Categories
SELANGOR

Selangor kesal FAM tolak tunda perlawanan

SHAH ALAM 7 JUL: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kesal dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menolak cadangan untuk menunda perlawanan bertemu pasukan JDT selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Red Giants, Amirudin Shari, berkata beliau turut kesal atas tindakan FAM yang memberi pertimbangan kepada permohonan JDT tetapi tidak mengendahkan permintaan Red Giants.

“Sedangkan, justifikasi perlawanan persahabatan tidak cukup kuat untuk menunda tarikh perlawanan Liga Super yang dirancang awal.

amiruddin“Saya percaya tarikh 28 Julai yang kami pohon tidak memadamkan kelebihan JDT sebagai tuan rumah perlawanan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, rayuan pengurusan dan pemain serta kepayahan penyokong setia Red Giants untuk perjalanan ke Johor tidak diambil pertimbangan.

“Bagaimanapun, Red Giants tetap mempamerkan semangat juang tinggi apabila berdepan JDT di Larkin. Ini janji kami.

“Saya yakin, penyokong setia Red Giants akan mempamerkan sorakan dan sokongan luar biasa, pada 13 Julai ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Atlet Selangor gagal raih pingat Sukan SEA tetap diberi insentif

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JUN: Semua atlet Selangor yang membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Sea di Singapura, baru-baru ini akan diberi insentif oleh Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari, berkata insentif itu diberi bagi menghargai usaha mereka mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Amirudin1“Bagi atlet yang bermain di peringkat tertentu, memang kita ada insentif yang dah ditetapkan.

“Setiap penyertaan ada insentif. Kalau menang pingat emas, perak, gangsa termasuk pecah rekod, kita ada jadual tetap skim insentif,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Kontinjen Malaysia dalam Sukan Sea 2015 di Singapura meraih 186 pingat keseluruhan dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa.

seaAtlet Selangor menyumbang 60 pingat keseluruhan termasuk acara sukan layar dengan tiga emas melalui Muhd Dhiauddin Rozaini, Muhammad Farhan Hamid dan Norashikin Mohd Sayed.

Atlet gimnastik Selangor, Farah Ann Abdul Hadi pula menyumbang dua emas, satu perak dan tiga gangsa dalam pelbagai disiplin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

RM217,000 menanti peminat permainan siber

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 APR: Selangor bakal memenuhi permintaan peminat permainan dalam talian dan membantu mereka menjana pendapatan selain menukar persepsi ia membuang masa serta wang.

Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri bakal menganjurkan International Selangor Cyber Games (ISCG), The Strands Mall, Kota Damansara, pada 9 hingga 10 Mei ini selaras dengan inisiatif berkenaan.

Katanya, acara e-sukan itu selaras dengan tahun melawat Selangor selain bertujuan menarik penglibatan lebih ramai peminat sukan siber seluruh negara.

YB Amir Cyber Games SACC (1)“Di Malaysia dan Selangor, kita ada pemain e-sukan yang baik, jadi saya rasa perlu tukar persepsi permainan ini membuang masa dan wang.

“Kita akan penuhi permintaan belia yang minat dengan sukan ini. Pada masa sama, terus menggalakkan belia terlibat dengan sukan luar,” katanya pada majlis pelancaran ISCG di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Beliau berkata, penganjuran kali kedua pertandingan itu dilaksanakan dengan skala lebih besar melibatkan hampir 12,000 peserta merangkumi 2,343 pasukan.

YB Amir Cyber Games SACC (5)Katanya, Selangor turut mensasarkan 1,267 peserta dengan jumlah 10,000 pengunjung, manakala hadiah keseluruhan yang ditawarkan dalam meningkat kepada RM217,000.

“Pertandingan kali ini turut menarik penyertaan lapan buah negara iaitu China, Indonesia, Singapura, Korea, Filipina, Brunei, Thailand dan Malaysia,” katanya.

