Categories
SELANGOR SUKANKINI

FMLLP: 91 pendaftaran pemain baru Liga Super dan 100PLUS Liga Premier

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JULAI: Football Malaysia LLP (FMLLP) mengumumkan 91 pendaftaran pemain baru dilakukan pasukan di Liga Super dan 100PLUS Liga Premier dalam tempoh 25 hari jendela perpindahan kedua untuk tahun ini yang dibuka sejak 20 Jun hingga 15 Julai lalu.

Liga Super menyaksikan pendaftaran 36 pemain baru dengan 17 daripadanya pemain import sementara 55 pendaftaran untuk 100PLUS Liga Premier dengan 23 pemain import.

Katanya, empat pasukan Liga Super Pahang FC, Perak, Terengganu dan PDRM antara pasukan paling sibuk sepanjang jendela perpindahan.

Red Giants“Pahang FC pasukan yang paling sibuk ketika jendela perpindahan dibuka dengan melakukan tujuh pendaftaran pemain baru dan satu-satunya pasukan di Liga Super yang menukar semua empat pemain import diikuti Perak dengan enam pemain termasuk dua import baru.

“Terengganu dan PDRM mendaftarkan lima muka dengan Terengganu membawa masuk dua pemain import dan satu untuk PDRM.

“T-Team FC ialah satu-satunya pasukan di Liga Super yang tidak melakukan sebarang pendaftaran baru dengan hanya perpindahan seorang pemain pasukan, Radhi Yusof yang ke Terengganu,” katanya.

Situasi lebih rancak berlaku di 100PLUS Liga Premier apabila ATM, Melaka dan UiTM FC melakukan rombakan berskala besar dengan mendaftarkan lapan pemain baru untuk pasukan masing-masing.

“ATM yang tidak mempunyai pemain import pada awal musim ini melakukan perubahan drastik dengan mendaftarkan empat pemain import baru.

“UiTM FC membuat keputusan untuk menukar semua pemain import mereka dengan membawa masuk empat import baru, manakala Melaka hanya mendaftar dua pemain import baru,” katanya.

Sementara PKNS FC tidak mendaftarkan sebarang pemain baru sebaliknya dua pemain mereka, Muhaimin Mohamad dan K Satish berpindah ke dua pasukan di Liga FAM, MOF FC serta Air Asia All-Stars FC.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bola sepak wajar jadi sukan lebih muhibbah

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 MEI: Pelbagai pihak di negara ini disaran meraikan pembezaan pendapat di kalangan rakyat secara sihat dan saksama.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata seharusnya ruang diberikan sebaiknya dalam perkara itu dengan individu terbabit mendapat pembelaan mengikut perundangan negara.

“Polis berhak menjalankan tugas mereka di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan dan saya menghormati bidang kuasa itu.

yb amir markshort-web 7“Begitupun, Arrasyiddin juga berhak mendapat layanan dan hak beliau yang sewajarnya di sisi undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Begitu reaksi diberikan beliau yang juga Pengurus pasukan bola sepak Selangor berhubung tangkapan membabitkan Arrasyiddin Mohamad didakwa mengkritik salah seorang individu berpengaruh melalui laman sosial Facebook.

Arrasyiddin direman selama empat hari bermula 28 Mei dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 di Dengkil, Selangor sebelum dibawa untuk siasatan ke Johor Bharu.

“Seluruh peminat bola sepak tanahair pastinya mengikuti rapat perkembangan ini dan berharap agar ‘ketegangan’ ini tidak berlarutan.

“Bola sepak wajar menjadi sukan yang muhibah dan merapatkan jurang di antara semua,” katanya.

Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Laporan Bernama menyatakan Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira jam 8 malam di Taman Intan, Dengkil, Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: PKNS FC bakal mencabar hebat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 MEI: PKNS FC yakin mampu menyerlah dalam kempen Piala Malaysia kali ini seperti dilakukan ketika muncul naib juara Piala FA.

Walaupun diletakkan dalam kumpulan C yang dianggap ‘kumpulan maut’ bersama tiga pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), PDRM dan Perak, namun pasukan Liga Perdana itu tidak merasa rendah diri dan akan berusaha gigih untuk mencabar hebat.

