DEIG perlu kerana MBI ‘berpenyakit’

Legasi kumpulan anak syarikat Menteri Besar Diperbadankan dengan rekod urustadbir yang tempang dan kegagalan kewangan memaksa penubuhan Darul Ehsan Investment Group.

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata penstrukturan dan penyatuan anak-anak syarikat itu dibawah DEIG memberi permulaan baru kepada MBI dan Kerajaan Negeri.

Kerjasama DEIG-swasta pastikan pembangunan projek peduli rakyat

Melalui Darul Ehsan Investment Group, Kerajaan Negeri dapat memantau dan memastikan projek pembangunan negeri Selangor memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

DEIG: MB ingatkan Adun jangan ikut skrip ‘orang luar’

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bangkit membetulkan beberapa kesalahan dalam perbahasan mengenai Darul Ehsan Investment Group.

Categories
SELANGOR

MB: Siar laporan palsu, Malaysian Insider perlu bertanggungjawab

SHAH ALAM, 19 OGOS: The Malaysian Insider harus bertanggungjawab membetulkan laporan palsu yang disiarkan berhubung Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu perlu dilakukan ekoran penjelasan yang sudah diberikan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berhubung isu berkenaan.

MB Azmin“The Malaysian Insider bertanggungjawab untuk membetulkan laporan palsu mereka berkenaan DEIG selepas ditegur dan diperbetulkan oleh Speaker,” katanya di dalam laman Twitter, hari ini.

Terdahulu, Hannah di laman Facebook beliau membuat penjelasan berhubung isu DEIG dan menegur laporan palsu yang disiarkan The Malaysian Insider.

Isu berhubung DEIG hangat dibahaskan di Sidang DNS kali ini hingga membabitkan perbalahan antara Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang).

Categories
SELANGOR

MB: DEIG sedia diaudit bukan entiti ‘tersorok’

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) bukan entiti ‘tersorok’ seperti didakwa oleh mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Kerajaan Negeri memberi jaminan laporan operasi, kewangan dan laporan audit boleh diakses Jawatankuasa Kira-Kira Wang negeri (PAC) dan Jawatankuasa pilihan khas dewan mengenai agensi, badan berkanun dan anak syarikat negeri (JPK ABAS).

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“DEIG didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mewajibkan penyata DEIG diaudit.

“Kita tak sorok syarikat ini seperti ada pihak dakwa. Kita beri jaminan semua laporan boleh diakses sebagai pengetahuan,” kata Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika menggulung usul di DNS.

Mohamed Azmin sebelum ini menjelaskan rasional mewujudkan DEIG yang diasingkan daripada pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) supaya tindakan tidak menjejaskan kewangan negeri.

Terdahulu, Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) mencadangkan supaya operasi DEIG ditangguhkan.

Saari ketika membentangkan usul itu berkata operasi syarikat itu perlu ditangguhkan selama enam bulan sehingga kertas putih mengenainya dibentangkan dalam DNS.

EZY

MB : DEIG tingkatkan pelaburan, bukan pesaing MBI

Kerajaan Negeri tubuhkan DEIG untuk menjadi syarikat induk pelaburan.

Categories
SELANGOR

DEIG disaran punyai ketelusan & akauntabiliti

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 OGOS: Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di bawah akta syarikat menyebabkan Dewan Negeri Selangor (DNS) tidak mengetahui perkembangan pelaburan entiti berkenaan.

Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang), berkata Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sepatutnya distrukturkan sekiranya berlaku masalah dan bukannya menubuhkan DEIG.

“Kenapa tidak distrukturkan di bawah MBI hingga terpaksa menubuhkan satu entiti didaftarkan sebagai akta syarikat untuk menguruskan pelaburan? Itu menimbulkan kebimbangan kita.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“Apabila ditubuhkan dibawah syarikat, ia tidak perlu diaudit oleh Kerajaan Negeri dan tidak mempunyai tanggungjawab untuk dilaporkan di Dewan Negeri Selangor,” katanya dalam sidang media di Lobi Bangunan Annex.

Katanya, sebagai sebuah syarikat, DEIG memerlukan keseimbangan tatakelola memandangkan ia boleh membuat pinjaman sama seperti syarikat lain.

Menyentuh soal contoh diberikan Tan Sri Abdul Khalid (BEBAS-Pelabuhan Klang) mengenai nasib DEIG yang mungkin menjadi seperti syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau berkata itu hanya pandangan peribadi beliau.

“Itu contoh Tan Sri Abdul Khalid, Kena minta pandangan dia. Jika awak tanya saya mengenai kebimbangan, saya tidak bimbang kerana ia berbeza (DEIG dengan 1MDB),” katanya.

Pada masa sama, Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, apa yang penting dalam entiti baru perlu ada akauntibiliti dan mesti terus kepada Kerajaan Negeri.

Selain itu katanya, penubuhan DEIG perlu dibincangkan di peringkat DNS.

