PR Selangor terbuka benarkan ADUN pembangkang sertai mesyuarat PBT

Pakatan Rakyat (PR) Selangor bersikap terbuka dengan membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baik dari pihak kerajaan atau pembangkang untuk menghadiri mesyuarat penuh Ahli Majlis yang dianjurkan setiap bulan.

Teng: Jabatan Kesihatan puji langkah dan usaha Kerajaan Negeri banteras Denggi

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

PR Selangor terbuka benarkan ADUN pembangkang sertai mesyuarat PBT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Pakatan Rakyat (PR) Selangor bersikap terbuka dengan membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baik dari pihak kerajaan atau pembangkang untuk menghadiri mesyuarat penuh Ahli Majlis yang dianjurkan setiap bulan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata polisi keterbukaan yang diamalkan PR sama sekali berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dahulu yang menghalang ADUN pembangkang menghadiri mesyuarat berkenaan.

PAKATAN RAKYATBeliau berkata, mesyuarat bulanan itu juga turut disiarkan secara langsung di laman web PBT masing-masing bagi membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri perjalanan mesyuarat berkenaan.

“Pada zaman BN, tidak pernah ADUN dijemput tetapi mereka yang meminta sendiri untuk datang dan kemudiannya dihalau.

“Untuk membuktikan kerajaan ini adalah kerajaan terbuka, kita sudah arahkan lapan daripada 12 PBT untuk menyiarkan secara langsung melalui laman web seperti sidang dewan ini.

“Jadi, kalau tak sempat nak ke PBT atau tak dijemput, ADUN atau sesiapa sahaja boleh menonton siaran secara langsung di laman web PBT berkenaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Teng (DAP-Sungai Pinang) berkata, semua minit mesyuarat bulanan PBT juga akan dipaparkan dalam laman web PBT berkenaan untuk tatapan umum selain berhasrat menyiarkan segala tender dan kontrak yang diberikan kepada kontraktor terpilih.

teng dun 04 jul 01“Kita lakukan semuanya secara terbuka, tiada rahsia dan dalam perancangan untuk menyiarkan kontrak yang diberikan kepada kontraktor termasuk harga yang diluluskan bagi membuktikan PR Selangor adalah kerajaan terbuka serta bersih,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan kuota Ahli Majlis yang sudah dilantik di Selangor, Teng berkata, 223 Ahli Majlis sudah diluluskan Kerajaan Negeri, manakala kuota selebihnya akan dipilih kemudian berdasarkan calon daripada parti.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan tempoh pelantikan bagi sebahagian Ahli Majlis tidak boleh melebihi dua penggal, namun ada juga yang dibenarkan untuk melanjutkan perkhidmatan jika mempunyai prestasi cemerlang.

“Kriteria pelantikannya bergantung kepada pencalonan daripada parti melainkan jika melanggar syarat, maka Kerajaan Negeri yang akan tentukan semula,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pengiktirafan pasukan PANTAS wajar, tingkat penyelesaian masalah bencana

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JUN: Pasukan PANTAS daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima penghargaan khas daripada Kerajaan Negeri di atas tindakan proaktif menangani masalah kebakaran di kawasan itu.

Penghargaan disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Majlis Apresiasi Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Pasukan yang terdiri daripada 14 anggota itu menerima trofi, sijil dan uniform.

gambar hiasan

Exco Kerajaan Tempataan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pasukan itu wajar menerima penghargaan ekoran usaha giat pasukan mengawal kebakaran di Johan Setia yang berlanjutan bermula 5 Februari hingga 14 Mac lalu.

Katanya, tindakan pasukan terbabit wajar dicontohi semua PBT di negeri itu.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada pasukan PANTAS di PBT lain yang sedia berkhidmat menyelesaikan masalah bencana di negeri ini.

v4“Kita harap, semua pihak dapat mencontohi tindakan pantas pasukan ini,” katanya.

Teng juga memaklumkan Kerajaan Negeri kini memperincikan garis panduan berkenaan pasukan PANTAS di setiap PBT membabitkan pengiktirafan kepada anggota pasukan PANTAS.

“Garis panduan ini membabitkan setiap anggota PANTAS yang mencapai jumlah jam perkhidmatan tertentu akan diberikan pengiktirafan yang akan dikenal pasti kelak,” katanya.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

43 projek ‘Selangorku Sejahtera’ dibangun bawah PBT

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM16 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara keseluruhan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perkara terbabit pada Majlis Apresiasi Star Rating PBT negeri 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Teng Chang Khim, berkata peruntukan yang diluluskan itu akan meliputi 43 projek yang dipakejkan dengan nama ‘Selangorku Sejahtera’.

v2“Ia sudah diluluskan dan peruntukan pembangunan itu akan disalurkan kepada PBT secara keseluruhannya,” katanya.

Teng berkata, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan peruntukan lain daripada semasa ke semasa termasuk pembelian peralatan dan sedang menyelaraskan masalah sisa pepejal di Selangor dengan proaktif.