PKNS FC 3Pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, berkata PKNS FC tidak akan sekali-kali mengaku kalah sebelum berjuang dan menyasarkan layak ke suku akhir dalam kempen kali ini.

“PKNS FC merasakan peluang untuk layak sekurang-kurangnya ke suku akhir mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa pasukan.

“Namun, ini mesti disokong dengan komitmen dan usaha gigih pemain, jurulatih serta pasukan,” katanya.

Mengikut undian, beliau berkata, ternyata JDT adalah pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan C ,manakala perebutan tempat kedua terbuka kepada PDRM, Perak dan PKNS FC.

PKNS FC majuPersaingan di antara semua pasukan dalam kumpulan C, katanya, memang sengit disebabkan ketiga-tiga lawan adalah dari Liga Super namun PKNS FC yakin mampu memberi saingan dan sasaran layak ke suku akhir terlebih dahulu.

“Bagaimanapun PKNS FC bakal menempuh laluan sukar dengan jadual ketat Liga Perdana dalam pusingan kedua bermula 15 Julai nanti,” katanya.

Dalam kempen Piala Malaysia dijangka bermula akhir Julai, PKNS FC akan membuat perhitungan semula dengan JDT yang menewaskannya dalam perlawanan akhir Piala FA selain Perak yang diketepikannya dalam separuh akhir piala sama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor kalahkan P Pinang 1 – 0

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 20 APR: Selangor mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pulau Pinang 1 – 0 dalam aksi Liga Siper di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini, malam tadi.

Gol tunggal skuad Merah Kuning dijaringkan penyerang import, Mauro Olivi, hasil sepakan percuma pada minit ke-17 melepasi penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

IMG_20160420_215232Biarpun mencatat kemenangan tipis, namun sudah cukup untuk The Red Giants menebus kehampaan tewas kepada Felda United 3 -1 dalam perlawanan sebelumnya.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang dari awal permainan melancarkan serangan turut tercabar dengan asakan Pulau Pinang melalui gerakan dan serangan balas ke kubu lawan.

Namun, The Red Giants yang menurunkan Mohd Khairulazhan di pintu gol berjaya mengekang asakan lawan hingga tamat perlawanan.

Pulau Pinang yang berusaha mencari gol penyamaan terus hampa dengan kegagalan barisan serangannya menemui sentuhan jaringan.

IMG_20160420_215404Hanya percubaan Osas Ikpefua (m81) sedikit menggugat tetapi sipi dan begitu juga Selangor yang hampa apabila Adam Nor Azlin gagal menyepak tepat ke gawang gol lawan seminit sebelum itu.

Dengan kemenangan itu, Selangor naik ke tangga ketiga dengan 14 mata namun ketinggalan tujuh mata di belakang Felda United (21).

Felda United meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan PDRM 3 – 0 di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Jengka, manakala JDT kekal di tangga kedua dengan 20 mata apabila membelasah Sarawak 5 – 2 di laman sendiri.

KEPUTUSAN LAIN:

Pahang 4 -3 Kelantan
T-Team 4-1 Kedah

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kuota terhad, wartawan gagal dapat pas masuk Piala Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Selangor Kini kesal dengan kuota terhad yang diperuntukkan pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah hingga mengakibatkan wartawan gagal mendapatkan pas masuk membuat liputan.

Selangor Kini menghubungi wakil pengelola untuk mendapatkan penjelasan memandangkan semalam difahamkan petugas media yang masih belum mendapatkannya boleh berbuat demikian pagi ini.

sel vs kedWakil pengelola ketika dihubungi memaklumkan, permohonan Selangor Kini ditolak kerana kuota petugas media penuh.

Sebelum itu, Selangor Kini menghantar tiga nama petugas media namun hanya jurufoto dan jurukamera mendapat pas liputan.

Katanya, hanya dua slot sahaja diperuntukkan atas alasan ‘media portal’ walaupun Selangor Kini adalah akhbar rasmi Kerajaan Negeri sementara empat slot diperuntukkan untuk media arus perdana.

