Categories
SELANGOR

Selangor tuan rumah kejohanan Marching Band Asia 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 13 JUL: Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Marching Band Asia 2017 kali pertama yang diadakan pada 20 hingga 22 Julai depan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari berkata, pemilihan itu sekali gus mampu melonjakkan industri pelancongan negeri.

“Kami di peringkat Kerajaan Negeri bebesar hati apabila Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan julung kalinya ini.

yb amir markshort-web 7“Tentunya Kerajaan Negeri mendukung sepenuhnya penganjuran program ini dalam usaha menyemarakkan lagi pelbagai program bermanfaat kepada golongan belia dan pelancongan negeri.

“Inisiatif ini juga mampu menjadi landasan terbaik kepada golongan belia berpotensi dalam kemahiran aktiviti ini untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran kejohanan di Hotel Geno, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Stix Art Production, K Ganes selaku penganjur utama kejohanan.

Untuk makluman, kejohanan itu turut didukung sepenuhnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Pengurusan Hotel Geno selaku penaja kediaman rasmi peserta.

NEW AJMBC LogoDalam perkembangan itu, kejohanan itu bakal disertai peserta dari negara luar membabitkan penyertaan dari Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Malaysia.

Kejohanan melibatkan beberapa kategori terbuka, remaja dan kanak-kanak seawal lapan tahun dengan setiap pemenang bakal membawa pulang trofi kejohanan, sijil penyertaan dan ‘mata’ bagi lanjutan melayakkan diri beraksi di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, kejohanan bakal diadakan di beberapa vanue utama di Stadium Petaling Jaya dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tiket-tiket mula dijual serendah RM50, RM100 dan RM130 dengan tempahan pembelian boleh dibuat menerusi [email protected] atau membuat pembayaran terus di kaunter stadium.

Categories
SELANGOR

Selangor intai pemain tempatan, hadapi saingan Liga Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI : The Red Giants sedang mempertimbang hasrat mendapatkan beberapa pemain tempatan dan import bagi mengisi skuad kesebelasan utama pasukan itu.

Pengurusnya, Amiruddin Shari, berkata keputusan tersebut dibuat selaras kesungguhan pasukan itu untuk terus mengekalkan misi kejuaraan Piala Malaysia tahun lalu.

“Kita sudah ada beberapa nama yang sudah kita pertimbangkan, terdiri daripada pemain import dan tempatan.

“Jika ia mampu dilaksanakan, menjelang saingan akan datang kita akan pastikan nama-nama pemain itu.

“Cuma ketika ini kita sahkan, Ugo Ukah sebagai pemain import yang akan mengisi kekosongan pertahanan Selangor,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini pada sesi tayangan perdana perlawanan akhir Euro 2016 di Gastro Seksyen 20, malam tadi.

Skuad Red Giants kini sedang melakukan rombakan pemain-pemainnya bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan itu.

Sehingga kini, Ugo Ukah mengesahkan tempat sebagai pemain import baru bagi mengisi slot ditinggalkan Robert Cornthwaite yang dilepaskan FAS.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin turut mengulas prestasi Red Giants sepanjang aksi sepak mula berlangsung tahun ini.

“Prestasi kita agak baik berbanding tahun lepas, namun kerana reputasi kita sebagai juara Piala Malaysia, kita menerima persepsi agak tinggi daripada peminat.

“Tetapi jika diukur dari aspek persembahan kita sebenarnya jauh lebih baik sedikit berbanding musim lepas contohnya segi kutipan mata dan jaringan gol,” katanya.

Bagaimanapun katanya, wujud kelemahan membabitkan aspek keserasian antara pemain yang perlu diperbaiki dalam mengharungi saingan akan datang.

-nR-

Tingkat kemudahan sukan : RM6.68 juta diluluskan

Kemudahan sukan : Sehingga kini RM6.68 juta diluluskan.Bagi 2015, sejumlah RM570,869 dibelanjakan untuk baik pulih 23 gelanggang futsal.

Categories
SELANGOR

Selangor lulus RM6.68 juta tingkat infrastruktur sukan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MAC: Sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan RM6.68 juta untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata peruntukan tahunan projek itu sebelum ini ditingkatkan kepada RM12 juta dalam Belanjawan Selangor 2016.

DNS 2016“Di samping itu, Kerajaan Negeri juga meningkatkan peruntukan daripada RM20,000 kepada RM40,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

“Peruntukan itu terpakai untuk baik pulih semua kemudahan sukan termasuklah gelanggang futsal,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng berhubung peruntukan untuk menaik taraf gelanggang futsal.

Amiruddin berkata, pada 2015, sejumlah RM570,869 dibelanjakan untuk membaikpulih sebanyak 23 gelanggang futsal.

“Kerja baikpulih itu dilaksanakan menerusi 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) iaitu PDT Klang dan Petaling,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selangor salur RM156,000 hargai jasa atlet

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak RM156,000 diperuntukan kepada atlet Selangor yang berjaya ke Sukan Sea di Singapura tahun lalu.

Ia membabitkan penerima seramai 67 atlet dari 28 kategori dipertandingkan.

