia menjadi tabiat kepada pemain, maka saya perlu meneliti dan memperbaikinya supaya Selangor dapat membolosi gol daripada awal permainan.

“Perkara ini (memberi ruang lawan mendapat gol) tidak sepatutnya berlaku kerana jika gagal membalas dengan gol maka padah akan menimpa pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali skuad Bujang Senang, Datuk K Rajagopal berkata, kecederaan ketua pasukan, Ronny Harun pada minit ke 21 hingga memaksa dia dikeluarkan mengubah rentak permainan pasukan berkenaan.

“Kita bermula dengan baik hingga berjaya mendapatkan gol dan disusuli beberapa peluang tetapi selepas Ronny Harun cedera, perancangan kita terjejas sedikit hingga dibolosi dua gol dengan cepat.

“Kita dapat peluang tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Pilihan Selangor azam kekal juara Piala Sultan Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Pasukan Pilihan Selangor berazam berusaha mengekalkan Piala Sultan Selangor 2016, kata jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan.

Zainal berkata, kepadatan jadual perlawanan Gergasi Merah tidak mengganggu fokus pasukan itu menentang Pasukan Pilihan Singapura pada 7 Mei nanti.

“Selain beberapa pemain Selangor, kita juga akan memanggil beberapa pemain lain daripada pasukan di bawah bendera Selangor seperti PKNS FC.

Menandatangai lanjutan kontrak bersama TV# Sultan of Selangor Cup (2)“Dengan strategi taktikal dan barisan pemain terbaik, saya pasti kita akan memberi saingan sengit kepada sang singa,” katanya dalam sidang media di Balai Berita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis menandatangani hak penyiaran Piala Sultan Selangor 2016 di antara Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Pengerusi Penganjur, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

Mula diperkenalkan pada 2001 dengan nama Piala Pemangku Raja Selangor itu dibatalkan penganjurannya pada Oktober 2015 ekoran masalah jerebu.

Perlawanan Piala Sultan Selangor kebiasaannya dimulakan dengan aksi veteran Selangor dan veteran Singapura, diikuti perlawanan utama antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura.

Untuk rekod, Pilihan Selangor muncul juara tujuh kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2014 manakala Pilihan Singapura pula muncul juara sebanyak lima kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.

Kedua-dua pasukan muncul juara bersama pada edisi 2004 di Stadium Nasional Kallang, Singapura selepas perlawanan berkesudahan dengan 2-2.

EZY

Categories
SELANGOR

Zainal puji aksi cemerlang bekas tonggak Pahang

Oleh: AFIX REDZUAN

KUANTAN, 28 FEB: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan memuji empat bekas tonggak Pahang yang beraksi cemerlang membantu pasukannya bangkit mencatat kemenangan selesa meskipun ketinggalan di awal permainan.

Katanya, kesemua mereka diturunkan seperti biasa sebagai strategi penggantian pemain memandangkan ada antara mereka yang sudah pulih daripada kecederaan.

Empat pemain berkenaan adalah Mohd Khairul Azhan selaku penjaga gol, Mohd Razman Roslan bertindak sebagai Ketua Pasukan, Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan.

ZAINAL ABIDIN“Pada saya mereka memang dijadualkan beraksi hari ini, Gopi sudah kembali pulih daripada kecederaan, Norazlan sudah bermain tiga kali dan bergilir-gilir dengan Yan (Khairul Azhan).

“Hafiz dan Razman juga bermain dengan baik. Tahniah saya ucapkan kepada mereka,” katanya kepada SelangorKini.

Lebih membanggakan, Gopinathan turut mencatat nama sebagai penjaring gol ketiga, namun beliau tidak meraikan jaringan berkenaan sebagai tanda hormat kepada bekas pasukannya.

Mengulas berkenaan corak permainan Selangor yang gugup pada awal babak pertama, Zainal mengakui perkara itu namun tetap berbangga dengan kebangkitan positif pemainnya.

“Memang kita lihat Pahang begitu cergas di awal permainan.

“Mereka tahu untuk mendera kita kerana Selangor bermula dengan lambat tetapi Alhamdulillah kita berfikiran positif serta mempunyai agensi serangan baik untuk menyamakan kedudukan serta bermain cukup cemerlang,” katanya.

sel 1Pada masa sama, beliau turut memuji persembahan mantap dan konsisten ditunjukkan penyerang, Patrick Ronaldinho Wleh selepas menjaringkan gol sekali lagi dalam perlawanan semalam.

Zainal berkata, beliau kini sedang memantau keadaan pemain supaya mendapat rehat secukupnya memandangkan Selangor berhadapan jadual perlawanan padat di peringkat domestik dan antarabangsa.

Dalam perlawanan seterusnya, Selangor dijadualkan bertemu Sarawak pada 1 Mac di Stadium Selayang.

-AA-

#PialaSumbangsih 2016: Zainal akui keserasian pemain import masih kurang

Ketika sidang media ini beberapa isu dapat dirungkai dari Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan antaranya
1. Keadaan 3 pemain yang cedera ketika perlawanan ini berlangsung
2. Perbezaan taktikal pada separuh masa kedua berbanding separuh masuh pertama.
3. Keserasian pemain import

Categories
SELANGOR

Zainal: Usaha mantap ketajaman depan gol

SHAH ALAM, 30 JAN : Beberapa perkara baharu perlu dipelajari pemain Selangor selepas tewas 1-0 kepada Pulau Pinang pada perlawanan pramusim ketiga 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam tadi.

