Categories
SELANGOR

Selangor Cyber Valley pemangkin bandar pintar – MB

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 FEB: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan Selangor Cyber Valley yang dijenamakan semula oleh Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dibangunkan dengan elemen ‘internet of things’.

Katanya, elemen itu selaras dengan gagasan Smart Selangor seterusnya menarik pelaburan baru.

“Keputusan PKNS ini sangat bertepatan kerana hari ini kita hadapi cabaran getir dan ia memerlukan kepimpinan tegas dan berani untuk bawa perubahan dengan idea baru dan bukan sekadar memperkukuhkan imej PKNS.

“Saya yakin kawasan ini akan menjadi mercu tanda kepada Selangor dengan memastikan pembangunan kawasan ini akan merangkumi ciri-ciri sebuah smart city kerana lokasi strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pelabuhan antarabangsa Westport,” katanya di Majlis Penjenamaan Semula Taman Sains Selangor 2, di SACC, di sini.

Mohamed Azmin berkata pembangunan Cyber Valley itu juga harus mempunyai lokaliti, kedudukan fizikal dan ciri-ciri unik secara holistik dengan dunia cyber masa kini.

“Jarang sekali kita lihat aplikasi ‘internet on things’ dan pembangunan smart city serta smart state sebagai satu pendekatan baru yang akhirnya dapat menjamin kesejahteraan dan kemakmuran sebuah komuniti,” katanya.

Beliau turut memuji usaha PKNS dalam usaha mencari peluang baru menambah pendapatan pelaburan untuk negeri.

“Selama ini kita terlalu bergantung pada pengurusan tanah sebagai sumber utama pendapatan negeri dan sudah tentu pendekatan ini tidak kekal dalam keadaan pembangunan di negeri Selangor.

“Sudah menjadi tanggungjawab semua pihak sedaya upaya mencari sumber baru dengan menggunakan pendekatan ‘internet of things’,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

KEADILAN bukan milik saya – Azmin

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 FEB: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap isu perbezaan pendapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu menamatkan perkhidmatan dua Ahli Dewan Negeri (ADN) KEADILAN negeri itu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan berlarutan.

Menyifatkan ia bukan isu besar, Mohamed Azmin menjelaskan persoalannya berhubung isu itu adalah pendirian parti.

MB Azmin“Saya bukan cakap atas kapasiti diri sendiri tapi ia membabitkan biro politik. KEADILAN bukan milik Azmin tapi parti. Jadi saya tidak melihat ia sebagai isu untuk dicakap.

“Saya, Guan Eng dan DAP sudah bekerjasama bertahun lama, kita gembira dengan kerjasama itu dan kami tidak pernah ada masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penjenamaan Semula Taman Sains Selangor (2) Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor, di sini.

Semalam, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu isu terbabit diselesaikan dengan cara baik.

November lalu, ADN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng adalah antara lima wakil rakyat KEADILAN Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan Negeri itu melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Ong sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties Bhd (IGP) iaitu anak syarikat perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala Cheah, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

-nR-

Categories
SELANGOR

MB dan Exco tidak terlibat anugerah tender balak

OLEH : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 24 FEB: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menegaskan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco tidak terlibat dalam proses pemberian tender balak membabitkan dua projek jajaran talian penghantar elektrik.

Pengarahnya, Dr Mohd Puat Dahalan, berkata ia merujuk kepada kepada jajaran dari Mahkota Cheras ke Mahkota Cheras Hartamas dan dari Bukit Tarek ke Chubadak yang dipertikaikan sebelum ini.

Hutan Selangor1“JPNS ingin mengulangi komitmen jabatan untuk menjamin proses terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dasar Kerajaan Negeri berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan,” katanya dalam kenyataan media.

Pada masa sama, katanya, penilai permohonan untuk mengeluarkan hasil tanah dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor melantik dua kontraktor bagi mengeluarkan hasil tanah kawasan terlibat.

Katanya, jawatankuasa turut berpuas hati terhadap kerja kontraktor terbabit yang diberikan lesen selama enam bulan bagi melakukan kerja mengeluarkan hasil dari tanah berkenaan.

“Keadaan mutu kerja juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Tiada cadangan naik tarif air – MB

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 19 FEB: Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti yang dihebahkan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.

MB Azmin“Tiada cadangan untuk menaikkan tarif air.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan untuk menaikan tarif air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Chap Goh Mei daerah Klang, di Bangunan Persatuan Hokkien.

Sebelum ini, media melaporkan Air Selangor akan menghantar pelan bisnes tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, berkata pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya modal pengurusan air di kawasan Lembah Klang.

Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN.