IMG_1260aAntara penerima insentif tertinggi ialah atlet Gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

Farah menerima sebanyak RM14,500 selepas berjaya membawa pulang pingat Emas (2), Perak (1) dan Gangsa (3).

Selain itu, turut menerima insentif Shalin Zulkifli; Farhan Adam; Nur Eli Elina Azmi; Teh Min Jee dan Muhammad Adden Ikranie Bakhtiar.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata sumbangan itu bagi menyuntik semangat atlet untuk terus berjuang mengharumkan nama negara.

AMIRUDIN“Sejak dulu lagi, Selangor pembekal atlet negara untuk Sukan SEA, Komanwel mahupun Olimpik.

“Oleh itu, dengan adanya sumbangan ini sejak tahun 2009, ia dapat menyuntik semangat juang dalam kalangan atlet,” katanya di majlis penyerahan insentif itu, di Hotel De Palma, di sini, semalam.

Sementara itu, Farah Ann berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sudi memberi insentif atas kejayaan beliau dan atlet lain.

IMG_1328 a“Walaupun ada di antara mereka yang tidak membawa balik pingat, namun mereka juga diberikan insentif.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong dan prihatin terhadap atlet negeri itu,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan untuk ke pertandingan di Doha tahun ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

SUKMA: Selangor angkat slogan ‘Tekad Juara’ buru kemenangan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 JAN: ‘Smart Selangor’ 2016 dengan slogan ‘Tekad Juara’ dipilih sebagai logo Sukan Malaysia (SUKMA) bagi kontinjen Selangor tahun ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata logo dan slogan terbabit dipilih bersempena dengan inisiatif Kerajaan Negeri yang mahu menjadikan Selangor sebagai ‘Smart State’.

Slogan pula, katanya membawa maksud kejayaan yang sentiasa diburu.

SUKMA 2016 AMIR“Kontinjen Selangor sebelum ini sangat cemerlang lebih lagi antara tahun 1998 hingga 2006.

“Namun selepas itu terumbang ambing. Di Perlis pada 2014, Selangor jatuh ke tangga ke empat yang menjadikan sejarah terburuk sehingga mendapat teguran dari DYMM Sultan Selangor,” katanya di majlis pelancaran logo SUKMA, di Hotel De Palma, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN), Zubir Idrus.

Amirudin berkata, atlet di negeri itu bertuah kerana mempunyai Sultan yang prihatin terhadap atlet Selangor.

SUKMA 2016“Sultan Selangor juga berkenan mencemar duli untuk berjumpa atlet pada majlis makan tengah hari sebelum atlet berangkat ke Sarawak.

“Ia adalah tanda sokongan Tuanku kepada atlet negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor mahu Kerajaan Negeri menukar logo dan slogan ‘Kita Lawan’ bagi SUKMA tahun ini kerana dikatakan mempunyai unsur politik.

-nR-

Categories
SELANGOR

SUKMA: Selangor hantar 433 atlet, sasar 50 emas

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JAN: Seramai 433 atlet Selangor terpilih ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada Julai depan di Sarawak.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata pihaknya kini berada di fasa terakhir persiapan.

SUKMA 2016 AMIR“Kita sudah mengenal pasti atlet yang layak dan kini dalam proses pendaftaran kontinjen.

“Ada yang cedera disaat akhir dan juga digugurkan. Kita akan hantar 433 atlet dan 88 pegawai ke sukan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan logo SUKMA dan penyerahan insentif atlet Sukan SEA 2015.

Amiruddin berkata pihaknya juga sedang sibuk melaksanakan kem kontinjen secara berfasa.

SUKMA 2016“Kalau dulu kita buat kem kontinjen mengikut kumpulan tetapi kali ini kita pecahkan mengikut keutamaan.

“Ia disebabkan kita mahu fokus secara terus kepada atlet. Bapa angkat kontinjen akan memantau persiapan terakhir ini,” katanya.

Beliau menyasarkan kontijen Selangor memperoleh lebih 50 pingat emas seterusnya menjuarai sukan terbabit.

“Namun, realiti ketika ini, kita menyedari persaingan sengit seperti Sarawak dan Terengganu.

“Bagaimanapun kita akan cuba memperbaiki dan melakukan yang terbaik dikalangan kita dan memperbaiki kelemahan yang lepas,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Sasterawan Negara penerima sulung Dana Sastera Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 9 DIS: Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan dinobatkan sebagai penerima sulung Dana Sastera Selangor 2015.

Menerusi kemenangan itu, beliau menerima dana khas berjumlah RM120,000 serta berpeluang menerbitkan karya dan mengadakan program pembangunan bakat dalam bidang sastera.

Hadiah disampaikan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari bertempat di RUANG Space Event.

Seni Selangor KiniKetika ditemui Selangor Kini, beliau gembira dengan usaha Kerajaan Selangor memartabatkan seni budaya dan bakal menyemarakkan lagi bagi memanfaatkan dana diterima.

“Saya akan mengenalpasti pengarang muda untuk dibimbing kemudian diberikan ruang menulis novel.

