Categories
SELANGOR

3K pupuk intergrasi rakyat ke arah ‘Smart Selangor’

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 27 FEB: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat mendapat manfaat gagasan ‘Smart Selangor’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu menggunakan pendekatan integrasi untuk diperluaskan ke seluruh negeri bagi menzahirkan rancangan Kerajaan Selangor.

YUNUS HAIRI“Fokus kepedulian seiring dalam gagasan dibawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu ditujukan kepada rakyat yang mana saya kira sebagai sebahagian tanggungjawab bersama tidak kiralah di peringkat kepimpinan negeri, kampung atau organisasi.

“Ia turut membawa mesej jelas dalam usaha kita membangunkan umat Islam ke arah pembinaan negara baik mengikut acuan diajar walaupun (wujud) kepelbagaian anutan kaum dan agama,” katanya ketika merasmikan karnival itu di Masjid Ijtimai’ Kampung Tebuk Pulai dekat sini, malam tadi.

Dianggarkan lebih 300 hadirin memeriahkan karnival selama dua hari itu yang turut disertai Aduk Sabak, Sallehen Mukhyi.

Karnival yang mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu turut dimeriahkan dengan penyertaan beberapa agensi Merakyatkan Ekokomi Selangor (MES).

Sementara itu, Sallehen berkata, pelaksanaan karnival sedemikian penting sebagai medium penyatuan ummah membabitkan kepimpinan negeri dan masyarakat.

“Program ransangan sangat penting bukan sekadar untuk menggabungkan seluruh masyarakat bagi pembinaan kehidupan damai dan harmoni, tetapi juga boleh memberikan keberkatan kepada kita untuk melahirkan masyarakat berilmu,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Tiada halangan penceramah luar berdakwah di Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 FEB: Tiada halangan bagi penceramah dan cendekiawan agama dari luar untuk berdakwah kepada masyarakat di Selangor dengan syarat memiliki tauliah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri menekankan kelayakan seseorang penceramah supaya fahamannya tidak bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

YUNUS HAIRIKatanya, ia susulan hal ehwal agama Islam teletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri terutama Raja atau Sultan.

“Kita perlu memberi peluang kepada penceramah atau cendekiawan agama dari luar tidak kira dalam negara mahupun luar untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

“Tidak dinafikan di sesebuah negeri memang ada ramai penceramah, tetapi tidak salah memberi peluang kepada ahli agama dari luar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersikap terbuka kepada penceramah tempatan dan luar, namun tapisan tertentu akan dijalankan supaya fahaman pihak terbabit tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

Kenyataan Ahmad Yunus susulan isu 16 penceramah luar tidak dibenarkan berceramah di Johor termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta Exco Pemuda Umno dan penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, ramai individu di negeri itu pakar berkenaan agama dan masyarakat Islam di Johor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi penceramah.

-AA-

Contohi pembangunan Kampung Bukit Kapar

Muncul sebagai Kampung Tradisi Terbaik Selangor 2015, Kampung Bukit Kapar boleh dijadikan contoh

Selangor Agrofest meraikan para petani,penternak

Petani manfaat peluang sertai Selangor Agrofest 2015 untuk mempromosi dan meluaskan pasaran produk.

Categories
SELANGOR

Kompleks Agama Islam Klang bakal penuhi keperluan penduduk setempat

Oleh: NAEEM RAFFI

KLANG, 24 APR: Kerajaan Negeri masih mencari tapak strategik untuk membina Kompleks Agama Islam Klang bagi memenuhi keperluan semasa memandangkan pejabat sedia ada yang usang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penubuhannya juga akan mengangkat imej institusi agama itu seiring dengan arus perubahan semasa.

YB Yunus di Dialog bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Klang (3)“Kerajaan Negeri memang mempunyai perancangan membina kompleks itu. Tapaknya ada iaitu berhampiran dengan Klang Sentral.

“Namun, ia tidak dapat diteruskan kerana lokasi tidak strategik, jauh dari kawasan tumpuan awam dan pejabat kerajaan yang lain,” katanya selepas lawatan rasmi ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang, Jamali Mohd Adnan dan 56 Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Ketua Guru KAFA daerah Klang.

