Categories
SELANGOR

‘Blue print’ menyeluruh perangi denggi

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUL: Kerajaan Negeri giat menyediakan ‘blue print’ secara menyeluruh dalam usaha membanteras denggi di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan langkah terbaik untuk dilaksanakan.

“Kita sedang laksanakan satu ‘blue print’ yang dibentangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kita gunakan ‘blue print’ ini untuk membanteras denggi.

“Kita sedang teliti dan masih mengumpul segala maklumat mengenai denggi dari A hingga Z,” katanya kepada SelangorKini.

Dr Daroyah mengalukan semua pihak bekerjasama dengannya untuk sama-sama memikirkan langkah terbaik menangani masalah terbabit.

Pada masa sama, Daroyah berkata perlaksanaan program ‘Ekosistem’ baru-baru ini menunjukkan keberkesanaan dengan penurunan kadar denggi khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) dijadikan kawasan perintis melaksanakan program itu iaitu MBPJ, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Program ini kita bahagikan mengikut DUN, yang mana setiap satu DUN diletakkan seorang pegawai untuk dipertanggungjawabkan projek itu.

“Kita memfokuskan tempat-tempat ‘hot spot’. Bagaimanapun, di peringkat MPSJ ia masih belum menujukkan kesan positif ekoran banyak pembangunan sedang berjalan ketika ini,” katanya.

Kerajaan Negeri mengambil tindakan dengan mengarahkan PBT untuk lebih banyak melaksanakan aktiviti ‘larvisiding’ dengan tujuan untuk memutuskan kitaran hidup nyamuk tersebut semasa jentik-jentik.

Sejumlah RM10,000 juga diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor bagi melaksanakan program memerangi wabak denggi di kawasan masing-masing.

Mei lalu, statistik kes demam denggi terus memperlihatkan trend penurunan dari minggu ke minggu walau terdapat kebimbangan apabila bermulanya musim hujan, baru-baru ini.

Sepanjang tahun ini, catatan kes daftar minggu ini (21 Mei) adalah yang terendah iaitu 700 kes yang direkodkan berbanding 1301 kes bagi epid ke-11.

Untuk rekod, epid ke-14 sebanyak 1,189 kes direkodkan dan terus menurun ke epid 15 (1137), epid ke-16 (929), epid ke-17 (892), epid ke-18 (781), epid-19 (732) dan epid ke-20 (700) kes.

EZY

Categories
SELANGOR

47 keluarga mangsa ribut terima sumbangan

OLEH : AFIX REDZUAN

DENGKIL, 10 MEI: Kerajaan Selangor sedia memberikan bantuan baik pulih 47 rumah Kampung Orang Asli Bukit Bajak yang menjadi mangsa ribut pada 7 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata setiap keluarga bakal mendapat bantuan bencana sebanyak RM500 sebagai bantuan awal dan barangan keperluan.

IMG_20160510_162126“Kita memberikan bantuan berupa barangan dan kewangan atas kerosakan bumbung yang berlaku disebabkan ribut.

“NGO Insaf Malaysia biasa membuat rumah untuk Orang Asal dan mereka akan berhubung dengan pejabat Exco Elizabeth untuk melihat kerosakan berlaku dan jumlah kos baik pulih,” katanya.

IMG_20160510_162017Hadir sama Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asal dan Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani.

Tinjauan SelangorKini mendapati kebanyakan bumbung rumah musnah dipukul ribut tempoh hari dan kerosakan paling teruk berlaku di rumah Lengit Rapis.

Tok Batin, Jalil Long dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas kesudian melawat mangsa.

EZY

Categories
SELANGOR

Rujuk WHO, kaji masalah denggi Selangor

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Konsultan dan rundingan pihak berkepentingan mempunyai kepakaran menangani masalah denggi diperlukan bagi mengatasi masalah itu di negeri ini, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Beliau berkata ketetapan itu diperlukan supaya isu itu diselesaikan secara efektif daripada individu mempunyai kepakaran dalam masalah denggi.

AEDES 1“Kita kena panggil pakar dari WHO atau pihak antarabangsa untuk mengkaji masalah denggi sebab inisiatif diambil selama beberapa tahun ini masih belum dapat selesaikan kes ini.