Program itu mempertandingkan lapan acara seperti International MPGL Dota 2, DOT Arena, Asian Cyber Games DOTA 2, Asian Cyber Games Counter Strike Global Offensive (CSGO), FIFA15 (PS4), F1 Racing Simulator dan Cosplay.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Taklimat SPRM untuk pemain Red Giants elak ‘bookie’

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 30 APR: Pengurus Red Giants, Amirudin Shari , melahirkan keyakinan tinggi pemainnya bebas gejala rasuah dan bookie.

Beliau berkata, pihaknya bertekad mengatasi gejala bookie dan rasuah dengan meningkatkan integiriti dalam kalangan pemain.

Dalam usaha memastikan inisatif itu berhasil,  pengurusan Red Giants bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan sukan bola sepak Selangor bebas gejala rasuah.

“Hari ini, kita menghadiri taklimat integriti berkenaan rasuah bola sepak yang dianjurkan SPRM bertujuan meningkatkan integriti dan mengatasi gejala rasuah dalam kalangan pemain.

amir bola“Walaupun menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa tiada pemain terlibat dengan rasuah , tetapi ingin saya tegaskan gejala ini banyak merosakkan perkembangan sukan itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Aspirasi Bersama Penaja International Selangor Cyber Games 2015 di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, taklimat integriti itu sebahagian siri program pembangunan yang diatur untuk pemain Selangor.

“Sebelum ini, kita turut mengadakan program menguruskan media, pengurusan kewangan dan pengurusan kerja kebajikan,” katanya.

-NFN-

Tiket semusim Gergasi Merah beri pelbagai faedah!

Antara keistimewaan yang diterima pemegang kad khas itu adalah Parkir khas, laluan masuk khas, cenderamata FAS-MSNS dan diskaun 20 peratus barangan sukan KAPPA!

Pelancaran pasukan bola sepak Selangor

http://tv.selangorku.com

EXCO mahu laksana kempen bantu peniaga, penjaja kecil

Peniaga dan penjaja kecil akan dibantu melalui penempatan semula ke lokasi strategik, dan kursus meliputi kewangan, perniagaan, keselamatan dan kesihatan supaya mereka mampu berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan dan produk berkualiti.

Categories
SELANGOR

Selangor anjur Kejohanan Snooker & Pool Generasi Muda Tertutup 20 Disember

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Kejohanan Snooker dan Pool Generasi Muda Tertutup Selangor 2014 akan dilangsungkan di Golden Break Snooker and Pool Club, USJ1 Subang Jaya, pada 20 dan 21 Disember ini.

Ia dianjurkan bersama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawanan dengan Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor buat kali pertama yang turut membabitkan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawanan, Amirudin Shari berkata, kejohanan terbabit menawarkan hadiah terkumpul RM20,000 dengan yuran penyertaan RM30 seorang.

IMG_6351“Kejohanan ini dianjurkan sebagai inisiatif untuk mengangkat dan mengembangkan permainan ini ke arah yang positif sesuai dengan tema iaitu Ke Arah Persepsi Yang Sihat,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, kejohanan itu dibuka kepada semua generasi muda berusia 16 hingga 35 tahun di Selangor yang mempunyai bakat dan minat dalam dua permainan itu.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan 50 peserta untuk menyertai permainan snooker, manakala 250 untuk pool.

“Kerajaan Negeri berharap penganjuran program ini akan menjadi landasan yang sihat kepada generasi muda di Selangor untuk memahami dua permainan ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

FAS gagal kendali kontrak pemain, Kerajaan Negeri terpaksa bantu RM2 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ekoran kegagalan pihak pengurusan mengendalikan kelulusan kontrak pemain mengikut prosedur.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri terpaksa membayar dan membantu menanggung kos pemain bagi memastikan prestasi mereka kekal cemerlang sebagai kerajaaan bertanggungjawab.

bola selangor“Berhubung peruntukan dana FAS, kita bersedia untuk menambah dan menolak atas keperluan serta kehendak semasa.

