Categories
SELANGOR

RM30 juta bantu rakyat miliki rumah, RM10 juta laksana DanaSel

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi membantu rakyat negeri itu memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu disalurkan bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) dengan peruntukan permulaan RM10 juta.

10731070_10205197403725810_7119491432209631314_nPeruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi menyelesaikan masalah peneroka bandar dengan menggunakan konsep sewa dan milik.

“Golongan peneroka bandar diberikan rumah kos rendah untuk disewa dan memiliki rumah itu setelah tempoh penyewaan mencapai mencapai tempoh matang ditetapkan mengikut terma dan syarat perjanjian sewa dan milik,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015 yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

10730897_818859168178431_7467407850314655035_nKerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta sebagai dana pusingan bagi membiayai Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).

“Sebagai permulaan 2015, empat projek melibatkan 956 unit rumah kos rendah dikenal pasti dipulihkan TEPAT,” kata Mohamed Azmin lagi.

Kerajaan Negeri komited menyelesaikan isu perumahan lebih 400 keluarga bekas pekerja ladang dipindahkan daripada Ladang Perang Besar, Ladang Medingly, Ladang Galloway dan Ladang Sedgely keTaman Permata Dengkil, Sepang kerana perlaksanaan projek Putrajaya.

“Kerajaan Negeri telah selesai projek pengambilan tanah seluas 30 ekar milik Sime Darby di Mukim Dengkil pada Oktober 2014 lalu dengan pampasan sebanyak RM12.1 juta yang sudah dibayar pada 18 November lalu,” kata Azmin lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Elaun Imam, Pengerusi JKKK naik RM100

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengiktiraf peranan mereka dalam memaju serta menjaga keselamatan kampung.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata elaun itu akan dinaikkan daripada RM800 sebulan kepada RM900 sebulan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Bajet MS1“Seramai 446 Pengerusi JKKK akan menerima faedah ini mulai tahun depan, manakala struktur Ketua Komuniti Kaum India sedang diperkemaskan bagi dicadangkan imbuhan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Shah Alam, hari ini.

Selain itu, Imam masjid turut menerima tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan menjadikan pendapatan bulanan mereka pada tahun depan adalah sebanyak RM850.

Azmin berkata ia adalah selaras dengan peranan Imam yang semakin mencabar dalam mengimarahkan masjid di negeri ini.

“Memandangkan tugas Imam semakin mencabar untuk mengimarahkan masjid, maka Kerajaan Negeri ingin turut menyumbang ke atas perkhidmatan mereka dengan memberi tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan mulai 1 Januari 2015.

“Seramai 700 orang Imam akan mendapat manfaat ini,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: RM277.3 juta untuk MES

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 NOV : Sejumlah RM277.3 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus bagi manfaat rakyat di negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali semasa pembentangan Belanjawan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Bajet MS2RM106.6 juta turut disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.

“Seterusnya, RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan.

“Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah,” katanya.

Sementara itu, katanya bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM9.25 juta disediakan.

EZY

Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor bakal beri manfaat kepada semua

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 20 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan masyarakat minoriti di negeri ini tidak akan dipinggirkan dari arus pembangunan Selangor.

Beliau berkata Belanjawan Selangor 2015 yang akan dibentangkan November depan akan membuktikan Pakatan Rakyat peka pada keperluan semua.

markshort“Ketika saya dan Exco merangka belanjawan 2015, saya ingin nyatakan bahawa ia adalah bersifat pembangunan kerana kita mahu menjadikan Selangor sebagai negeri pembangunan yang memberi kebaikan bukan kepada satu kaum, tetapi beri manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya juga mahu beri jaminan bahawa golongan minoriti akan dimasukkan dalam arus pembangunan Selangor untuk membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana kekayaan di negeri ini harus diterjemahkan dalam bentuk pembangunan,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Deepavali di Jalan Tengku Kelana, semalam.

Hadir sama, isteri kepada Menteri Besar, Shamsidar Taharin dan ahli Exco Kerajaan Negeri.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa turut mengkritik langkah Kerajaan Persekutuan memperuntukkan belanjawan sebanyak 82 peratus untuk pengurusan, manakala hanya 18 peratus bagi tujuan pembangunan.

Katanya amalan itu bukanlah sesuatu yang baik kerana ia tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membela kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak boleh belanja besar untuk mengurus seperti elaun, gaji dan sebagainya. Sebab itu sebagai Menteri Besar saya umumkan gaji Menteri Besar mesti dipotong demi kepentingan rakyat.

“Gaji Exco, Speaker dan Timbalan Speaker juga kita potong tetapi gaji Adun kita kekalkan kerana kenaikan gaji Adun untuk tahun 2013 adalah munasabah dengan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

HM

Categories
SELANGOR

Belanjawan 2015: Hasrat MB tumpu isu perumahan disambut baik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OKT: Hasrat Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengutamakan isu perumahan dalam Belanjawan 2015 disambut baik berikutan harga hartanah di negeri itu semakin tinggi dan menyukarkan golongan berpendapatan rendah sederhana.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob berkata, langkah itu dapat membantu rakyat negeri itu menghadapi tekanan peningkatan kos sara hidup yang semakin melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

rosli“Kos sara yang ditanggung rakyat semakin tinggi bukan sahaja disebabkan harga barangan keperluan semakin tinggi tetapi rumah yang merupakan keperluan asasi juga meningkat semakin tinggi berbanding pendapatan majoriti rakyatnya di bawah RM5,000 sebulan.