“Jadi ini salah satu saranan apabila pihak mempunyai kepakaran ini datang ke Selangor dan mentafsir masalah denggi di negeri kita,” katanya pada sesi perbahasan isu denggi di Sidang DNS hari ini.

Beliau berkata isu denggi perlu menjadi keutamaan semua pihak dalam mencari penyelesaian terbaik mengatasi masalah denggi di seluruh negeri.

Mengenepikan sentimen politik, isu tersebut juga katanya perlu diselesaikan secara menyeluruh demi manfaat jangka panjang seluruh rakyat.

yb dr d-isnin 1“Adakah kita atasi masalah kekotoran sampah semua? Bagaimana pula dengan masalah pengaliran dan perparitan.

“Dua aspek ini perlu diberi keutamaan supaya masyarakat mendapat kesedaran bersama-sama Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sehingga Februari lalu, sebanyak 7,355 kes termasuk 12 kematian denggi dilaporkan di seluruh Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Inisiatif taska asuhan di tempat kerja bantu pekerja

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Kerajaan Negeri menyambut baik insiatif  diwujudkan pelbagai pihak termasuk syarikat swasta menerusi penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata inisiatif itu memudahkan urusan kebajikan kanak-kanak dan lebih menjimatkan masa pekerja.

DNS 2016“Penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja oleh pihak swasta memudahkan dan membantu ibu bapa.

“Inisiatif ini boleh menjimatkan masa perjalanan mereka ke tempat kerja selain mampu memberikan keyakinan terhadap keselamatan anak-anak mereka.

“Malah, yuran dikenakan lebih rendah dan berpatutan,” katanya menjawab pertanyaan ADN Rawang Gan Pei Nei berhubung statistik pusat taska dan asuhan di seluruh Selangor.

Daroyah berkata sebanyak 14 jabatan melibatkan agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun seluruh negeri menyediakan kemudahan nurseri di tempat kerja.

Jumlah itu meliputi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (1), Majlis Perbandaran Klang (2), Majlis Perbandaran Klang (2), Majlis Perbandaran Subang Jaya (2), Majlis Perbandaran Kajang (1), Majlis Bandaraya Shah Alam (1), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (1), Majlis Perbandaran Selayang (1), Majlis Daerah Hulu Selangor (1) dan di Pejabat SUK (1).

Daroyah berkata kerajaan Negeri juga menerusi program merakyatkan ekonomi Selangor menyediakan program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) dengan bantuan yuran sebanyak RM100 sebulan.

“Kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat di Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan, bantuan yuran RM100 sebulan diberikan kepada taska berkenaan,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Gejala Denggi, 115 tanah lot kosong perlu dibersih

OLEH : DR DAROYAH ALWI

Terdapat 115 tanah lot kosong yang terbiar dan dikenalpasti menjadi antara salah satu faktor peningkatan kes demam denggi di Selangor.

Daripada jumlah tersebut, 64 daripadanya dikenalpasti di Petaling, 11 tanah lot di Gombak, 10 tanah lot di Sabak Bernam, 9 tanah lot di Hulu Selangor dan masing-masing 5 tanah lot di Hulu Langat, Klang, Kuala Langat dan Sepang selain 1 tanah lot di Kuala Selangor yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

DENGGI GRAFIKKerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sama ada jabatan kesihatan mahupun jabatan sisa pepejal agar segera mengambil tindakan ke atas lokasi-lokasi berkenaan kerana dikhuatiri disebalik semak dan rumput yang tinggi, dibawahnya terdapat takungan-takungan air yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Mana-mana pemilik tanah lot yang terlibat akan diberikan notis selama 14 hari untuk melakukan pembersihan.

Notis akan diberikan kepada pemilik melalui 3 cara iaitu serahan secara terus, pos dan notis papan tanda di lot tanah yang terlibat.

Jika dalam masa tersebut, tiada sebarang tindakan pembersihan yang diambil pemilik, PBT berhak mengenakan kompaun selain lokasi tersebut tetap perlu dibersihkan pemilik.

PBT akan bertindak untuk turun melaksanakan pembersihan di kawasan tersebut sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan pemilik dalam tempoh bertenang selama 14 hari daripada hari kompaun dikeluarkan yang kosnya akan dituntut semula kepada pemilik.