“Dicadangkan diwujudkan enakmen mengikat dan mengawal DEIG di bawah peruntukan lebih akauntibiliti kerana ia melibatkan pelaburan Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: DEIG ditubuh tingkat keuntungan kurangkan risiko pelaburan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 OGOS: Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) untuk meningkatkan hasil keuntungan dan mengurangkan risiko pelaburan selain masih tertakluk di bawah enakmen Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), berkata dalam amalan dilakukan sebelum ini, ia mendatangkan risiko langsung kepada Kerajaan Negeri jika diletakkan di bawah MBI.

Katanya, DEIG merupakan syarikat induk ekonomi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pelaburan di bawah milikan penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“MBI yang mempunyai aset bernilai RM6.3 bilion mempunyai 12 anak syarikat di bawahnya dan DEIG tidak bertindak sebagai pesaing mereka.

“Dari struktur modal, DEIG tidak ada buat peminjaman modal, tiada aset dan anak syarikat yang dikendalikan yang mula beroperasi pada suku pertama 2016,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Persoalan mengenai penubuhan DEIG menimbulkan kekeliruan di peringkat Adun dalam persidangan DNS kali ini.

Antara membangkitkan pertanyaan adalah Yeoh Bee Yin (DAP- Damansara Utama), Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku), Ng Suee Lim (DAP-Skinchan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (BEBAS-Pelabuhan Klang) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Mereka turut melahirkan kebimbangan bahawa DEIG tidak boleh diaudit serta tidak dimaklumkan mengenai perkembangannya di dalam DNS.

EZY

Categories
NASIONAL

Syarikat berdaftar dipelawa jadi rakan pembangunan DEIG

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 JUL: Perbadanan Menteri Besar (MBI) mempelawa syarikat berdaftar menyertai proses Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) untuk menjadi rakan pembangunan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tawaran terbabit bagi membangunkan beberapa bidang tanah yang terletak di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.

Tanah itu mempunyai potensi nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM10 bilion.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)Proses RFI akan dibuka kepada pemohon yang memenuhi kriteria asas termasuk mempunyai modal saham berbayar berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta dan ke atas.

“Mereka juga perlu mempunyai pengalaman pembangunan hartanah dan bangunan minima 30 tahun secara kumulatif dalam kalangan lima kakitangan pengurusan (maksima),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan, hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan sebelum dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses Pelawaan Cadangan (RFP).

Segala pertanyaan berkenaan proses RFI boleh diajukan melalui e-mel [email protected] bermula 12 tengah hari (27 Jun) sehingga 7.30 petang (9 Julai).

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (2)Pada 20 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melancarkan inisiatif ‘Agenda Makmur Selangor’ yang mempunyai empat matlamat utama.

Matlamat itu termasuk menjana hasil yang tinggi untuk negeri, memastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan (distributive justice); menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat dan mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

Mohamed Azmin juga melancarkan DEIG, sebuah anak syarikat milikan penuh MBI yang akan menjadi badan pelaburan strategik bagi Kerajaan Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AGENDA tunjuk pencapaian positif, selesai isu tertunggak

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MEI: Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang dibangunkan Kerajaan Negeri menunjukkan pencapaian positif sejak mula dilaksanakan beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG), Raja Shahreen Raja Othman berkata, kejayaan atau hasil awal yang diperoleh membabitkan Projek Canal City.

Katanya, ia merujuk kepada hak pulangan peratus perkongsian nilai pembangunan kasar (GDV) yang berjaya ditambah berjumlah RM550 juta dan menjadi penyelesaian ‘menang-menang’ antara Selangor dan pihak pemaju.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)“Pencapaian kedua adalah berkenaan isu legasi dan perundangan berkenaan pertikaian dan saman ganti rugi apabila penyelesaian berjaya dicapai dalam kes itu.

“Potensi kerugian hutang bank dan kos guaman hampir RM300 juta berjaya dihindari,” katanya pada Majlis Pelancaran Agenda dan DEIG di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Raja Shahreen berkata, pencapaian ketiga adalah pembiayaan defisit bajet Selangor RM450 juta melalui bayaran balik pinjaman Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada Kerajaan Negeri yang akan dimuktamadkan antara Jun hingga Julai tahun ini.

Selain itu, katanya, pencapaian lain membabitkan pemasangan 2500 wifi hotspot percuma yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

ceo-admin-ajax“Kami mensasarkan pemasangan 600 wifi hotspot dalam bulan ini dan yakin akan menyiapkan semua 2500 wifi hotspot, Oktober ini.

“Sukacita saya ingin maklumkan pemasangan 2500 wifi hotspot ini hanya langkah sementara untuk memberi akses kepada jalur lebar internet untuk semua rakyat di Selangor.

