Categories
SELANGOR

Musim panas: Jaga kesihatan, hadkan aktiviti luar elak mudarat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 FEB: Masyarakat diseru mengambil langkah berjaga-jaga berdepan Fenomena Ekuinoks yang dijangka melanda negara menjelang minggu hadapan.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata musim panas melampau itu mampu memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia termasuk menyebabkan kematian akibat serangan strok haba.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Kekurangan air dalam badan akibat musim panas adalah paling bahaya kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba.

“Masyarakat dinasihatkan untuk banyakan pengambilan air dan hadkan aktiviti luar yang terdedah terus kepada cuaca panas,” katanya kepada Selangor Kini.

Fenomena Ekuinoks adalah cuaca panas melampau yang dijangka bermula minggu depan sehingga awal April, terjadi ekoran kedudukan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Fenomena cuaca panas ini menjurus kepada peningkatan suhu antara satu hingga dua darjah Celcius.

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata semua orang berpotensi menjadi mangsa tetapi terdapat kumpulan yang lebih berisiko terkesan dengan perubahan iklim tersebut.

daroyah“Selain orang normal yang terdedah dengan aktiviti fizikal diluar, warga emas, kanak-kanak serta pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang antara juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Daroyah turut mengesa semua sekolah di Selangor mengambil cakna perubahan cuaca ini dengan menghadkan aktiviti pelajar di kawasan terdedah panas.

“Sekolah diharap lebih prihatin kepada pelajar, perhimpunan mingguan buatlah di kawasan yang berbumbung, jangan jemur mereka di bawah panas.

“Begitu juga bagi pendidikan jasmani, pilih sukan yang tidak terdedah kepada panas,” katanya.

Menjelang cuti persekolah pada pertengahan Mac ini, Daroyah turut mengesa ibu bapa merancang percutian dan aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah agar terhindar dari ancaman cuaca panas.

EZY

Categories
SELANGOR

2 keluarga mangsa kebakaran dibantu

KUALA LANGAT 30 JAN: Dua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di sini mendapat perhatian Kerajaan Selangor yang turun padang memberikan bantuan.

1978650_10203660465492546_3485048054576977715_nExco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi dan rombongan turun ke Pejabat Daerah Kuala Langat sebelum melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Turut sama dalam menyampaikan sumbangan itu adalah Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Categories
SELANGOR

Sumbangan RM10,000 bantu pusat terapi autisme

Oleh: AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 27 JAN: Peralatan dan barangan bernilai RM10,000 disumbangkan untuk membantu kanak-kanak autistik agar golongan istimewa itu dapat menjalani kehidupan lebih baik.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri (Letzhop) yang disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

YB Daroyah rasmikan Pusat Autisme di Nouri Selayang (13)Selain bantuan peralatan, Kerajaan Negeri turut menyerahkan sumbangan bernilai RM3,000 bagi tujuan melicinkan operasi pusat jagaan itu yang mula ditubuhkan pada November 2013.

Daroyah berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan ibu bapa untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak autistik melalui terapi berterusan.

“Ramai di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak autistik tetapi tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan bagi mendapatkan terapi yang sepatutnya.

“Dengan adanya pusat jagaan seperti ini yang menawarkan khidmat terapi dengan yuran berpatutan, saya kira ia satu usaha baik dan Kerajaan Negeri memberi sokongan untuk membantu meringankan beban pusat jagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Letzhop di Selayang Paragon, di sini.

Daroyah turut meminta mana-mana pusat jagaan autistik yang layak memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri di bawah stanco kebajikan.

Katanya meskipun bantuan yang diberikan tidak tinggi, namun ia sedikit sebanyak meringankan bagi menampung bilangan kanak-kanak autisme semakin bertambah.

“Kerajaan Negeri tidak menetapkan peruntukan khas sebarang perkara berkaitan kebajikan, tetapi sekiranya ada permohonan kita uruskan secepat mungkin.