Selangor Kini cuba menghubungi wakil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), namun mereka menjelaskan urusan pas liputan hanya dikendalikan Football Malaysia Limited Liability Partner (FMLLP) badan swasta yang menguruskan Liga Malaysia mulai 2016.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PNSB wujud bakat muda pemain bola sepak handalan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OKT: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melancarkan PNSB Young Stars dan Pertandingan Bola Sepak sebagai penjenamaan semula akademi bola sepak yang berusia 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar, berkata penjenamaan semula itu meliputi perubahan stuktur organisasi, sistem kejurulatihan, manual latihan serta pendekatan dalam melahirkan pemain bola sepak.

IMG_0027“Ia juga sebagai usaha program tanggungjawab sosial (CSR) disamping memberi peluang kepada pemain muda menunjukkan bakat.

“Pertandingan ini melibatkan kanak-kanak berumur lapan hingga 16 tahun yang terdiri daripada akademi bola sepak seluruh lembah klang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran PNSB Young Start dan Pertandingan Bola Sepak Jemputan PNSB 2015 bertempat di Stadium Mini Shah Alam, di sini, hari ini.

PNSBSementara itu, Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, berkata kewujudan hampir satu dekad akademi PNSB itu dapat mencungkil dan menggilap bakat baru untuk terus ke peringkat lebih tinggi.

“Dapat dilihat hasil daripada latihan apabila akademi ini menjuarai Liga Super FAS selama dua tahun berturut-turut.
“Diharap semua peserta kejohanan dapat terus mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya sebagai mewakili Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari.

Sebelum itu, difahamkan Akademi Bola Sepak PNSB bernaung dibawah Kelab Bola Sepak PNSB yang ditubuhkan pada April 2007 bagi memberi ruang dan didikan kepada kanak-kanak remaja bawah 16 tahun.

EZY

Categories
NASIONAL

Malaysia perlu jurulatih berpengalaman kembalikan maruah bola sepak

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 SEP: Malaysia memerlukan jurulatih berpengalaman dan berilmu untuk mengangkat kembali maruah bola sepak negara terutama di peringkat Asia Tenggara.

Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan secara peribadi mahu jurulatih tempatan diberikan peluang mengemudi pasukan kebangsaan namun segalanya terpulang kepada badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya.

“Untuk menjadi seorang jurulatih memerlukan orang berpengalaman sekurang-kurangnya berumur 50 tahun ke atas. Latih seorang jurulatih yang sesuai sama ada tempatan atau jurulatih luar.

B Sathianathan“Jika memilih jurulatih luar, kita kena ada jurulatih tempatan yang bertindak selaku pembantu bagi mengenalpasti pemain tempatan.

“Menjadi jurulatih kebangsaan bukan senang kerana harapan orang besar,” katanya ketika menjadi panel dalam forum ‘Hala Tuju Bola Sepak Malaysia: Apa Kata Mereka?’ anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).

Sathianathan, 57, merupakan antara jurulatih berpengalaman yang pernah menduduki ‘kerusi panas’ Harimau Malaya sejak tahun 2007 hingga 2009 berkata, negara belum ketandusan bakat dalam bidang kejurulatihan kerana masih mempunyai 269 jurulatih Lesen A.

Beliau yang sering mengendalikan kursus jurulatih bolasepak berkata terdapat hampir 70 peratus jurulatih muda berkebolehan.

Menyentuh soal corak permainan masa kini katanya, tidak banyak perubahan sistem permainan sejak dari tahun 90an namun hanya kemahiran dan kebolehan bermain yang mampu membezakan kualiti seseorang pemain.

“Dalam bola sepak, kemahiran (skill) adalah aksi dibawah tekanan. Kita tengok (Lionel) Messi, walaupun bertubuh kecil tapi hebat mengawal bola kerana pemain seperti beliau mempunyai kelajuan berfikir di atas padang.

bola“Sebab itu pemain seperti beliau mampu membawa Argentina beraksi di Piala Dunia sama seperti Cristiano Ronaldo (Portugal). Kita masih belum ada pemain seperti itu,” katanya yang juga selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia serta pernah mengemudi pasukan Kelantan.

