Categories
AGENDA NASIONAL

Dataran Merdeka himpun kenangan sambut Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Dataran Merdeka, pada suatu ketika dikenali Padang Kelab Selangor, menyaksikan pelbagai sejarah dan tidak pernah sepi daripada aktiviti setiap kali menjelang sambutan utama termasuk ambang tahun baharu dan Hari Kebangsaan.

Namun, pandemik Covid-19 yang masih mengancam negara menyebabkan lokasi yang merupakan antara lokasi utama sambutan Hari Kebangsaan itu sepi daripada sebarang acara tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bercakap kepada Bernama, Venaigam Packirisamy, 45, mengakui Dataran Merdeka mempunyai tempat tersendiri dalam hidupnya selepas beliau terlibat secara langsung dalam perbarisan Hari Kebangsaan.

“Masih ingat lagi, pada 1991, saya berumur 17 tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar. Tidak sangka sekolah dan saya sendiri terpilih untuk menyertai pasukan formasi ketika itu.

“Ketika itu, sekolah saya memakai baju berwarna putih. Kami berdiri bersama-sama pelajar sekolah lain bagi membentuk formasi bendera Malaysia dan juga membina bentuk-bentuk lain dengan konsep warna biru, kuning, merah dan putih,” katanya yang kembali semula ke lokasi itu semasa sambutan Hari Kebangsaan 2012.

Turut berkongsi memorinya berkaitan Dataran Merdeka ialah Wan Nor Azira Mazlan, 37, yang terlibat menguruskan pasukan kawad syarikatnya pada sambutan Hari Kebangsaan 2010.

“ … perasaan itu lebih istimewa kerana secara langsung terlibat dalam menjayakan acara Hari Kebangsaan yang menjadi perhatian masyarakat seluruh negara,” katanya.

Adilah Azri, 28, pula berkata beliau bertanggungjawab menguruskan logistik untuk pasukan yang terlibat dalam perbarisan serta media yang membuat liputan pada sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Saya dan pasukan berada di situ seawal 4.30 pagi atau 5 pagi untuk memastikan semua dalam keadaan baik dan bersedia pada hari tersebut (Hari Kebangsaan). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Saya juga mempunyai kenangan menonton perlawanan Piala Dunia 2014 di situ,” katanya.

Mengimbau sejarah, Dataran Merdeka ketika dikenali Padang Kelab Selangor, menyaksikan penurunan bendera Union Jack pada tengah malam 30 Ogos 1957 sebelum disusuli acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu, menandakan berakhirnya pemerintahan British di negara ini.

Padang Kelab Selangor dinamakan Dataran Merdeka pada Oktober 1989 bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 1990.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Himpunan Solidariti: Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Ribuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hari ini bersatu hati berkumpul di Dataran Merdeka bagi melahirkan suara keamanan serta menolak keganasan terutama keganasan melampau.

Rata-rata mereka yang memakai baju putih berkumpul seawal jam 6.30 pagi dan berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka, sejauh kira-kira tiga kilometer.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian anjuran Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation (CSO) untuk semua rakyat Malaysia itu diadakan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia Muhamad Haziq Mohd Tarmizi, 17.

Perhimpunan dimulakan dengan peserta membaca doa dan bertafakur kira-kira dua minit bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi serangan di dua masjid pada Jumaat 15 Mac lepas itu.

Di Dataran Merdeka wakil-wakil agama antaranya Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Christian Federation of Malaysia, Julian Leow; Malaysian Gurdwaras Council, Sardar Jagir Singh; dan Bahai Community of Malaysia, S Sanggita, menyampaikan ucapan yang senada menolak keganasan.

Turut berucap, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowsk; dan Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci serta Zarina Shuib iaitu ibu saudara Muhammad Haziq, sebagai wakil keluarga mangsa dalam tragedi di Christchurch itu.

“Malang sekali mangsanya termasuk rakyat Malaysia… ingatan kami sentiasa bersama anda, keluarga anda yang sebahagian daripadanya berada di sini, dan komuniti anda. Kami mohon maaf.

”Kita berkabung bersama-sama, kita berdiri bersama-sama atas nama perpaduan dan New Zealand amat berterima kasih kepada Malaysia,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand itu yang memulakan ucapannya dalam Bahasa Melayu.

Peserta perhimpunan turut memberikan penghormatan sambil berdiri kepada waris keluarga Muhamad Haziq sebaik mereka menaiki pentas utama. Zarina dilihat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan terima kasih dan rasa terharu akan sokongan rakyat Malaysia.

“Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan itu…walaupun berat ujian ini namun kami ahli keluarga reda.

“Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaaan masyarakat dan rakyat Malaysia agar keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” kata Zarina.

Pesuruhjaya Tinggi Australia dalam ucapannya pula berkata: “Memang benar keganasan tidak mempunyai agama, ia tidak mempunyai kewarganegaraan, tetapi hakikatnya dalam kes ini, pengganas itu seorang warga Australia.