“Kita harapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memiliki pusat jagaan seperti ini yang sangat berguna untuk mendidik anak-anak istimewa,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengurus Letzhop Cawangan Selayang, Fakhri Affandi, berkata bantuan itu dapat meringankan beban operasi pusat jagaan berkenaan bagi memberi pendidikan dan terapi sempurna kepada kanak-kanak yang menghidap autisme.

Katanya bantuan peralatan itu sedikit sebanyak mampu merangsang perkembangan kanak-kanak autistik yang memerlukan perhatian dan terapi khusus.

“Setakat ini kami bergerak secara terhad dengan kemudahan yang ada untuk mendidik anak-anak autistik ini dan ada menerima bantuan daripada orang persendirian, syarikat korporat dan terbaru Kerajaan Negeri.

“Kami sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan dan sentiasa mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin tampil membantu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran Kampung Hulu Bernam dibantu

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Selangor sedia maklum mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah rumah yang dihuni 16 orang ahli keluarga di Jalan Besar, Kampung Hulu Bernam dan akan memberikan bantuan yang sesuai kepada keluarga mangsa.

Exco Kebajikan Selangor, Dr Daroyah Alwi dalam satu kenyataan berkata, bantuan akan diberikan secepat mungkin selepas dimaklumkan oleh Pejabat Daerah.

14409_10152478026026762_4144380324043359776_n“Saya sedia maklum. Maklumat diterima daripada Pejabat Daerah dan lawatan akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada Selangor Kini.

Kejadian kebakaran rumah yang berlaku mengakibatkan dua anggota keluarga, Muhamad Azuwanis Ghazali (20 tahun) dan Muhamad Nur Arif meninggal dunia.

Buat sementara waktu, keluarga berkenaan kini tinggal di Balai Raya Kampung Hulu Bernam.

EZY

Categories
SELANGOR

APA KES?: Petugas kaunter JKM kasar, Exco tunggu laporan penuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 NOV: Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi akan meneliti laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berhubung dakwaan layanan kasar terhadap seorang pelanggan oleh petugas kaunter JKM Hulu Langat seperti tersebar di internet.

Pegawai Medianya memberitahu Selangor Kini, laporan itu diperlukan bagi membolehkan suatu tindakan dan ulasan yang adil diberikan kepada semua pihak terlibat.

JKM peduliSementara itu, usaha Selangor Kini mendapatkan reaksi Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Ab Rahman gagal selepas dimaklumkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat penting di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.

Selepas tidak berpuas hati dengan layanan kasar diterimanya, seorang pelanggan yang datang untuk membantu nenek beliau mendapatkan bantuan JKM bertindak mengambil gambar petugas terbabit sebelum memuat naik di laman sosial facebook.

“Aku penjawat awam juga tapi belum pernah layan orang awam macam tu dan sepatutnya kau kerja JKM, namanya pun Jabatan Kebajikan Masyarakat, tak suka tolong orang, baik kau pergi kerja Jabatan Perhilitan aje,” tulisnya.

Tindakan itu mendapat reaksi spontan ribuan pengguna facebook lain dengan melahirkan perasaan marah kepada kakitangan terbabit.

Lebih menarik lagi, apabila salah seorang komentar yang mengaku bekerja di Jabatan Perhilitan dalam komennya menulis “Kami di Jabatan Perhilitan tidak memerlukan kakitangan seperti ini. Sekian.”

Selain itu, kakitangan awam lain turut menjadi mangsa cemuhan orang ramai ekoran dengan pelbagai persepsi negatif.

Antaranya tuduhan beberapa orang pengguna facebook yang mendakwa kakitangan awam hanya pandai meminta bonus sedangkan tidak berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.

Beberapa pengguna facebook lain pula melabelkan kakitangan awam sebagai malas dan tidak berusaha kerana bertugas dengan menggunakan konsep ‘hujung bulan tetap dapat gaji’.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor hulur bantuan RM15,000 mangsa banjir Cameron Highlands

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi membantu mangsa bencana banjir di Cameron Highlands,Pahang.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, peruntukan itu diluluskan dan akan dihantar segera bagi membantu mangsa bencana.

