Categories
AGENDA NASIONAL

Zoo Negara boleh bertahan tiga bulan tanpa pengunjung

SHAH ALAM, 3 JUN: Operasi Zoo Negara hanya bertahan dalam tempoh dua hingga tiga bulan tanpa pengunjung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 Jun.

Timbalan Presiden Zoo, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pihaknya masih mampu menampung kos makanan haiwan serta gaji, namun terpaksa mengehadkan bilangan kakitangan bekerja lebih masa.

“Kerja lebih masa hanya dibenarkan kepada kakitangan yang perlu membuat pemantauan 24 jam terhadap anak panda Liang Liang yang dilahirkan Isnin lepas.

“Selain itu bekalan makanan haiwan masih mencukupi tetapi tidak boleh dicatu kerana boleh menjejaskan kesihatan haiwan,” lapor portal Kosmo! hari ini.

Pada 14 April tahun lepas Zoo Negara menerima sumbangan berjumlah RM1 juta daripada pelbagai pihak untuk menampung kos operasi.

LAPORAN KHAS:Percutian mewah 2 ekor panda

SINOPSIS

Panda Fu Wa dan Feng Yi..

Selamat Datang ke Malaysia bagi menikmati percutian mewah selama 10 tahun .

Berapa pula kos yang Malaysia (rakyat Malaysia) kena tanggung?

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

KUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin terhadap dua panda dengan memberi tempat tinggal istimewa mewah dan berhawa dingin, tetapi sanggup mengusir dan merobohkan rumah rakyat.

Suasana cemas itu berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.

Najib pandaSetiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.

Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.

“Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

“Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari ini (9 Jun) gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat,” dakwa Rozan.

chubadak3Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.

“Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.

“Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

Kawasan eksibit khas untuk panda berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

“Perkara ini membabitkan banyak prosedur dan perjanjian yang perlu diteliti, sudahlah pembayaran pampasan tidak adil, datang pula secara kasar dan tidak menghiraukan nyawa kanak-kanak apabila tetap merobohkan bahagian depan rumah,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Categories
NASIONAL

Penduduk tunggu berbelas tahun untuk dapatkan hospital, tapi Panda 2 tahun?

SHAH ALAM 23 MEI: Penduduk Sepang terpaksa menunggu berbelas-belas tahun janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan hospital tetapi masih tidak ditunaikan.

“Kami penduduk daerah Sepang amat terkilan kerana hanya dengan perancangan mengambil masa dua tahun sahaja Kerajaan Pusat dapat mengeluarkan dana jutaan ringgit membawa dan menyediakan infrastruktur hanya untuk dua ekor panda.

Panda-gergasi“Sedangkan saya dan penduduk daerah Sepang sudah belasan tahun menanti janji-janji kerajaan bagi mendirikan Hospital Daerah Sepang,” tulis seorang pembaca dipetik Harakahdaily yang menggelarkan Zahar KLIA2.

Beliau menambah, terbukti panda didahulukan dan rakyat dibelakangkan, terima kasih BN.

Pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi Rabu lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dengan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Sebanyak RM70 juta wang rakyat perlu digunakan untuk menanggung beban kos dua ekor panda China dalam tempoh 10 tahun.

Dengan kehadiran dua ekor panda itu, bermakna Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan untuk tempoh 10 tahun.

Perkara itu dilaporkan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, pada 15 Jun 2012.

Dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara membabitan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar bagi menempatkan pasangan panda berkenaan.

Dilaporkan, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

EZY

Categories
NASIONAL

Kehadiran Fu Wa, Feng Yi dikecam warga laman sosial

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 MEI: Ketibaan pasangan panda dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun mendapat pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat serta pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama di laman sosial.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat sekali lagi melakukan pembaziran melampau dengan membayar sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

hannahyeohSpeaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dalam twitternya menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selalu ‘berdiam diri’ dalam menyelesaikan pelbagai isu di negara ini tetapi begitu ‘terbuka’ dan ‘teruja’ untuk menamakan pasangan panda berkenaan.

“Perdana Menteri kita selalu berdiam diri dalam pelbagai isu teras di negara ini tetapi tiada masalah untuk bercakap berkenaan panda dan menamakan mereka. Mengapa beliau bertindak begitu?” soalnya di twitter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kapayan, Dr Edwin Bosi dalam twitternya pula menyelar kerajaan BN yang mampu membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar harga pinjaman panda dari China tetapi rakyat miskin di Sabah terus diabaikan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula secara sinis berkata, “Janganlah kutuk panda, bukan salah dia. Kutuk menteri yang belanja duit rakyat,” tulisnya di twitter.

