Categories
AGAMA NASIONAL

Hari Raya Aidiladha kekal Jumaat 1 September

SHAH ALAM 23 OGOS: Orang ramai dinasihatkan tidak keliru terhadap pengumuman tarikh Aidiladha kerana Hari Raya Haji kekal pada 10 Zulhijjah di seluruh Malaysia bersamaan dengan Jumaat, 1 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, satu jawatankuasa telah melihat anak bulan pada Selasa dan bermakna 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah Rabu, 23 Ogos.

Bagaimanapun beliau mendapat laporan setakat ini terdapat kesilapan penyiaran mengenai tarikh pengumuman Hari Raya Haji di dua saluran televisyen.

“Tarikh yang sebenar adalah 10 Zulhijjah pada Jumaat untuk Hari Raya Haji,” katanya lapor MSTAR ONLINE.

Othman menjelaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) di pihak JAKIM berhubung pengumuman tarikh berkenaan adalah betul kerana tiada kesilapan semasa ia diumumkan di saluran RTM.

“Kita perlu melihat semula di mana kesilapan yang berlaku sebab saya difahamkan terdapat dua stesen televisyen yang menyiarkannya, yang lain-lain okay.

“Di pihak JAKIM telah mengikut SOP yang betul. Cuma di mana berlaku kesilapan tersebut. Kita kena periksa semula SOP di pihak sana (yang menyiarkan),” katanya.

Ditanya adakah pengumuman tarikh Hari Raya Haji perlu dibuat semula, Othman berkata, ia tidak perlu dilakukan secara rasmi di saluran televisyen.

“Ini kerana masyarakat tahu kalau 1 Zulhijjah hari ini (Rabu) bermakna 10 Zulhijjah akan jatuh pada Jumaat,” kata Othman.

Kekeliruan mengenai tarikh Hari Raya Haji timbul selepas terdapat kesilapan pengumuman tarikh yang dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman menerusi satu saluran televisyen, sehingga tular di media sosial.

Beliau mengumumkan 1 Zulhijjah 1438 Hijrah pada 24 Ogos menjadikan Hari Raya Haji 10 Zulhijjah di Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 2 September.

=EZY=

Categories
SELANGOR

763 lembu diagih ke seluruh negeri sempena Aidil Adha

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 SEPT: Sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan menyumbangkan 763 ekor lembu untuk diagihkan ke seluruh negeri.

Exco Pertanian, Sallehin Mukhyi berkata, Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan peruntukan RM2.594 juta untuk tujuan itu.

MB Lembu Korban 04Katanya, seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri turut bersetuju melantik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) secara terus sebagai pembekal lembu-lembu korban ini tanpa menggunakan orang tengah.

“Selain masjid, lembu korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita juga akan sumbangkan ke masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan badan-badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat MMKN yang turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini petang tadi.

Mengulas lanjut, Sallehin berkata kesemua lembu korban akan disumbangkan oleh tujuh anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

“Lembu korban akan disumbang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan masing masing memberikan sumbangan 96 ekor lembu.

“Sementara itu, Wordwide Holding Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), PKPS, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Yayasan Selangor pula masing-masing 95 ekor lembu,” katanya lagi.

Majlis penyerahan lembu-lembu korban ini kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di perkarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

Categories
NASIONAL

Sambutan Aidiladha di Selangor meriah – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 16102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Lebih 5,000 umat Islam bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangopr (PKPS) membuka ladang penanaman sawit seluas 335 hektar yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini.

3. Sistem pemilihan “satu bahagian satu undi” yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.