Banjir Cameron Highlands“Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, peruntukan RM15,000 diluluskan untuk bantuan ke sana,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam kejadian banjir dan tanah yang berlaku dua hari lalu mengorbankan tiga nyawa sementara hampir 30 buah keluarga dipindahkan daripada kediaman mereka.

Kejadiaan ini dipercayai berpunca daripada pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar ditambah dengan taburan hujan yang tinggi kebelakangan ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Mesra Sihat Selangor pastikan rakyat dapat pemeriksaan terbaik

Oleh: LIZAWATI MADFA

AMPANG, 19 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan program Mesra Sihat Selangor bagi memastikan rakyat mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan konsisten.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi berkata program turun padang itu akan dilaksanakan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di setiap daerah.

Program PEKAWANIS (11)Katanya, lebih istimewa, program juga akan disertai isteri-isteri ahli dewan undangan negeri dan Menteri Besar melalui PEKAWANIS.

“Antaranya juga, kita akan adakan ziarah medik iaitu lawatan ke rumah-rumah pesakit terlantar seperti penghidap ‘stroke’, warga tua dan sebagainya untuk pemeriksaan kesihatan di samping menghulur bantuan yang diperlukan.

“Kita yakin dengan adanya lawatan sedemikian, lebih-lebih lagi dikunjungi isteri Menteri Besar, pastinya ini memberi semangat dan dorongan kepada pesakit,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu beliau hadir dalam majlis penyampaian sumbangan Deepavali daripada PEKAWANIS yang disempurnakan pengerusinya yang juga isteri Menteri Besar, Shamsidar Taharin.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata beliau turut merancang pelbagai program tambahan melalui ‘portfolio’ yang dijawatnya di samping menambah baik program sedia ada.

“Seperti program wanita, Pusat Wanita Berdaya (PWB) itu akan dikekalkan namun dilakukan penstrukturan semula bagi mencapai objektifnya.

“Antaranya, jawatan penyelia PWB akan dikekalkan dengan skop lebih besar dengan bidang kerja lebih luas dan akan ditempatkan di pejabat DUN untuk memudahkan urusan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Perbesarkan Klinik Kesihatan Kapar, sesak tampung 70,000 penduduk

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kerajaan Pusat digesa supaya mempercepatkan proses pembinaan sebuah klinik kesihatan yang lebih besar dan lengkap dengan kemudahan mencukupi di Kapar.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi hal itu kerana Klinik Kesihatan Kapar yang sedia ada sesak ekoran terpaksa menampung kira-kira 70,000 penduduk dari kawasan sekitar.

DaroyahBeliau berkata walaupun pembinaan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10), namun pihak kementerian masih mencari lokasi yang sesuai.

“Walaupun pembinaan sebuah klinik kesihatan yang lebih besar dan lengkap diluluskan dibawah RMK10, pihak kementerian sedang mencari lokasi yang sesuai sebagai penempatan sementara sebelum Klinik Kesihatan 3 modelTeja siap dibina.

“Dua lokasi telah dikenalpasti dan dalam proses untuk memastikan segala prosedur dapat diikuti selain selamat untuk digunakan.

“Kita berharap supaya kementerian dapat mempercepatkan segala proses agar kepentingan rakyat sentiasa diberi perhatian dan menjadi keutamaan,” katanya menerusi laman sosial Facebook selepas mengadakan lawatan bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), semalam.

Terdahulu, Daroyah turut berkesempatan melawat Klinik Desa Padang Jawa yang dikosongkan sejak akhir tahun 2013 bagi memberi ruang kerja-kerja proses menaik taraf.

Klinik yang menerima jumlah pesakit harian sekitar 60 hingga 80 orang itu dipindahkan sementara ke Balai Raya JKKK Padang Jawa sehingga bangunan asal siap dinaik taraf.

Selain itu, beliau turut melawat Klinik Kesihatan Taman Medan bagi meninjau situasi padat dan keadaan sebenar klinik terbabit.

“Sebagai klinik kesihatan gred 3, ia sepatutnya memberi perkhidmatan kepada 50,000 penduduk sekitar, tetapi klinik kesihatan ini memberi perkhidmatan kepada 350,000 penduduk sekitar dari kawasan Petaling Jaya.