Keengganan pemilik untuk melunaskan bayaran pembersihan akan menyukarkan mereka untuk melunaskan cukai pintu dan cukai taksiran di PBT.

Sehingga 7 Mac lalu, lebih 50 peratus iaitu 66 daripada 115 tanah lot kosong berkenaan telahpun dibersihkan.

Orang awam juga boleh melaporkan lokasi-lokasi wabak yang berada di sekitar mereka terus kepada laman facebook Selangor Bebas Denggi ( https://www.facebook.com/selangorbebasdenggi ).

Laman berkenaan juga berfungsi sebagai medium hebahan bagi mempromosikan segala program gotong-royong membenteras denggi yang bakal dilaksanakan.

Dengan wujudnya medium ini, kita mengharapkan penglibatan daripada masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha menurunkan bilangan kes wabak denggi di negeri ini.

* DR DAROYAH ALWI adalah Exco Kesihatan Negeri Selangor

Categories
SELANGOR

Program I-Care pupuk keprihatinan terhadap OKU

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 MAC : Program kemasyarakatan I-Care mencerminkan kesepakatan dan komitmen masyarakat terhadap kebajikan golongan orang kelainan upaya (OKU), kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Beliau berkata, usahasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan Kerajaan Negeri diperlukan bagi memastikan golongan itu tidak tercicir menerima pelbagai manfaat berterusan daripada kerajaan.

Dr Daroyah“Program ini membuktikan sokongan dan dokongan untuk menyantuni golongan OKU tetap berterusan dengan adanya usaha murni seperti ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan padu sama ada dalam bentuk kursus, dana dan peluang untuk melihat masyarakat saling membantu khususnya dari segi aspek kesihatan golongan OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program I-Care, Prihatin dan Penyayang di Dewan Masjid Puncak Alam, di sini tengah hari tadi.

Hadir sama, Yang diPertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan, Ketua Agihan dan Pungutan Lembaga Zakat Daerah Kuala Selangor, Abdul Razak bin Razali.

Program itu merupakan projek kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram (PKM) Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan penglibatan pelbagai agensi badan bukan kerajaan.

I-Care ditubuhkan sejak 2009 menjadi platform berkesan dalam usaha membudaya dan memperkasakan kebajikan masyarakat di Puncak Alam.

Beliau berkata, I-Care juga memperluaskan usaha murni itu dengan melakukan aktiviti ziarah golongan OKU, program lawatan keluarga miskin, ziarah mualaf dan kanak-kanak istimewa.

“Dalam tempoh tujuh bulan, sebanyak 148 buah rumah diziarahi dan bantuan bersama pihak zakat dan agensi dilakukan.

“Hampir separuh daripada ziarah I-Care itu merupakan pesakit kanser dan buah pinggang,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: Program Terjah dan Musnah berjaya tangani denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Program Terjah dan Musnah dilancarkan Kerajaan Negeri pada awal Februari tahun lalu, dianggap berjaya menangani masalah penularan wabak denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berdasarkan statistik dicatatkan selepas program terbabit dijalankan, ia menunjukkan penurunan memberangsangkan secara berterusan.

“Angka wabak denggi dicatatkan di Petaling Jaya sebelum itu adalah 1,025 dan ia menunjukkan penurunan pada 21 Februari menjadi 883 kes diikuti 28 Februari (736), 7 Mac (778) dan 14 Mac (599) malah ia terus mencatatkan penurunan pada 9 Mei (331).

SELCAT Daroyah“Program ini dilancarkan di Petaling Jaya dengan disertai Menteri Besar dan ia memberikan impak kepada proses pembanterasan wabak denggi,” katanya dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupyaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) di sini, hari ini.

Daroyah berkata, program terbabit diteruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas itu secara berterusan di kawasan masing-masing selain program penerangan dan pendidikan kepada masyarakat.

Katanya, kesedaran masyarakat bagi mengatasi masalah itu adalah penting dan setakat ini usaha terbabit diteruskan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Bagaimanapun SELCAT berpandangan program dijalankan masih tidak memuaskan dan membangkitkan program di peringkat PBT berikutan kes dicatatkan tetap tinggi apabila setakat ini dengan 11,201 kes di seluruh negeri.