Terdahulu,  Jamali membangkitkan hasrat Pejabat Agama Daerah Klang memiliki kompleks sendiri seperti pejabat agama Islam daerah lain.

yunus“Seperti Kuala Selangor, Kuala Langat dan Gombak yang mempunyai kompleks sendiri, Klang juga menaruh harapan tinggi untuk memilikinya.

“Walapun tidak dalam masa terdekat, mungkin dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kita berharap memiliki ‘rumah’ sendiri yang lebih selesa dan menonjolkan imej cemerlang,” katanya.

Pejabat Agama Islam Daerah Klang kini berpusat di tapak bangunan pejabat daerah Klang yang berusia lebih 125 tahun dan turut dikongsi beberapa jabatan kerajaan lain.

-NFN-

Categories
SELANGOR

APA KES? PKNS jayakan proses penempatan baharu Kampung Mujahidin

Oleh:HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 APR: Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjalankan proses pembangunan kawasan perumahan baharu penduduk Kampung Darul Mujahidin, Teluk Panglim Garang.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, satu kawasan sesuai dikenal pasti bagi tujuan itu bersebelahan Taman Sijangkang Jaya, dekat sini.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah memutuskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini supaya projek itu diserahkan kepada PKNS dan dalam proses melihat semula kawasan untuk pembangunan termasuk sebahagiannya bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

terlalu dekat kawasan kilang dan perumahan“Saya kira PKNS sedang dalam proses menyiapkan pelan pembangunan untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri.

“Insya Allah, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana PKNS juga banyak terbabit dalam program perumahan Selangorku,” katanya kepada Selangor Kini.

Penduduk Kampung Darul Mujahidin perlu berpindah ke penempatan baharu apabila kawasan diduduki kini bertukar status kepada zon industri, sejak awal 1990.

yunusBeberapa perbincangan pernah diadakan sejak 2009, namun sehingga kini tiada keputusan dicapai untuk perpindahan itu.

Ahmad Yunus berkata, pembangunan sebelum ini tidak dilakukan apabila WorldWide Holdings Berhad (WorldWide) gagal mencapai keputusan bagi tujuan itu.

“Kita akhirnya menyerahkan kepada PKNS dan kini menunggu jawapan daripada WorldWide untuk penyerahan semula,” katanya.

-NFN-

Penjelasan Exco isu gaji guru KAFA

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi memberi penjelasan penuh dalam sidang DNS berhubung desakan seorang individu yang menuntut kenaikan gaji guru KAFA.

Categories
SELANGOR

Proses baik pulih Masjid Negeri ikut perancangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 MAC: Proses baik pulih Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan berjalan seperti yang diputuskan bagi mengindahkan semula salah satu mercu tanda Bandaraya Shah Alam itu, kata Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunud Hairi.

Katanya, kerja menyelenggara Masjid Shah Alam dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan kerja menaik taraf kubah pula dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Projek baik pulih ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dijangka kerja menaik taraf kubah masjid akan dimulakan April ini dengan tempoh 18 bulan untuk disiapkan.

Masjid Shah Alam“Peruntukan untuk menaik taraf tidak menjadi isu. Begitu juga dengan kerja menyelenggara,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, penduduk Shah Alam melahirkan rasa kecewa ekoran kubah masjid yang menjadi simbol keilmuan Islam di Shah Alam kelihatan seperti tidak diselenggarakan dengan baik.

Ekoran itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, mengumumkan Kerajaan Negeri akan menjalankan projek menaik taraf kubah masjid berkenaan.

Projek itu akan dilaksanakan secara tender terbuka yang disiarkan di media cetak, pada 12 Februari dan ditutup 12 Mac lalu.

-NFN-

Kos operasi kemudahan sains, jumlah guru kekang perkembangan tahfiz integrasi

Exco Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata kos operasi kemudahan sains dan jumlah guru terlatih mengekang perkembangan tahfiz integrasi di Selangor.