Perkara itu diakui Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan selain berkata, walapun beberapa peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi Abdul Hadi Yahaya, Andik Vermansah dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, namun Selangor kelihatan sedikit tumpul pada babak kedua.

ZAINAL ABIDIN“Kita gagal menjaringkan gol seperti yang berjaya dilakukan pada dua perlawanan sebelum ini bertemu Sarawak (2-0) dan Kuala Lumpur (2-1).

“Bagaimanapun, saya lihat pemain sudah mencuba tetapi memang nampak lebih banyak lagi perlu diperbaiki di bahagian depan terutama dalam aspek ketajaman di depan pintu gol lawan,” katanya dipetik laman rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

Gol kemenangan Pulau Pinang dijaringkan bekas penyerang Harimau Muda C, Jafri Firdaus Chew yang menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-83 untuk menewaskan penjaga gol gantian Selangor, Zarif Irfan Hashimuddin.

Red Giants“Pemain kami tidak menunjukkan permainan sebenar pada perlawanan ini. Ia juga kali pertama kami menyusun sesuatu untuk perlawanan di tempat lawan sambil belajar beberapa perkara baharu.

“Ini yang perlu dimantapkan lagi terutama untuk menghadapi perlawanan di tempat lawan apabila saingan Liga Super bermula nanti,” jelasnya.

Skuad Selangor akan terus terbang ke Bangkok, Thailand dari Pulau Pinang, hari ini untuk menghadapi dua perlawanan pramusim di sana bertemu Nakhon Pathom United FC pada Ahad dan Samut Songkhram BTU FC pada Isnin.

“Memandangkan dua perlawanan ini berlangsung selang sehari, saya akan menyediakan dua set pemain dengan mereka yang beraksi 65 minit perlawanan pertama akan beraksi 25 minit pada perlawanan kedua. Begitu juga sebaliknya.

“Mereka harus bermain dan merasai tahap permainan antarabangsa kerana kami akan beraksi pada Piala AFC musim ini dan saya harap sekembalinya dari Bangkok, pemain sudah mencapai tahap kecergasan terbaik memulakan saingan sebenar musim 2016 ini,” ujarnya.

-nR-

Pemain import Selangor hampir temui keserasian


Keserasian kedua-dua pemain import Selangor dipertingkat Jurulatih The Red Giants, Zainal Abidin Hassan

Categories
SELANGOR

Zainal tekad bantu Selangor terus cemerlang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JAN: Zainal Abidin Hassan bertekad melakukan yang terbaik buat Selangor bagi meneruskan kecemerlangan dalam Liga Super Malaysia musim hadapan.

Beliau yang dilantik selaku Ketua Jurulatih baharu skuad Red Giants merakamkan penghargaan kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) khususnya Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, atas kepercayaan diberikan bagi menggalas tanggungjawab itu.

ZAINAL ABIDIN“Alhamdulillah ia sudah terjawab dengan Selangor memilih saya.

“Saya akan berusaha meneruskan kejayaan cemerlang untuk Selangor yang mana ia juga adalah pasukan kelahiran saya,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Zainal yang memulakan karier sebagai pemain bersama Selangor berkata, beliau amat memahami kehendak dan keinginan pengurusan serta peminat Red Giants begitu tinggi mahu melihat pasukan terus berjaya dengan deretan kejayaan cemerlang dalam kancah bola sepak tempatan.

Katanya, dengan keupayaan pasukan, semangat juang tinggi dan kerjasama berpasukan, kejayaan mampu diraih seperti mana sebelumnya.

Piala Malaysia“Saya tahu tahap dan kehendak pasukan. Keinginan mereka dalam bola sepak tempatan amat tinggi, sama ada juara atau tidak, memang kehendak itu tinggi.

“Selepas Selangor menjuarai (Piala Malaysia 2015) bukan kata tekanan kerana tekanan sentiasa ada tetapi harapan itu menjadi lebih tinggi,” kata mantan jurulatih Pahang itu.

Pelantikan sebagai ketua jurulatih Selangor adalah pertama kali bagi Zainal yang sebelum ini meraih kejayaan selaku pemain dengan skuad Merah Kuning apabila muncul juara Piala Malaysia pada 1981, 1982 dan 1997.

zainalabidin1988Zainal turut cemerlang ketika mewakili Pahang dengan menjuarai piala keagungan bola sepak tempatan itu pada 1983 dan sebagai jurulatih membantu skuad Tok Gajah muncul juara pada 2014.

Mantan pemain kebangsaan itu berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Pahang (PFA) yang berkorban dan memahami kehendaknya yang ingin berada hampir dengan keluarga serta bersama pasukan di Lembah Klang.

Beliau mengambilalih tugas Mehmet Durakovic, pengendali dari Australia, yang membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia tahun lalu.

-nR-

Zainal Abidin Hassan jurulatih Selangor baharu

Sah, bekas jurulatih Pahang itu berhijrah ke Selangor dan memulakan tugas mulai 1 Januari 2016.

Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia

Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia. Misi 33 Selangor semakin menjadi kenyataan.