Daroyah berkata, program di PBT terus dijalankan dan peruntukan disalurkan berdasarkan keperluan.

Mengenai mesyuarat bersama Menteri Kesihatan di Putrajaya, beliau menjelaskan Exco tidak dijemput bagi menghadirinya dan hanya menghantar wakil ke mesyuarat berkenaan.

“Selepas tiga tahun Exco tidak dijemput dan hanya hantar pegawai. Ada tanya kenapa?,” soal Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri hulur sumbangan keluarga guru maut dipanah petir

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Muhammad Farhan Mahsugi, 32, yang meninggal dunia akibat dipanah petir baru-baru ini.

Allahyarham yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Dato’ Harun, Tanjung Karang meninggalkan seorang balu, Nur Faizan Habib, 32, dan dua orang anak berusia lima dan dua tahun.

lawatan keluarga Allahyarham Farhan 1Kerajaan Negeri bersimpati atas kejadian tersebut dan menyumbangkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas yang di sampaikan Daroyah Alwi.

Lawatan itu juga disertai Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB) dan NGO Sinar Ehsan yang turut memeberikan sumbangan sebagai tanda simpati.

Sebelum ini, guru tersebut maut terkena renjatan elektrik ketika bersandar di pintu aluminium dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 bersama empat rakannya sewaktu berteduh daripada hujan selepas menjalani latihan di padang sekolah.

EZY

Categories
SELANGOR

Bank Dunia: Wanita kuasai 53.6% pasaran kerja

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 FEB: Sebanyak 53.6 peratus pasaran kerja di negara ini dikuasai kaum wanita menurut kajian World Bank Study pada 2012, kata Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Kata beliau, Selangor turut memainkan peranannya meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan dengan mewujudkan program Selangor Homemaker.

HEFORSHE 1“Program waktu kerja anjal di kalangan penjawat awam dan anak syarikat milik Kerajaan Selangor bertujuan memberikan sokongan kepada kaum ibu muda yang mempunyai anak kecil menguruskan aktiviti dan keperluan harian disamping memastikan khidmat dan tugasan terbaik kepada majikan.

“Langkah itu menunjukkan komitmen Selangor memastikan tenaga kerja wanita kekal dan terus meningkat dalam pasaran kerja yang mana ketika ini penglibatannya pada kadar 53.6 peratus,” katanya.

Dr Daroyah berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis Pelancaran Kempen #HeForShe Peringkat Selangor di Hotel De Palma Shah Alam di sini, semalam.

Katanya, program Homemaker merupakan penyelesaikan kepada masalah wanita berkelulusan dan skil kerja yang baik tetapi mengambil keputusan berhenti kerja untuk mengurus keluarga masing-masing.

“Malaysia meletakkan sasaran 55 peratus penglibatan wanita dalam pasaran kerja pada tahun 2015.

“Menurut World Bank Study pada 2012, Malaysia mampu mencapai dividen pertumbuhan sebanyak 0.4% setahun dengan penglibatan tenaga kerja wanita lebih tinggi dalam pasaran kerja,” kata beliau.

Katanya lagi, selain meningkatkan golongan wanita dalam sektor pekerjaan, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM3 juta dalam Belanjawan 2016.

Ia bagi program pembangunan wanita di Selangor iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) dengan sasaran golongan ibu tunggal, suri rumah, wanita muda dan wanita berniaga.

EZY

Categories
SELANGOR

Indeks kesaksamaan gender: Malaysia jatuh ke tangga 111 dunia

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 FEB: Berdasarkan The Global Gender Gap Index 2015 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Malaysia jatuh pada kedudukan ke-111 berbanding kedudukan ke-107 pada 2014 daripada 145 buah negara dengan skor kesaksamaan gender sebanyak 0.65.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata skor bagi kesaksamaan gender ini lebih buruk berbanding indikator capaian pendidikan yang memperolehi skor 0.967 mata dan kesihatan 0.969 mata.

“Realiti ini mendukacitakan apabila indikator peluang dan penglibatan ekonomi kaum wanita memperoleh skor 0.63 dengan nisbah wanita kepada lelaki pada 0.59.