“Kita sebenarnya dalam proses menyiapkan pelan tindakan atau ‘blueprint’ untuk projek ‘Selangor Smart State’ membabitkan ICT, internet dan perkhidmatan lebih cekap dan efisyen sebagai pemangkin negeri melangkau jauh ke hadapan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DEIG bantu Selangor urus tadbir ekonomi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MAC: Penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) diyakini mampu membantu Kerajaan Negeri mengurus tadbir ekonomi Selangor ke tahap lebih maju.

Tinjauan Selangor Kini di sekitar Shah Alam mendapati kebanyakan rakyat Selangor bersetuju dengan pelaksanaan DEIG yang dianggap tepat pada masanya.

mohd ali rasid aKontraktor, Mohd Ali Md Rasid berkata, ia membuktikan kesungguhan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memastikan Selangor lebih cemerlang dari sudut ekonomi selain mengekalkan elemen kebajikan bagi kepentingan rakyat.

“Secara tak langsung, ia menjurus kepada penambahan ekonomi lebih baik daripada sedia ada dan memberi peluang kepada usahawan baru untuk mendepani dunia korporat semasa.

“Sebagai peniaga, penubuhan ini memang ditunggu generasi muda atau sebahagian ahli korporat baru untuk mendepani anak syarikat (GLC) di bawah Kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Keselamatan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Asnan Ismail, pula berkata penubuhan DEIG menjadikan anak syarikat Kerajaan Negeri kini lebih teratur berbanding sebelumnya.

hasnan ismail aKatanya, ia turut membantu GLC bekerjasama bagi mempamerkan pencapaian tertinggi sudut ekonomi untuk manfaat Kerajaan Negeri dan dikembalikan kepada rakyat Selangor.

“Kini, semua dipantau dari atas dan saluran maklumat juga sekata kerana GLC ambil tahu antara satu sama lain serta lebih teratur.

“Harapan kita sangat tinggi untuk memberi yang terbaik dan saya yakin boleh capai perkara itu melalui kerjasama yang dilakukan,” katanya.

Bagi kakitangan swasta, Azlina Abdullah, DEIG memberi gambaran jelas berkenaan hala tuju dan masa depan Kerajaan Selangor terutama dari sudut ekonomi dan pelaburan.

azlina affin bank a“Rakyat juga lebih jelas berkenaan objektif Kerajaan Selangor dan sekurang-kurangnya ada pembangunan untuk memacu ekonomi negeri,” katanya.

DIEG diubahsuai daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi melonjakkan Selangor ke arah lebih maju serta berpendapatan tinggi.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut membangunkan Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang menyokong DEIG dengan memfokuskan lima aspek utama iaitu perumahan, pendidikan, infrastruktur, alam sekitar dan kesihatan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

GLC sambut baik penubuhan DEIG

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MEI: Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menyambut baik penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) bagi melonjakkan kemajuan Selangor ke tahap lebih tinggi.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah berkata, ia melambangkan cetusan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan anak syarikat mencapai sasaran diperlukan.

Katanya, tumpuan DIEG kini adalah memberi pulangan munasabah kepada Kerajaan Negeri supaya dapat dikembalikan kepada rakyat.

tuan Haji PKNS a“Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah supaya anak syarikat tidak bekerja secara ‘silo’ sebaliknya bekerjasama untuk mengembangkan aset dan nilai Kerajaan Negeri.

“Kita lihat nilai aset di bawah GLC sebanyak RM25 bilion. Bagaimana kita mahu kembangkan dan ini yang menjadi fokus PKNS dan anak syarikat lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, setiap anak syarikat sudah mula berbincang dan melakarkan aktiviti, proses serta penggabungan yang perlu dilaksanakan supaya matlamat itu dapat dicapai juga memberi pulangan kepada negeri.

“Harapan kita adalah supaya usaha ini dijalankan secara mampan dan keuntungan untuk diberikan kepada rakyat dalam bentuk infrastruktur serta perkhidmatan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzatun Aini Kassim berkata, usaha Kerajaan Negeri memastikan kelangsungan dan pelarasan bagi semua aktiviti di Selangor amat dialu-alukan.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)Katanya, usaha menggabungkan semua GLC di bawah satu kumpulan akan memberi pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri dan memberi manfaat berlipat ganda kepada rakyat Selangor.

“Apabila ia dirangkumkan kepada satu badan dan ada prosedur dalam pelaburan, maka akan membawa pulangan lebih baik kerana duit ini datang kepada Kerajaan Negeri dan dikembalikan kepada rakyat contohnya rumah mampu milik.

“Rakyat juga akan dapat merasai nikmat tinggal di Selangor dan cukai yang dibayar itu kembali berkali ganda daripada apa yang dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ‘mengubahsuai’ MBI yang kini dikenali sebagai DEIG bagi melonjakkan Selangor ke arah lebih maju serta berpendapatan tinggi.

Kerajaan Negeri turut membangunkan Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang menyokong DEIG dengan memfokuskan empat matlamat utama.

-NFN-