Categories
SELANGOR

Selangor harap Pelan Induk Perindustrian, Pengangkutan Awam pacu pertumbuhan ekonomi

SINGAPURA, 10 MEI : Selangor, yang sedang memuktamadkan Pelan Induk Perindustrian dan Pengangkutan Awamnya, berharap kedua-duanya dapat menjadi pemangkin bagi memacukan lagi pembangunan ekonomi negeri itu.

Pelan induk itu dijangka selesai dalam masa dua bulan, bukan sahaja memudahkan tetapi juga menyediakan hala tuju bagi sektor disasarkan yang menjadi tumpuan Selangor dalam menggerakkan enjin pertumbuhan ekonominya.

Selangor majuPengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Dato’ Teng Chang Kim, berkata pelan induk itu buat permulaannya akan berfungsi sebagai pelan pembangunan lima tahun dan akan dikaji semula apabila perlu.

“Seperti yang anda tahu, kami menumpukan kepada lima kluster, iaitu sains hayat, makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan dan mesin dan peralatan.

“Pelan induk ini secara dasarnya menentukan strategi dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan seterusnya sektor-sektor ini,” katanya kepada Bernama, di luar acara mesyuarat meja bulat mengenai “Selangor The Economic Powerhouse” (Selangor Kuasa Besar Ekonomi), yang diadakan di sini, semalam.

Teng mengetuai misi pelaburan negeri itu selama dua hari ke republik ini bermula Isnin.

Mengenai sektor berpotensi, beliau berkata negeri itu menumpukan kepada bioteknologi di bawah kluster sains hayat serta aeroangkasa di bawah kluster peralatan pengangkutan.

Mengulas mengenai sama ada pertumbuhan perlahan ekonomi global sekarang akan menjejaskan minat pelaburan di negeri itu, beliau berkata Selangor masih optimistik bagi suku pertama.

“Walaupun angka suku pertama belum lagi keluar, kami sangat agresif berbanding sebelum ini, pergi ke bandar raya berpotensi di seluruh dunia dalam usaha menarik pelaburan ke Selangor,” katanya dipetik BERNAMA.

Setakat ini, misi perdagangan Selangor diadakan di Australia, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu serta Korea Selatan, meliputi 11 bandar raya secara keseluruhan, dan sebanyak 24 bagi tahun ini.

Sejak penubuhan Invest Selangor Bhd, agensi penggalakan pelaburan negeri pada 1999, Selangor setakat ini telah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM130.7 bilion.

Turut menyertai misi itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari.

 

FORUM Pekerja Asing : Keperluan atau permintaan – Bahagian 1

Isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh, apakah kepentingannya terhadap Malaysia dari sudut ekonomi dan apakah pula kesan sosialnya?

Categories
SELANGOR

Selangor cemerlang penyumbang utama KDNK 22.4%

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 21 FEB: Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah 22.4 peratus berdasarkan statistik semasa dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata kecemerlangan Selangor itu diikuti Kuala Lumpur dan Sarawak sementara negeri lain menyumbang tidak melebihi 10 peratus.

yb teng cny“Mengikut perangkaan mutakhir diumumkan Jabatan Perangkaan, Selangor menyumbang 22.4 peratus KDNK negara sementara Kuala Lumpur menyumbang 15.1 peratus dan Sarawak 10.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Selangor di Dataran Petaling Jaya.

Katanya, kecemerlangan itu turut diiringi dengan kejayaan Selangor yang bakal meletakkan diri dalam peta aeroangkasa sedunia dalam tempoh terdekat.

Beliau mengharapkan kedatangan Tahun Baru Monyet Api tahun ini membawa tuah kepada Selangor dalam mengharungi cabaran ekonomi tidak menentu selain meminta rakyat terus memberikan sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
NASIONAL

OCBC: Inflasi meningkat, RM4.59 sedolar menjelang Disember

KUALA LUMPUR 23 JAN: OCBC Bank mengunjur pertumbuhan ekonomi negara tumbuh 4.7 peratus bagi 2016 lebih rendah berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pakar Ekonomi OCBC Bank, Selena Ling, berkata Malaysia dijangka terus terpengaruh dengan faktor luaran seperti tahun lalu.

“Kami menjangka cerita sama untuk Malaysia tahun ini, ekonomi akan perlahan disebabkan kelemahan harga minyak, ketidaktentuan ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi China,” katanya dipetik Astro Awani.

Krisis ekonomiKatanya, OCBC menjangka ringgit mungkin mencecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember.

Katanya, menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

Belaau berkata OCBC turut menjangka berlaku kenaikan inflasi disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit ke atas barangan diimport.

“Ringgit yang kekal rendah, bermakna akan ada inflasi yang ‘diimport’. ”

“Perniagaan yang meneroka pasaran baru di negara luar juga terdedah kepada turun naik ringgit dan ini menghapuskan banyak marjin keuntungan mereka,” kata Ling.

EZY

Categories
NASIONAL

Malaysia terus diancam penurunan rating, dasar ekonomi Najib sia-sia

SHAH ALAM 11 JAN : Pendekatan ekonomi konvensional Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat sia-sia apabila agensi penarafan kewangan dunia Moody’s Investors Service menurunkan prospek ekonomi negara daripada ‘positif’ kepada ‘stabil’.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata walaupun Najib tunduk kepada tekanan agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar ekonomi anti-rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penghapusan subsidi, namun ia gagal menghalang Moody’s dari menurunkan prospek unjuran ekonomi negara.

rafizi ekonomiKatanya, pendekatan ekonomi diambil Najib tidak berjaya dan tidak berkesan selagi ia tidak menangani barah utama ekonomi negara iaitu rasuah, tatakelola yang lemah dan tiadanya amanah.