Katanya, ketiadaan liga di peringkat bawah seperti yang diamalkan negara Asia lain dan Eropah dan latihan sistematik membataskan bakat pemain muda terutama di peringkat sekolah untuk mengekalkan kebolehan mereka beraksi seterusnya diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Faktor itu menyumbang kepada kegagalan bola sepak negara mengetengahkan bakat baru disamping kemudahan berlatih yang terhad terutama di peringkat persatuan bola sepak negeri.

Selain itu, sikap pemain tempatan yang enggan membuat latihan tambahan berbanding pemain import turut menjadi faktor kemerosotan pemain.

“Kita tiada liga belia sebab kita pilih pemain melalui pemilihan terbuka. Kebanyakan persatuan bola sepak tempatan tidak mempunyai kemudahan sukan yang baik dan hanya menyewa infrastruktur dari pihak luar.

“Saya tabik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang mempunyai infrastruktur yang baik. Sebagai contoh ada bilik persalinan selesa, ada padang latihan dan bilik fisioterapi.

“Setiap pasukan sekurang-kurangnya kalau boleh kena ada dua padang latihan. Pemain memerlukan latihan yang kerap untuk menjadi lebih baik,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Sejamas FC juara Piala William Leong

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 SEP: Sebanyak 26 pasukan sekitar Parlimen Selayang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala William Leong anjuran Kelab Belia Batu Arang, di padang Majlis Perbandaran Selayang, pada 31 Ogos lalu.

Pengerusinya, V Anmuniandy, berkata aktiviti sukan yang julung kali dianjurkan itu bertujuan menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat terutama golongan belia dengan aktiviti berfaedah.

“Kita sifatkan penganjuran kali pertama ini sebagai berjaya dan diharap lebih mendapat sambutan dan tajaan pada masa depan.

“Terima kasih juga kepada polis atas kerjasama mengawal keselamatan pada hari kejohanan,” katanya kepada Selangor Kini.

unnamedMajlis penutup dan penyampaian hadiah disampaikan Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang turut dihadiri penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa.

Kejohanan yang diadakan secara kalah mati itu dijuarai Sejamas FC Selayang Jaya yang berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, medal serta piala iringan.

Tempat kedua pula dimenangi Kuala Selangor BRP dengan wang tunai RM1,500 dan medal.

Sementara itu, tempat ketiga juga keempat menjadi milik Kuala Selangor BRP A dan Hulu Langat dengan  masing-masing memenangi RM1,000 serta RM500.

-NR-

Categories
SELANGOR

Exco: Perlawanan dengan Liverpool hanya untungkan syarikat swasta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 JUL: Keputusan Selangor tidak membenarkan pemainnya mewakili pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Liverpool kerana dilihat tidak membantu perkembangan bola sepak negara.

Exco Sukan, Amirudin Shari, berkata Selangor lebih berminat memberi tumpuan terhadap persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super.

amir“Keputusan saya tidak melepaskan pemain Selangor mewakili Malaysia XI menentang Liverpool kerana panggilan FAM bukan semboyan bola sepak tanahair yang boleh mengembalikan kegemilangan dan maruah bola sepak Malaysia.

“Malah, kita menghantar beberapa pemain Selangor menentang Tottenham Hotspur dan mendapati tiada sebarang manfaat kepada pembangunan bola sepak Malaysia,” katanya dalam status Instagram.

Pengurus Red Giants itu berkata, perlawanan berkenaan adalah kelolaan syarikat swasta dengan sejumlah wang dibayar kepada Liverpool FC.

Amirudin1“Mengapa kita perlu dahulukan kepentingan ‘syarikat penganjur’ daripada pembangunan bola sepak negara?

“Perlawanan ini tiada kena-mengena dengan ranking FIFA. Kami akan menghantar pemain mewakili negara jika ia penting dan demi menjaga maruah bola sepak negara,” katanya.