“Untuk tahun ini sahaja, daripada belanjawan yang diberikan kita peruntukan RM7.5 juta, namun Kerajaan Negeri dengan sifat keprihatinan memperuntukkan RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji kepada FAS,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Amirudin (PKR-Batu Caves) berkata, segala proses rombakan untuk FAS boleh dilaksanakan oleh ahli gabungan persatuan itu melalui mesyuarat agung biasa atau luar biasa.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh campur tangan untuk menentukan urusan FAS sebagai pengajaran daripada pengalaman negara lain seperti Cameroon dan Nigeria yang melanggar Artikel atau Fasal ke 17 Perlembagaan FAS.

esukan“Justeru, Kerajaan Negeri sangat prihatin dan berhati-hati tentang perkara ini, namun kita berharap proses pertukaran presiden yang dirancang FAS berlangsung dengan baik dan dalam masa beberapa hari lagi jawatan terbabit akan bertukar kepada Menteri Besar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hal ehwal pengurusan perlu diperbaiki dan mengambil pengalaman beberapa buah negara serta kelab terkemuka seperti Jepun juga Korea ketika mengulas berkenaan usaha meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Selangor.

Katanya, penglibatan sains sukan juga perlu ditingkatkan bagi memastikan atlet dapat dikawal dari segi pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan.

“Ini perkara yang sangat jarang dalam negara kita walaupun terdapat jabatan pembangunan sains sukan, namun atlet gagal dikawal oleh ‘sports scientist’ daripada segi pemakanan dan pengambilan ubatan sehingga berlaku masalah dopping seperti gambar Safee Sali yang didedahkan, baru-baru ini.

“Kita akan tekankan di masa depan untuk tingkatkan prestasi pemain,” katanya.

-NFN-

Jom sertai kejohanan permainan siber 13-14 Disember @ The Strand Kota Damansara

Kerajaan Negeri buat julung kalinya menganjurkan kejohanan permainan siber sebagai pengiktirafan dan sokongan kepada bidang e-sukan itu.

Kemajuan sukan elemen penyatuan, merungkai perbedaan masyarakat

Selangor sebagai negeri yang maju harus berganjak ke hadapan supaya kemajuan sukan negeri mencapai ke paras yang lebih membanggakan dan memberi impak kepada kemajuan masyarakat

Categories
SELANGOR

Progran BES diperhebat dan lebih aktif tarik penyertaan belia

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 8 NOV: Program Belia Ehsan Selangor (BES) akan dianjurkan dengan lebih banyak dan spesifik di seluruh Selangor pada tahun depan dengan penyertaan lebih ramai golongan muda dan belia negeri ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia berikutan kejayaan penganjuran program seperti itu yang dijalankan di sepanjang tahun ini membabitkan semua Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor.

belia8“Kita dah anjurkan di semua PeBT dan ia sebahagian program dirancang bagi tahun ini. Ia adalah gabungan baik antara semua pihak seperti kampung, mukim, pusat khidmat masyarakat dan yang lain.

“Tahun depan kita merangka program lebih spesifik. Kalau program sukan, kita perbanyakkan aktiviti sukan popular dalam masyarakat. Begitu juga program lain seperti kebudayaan, kesenian dan sebagainya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Hari Keluarga Mukim Labu, Walkathon Desa PeBT Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia bagi daerah Sepang di sini, hari ini.

Ketika berucap, Amirudin berkata, generasi muda perlu bersedia dan menghadapi segala cabaran berlaku dengan pemikiran terbuka melalui proses pembangunan dan kemajuan masa kini.

“Bersama dengan pembangunan dan kemajuan itu akan lahir cabaran baru. Cabaran yang mungkin tidak kita hadapi 10 tahun dulu, 30 tahun dulu.

“Kita perlu bersedia menerusi pengisian pelbagai malumat berserta dengan prinsip dan jati diri,” katanya.

EZY