“Antara langkah yang akan diambil adalah penyediaan draf enakmen rang undang-undang pengurusan dan pembuangan sisa pepejal di negeri ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga kini sedang meningkatkan kajian terperinci perkhidmatan pengurusan sampah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Undang-undang PBT digubal, langkah tegas perangi iklan haram

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JUN: Operasi menurunkan iklan haram tidak memberi kesan maksima apabila pengiklan masih berdegil dengan menaikkan atau menampal semula iklan mereka pada kemudahan awam sehingga memburukkan pandangan persekitaran.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), berkata operasi yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak memberi kesan apabila pengiklan terbabit tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri akan menggubal undang-undang bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan undang-undang kepada pengiklan terbabit.

MBPJ Iklan haram 01“Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tetapi yang boleh adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kita turunkan iklan haram tetapi mereka masih menampal semula kerana tiada tindakan diambil,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan boleh dilaksanakan dengan mengambil nombor telefon yang dipaparkan pada iklan haram itu bagi membendung masalah terbabit.

Chang Khim juga percaya masalah itu dapat diatasi jika tindakan tegas diambil pihak yang mempunyai kuasa daripada sudut undang-undang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selesai isu tidak sekata PBT, Selangor selaras permohonan Kebenaran Merancang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri bercadang menyelaraskan permohonan Kebenaran Merancang (KM) di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata usaha itu dilakukan sebagai penyelesaiaan berkenaan isu yang dilihat tidak sekata di kebanyakan pihak berkuasa di Selangor.

“Dalam penyeragaman permohonan ini sebagaimana dibincangkan, kita dapati masih terdapat beberapa masalah iaitu wujud perspektif berlainan antara pihak berkenaan yang mungkin dapat kita selaraskan perkara ini.

teng_chang_k_pc_01“Ini termasuk juga Pusat Sehenti Setempat (OSC) 3.0 yang dilihat masih belum melalui proses rundingan membabitkan semua pihak berkenaan termasuk PBT, pemaju perumahan dan pihak lain yang terbabit dalam industri pembangunan,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015, di sini.

Chang Kim berkata, input diperoleh daripada pembentangan dilakukan dapat membantu Kerajaan Negeri merangka satu keputusan realistik bagi kemajuan Selangor.

Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia, Mahani Mohd Yasin dalam pembentangan kertas kerja menjelaskan, secara amnya KM adalah satu prosedur iaitu pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarang pembangunan di atas tanah atau bangunan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 21A dan 21B.

Beliau berkata, sesuatu KM diberikan pihak berkuasa iaitu PBT bagi sesuatu kawasan seliaannya, manakala bukan PBT dikeluarkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

logo PBTKatanya, keseragaman dalam KM perlu bagi mempertingkatkan daya saing negara dengan negara luar, urusan pengeluaran permit pembangunan yang mudah, seragam, efektif dan efisien, ke arah sasaran kedudukan pertama Bank Dunia sebagai Negara Mesra Pelabur serta mengurangkan kos keseluruhan pembangunan lebih kompetetif.

“KM boleh dicapai dengan memberi penumpuan terhadap pengurangan prosedur, masa dan kos, meningkatkan tahap perkhidmatan OSC juga mempercepatkan proses daripada segi masa dan kos serta penyelarasan keperluan pengemukaan dokumen di semua 98 PBT.

“Ia juga perlu penyeragaman bagi proses mendapatkan permit pembangunan ke seluruh Malaysia serta sistem OSC 1 diberi nafas baru kepada OSC 3.0 sebagai satu jenama di seluruh Malaysia,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor anjur seminar antarabangsa, rangka dasar komprehensif sistem sisa pepejal

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan Negeri akan menganjurkan seminar antarabangsa bagi merangka satu dasar yang komprehensif bagi pengurusan pelupusan sampah atau sisa pepejal bersepadu di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata dasar yang realistik bagi jangka panjang amat penting untuk diputuskan demi pembangunan Selangor dalam usaha terus kekal sebagai negeri kompetetif di negara ini.

“Sudah sampai masa untuk kita membuat penilaian lebih mendalam berhubung kesan yang dihadapi selain merumus satu dasar sesuai bagi pengurusan sisa pepejal di negeri ini. Namun, tentunya Kerajaan Negeri memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan dasar yang dapat memastikan kemampanan dan keberkesanan dalam pengurusannya.

sisa pepejal 2“Kita akan mengadakan satu seminar antarabangsa dengan menjemput pakar dari luar negara selain pihak berkepentingan di Selangor,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015, di sini.

Sementara itu, Pengurus Besar Worldwide Sdn Bhd (Worldwide), Zamri Abdul Rahman, berkata hanya kira-kira lapan peratus kawasan tanah di Selangor yang boleh dibangunkan sebagai tapak pelupusan sampah atau sisa pepejal ketika pembentangan kertas kerja berkenaan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu.