-nR-

MB edar limau dan ang pow kepada warga emas sempena CNY

Edaran limau dan pemberian ang pow kepada warga emas oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Ampang dan Gombak

Categories
SELANGOR

PRU 14: KEADILAN mahu prinsip satu lawan satu kekal

SHAH ALAM, 29 JAN: KEADILAN berharap semua parti pembangkang mengekalkan prinsip ‘satu lawan satu’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembangkang perlu mengikat persefahaman atas dasar bersama untuk mengekalkan prinsip berkenaan.

MOHAMED AZMIN“Kalau kita boleh mengikat persefahaman atas dasar bersama, saya percaya kita akan beri kesan positif dalam PRU akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup PKR di Kota Bharu Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah KEADILAN akan membantu Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU14 akan datang.

Pada 17 Januari lalu, Mohamed Azmin berkata, barisan kepimpinan Kerajaan Selangor kekal fokus pada isu pembangunan dan kebajikan bagi memastikan tanggungjawab membela nasib rakyat dapat diteruskan berbanding bermain isu politik.

Katanya, PRU 14 masih jauh dan akan meneruskan proses rundingan untuk mengekalkan prinsip satu lawan satu menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

-AA-

Categories
SELANGOR

MB: Biasiswa dipotong, menteri mewah tutup mata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 23 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dibidas susulan arahannya mengkaji semula pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata lebih mengecewakan apabila Najib langsung tidak melakukan pemotongan peruntukan Belanjawan 2016 yang bersifat mewah.

MB Azmin“Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan membatalkan 700 biasiswa anak-anak kita di bawah JPA.

“Persoalannya mengapa pendidikan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan pelajar berilmu dan bersaing dipotong, tetapi perbelanjaan mewah lain tidak disentuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Kepada Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di Dewan Serbaguna, di sini.

Terdahulu, laporan media menyebut bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah merombak semula Belanjawan 2016 susulan kemerosotan ekonomi negara.

Ia juga dipengaruhi kejatuhan nilai ringgit dan minyak mentah dunia.

-AA-

Categories
SELANGOR

Peneroka uzur terkejut MB muncul serah hak milik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JAN: Seorang peneroka terkejut ketidakhadirannya pada majlis penyerahan hak milik tanah mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hamzah Abdul Jalil sepatutnya bersama 137 peneroka lain menerima hak milik, namun faktor dirinya yang lumpuh kesan kemalangan merencatkan niat itu.

Bagaimanapun, bekas Pengawal Keselamatan Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya itu terharu apabila Mohamed Azmin hadir ke rumahnya untuk menyerahkan sendiri hak milik tanah.

Penyerahan Borang hak Milik Tanah Felda Sungai Tengi Selatan MB (ASRI) (8)“Bila diberitahu Menteri Besar hendak datang untuk serahkan geran hak milik, saya rasa gembira dan tersentuh sebab tidak sangka beliau sendiri sanggup ke sini,” katanya kepada SelangorKini.

Seorang lagi penerima, Kamarulzaman Kamarul Baharin yang juga tidak hadir ke majlis sama ekoran uzur tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya ketika dikunjungi Mohamed Azmin.

“Saya jadi begini selepas kemalangan Julai tahun lalu, mula-mula kaki bengkak sahaja tetapi makin melarat sampai tidak boleh berjalan.

“Bila dapat tahu Kerajaan Negeri mahu beri geran, saya terkejut besar kerana tanah belum habis bayar tetapi geran sudah dapat dan diserahkan Menteri Besar sendiri,” katanya.

Selain menyerahkan dokumen hak milik tanah, Mohamed Azmin turut menyampaikan bantuan lain seperti kerusi roda dan wang tunai sumbangan Exco Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada dua peneroka terbabit.

Terdahulu, pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi Selatan, seramai 139 peneroka menerima hak milik tanah yang diterokai lebih 27 tahun lalu.

-AA-

Categories
SELANGOR

“Lebih baik Selangor tadbir Putrajaya” – MB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 22 JAN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain yang mula mencontohi Selangor dalam melaksanakan program kesahteraan rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata antara program Kerajaan Negeri yang menjadi ikutan termasuklah pelaksanaan rumah mampu milik.

MOHAMED AZMIN“Minggu lepas saya gembira Perak menegur pemaju besar di sana jangan bina rumah mahal tetapi tumpu rumah mampu milik kerana rumah mahal ini hanya mampu tengok sahaja.

“Johor juga hendak ikut Selangor beri bas percuma kepada rakyat. Johor dan Perak sudah ikut, kalau begini lebih baik Selangor ke Putrajaya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri mampu memastikan setiap sen pendapatan disalurkan kepada pelbagai program bantuan dan pembangunan untuk rakyat.