Najib pandaSelain twitter, Facebook milik Najib turut dipenuhi dengan komen dan pendapat orang ramai yang kebanyakannnya meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan kerajaan kerana disifatkan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Seorang pengguna, Nazarul Mohd Syafiq, berkata kebanyakan Perdana Menteri yang pernah memerintah Malaysia masing-masing ada membawa kemajuan kepada negara berbanding Najib yang hanya membawa panda berharga jutaan ringgit.

“Perdana Menteri dulu memerintah ada bangunan pencakar langit, lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan pelbagai lagi tetapi bila Najib memerintah (beliau) hanya ada panda berharga jutaan tinggit yang tiada manfaat kepada rakyat langsung,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Deep Six Malay berkata, “panda di zoo disusukan, rakyat sendiri mati kelaparan.”

Dengan kehadiran dua ekor panda itu, dianggarkan Malaysia akan menangung beban kos RM70 juta selama 10 tahun untuk menjaga haiwan terbabit.

Perkara itu dilaporkan seperti dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, pada 15 Jun 2012.

Panda-gergasiUntuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara membabitkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Dilaporkan, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), manakala bakinya oleh kerajaan.

Pasangan panda berkenaan tiba di terminal MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dan ia diterbangkan dengan penerbangan khas dari China dengan menggunakan pesawat yang dihiasi gambar panda.

Jika dua panda itu membiak, Malaysia perlu membayar China RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda berkenaan untuk tempoh dua tahun sahaja.

-NFN-

Categories
NASIONAL

10 tahun tanggung kos Panda RM70 juta, rakyat tidak dapat manfaat

SHAH ALAM, 22 MEI: Sebanyak RM70 juta wang rakyat perlu digunakan untuk menanggung beban kos dua ekor panda China dalam tempoh 10 tahun.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dengan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

pandas2“Keputusan membawa Panda yang kononnya atas dasar setia kawan serta pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, ia tak lebih sekadar hiburan,” katanya dipetik Keadilan Daily

Dengan kehadiran dua ekor panda itu, bermakna Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan untuk tempoh 10 tahun.

Perkara itu dilaporkan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, pada 15 Jun 2012.

Dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara membabitan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar bagi menempatkan pasangan panda berkenaan.

Najib pandaDilaporkan, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

“Kita sangat pelik mengapa kerajaan sanggup membazirkan puluhan juta ringgit hanya untuk meminjam pasangan panda ini dari China,” kata Yahya.

Pasangan panda berkenaan tiba di terminal MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , semalam (21 Mei) dan diterbangkan dengan penerbangan khas dari China menggunakan pesawat yang dihiasi gambar panda.

Jika dua panda itu membiak, Malaysia perlu membayar RM2 juta kepada China dan hanya boleh menyimpan bayi panda terbabit untuk tempoh dua tahun sahaja.

Categories
NASIONAL

RM25 juta untuk Panda tak masuk akal ketika rakyat disuruh berjimat

SHAH ALAM 7 APRIL: Tindakan Kerajaan BN membawa dua ekor panda dari China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan pembaziran berulang

Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari berkata, pembaziran itu jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Najib panda“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.

“Kerajaan kononnya nasihati rakyat supaya bejimat cermat, tetapi dalam masa sama membawa panda dengan harga RM 25 juta. Itu menunjukkan satu contoh bahawa kerajaan ini tidak berjimat langsung, ” katanya dipetik Keadilan Daily.

Kata Yahya, tindakan itu jelas merupakan keputusan kurang bijak apabila melibatkan kos terlalu tinggi, sedangkan pulangannya belum tentu berhasil.

“Saya tidak nampak perbelanjaan RM25 juta ini akan memberikan pulangan kerana hanya melibatkan 2 ekor panda dan tidak semua orang akan menyumbang dan berbelanja untuk ini.

“Ini satu contoh pembaziran yang diulang-ulang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel sebelum ini berkata Malaysia menerima kehadiran dua panda gergasi berkenaan dari Chengdu, China pertengahan bulan ini.

Pasangan panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi itu akan dipinjam selama 10 tahun dan diletakkan di Kompleks Giant Panda di Zoo negara.

Manakala kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta. Daripada jumlah itu, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.