“Perkara ini amat memalukan kami, tetapi jika dia bertindak sedemikian dengan tujuan untuk memisahkan kita, dia sebenarnya telah gagal sama sekali dan perhimpunan ini membuktikannya.”

Pada akhir perhimpunan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengetuai membaca satu deklarasi iaitu Deklarasi Kedamaian KL 2019, yang antara lain — Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama; Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama; dan Mendukung segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.

Perhimpunan kira-kira dua jam itu berjalan dalam suasana penuh harmoni yang jelas menunjukkan rakyat Malaysia keseluruhannya cintakan keamanan, kedamaian dan menolak keganasan.

“Alhamdulillah semua terkawal, kesemua peserta patuh arahan polis dari semasa ke semasa,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shahrudin Abdullah, sambil memberitahu, 200 anggota dan pegawai bertugas sepanjang perhimpunan itu.

SUMBER: BERNAMA

#BERSIH4 : 34 jam aman tanpa sebarang rusuhan

Akhirnya hari kedua BERSIH 4 berjalan aman tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan. Sama-sama kita saksikan gelagat peserta bermula pagi tadi sehinggalah detik jam 12 malam, 30/8/2015.

#BERSIH4 : Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka 300pm


 

Acara malam ini dijangka lebih ramai ditambah pula dengan sambutan ambang Merdeka.

Bersih tidak masuk Dataran, himpunan tamat sebelum detik 12 malam


Gabungan Pilihanraya Adil & Bersih tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka sebaliknya hanya akan berhimpun mengelilingi padang simbolik itu, dan akan meleraikan tunjuk perasaan mereka sebelum detik 12 malam Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.

Categories
NASIONAL

#Black 505 Diadakan Di Padang Merbok, Kuala Lumpur

himpunan suara rakyat kelana jaya 03

PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti.

Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan.
“Surat makluman kepada pihak pemilik Padang Merbok dan PDRM akan dihantar hari ini sebagai memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak PDRM,” kata Rafizi dalam sidang media bersama PKR, PAS dan DAP di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Menurut beliau surat yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti itu dihantar ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur dan DBKL selaku pemilik padang.

Menurut Rafizi lagi perhimpunan ini diteruskan bagi menolak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Antara tuntutan reformasi sistem pilihan raya tersebut termasuklah menuntut semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan melantik ahli-ahli interim baru SPR dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan kumpulan rakyat lain.

PR turut menuntut pilihan raya semula diadakan di kawasan yang terbukti berlaku penipuan terutamanya di 30 kerusi parlimen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Manakala tuntutan ketiga pula, menuntut pindaan undang-undang pilihan raya bagi menghentikan SPR melakukan persempadan semula seperti yang berlaku sekarang sehinggalah semua ahli-ahli interim baru SPR dilantik semula.

“Perlantikan ahli SPR perlu mendapat sokongan dua pertiga Dewan Rakyat dan memenuhi tuntutan BERSIH selama ini untuk memastikan pilihan raya benar-benar adil dan bersih,” kata Rafizi lagi.

Selain Rafizi, turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mewakili DAP dan Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dari PAS.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Chegu Bard: Jika SPR Terus Membisu, Kita Tuju Ke Dataran Merdeka

flags suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA, 27 MEI: Rakyat yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus bersedia untuk turun ke Dataran Merdeka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus tidak menghiraukan dakwaan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU 13.

Desakan itu dibuat penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Sabtu lalu

“Jika Wan Ahmad membisu, jika Aziz membeku, jika SPR buat pekak badak, rakyat akan menuju ke Dataran Merdeka,” kata beliau dan disambut teriakkan bersemangat lebih 50,000 perserta perhimpunan tersebut.

Beliau merujuk kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang sebelum ini didesak supaya meletakkan jawatan mereka ekoran perjalanan PRU 13 yang tempang dan cacat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sebelum itu turut membayangkan satu lagi perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka selepas ini.

“Cukup setakat ini dahulu, dan Insya-Allah kita akan bertemu di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan SPR,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, sekiranya rakyat tidak bangkit menentang penipuan dan penyelewengan tersebut, perkara yang sama akan terus berlaku di masa akan datang.

Categories
NASIONAL

Seorang Lelaki Ditahan Pada Himpunan “Janji Demokrasi”


KUALA LUMPUR 31 OGOS : Seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an ditahan oleh polis pada himpunan ?janji demokrasi? selepas beliau dipercayai melanggar peserta himpunan itu dengan motosikal.

Saksi yang nampak kejadian itu berkata orang ramai sempat menahan lelaki tersebut sebelum membawanya kepada anggota polis.

Beliau dikatakan cuba melarikan diri setelah terlanggar pejalan kaki.

Selain itu himpunan yang bermula pada pukul 10 malam pada 30 Ogos berjalan tanpa provokasi atau kekecohan.

Himpunan itu berjaya menarik lebih kurang 20,000 orang yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka dan kawasan hadapan DBKL.