“Dengan kapasiti sedia ada klinik ini terpaksa menampung jumlah pesakit harian mencecah 800 hingga 1,000 pesakit.

“Bagi mengurangkn kesulitan itu, pihak JKNS meluluskan tambahan bangunan dua tingkat yang akan mula dibina pada Disember tahun ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

1,000 peserta sertai Walk-a-Payung sokong pesakit SLE

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA 19 MEI : Kira-kira 1000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam Program Walk-a-Payung sebagai tanda sokongan kepada pesakit Systemic Lupus Erythematoses (SLE) sempena sambutan Hari Lupus Sedunia.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata program disertai ahli keluarga, rakan dan sukarelawan itu memerlukan mereka berkumpul beramai-ramai dengan memakai baju ungu dan berpayung bagi memberi semangat kepada pengidap SLE.

20140518_091724Beliau berkata meskipun penyakit berkenaan kurang dikenali masyarakat berbanding penyakit kronik lain di Malaysia, namun potensinya mampu menjadi serius sekiranya penghidap tidak berjaya mendapatkan rawatan awal.

“Kita berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer sambil berpayung sebagai memberi gambaran kepada masyarakat umum tentang masalah “photosensitivity” di kalangan pesakit SLE.

“Kita juga menjelaskan kepada umum tentang sensitiviti kulit pengidap SLE ini jika terdedah dengan pancaran UV dari cahaya matahari,” katanya semasa merasmikan program tersebut di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya.

SLE atau Lupus adalah salah satu gangguan sistem imun di mana sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Ia melibatkan banyak bahagian tubuh seperti sendi, kulit, buah pinggang, jantung, paru-paru, saluran darah dan otak.

Daroyah berkata program anjuran Persatuan SLE Malaysia itu seharusnya diberi pujian kerana ia bertujuan memberi kesedaran awal kepada masyarakat.

“Kewujudan kita sebagai kumpulan sokongan ini adalah penting untuk kita sama-sama cuba berkongsi rasa akan kesensaraan mereka yang mengidap,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pesakit bertambah, segerakan bina hospital baru di Tg Karang dan Kapar

Oleh: Asri Sapfie

TANJONG KARANG 16 MEI: Kerajaan Pusat digesa mempercepatkan pembinaan hospital baru di Kapar dan Tanjung Karang berikutan peningkatan pesakit di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, projek pembinaan itu bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IMG_1365aKatanya, ia disebabkan di daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor yang hanya mempunyai dua buah hospital yang tidak cukup bagi menampung pesakit.

“Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak seluas 50 ekar di Kapar bagi memastikan projek hospital di kawasan itu dapat disiapkan segera,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, hospital yang sedia ada di Tanjung Karang hanya menempatkan pesakit yang mengalami kes ringan manakala bagi kes penyakit kritikal mereka terpaksa dibawa ke Hospital Sungai buloh dan Hospital Klang yang lebih jauh.

“Kita masih menunggu dana dari pihak Kementerian Kesihatan walaupun proses pecah tanah telah dilakukan,” kata beliau ketika ditemui SelangorKini.

IMG_1335aDr Daroyah juga dalam lawatan itu turut beramah mesra dengan 30 pesakit yang terdiri daripada pesakit kanak-kanak, wanita bersalin dan juga pesakit lelaki sambil menyalurkan sumbangan kerajaan negeri berbentuk hamper makanan kepada setiap pesakit.

Beliau berharap semua hospital sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama bagi membolehkan wakil rakyat kawasan mudah untuk mendekatkan diri dengan pesakit dengan mengadakan lawatan-lawatan seperti ini.

Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pengarah Hospital Tanjung Karang Dr. Zamri Saim.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Usaha dipergiat tangani wabak denggi

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 25 FEB : Kerajaan Selangor komited memerangi wabak Denggi dengan menggerakkan seluruh agensi terlibat untuk bekerja keras mengekang wabak itu dari terus menular di negeri itu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata usaha yang digembeleng bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dipantau dan bincangkan dalam mesyuarat mingguan.

daroyah aedes“Menerusi mesyuarat itu, kami terima laporan berhubung status kes denggi terkini daripada JKNS dan laporan tindakan yang diambil semua PBT dalam menangani kes-kes denggi ini kawasan mereka.