“Saya akan pantau dari semasa ke semasa hingga ia siap diterbitkan,” katanya.

Jelasnya, anak muda kini lebih berminat menghasilkan karya cerpen dan sajak kerana dilihat mudah meskipun hakikatnya sukar.

Anugerah lain yang dipertandingkan menyaksikan Roslan Jomel mengungguli kategori Cerpen dimenangi dengan karya bertajuk Telefilem.

Arafat Hambali memenangi kategori Sajak menerusi karya Hujan sementara Karl Agan mengungguli kategori Artikel dengan karya Beban Puisi dan Tanggapannya.

Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, trofi dan sijil.

Hampir 200 karya penulisan dari tiga kategori iaitu cerpen, sajak dan artikel sudah dihimpunkan dengan hampir 90 peratus karyawan muda menghantar nukilan sastera untuk penganjuran sulung anugerah.

Hadiah Sastera Selangor Kini bertujuan memberi penghargaan kepada karya sastera yang diterbitkan di akhbar Selangor Kini bermula akhir 2014 sehingga Oktober lalu.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian kumpulan koir Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, tiupan seruling daripada Rohi dan Ana Raffali.

EZY

Piala Malaysia : Misi 33 akan tercapai


Red Giants perlu tingkatkan prestasi untuk berdepan cabaran menyekat skuad Kedah menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2015.

Stadium Kajang dinaiktaraf untuk keselesaan orang awam beriadah

Stadium Kajang semakin menjadi tumpuan orang awam kerana aktif dengan pelbagai aktiviti riadah. Kemudahan akan dinaiktaraf

Categories
SELANGOR

Pengantin baru 2015 dapat RM7.8 juta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7.8 juta bagi meraikan pengantin baru dalam kalangan belia yang mendirikan rumah tangga tahun ini, kata Exco Pembangunan Generasi Muda Selangor, Amiruddin Saari.

Amiruddin berkata, segala urusan permohonan insentif itu diproses di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda sebelum diserahkan kepada penerima.

“Sebenarnya, mulai 2013 lagi untuk program Insentif Perkahwinan ini di

letakkan di bawah perkara pelbagai tetapi bagi tahun ini dana yang diperuntukkan sekitar RM7.8 juta yang dimasukkan juga di bawah program belia.

Amirudin1“Segala urus tadbir dan pengurusan membabitkan insentif ini akan diuruskan di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda dan kita boleh laksanakan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga, Persidangan Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor yang ke-13, di sini, hari ini.

Amiruddin turut menggalakkan golongan belia yang ingin mendirikan rumah tangga tidak melepaskan peluang memohon insentif yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.

Pada 2013, Selangor melancarkan Insentif Perkahwinan Beliau, sekali gus menjadi satu-satunya Kerajaan Negeri yang memberi insentif berkenaan kepda belia yang baru mendirikan rumah tangga.

Insentif di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu kemudiannya dinaikkan pada 2014 kepada RM500 setiap seorang berbanding RM200 sebelumnya.

Skim itu ditawarkan kepada semua belia berumur 35 tahun ke bawah yang dilahirkan di Selangor atau sudah menetap di negeri itu sekurang-kurangnya selama 10 tahun tanpa mengira agama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

200 peserta sertai kursus pasar produk ke hypermarket

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OKT: HampirĀ 200 peserta menyertai Kursus Tips dan Peluang Pemasaran Produk ke Hypermarket , Pensijilan Halal, MeSTI dan Barcode 2015 anjuran Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata Kursus Pembangunan Usahawan siri kedua itu dirangka secara berperingkat bagi membantu usahawan memajukan perniagaan.

AMIR“Kursus ini mengupas dan mendedahkan tips kepada usahawan bagaimana ingin memasarkan produk mereka dengan cara betul dan berkesan.

“Ilmu ini sangat penting bagi membolehkan produk mereka terjual sekali gus meningkatkan jualan dan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pembangunan Usahawan di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor, di sini, hari ini.

Amiruddin berkata, program tersebut akan diterus ke masa hadapan jika sambutan menggalakkan dari orang ramai.

“Kursus ini terbuka kepada mereka berminat memulakan perniagaan. Bagi mereka sudah mempunyai perniagaan amat digalakkan tetapi terhad kepada 200 orang supaya penyampaian lebih terkesan,” katanya.

Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor, Khairulnizam Mohd Misnan, berkata kursus diberi secara berperingkat bermula dengan kaedah dan kepentingan pendaftaran perniagaan sehingga ke teknik pemasaran berkesan.

UPEN“Kita juga menjemput wakil Supermarket Giant untuk memberi taklimat bagaimana usahawan ingin memasarkan produk mereka.

“Minggu hadapan, kita ajar teknik dapatkan pinjaman bank menerusi wakil Maybank, CIMB bank dan Agrobank,”katanya.

Program tersebut bermula pada 20 Oktober lalu dan tamat 3 Disember depan.

Orang ramai berminat menyertai kursus boleh membuat permohanan dengan memuat turun aplikasi telefon pintar dan tablet usahawan selangor di usahawanselangor.57square.com (android dan ios).

-nR-