Mereka menuntut proses pilihanraya bersih, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

Categories
NASIONAL

Puisi, Tembakan Bunga Api, Negaraku Akhiri Countdown “Janji Demokrasi”

 

Laporan oleh Nazli Ibrahim dan Afix Redzuan

KUALA LUMPUR 31 OGOS : Acara countdown himpunan aktivis menuntut pilihanraya bersih didepan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut berakhir dengan meriah dan bersemangat tanpa kekecohan.

Walaupun dilarang berhimpun oleh polis, beribu aktivis ?janji demokrasi? keluar untuk menyambut ambang kemerdekaaan di ibu negara pagi ini.

Himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang itu menyambut ambang kemerdekaan dengan bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said dan nyanyian lagu Negaraku.

Sebelum countdown bermula, mereka menyanyikan lagu Merdeka ciptaan mereka sendiri yang bertajuk ?Janji Ditepati?.

“Kemerdekaan tiada guna, hanyalah janji  dicapati,” merupakan chorus kepada lagu yang dicipta sendiri oleh aktivis tersebut yang memperlekehkan tema Hari Merdeka Kerajaan Umno-BN.

Terlebih dahulu, himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 20,000 orang itu juga melaungkan slogan ?Bersih? kepada sekumpulan mat rempit yang cuba mengacau mereka dengan membunyikan enjin motosikal dengan kuat.

Turut kelihatan aktivis seperti Hishammuddin Rais, Badrol Hisham Shahrin, Haris Ibrahim dan Maria Chin Abdullah.

Manakala pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan termasuk Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Batu Chua Tian Chang.

 

Pemimpin aktivis tersebut mengambil keputusan untuk menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL selepas berpindah daripada Dataran Merdeka.

Countdown yang biasanya di adakan di tapak bersejarah itu dibatalkan.

Countdown yang biasanya diadakan julung kali itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan ?Janji Demokrasi? itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

 

Categories
NASIONAL

TERKINI DBKL : Himpunan Janji Demokrasi Menyambut Countdown Dengan Nyanyian Lagu “Janji Dicapati”

 

 

Laporan oleh Nazli Ibrahim dan Afix Redzuan

KUALA LUMPUR 31 OGOS : Himpunan orang ramai didepan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut mula menyanyikan lagu Hari Merdeka ciptaan mereka sendiri yang memperlekeh tema Merdeka ?Janji Ditepati?.

“Kemerdekaan tiada guna, hanyalah janji  dicapati,” merupakan chorus kepada lagu yang dicipta sendiri oleh aktivis yang berkumpul untuk menuntut penambahbaikan pilihanraya.

Mereka menyanyikan lagu itu sebelum menyambut countdown pada ambang Merdeka. 

Himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 10,000 orang itu juga melaungkan slogan ?Bersih? kepada sekumpulan mat rempit yang cuba mengacau mereka dengan membunyikan enjin motosikal dengan kuat.

Himpunan itu dijangka akan mendengar bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said serta ucapan dari aktivis seperti Hishammuddin Rais dan Badrol Hisham Shahrin.

 

Pemimpin aktivis tersebut berkata mereka akan menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL.

Terlebih dahulu, orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka walaupun countdown yang biasanya di adakan di tapak bersejarah itu dibatalkan.

Countdown yang biasanya diadakan julung kali itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

 Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan ?Janji Demokrasi? itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan med

Categories
NASIONAL SELANGOR

TERKINI Dataran Merdeka : Orang Ramai Mula Berkumpul Depan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Laporan oleh Nazli Ibrahim dan Afix Redzuan

KUALA LUMPUR 30 OGOS : Himpunan orang ramai di Dataran Merdeka telah mula berpindah ke depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut bagi meneruskan tuntutan penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 10,000 orang dijangka akan mendengar bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said serta ucapan dari aktivis seperti Hishammuddin Rais dan Badrol Hisham Shahrin.

Pemimpin aktivis tersebut berkata mereka akan menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL.

Turut serta pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan MP Kuantan Fuziah Salleh.

Terlebih dahulu, orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka walaupun countdown yang biasanya di adakan di tapak bersejarah itu dibatalkan. 

Countdown yang biasanya diadakan julung kali itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan ?Janji Demokrasi? itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

 

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

TERKINI Dataran Merdeka : Orang Ramai Mula Berkumpul, Laungan “Merdeka”, “Bersih” dan “Ubah” Didengari

 

Laporan Oleh Nazli Ibrahim dan Afix Redzuan

KUALA LUMPUR 30 OGOS : Walaupun countdown Merdeka di Dataran Merdeka dibatalkan, lebih 4,000 orang telah memenuhi kawasan luar padang Dataran Merdeka di sini untuk himpunan ?Janji Demokrasi?. 

Tinjauan TVSelangor mendapati walaupun dataran bersejarah itu di penuhi anggota polis, orang ramai yang berhimpun mula melaungkan slogan ?Bersih? dan ?Ubah?.

Setakat ini keadaan masih tenang dan anggota polis kelihatan mengawasi benteng yang didirikan sekeliling dataran.

Countdown yang biasanya diadakan julung kali di dataran untuk menyambut Hari Merdeka tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan ?Janji Demokrasi? itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.