Categories
SELANGOR

Putrajaya iktiraf Rawang bandar selamat 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 APR: Pusat Bandar Rawang dipilih sebagai Projek Bandar Selamat 2017 bagi kerja pemulihan kawasan ‘blackspot’ jenayah membabitkan peruntukan RM400,000.

RAWANG (1)Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, peruntukan di bawah Kementerian Dalam Negeri itu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

“Tender projek dijangka siap dalam bulan ini dan kerja naik taraf dijangka siap, pada Jun ini.

“Tempoh penilaian enam bulan akan diadakan selepas projek bandar selamat ini siap dengan tumpuannya terarah untuk melihat keberkesanan dalam mengurangkan kadar jenayah di Pusat Bandar Rawang,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi kerja pemasangan unit kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit sebagai menyokong usaha berkenaan.

“MPS kini juga mempunyai 50 unit CCTV dalam kawasannya melalui peruntukan Kerajaan Negeri bagi membantu memantau aktiviti jenayah dan sosial,” katanya.

Difahamkan, lanjutan perancangan kini sudah mencapai fasa kedua sebelum gerak kerja pembaikan dijalankan pihak kontraktor.

Terdahulu, Pei Nei bersama Pegawai Pusat Khidmat Rawang, Kumaran Adakalam dan Pegawai Jabatan Perancang Bandar, Letchumanan turun padang meninjau pembangunan projek berkenaan, pada 10 April lalu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN: ‘Go Green Race’ Selat Klang 5 Mac

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor disaran mewujudkan inisiatif dan program kesedaran hijau dalam mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan, kata Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Beliau menyarankan, program berteras pendidikan wajar dilaksanakan sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri merealisasikan kempen pengharaman beg plastik dan polisterina di negeri itu.

“Isu terbesar di Selangor seperti kita maklum adalah kebersihan yang berkait pengurusan sampah dan sejauh mana usaha masyarakat untuk pastikan alam sekitar bersih.

HASRAT PAS (2)“Keperluan ini menuntut pejabat DUN tampil dengan konsep dan program mesra alam melalui pembabitan umum supaya budaya serta amalan kebersihan ini dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat.

“Namun, usaha ini mampu dijayakan sekiranya masyarakat peka dan prihatin serta mengambil tahu kesannya jika tidak sensitif terhadap isu kebersihan,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, DUN Selat Klang konsisten menjayakan program hijau dalam usaha melestarikan persekitaran pembangunan mampan di kawasan itu.

“Pejabat DUN membuka peluang kepada masyarakat umum untuk menyertai program ‘Go Green Race’ bagi mendidik orang awam terhadap kepentingan isu kebersihan, pada 5 Mac ini.

“Ia terbuka kepada umum dan menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang selain mengangkat tema kebersihan iaitu ‘Menabur Budi Menghijaukan Bumi’,” katanya.

Untuk sebarang maklumat berkaitan program itu boleh menghubungi, Azraee Harun di talian 017-3127602.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN: Dhuha PKM Taman Templer terus diperkasa

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer meneruskan program dhuha sebagai salah satu aktiviti menjadikan dataran stadium sebagai dataran ilmu.

dhuha templer (2)ADN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, tahun ini adalah tahun kelima program itu berjaya dijalankan, sejak 2013.

“Sehingga ke hari ini, kita tidak pernah terlepas laksanakan program dhuha yang diadakan pada setiap bulan, pada minggu keempat.

“Majlis ilmu adalah taman syugra. Sambutan yang kita terima setiap bulan juga amat menggalakkan,” katanya ketika ucapan perasmian Program Dhuha di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, pada 28 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zaidy berkata, kuliah itu akan dianjakkan ke minggu ketiga kerana Masjid Selayang Baru juga turut melangsungkan kuliah dhuha.

“Banyak surau dan masjid di sini melaksanakan kuliah dhuha yang amat menggalakkan. Tahun ini kita akan buat pada minggu ketiga untuk elak percanggahan, di samping memberi peluang kepada orang ramai hadir ke semua program dhuha, setiap minggu,” katanya.

Selain itu, turut diadakan laman niaga untuk memeriahkan program seperti ‘Car Boot Sale’ dan gerai ibu tunggal.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar meninggal dunia

????????????????????????????????????