Katanya, Selangor mahu memperbetulkan persepsi dalam kalangan masyarakat iaitu bola sepak bukan ‘alat dagangan’ yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor kesal FAM tolak tunda perlawanan

SHAH ALAM 7 JUL: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kesal dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menolak cadangan untuk menunda perlawanan bertemu pasukan JDT selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Red Giants, Amirudin Shari, berkata beliau turut kesal atas tindakan FAM yang memberi pertimbangan kepada permohonan JDT tetapi tidak mengendahkan permintaan Red Giants.

“Sedangkan, justifikasi perlawanan persahabatan tidak cukup kuat untuk menunda tarikh perlawanan Liga Super yang dirancang awal.

amiruddin“Saya percaya tarikh 28 Julai yang kami pohon tidak memadamkan kelebihan JDT sebagai tuan rumah perlawanan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, rayuan pengurusan dan pemain serta kepayahan penyokong setia Red Giants untuk perjalanan ke Johor tidak diambil pertimbangan.

“Bagaimanapun, Red Giants tetap mempamerkan semangat juang tinggi apabila berdepan JDT di Larkin. Ini janji kami.

“Saya yakin, penyokong setia Red Giants akan mempamerkan sorakan dan sokongan luar biasa, pada 13 Julai ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Peluang Selangor juarai Liga Super masih terbuka

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JUN: Pasukan Liga Super Selangor masih berpeluang merangkul kejuaraan liga musim ini walaupun berada di tangga ketiga, kata Pengurus Pasukannya, Amirudin Shaari

Amirudin berkata, hal itu berikutan ketika ini Selangor berada di kedudukan tiga dengan mengekori dua pasukan teratas dengan rapat.

“Masih banyak lagi perlawanan untuk diharungi dengan kutipan mata pula tidak begitu jauh.

Amirudin-Shari“Kita cuba yang terbaik kerana peluang untuk jadi juara liga masih terbuka,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Sementara itu, Selangor bakal menerima kunjungan Felda United di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan bagi membangkitkan semula semangat sebelum menghadapi perlawanan akan datang.

Selangor dalam pusingan sebelumnya berjaya mengikat Felda United 4-4 walaupun dua kali ketinggalaan 1-3 dan 2-4.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jaguh kampung intai peluang juarai Liga Perdana Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 MEI: Klang Gate Football Club (KGFC) bukan nama besar dalam arena sukan bola sepak tanah air walaupun bergiat aktif lebih sepuluh tahun lalu.

Namun, kelab kerdil itu memiliki kehebatan tersendiri dengan menyertai pelbagai kejohanan liga bola sepak dan berjaya menggilap bakat anak muda Lembah Klang.

Pegawai Pembangunan dan Perhubungan Awam KGFC, Megat Mohd Noor berkata, kejayaan terbesar dikecapi kelab itu apabila dapat melayakkan diri ke peringkat akhir Liga Perdana Selangor 2015.

IMG-20150526-WA0005“KGFC adalah pasukan pertama menempah tiket ke perlawanan akhir dalam Liga Perdana Selangor musim ini yang dijangka berlangsung, pada 12 Jun ini.

“Ramai yang tidak tahu berkenaan kelab ini tetapi kita banyak mencatat kemenangan sejak tahun 1997,” katanya kepada Selangor Kini.

Megat berkata, KGFC yang juga sinonim dengan jolokan jaguh kampung bermula dengan divisyen 3 pada 1997 dan diangkat sebagai juara ketika itu.

Katanya, rentak kelab itu semakin rancak apabila mula menyertai divisyen 2 dan 1, Liga Super Selangor, Liga Ambros dan beberapa kejohanan lain.

IMG-20150526-WA0002“Ada yang meragui kebolehan KGFC, tetapi jika mereka tidak percaya boleh rujuk Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk lihat prestasi kelab ini,” katanya.

Katanya, lebih membanggakan kebanyakan pemain KGFC berjaya melebarkan sayap ke pasukan besar lain seperti Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Terengganu.

Megat berkat,a setiap pemain yang menyertai kelab itu pernah menerima sentuhan jurulatih yang disegani di Selangor iaitu Mahmood Shariff.

“Kelab ini juga pernah menerima khidmat jurulatih pemain kebangsaan, Khalid Ali dan terkini di bawah pemantauan Ketua Pasukan Negeri Sembilan, Shaari Said.

-NFN-