Katanya, setakat ini Worldwide membangunkan dua tapak pelupusan sanitari iaitu di Jeram dan Tanjung 12 yang mampu bertahan untuk tempoh 10 tahun.

“Antara isu berkenaan pengurusan sisa pepejal di Selangor adalah peningkatan kadar penjanaan, kenaikan kos, kekurangan tanah, kesedaran awam, pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), perkhidmatan dilakukan tidak di bawah Akta 672 yang mana tiada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

zamri worldwide“Dengan pertambahan penduduk dan taraf kehidupan yang meningkat, maka turut berlaku peningkatan kepada jumlah penghasilan sampah atau sisa pepejal di Selangor. Ketika ini dianggarkan kira-kira 8,000 tan sampah terhasil setiap hari,” katanya.

Zamri berkata, berkenaan objektif polisi pengurusan sisa pepejal adalah untuk memperbaiki keadaan dan membawa pengurusan sisa pepejal ke tahap yang lebih tinggi daripada perkhidmatan juga mengalihkan sisa pepejal sebanyak mungkin dari tapak pelupusan serta meningkatkan kadar kitar semula.

“Kerajaan Negeri boleh mengambil contoh sistem dijalankan di beberapa negara Asia seperti Singapura, Jepun atau Taiwan sebagai panduan dalam mencari sistem pengurusan sesuai untuk dipraktikkan di negeri ini,” katanya.

-NFN-

Teng: RM16.94 juta untuk projek Selangorku Sejahtera

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

PAS Selangor akan ambil tindakan jika terbukti ahli kutip sewa pasar

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 8 MEI : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah diarahkan mengambilalih pengurusan pasar pagi dan malam di seluruh Selangor berkuatkuasa 2012.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata arahan dibuat Kerajaan Negeri itu diambil supaya pengurusan tapak perniagaan diletakkan di bawah bidang kuasa PBT sepenuhnya dalam usaha menjadikannya lebih tersusun dan kemas.

Katanya, pengambilalihannya dilakukan secara beperingkat daripada pihak yang terbabit antaranya Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kawasan berkenaan.

teng-chang-kim“PBT sudah mengambialih soal pengurusan termasuk kutipan sewa pasar pagi dan malam. Ia membabitkan banyak kawasan di bawah pentadbiran PBT seluruh Selangor dan bermula 2012, ia dilakukan secara berperingka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Chang Kim berkata, sehingga kini PBT meneruskan langkah itu dengan bilangan tapak pasar pagi dan malam semakin mengecil.

“Kes yang masih ada tidak dapat dipastikan tetapi mungkin terpencil,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan ahli parti tertentu yang menganggotai JKP terbabit menjalankan aktiviti kutipan sewa tapak pasar pagi dan malam di negeri itu dan ia dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu.

yunusMengulas perkara itu, Bendahari PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata PAS negeri akan menjalankan kajian berhubung perkara terbabit.

“Kita akan kaji perkara ini sama ada benar atau tidak. Jika benar maka tindakan akan diambil,” katanya yang juga Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, pula berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara terbabit dan pihaknya akan menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan sebelum tindakan diambil.

YB Iskandar 2“Kita akan menyiasat terlebih dahulu sejauh mana dakwaan berhubung perkara itu. Adakah kutipan itu dilakukan atas arahan PBT atau pihak lain.

“Setakat ini dakwaan terbabit hanya khabar angin kerana belum terbukti kebenarannya. Saya hanya akan bertindak selepas menerima laporan,” katanya.

-NFN-

Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 17 APR : Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memperuntukkan kos hingga RM650,000 setahun bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Teng Chang Khim, berkata perbelanjaan yang diperuntukan juga berbeza bergantung kepada konsep pelaksanaan yang dipilih setiap PBT.

Katanya, setiap PBT boleh memilih sama ada melaksanakan inisiatif berkenaan dengan cara pembelian bas atau penyewaan secara kontrak dengan penyedia perkhidmatan bas sedia ada.

sidang dun 21-11-13 - 1“Kerajaan Negeri dan PBT perlu penelitian rapi kerana usaha ini menbabitkan perbelanjaan tinggi daripada segi kos dan pelaburan.

“Anggaran perbelanjaan merangkumi proses menyediakan bas iaitu secara pembelian atau penyewaan termasuk kos samping lain seperti kos pengurusan dan penyelenggaraan,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkenaan kos pelaksanaan perkhidmatan bas percuma yang dijanjikan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, Sehingga kini, terdapat dua PBT yang melaksanakan perkhidmatan yang disebut sebagai bas komuniti iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

bas rapid kl stock gambar“Sementara itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah selesai melakukan kajian untuk tujuan pelaksanaan program berkenaan.

“Untuk MPSJ, mereka kini menanti kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum melaksanakan program yang akan diluaskan secara berperingkat,” katanya.

-NFN-