 

SHAH ALAM, 17 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah dijumpai tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi selepas gagal dihubungi, sejak awal pagi.

“Beliau sepatutnya menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya memetik Utusan Online.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Keusahawanan jana pendapatan golongan muda dan wanita

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 DIS: Golongan muda disaran terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan lebihan seiring tuntutan pasaran kini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, bidang tersebut diyakini mampu menjadi nilai tambah kepada golongan belia untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

“Belia sekarang sudah ada keinginan untuk berdikari dalam mencari sumber pendapatan bukan sahaja makan gaji tetapi dengan kaedah perniagaan. Perkara sebegini wajar dijadikan pendekatan terbaik dan mampu menjadi nilai tambah untuk meningkatkan taraf dan pendapatan golongan belia.

2“Sebab itulah kalau dilihat bidang ini sangat mendatangkan rezeki dan lebih ramai golongan belia menyertai bidang ini serta berjaya dalam perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Bengkel Solekan ‘Basic to Advance, anjuran Penggerak Belia (PeBT) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 2 dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Setapak dan Malaeka Ventures & Make Up by Mya Syamyra.

Penganjuran bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif MPS menggalakkan masyarakat memanfaatkan peluang tersebut untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang asas solekan dan kecantikan.

Malah, bengkel tersebut juga dilaksanakan bagi mengetengahkan beliawanis dalam penglibatan mereka di zon berkenaan.

Pada masa sama, Hasbullah berkata, penganjuran program tersebut boleh menjadi landasan terbaik kepada belia khususnya wanita untuk mengembangkan kebolehan diri.

“Saya yakin ada dalam kalangan peserta yang hadir bukan untuk belajar solekan semata-mata tetapi memasang memasang hasrat dan cita-cita untuk menjadi jurusolek serta usahawan berjaya,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN turun padang bantu agih bekalan air

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 SEPT: Pejabat Adun Subang Jaya giat turun padang bagi membantu membuat pengagihan air di kawasan seliaannya akibat gangguan bekalan air, sejak 22 September lalu.

14364786_10154441670579034_7831469099515954031_nMenerusi laman facebook Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, beliau bersama kakitangan dan sukarelawan berjaya menyelaraskan pengagihan air dari lima lori tangki air SYABAS di USJ 2, USJ 3/1, 3/2, 3/3, USJ 4 dan USJ 11/3, malam tadi.

“Walaupun bekalan air diseluruh kawasan USJ telah pulih namun tekanannya masih rendah.

“Saya sedang usaha untuk mengetahui masa pemulihan yang tepat daripada Syabas supaya orang ramai dapat membuat persiapan bekalan air secukupnya,” katanya.

Sebelum ini, beliau juga mambantu membuat pengedaran air mineral tajaan Syabas untuk 800 penduduk di Pangsapuri Good Year Court 2, USJ 6.

Turut hadir membantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua; Ahli Majlis MPSJ, Ken Chia dan Jawatankuasa Penduduk Zon 3, Tony Chang.

-NFN-

PPAS disaran wujud sumber rujukan ADN


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) disaran menyediakan sumber rujukan dan pencetus pemikiran bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk dibahaskan.

Categories
SELANGOR

Wajibkan amalan isytihar harta elak korupsi

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 MAC : Enakmen mewajibkan seluruh Ahli Dewan Negeri (ADN) di Selangor dan Adun Pulau Pinang untuk membuat pengisytiharan harta perlu dilaksanakan.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berkata ketetapan itu diperlukan bagi memastikan negeri itu bebas daripada korupsi dan penyelewengan.

CclvoCkUMAAFvrs“Saya faham dengan situasi sekarang memang ada pimpinan kita yang buat pengisyitaharan harta tetapi ianya bukan secara paksa. Enakmen yang ada sekarang ini bukan atas dasar kewajipan, dan hanya sekadar sukarela.

“Sebab itulah pada masa depan kita harapkan kedua-dua negeri ini mewartakan enakmen sedia ada sekaligus menjadikan perkara ini sebagai kewajipan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam forum Deklarasi Aset di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, pagi ini.

Kerajaan Selangor antara negeri terawal yang meneruskan deklarasi pengisytiharan harta melibat beberapa Exco, Adun dan Ahli Parlimennya.

EZY