Katanya, ia susulan kawalan ketat pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengekang kebocoran, ketirisan, rasuah dan penyelewengan daripada berlaku.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB kongsi rahsia Selangor catat surplus RM577 juta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 22 JAN: Tatkala Kerajaan Persekutuan bergelut dengan kejatuhan nilai ringgit dan harga pasaran minyak antarbangsa, Kerajaan Selangor berjaya memperolehi surplus RM577 juta apabila akaun 2015 ditutup.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika berkongsi ‘rahsia’ kejayaan itu, berkata selain faktor kecekapan menguruskan kewangan negeri, ia didorong kemampuan menerapkan amanah kepada anggota pentadbirannya.

Azmin Ali“Saya gembira kerana dalam keadaan Putrajaya sedang gawat, negeri lain bergelumang dengan masalah ekonomi, sekali lagi hasil Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan RM577 juta.

“Tidak mungkin Kerajaan Negeri dapat mencatat prestasi kewangan baik dalam keadaan ekonomi gawat tanpa pemerintahan dan pentadbiran telus, amanah, bertanggungjawab dan mengamalkan prinsip tatakelola baik. Tak mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mengulangi pendirian untuk tidak menyemak semula Belanjawan Selangor 2016 seperti dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

“Ia ekoran Kerajaan Negeri turut mengambil kira sebarang risiko ekonomi yang mungkin dihadapi pada tahun ini dalam belanjawan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Generasi kedua Felda Sungai Tengi bakal miliki kediaman

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 22 JAN: Generasi kedua Felda Sungai Tengi berpeluang memiliki kediaman sendiri melalui pembinaan 136 unit rumah berkembar setingkat oleh Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi membolehkan mereka terus menetap di situ, sekaligus merapatkan keharmonian dan ukhwah keluarga.

Katanya, penduduk hanya perlu membayar RM97,000 untuk mendiami rumah berkeluasan 850 kaki persegi berbanding harga asal RM160,000 dengan kos pembinaan infrastruktur RM7.65 juta ditanggung Kerajaan Selangor.

Penyerahan Borang hak Milik Tanah Felda Sungai Tengi Selatan MB (ASRI) (3)“Pada 9 September 2015 dalam mesyuarat Exco lalu, kita panggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya mulakan pembinaan rumah terbabit di atas tanah seluas 17 ekar.

“PKNS sudah memulakan proses dan kontrak akan dikeluarkan tahun ini, manakala kerja pembinaan bermula pada Jun 2016,” katanya pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di sini, hari ini.

Pengumuman Mohamed Azmin itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh orang ramai yang memenuhi Dewan Serbaguna di kawasan itu.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan komitmen membantu peneroka felda di Selangor termasuk golongan usahawan.

“Kalau hendak buat pinjaman bank RM5,000 pun cukup susah untuk dapat, tetapi Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman mikrokredit di bawah skim Pinjaman HIJRAH.

“Rakyat boleh pinjam RM5,000 hingga RM50,000 tanpa faedah untuk mereka yang beminat memulakan perniagaan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Respon pantas isu sampah, MB bukan cakap kosong

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 JAN: Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Luvin Vishnu Perumal berkongsi pengalamannya berurusan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan kutipan sampah.

Dalam paparan yang dikongsi di laman sosial itu, Luvin menceritakan situasi kediamannya di Alam Impian, di sini yang berdepan masalah kutipan sampah tidak konsisten.

Beliau berkata, keadaan itu mendorongnya menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon Mohamed Azmin yang pernah disiarkan sebelum iniĀ untuk melihat keberkesanannya.

Azmin“Saya terlihat iklan memaparkan nombor telefon Menteri Besar dan cuba menghantar SMS tanpa mengetahui sama ada iklan itu adalah benar atau palsu.

“Alangkah terkejutnya apabila SMS yang dihantar pada malam itu dibalas Menteri Besar keesokan harinya memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan,” katanya.

Katanya, beberapa jam kemudian beliau menerima panggilan telefon daripada MBSA yang berada di kawasan itu untuk kerja-kerja mengutip sampah.

Malah, katanya, Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad turut berada di lokasi terbabit untuk memantau.

“Tindakan itu membuktikan Kerajaan Selangor mampu bertindak pantas dan efisyen, malah Mohamed Azmin juga adalah pemimpin sejati yang bukan hanya pandai bercakap,” katanya.

Paparan itu kemudian dikongsi Mohamed Azmin di Facebooknya dengan mengatakan pimpinan Kerajaan Negeri diingatkan supaya melunaskan tanggungjawab dan janji kepada rakyat.

Beliau berkata, mudah bagi mana-mana pemimpin membuat janji, namun dilihat lebih sukar untuk melaksanakannya.

“Sebab itu semasa pembentangan Belanjawan lalu, saya ingatkan semua pihak terutama Exco, Adun dan diri sendiri supaya jangan hanya bercakap tetapi perlu disusuli tindakan.

“Terima kasih atas pujian diberikan, kami mungkin akan membuat kesilapan tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik demi memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

-AA-