“Dalam mesyuarat itu, kita juga bincangkan usaha dan tindakan seterusnya bagi memerangi wabak ini,” jelasnya ketika dihubungi Selangorkini.

Daroyah berkata usaha yang diambil Kerajaan Selangor itu sekaligus membidas tohmahan yang dilemparkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang mendakwa kononnya agensi kerajaan negeri khususnya PBT tidak memberi kerjasama sebaiknya dalam menangani masalah denggi.

Subramaniam juga dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil alih peranan PBT dalam mengawal penularan wabak denggi.

“Dakwaan menteri itu sama sekali tidak benar, kesemua 12 PBT di Selangor telah bekerja keras selama tiga bulan ini.

Gempur Aedes 01“Pelbagai program pencegahan Aedes dilakukan termasuk kempen kesedaran kebersihan kepada orang awam dan menganjurkan gotong-royong bersama penduduk di ‘hot spot’ yang dikenalpasti,” katanya.

Daroyah berkata, KKM tidak sewajarnya menjadikan angka peningkatan kes denggi di Selangor sebagai modal untuk menghukum kononnya Kerajaan Selangor tidak serius membendung wabak denggi.

“Statistik Selangor tinggi (kes Denggi) adalah kerana Selangor ini negeri tumpuan. Lembah Klang sebagai kawasan urban dengan populasi penduduknya yang padat sudah tentu jumlah sampahnya juga lebih daripada tempat lain.

“Biarpun statistik tinggi, Selangor berjaya mengatasi kes kematian akibat denggi. Sebagai contoh 2013, Selangor mencatatkan lebih 24,000 kes Denggi tetapi berjaya meminimakan angka kematian.

“Berbanding tempat (negeri) lain, kesnya rendah tetapi angka kematiannya jauh lebih tinggi dari Selangor. Ini bermaksud Selangor berjaya tangani kes denggi dengan baik,” jelasnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor terus ‘gempur’ wabak denggi

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Negeri akan menggerakkan kempen ‘Ayuh Gempur Aedes Khas’ ke Kajang bagi membasmi lokaliti pembiakan nyamuk Aedes di sana yang merupakan salah satu lokaliti hot spot di Selangor.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata perlaksanaan kempen yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac itu sekaligus bertujuan mengekang penularan penyakit demam denggi.

daroyah aedesKatanya, langkah memilih Kajang juga bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada bulan hadapan dengan mengambil kira kebanjiran ribuan orang awam dari seluruh pelusuk negara.

“Kempen pencegahan ini kita anjurkan bagi memelihara kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan.

“Kita juga tidak mahu orang awam yang yang datang bertugas sebagai petugas pilihanraya tidak kira dari belah parti mana sekalipun, pulang ke negeri asal masing-masing dengan membawa wabak denggi dari Kajang,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Exco.

Pada masa sama, beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama beberapa lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah mengenalpasti lokaliti-lokaliti pembiakan nyamuk Aedes di sekitar Kajang.

“Hasil lawatan, dilihat terdapat banyak projek-projek pembinaan yang sedang giat beroperasi di Kajang termasuk pembinaan projek sistem pengangkutan bandar dan Aliran Transit Massa (MRT).

“Tapak-tapak ini dilihat sebagai lokasi hot spot pembiakan nyamuk Aedes di sana.

“MPKj akan mengenalpasti dan terus memantau tapak pembinaan ini, selain itu notis atau arahan pembersihan akan diberikan demi memastikan lokaliti ini dalam keadaan baik dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes,” katanya lagi.

Sehingga 8 Februari tahun ini, Daerah Hulu Langat mencatatkan kes daftar denggi kedua tertinggi iaitu sebanyak 1784 kes selepas Daerah Petaling sebanyak 2,738 kes.

EZY