“Belanjawan Selangor perlu ambil berat hal ini dan langkah Menteri Besar untuk fokus dalam isu ini satu langkah yang wajar dan sangat dialu-alukan,” kata Dr Rosli.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri perlu menumpukan usaha membangunkan rumah-rumah kediaman mampu milik berharga bawah RM150,000 bagi menampung keperluan rakyat negeri itu.

“Perkara ini bukan mudah kerana nilai tanah semakin tinggi, harga bahan binaan dan kos buruh juga tinggi. Maka sebab ini Kerajaan Negeri tidak boleh mengharapkan pemaju swasta sahaja,” kata beliau lagi.

Selain isu perumahan, Dr Rosli juga mencadangkan agar Mohamed Azmin memberi tumpuan mengatasi isu kekurangan bekalan air sewaktu kemarau panjang melanda dan meningkatkan prasarana awam di kawasan luar bandar.

“Kerajaan Negeri perlu fikirkan idea bagaimana mengelakkan kekurangan bekalan air di masa akan datang dengan lebih berkesan sekiranya berlaku kemarau yang panjang seperti sebelum ini dan manakala jalan di kampung-kampung juga perlu diperbesarkan, tidak terlalu kecil hingga dua kereta tak boleh berselisih,” ujar beliau lagi.

HM

Categories
SELANGOR

Belanjawan 2015: Hannah jangka peruntukan lebih tinggi untuk Adun

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh menjangkakan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menitik beratkan peruntukkan belanjawan kepada Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam sidang  DNS nanti.

_MG_8131 copy“Seperti biasa dalam belanjawan, Adun-adun akan minta peruntukkan bagi pembangunan di DUN mereka.

“Cuma apa yang menarik, Azmin sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah ketua backbencher, jadi saya yakin beliau akan membantu adun-adun,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jangkaan Azmin yang akan memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi belanjawan 2015, seterusnya menjadikan lebih tinggi berbanding tahun 2014 iaitu RM1.8 bilion.

Hannah memaklumkan Sidang Dewan Negeri akan mula berlangsung selama dua minggu pada 24 November depan.

Beliau turut yakin sidang dewan akan berlangsung dengan lancar walaupun dengan kehadiran Menteri Besar yang baru.

“Menteri Besar dan Exco bukan pertama kali dalam dewan, kebanyakkannya sudah lebih enam tahun. Saya tahu mereka sudah faham dengan undang-undang tubuh negeri dan peraturan tetap dewan, jadi ia akan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejutan,” katanya.

HM

Categories
SELANGOR

PKNS sedia realisasikan tumpuan perumahan Belanjawan Selangor 2015

Oleh AFIX REDZUAN

KELANA JAYA, 7 OKT: Selaku peneraju pembangunan di negeri ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersedia merealisasikan tumpuan pembangunan perumahan dalam Belanjawan Selangor 2015.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata penawaran lebih banyak kediaman mampu milik kepada rakyat Selangor merupakan langkah yang wajar kerana terdapat keperluan pada masa sekarang.

pkns“Kita amat mengalu-alukan belanjawan yang menitikberatkan tentang pertumbuhan terutama dari segi penawaran rumah mampu milik.

“Kita amat mengalu-alukan dan jika ada insentif lebih daripada Kerajaan Negeri untuk PKNS melaksanakannya. Ini adalah satu cara bagi kita untuk menambah bilangan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor terutamanya di lokasi strategik,” katanya di majlis ibadah korban 2014 di Kelana Jaya.

Azlan juga berpendapat syarikat-syarikat milik kerajaan perlu memainkan peranan membangunkan fokus mampu milik. Apa yang pasti katanya, lokasi pembinaan kediaman mampu milik mestilah strategik terutamanya dari segi penyediaan prasarana kepada penduduk.

Azlan berkata PKNS menerapkan konsep ‘Mesra OKU’ dalam projek pembinaan bagi memudahkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) memiliki kediaman sendiri.

“PKNS dalam dua tahun ini, 2015 dan 2016 mencadangkan untuk melancarkan tidak kurang 2,000 unit rumah di Kota Puteri dan Science Park 2.

“Kita rasakan di Kota Puteri untuk tahun ini sahaja kita telah lancarkan 300 hingga 400 unit rumah mampu milik. Tahun depan beberapa unit lagi dan tahun 2016 hingga mencapai jumlah 2,000 unit,” katanya.

Azlan menjelaskan PKNS mempunyai belanjawan tersendiri dan akan menampung subsidi 30,000 hingga 100,000 seunit.

PKNS juga bakal mengadakan majlis penyerahan kunci 124 unit rumah di Bangi, disamping rancangan untuk peroleh kebenaran merancang projek perumahan di Kota Puteri.

HM