HEFORSHE 1“Manakala skor pemberdayaan politik wanita yang amat rendah iaitu 0.05 atau nisbah wanita kepada lelaki hanya pada 0.12,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis Pelancaran Kempen #HeForShe Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, Selangor berusaha meningkatkan pembangunan wanita dalam pelbagai aspek termasuk jati diri, ekonomi, sosial dan politik dengan pelbagai usaha termasuk dengan mewujudkan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Katanya lagi, Analisa Bank Dunia turut mendapati ekonomi di kebanyakkan Negara Asia Pasifik juga meningkat sehingga 18 peratus sekiranya ekonomi kaum wanita di negara terbabit setanding dengan lelaki.

Ketika menyentuh dasar pembangunan wanita di Selangor, Dr Daroyah menjelaskan Kerajaan Negeri menerapkan dasar 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam pentadbirannya.

“Walaupun barisan Exco Kerajaan Negeri masih belum mencapai 30 peratus, namun Selangor merupakan negeri pertama melantik seorang wanita sebagai Speaker Dewan Negeri dan Kerajaan Negeri komited untuk memastikan dasar ini tercapai di masa akan datang,” kata Dr Daroyah lagi.

HEFORSHE 2Tambah beliau, Selangor juga mempunyai 15 Adun wanita iaitu 26.8 peratus wanita berbanding Adun lelaki.

Manakala sebanyak 62 orang Ahli Majlis merupakan wanita dalam kalangan 279 orang Ahli Majlis di Selangor atau 22 peratus.

#HeForShe merupakan kempen sokongan terhadap kesaksamaan gender dianjurkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabilasehingga semalam berjaya mengumpul sebanyak 1.3 juta ‘sign up’ melalui on line.

Dr Daroyah berkata, bagaimanapun setakat ini hanya 1,943 di negara ini menunjukkan solidariti mereka dan beliau menggesa supaya lebih ramai menjayakan sokongan terhadap usaha ini.

EZY

Categories
SELANGOR

PBT diarah agresif pastikan ‘hotspot’ denggi dimusnah

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 JAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta supaya bergerak agresif dalam memastikan kawasan ‘hotspot’ denggi dihapuskan secara berterusan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata hal itu kerana fenomena El Nino yang dijangka melanda negara menyebabkan kes denggi meningkat.

Katanya, cuaca panas, kering dan suhu tinggi yang berpanjangan membolehkan kitaran hidup nyamuk aedes semakin singkat sekaligus meningkatkan populasi nyamuk terbabit.

DENGGI GRAFIK“Semua PBT sudah kita gerakkan. Kita mahu mereka memastikan kawasan ‘hotspot’ antaranya tempat pengumpulan sampah haram, tapak binaan, kedai barangan lusuh dan kereta lama yang tersadai dipantau.

“Pemaju juga dikehendaki membuat semburan kabus di tapak binaan,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Daroyah turut menasihatkan penduduk supaya memastikan kawasan tempat tinggal mereka dalam keadaan bersih.

“Penduduk perlu menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing. Wujudkan sikap gotong-royong bagi menjaga kawasan rumah dan sekitar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata fenomena itu boleh mengakibatkan peningkatan 50 peratus kes denggi.

“Selain itu, suhu panas menyebabkan nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi selain penyebaran virus lebih meluas.

“Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan tabiat vektor dan masyarakat, dan pada tahun ini, ia dijangka berupaya menyebabkan peningkat kes denggi sehingga 50 peratus,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

‘Ekosistem’ perangi denggi di seluruh PBT

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 JAN: Kerajaan Negeri bakal melaksanakan program ‘Ekosistem’ di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha memerangi wabak denggi tahun ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata PBT yang dijadikan perintis ialah di kawasan Petaling dan Hulu Langat.

DENGGI GRAFIK“Kita memilih dua PBT untuk program baru ini. PBT ini nanti dipilih berdasarkan kes denggi yang tinggi.

“Satu ekosistem bagi satu DUN. Ia membabitkan program secara fokus sehingga kes berjaya dianggap selesai,” katanya kepada SelangorKini.

Daroyah berkata ia turut membabitkan pegawai PBT, pegawai kesihatan, ahli Majlis dan ADUN.

“Kita mengarahkan mereka ini berjaga-jaga disamping program kawalan dititik beratkan,” katanya.

EZY