“GST dilaksanakan selama lebih sembilan bulan dan lebih RM30 bilion dikutip dari rakyat.

“Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat dihapuskan semuanya termasuk subsidi petrol dan diesel,” katanya dalam kenyataan media.

“Beliau juga memotong peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.

“Malangnya, semua dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda.

“Mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody’s dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil,” katanya.

Moody’s hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3 dan menukar prospek kepada stabil daripada positif.

Dalam satu kenyataan, Moody’s berkata ia juga mengesahkan penarafan tidak bercagar senior A3 kepada sijil amanah dolar AS yang diterbitkan oleh Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, perantara tujuan khas ditubuhkan Kerajaan Malaysia.

Perkhidmatan Pelabur Moody hari ini menyemak semula unjuran negara Malaysia daripada ‘positif’ kepada ‘stabil’ dan mengesahkan penerbit Kerajaan Malaysia dan penarafan bon tidak bercagar kanan di A3.

Moody’s berkata sijil amanah ini dianggap obligasi langsung kerajaan Malaysia dan penarafan ini secara automatik mencerminkan perubahan kepada penarafan negara Malaysia.

Mengenai langkah penarafan, Moody’s mengesahkan penarafan instrumen bagi hutang tidak bercagar senior yang diterbitkan Khazanah Nasional Bhd pada A3.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

2016: Keadaan bertambah parah sebelum pulih

Oleh: Liew Chin Tong

Kita kini sedang berhadapan saat yang amat luarbiasa. Malaysia sedang dilanda ‘ribut badai’ yang cukup dahsyat dari segi politik dan ekonomi.
Tanda-tanda perubahan yang seolah-olah hanya boleh berlaku “sekali dalam senggang generasi”, kalau pun tidak “sekali dalam seumur hidup” semakin kelihatan.

Besar kemungkinan, keadaan bakal menjadi lebih parah pada 2016 sebelum perubahan kita kecapi.

1996 adalah tahun terakhir rakyat Malaysia menikmati kegembiraan yang benar-benar dirasai apabila kemajuan serta kemudahan hidup dikecapi tanpa henti. Krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997 memusnahkan semua yang dikecapi. Saya baru mencapai usia 19 pada 1996.

Generasi seangkatan saya meninggalkan alam persekolahan dengan impian serta cita-cita yang tinggi menggunung, namun terperangkap dalam krisis, kebuntuan serta laluan sukar; senario yang terus menghantui Malaysia sehingga ke hari ini.

Di mana jua di dunia ini, politik dan ekonomi sentiasa memiliki perkaitan yang rapat. Begitu juga Malaysia. Kontradiksi dalam ekonomi lazimnya merupakan akibat langsung permasalahan struktur politik dan institusi negara.

Begitulah juga faktor-faktor ekonomi dan kewangan global menambah buruk lagi konflik politik di kalangan elit pemerintah.

NILAI RINGGITTiada sebarang perubahan besar sejak krisis yang lalu. Ekonomi Malaysia terus dibebani budaya merentir (rent-seeking) dan amalan rasuah yang terus meresap menjadi sebahagian dari sistem, kebergantungan tinggi terhadap buruh asing tidak mahir, dan terlalu bergantung kepada sumber minyak dan gas, komoditi dan juga sektor hartanah.

Sektor pembuatan menderita akibat “penyakit Belanda“ (Dutch disease) de-industralisasi awal (premature de-industrialization).

Kemahiran, gaji serta produktiviti yang rendah membentuk kitaran buruk yang mencirikan ekonomi Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Dengan latar belakang tersebut, Malaysia terus bergelut meredah tahun-tahun mendatang bermula sejak krisis kewangan global 2008 yang mana persekitaran pinjaman murah dan mudah lahir akibat dasar-dasar kewangan tidak konvensional yang dilakukan oleh Bank Negara Amerika Syarikat.

Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), sektor swasta dan juga isi rumah keseluruhannya terlibat mengumpul hutang yang akhirnya menjadikan negara – secara kolektif – amat terdedah kepada perubahan iklim ekonomi dan kewangan global.

Sebagai contoh, hutang isi rumah di Malaysia pada 2015 menghampiri 90 peratus daripada KDNK. Satu perempat daripada hutang isi rumah tersebut terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan – suatu petanda bahawa isi rumah membuat pinjaman untuk kegunaan harian mereka.

Empat isu yang bakal mencorakkan 2016

Harga minyak, GST, harga komoditi dan nilai matawang adalah empat faktor utama yang bakal mencorakkan politik Malaysia menjelang 2016.

Pertama, trend harga minyak yang tinggi sejak perang Iraq 2003 (yang memuncak pada 2008 disebabkan Krisis Kewangan Global dan berterusan sehingga Amerika Syarikat melonggarkan dasar kewangannya pada tahun 2009) kini secara rasmi telah berakhir.

Semasa Bajet 2015 dibentangkan Oktober 2014, Brent (istilah rujukan harga minyak) dianggarkan pada kadar USD 105 setong. Kerajaan terpaksa menyesuaikan bajet pada bulan Januari 2015 untuk membawa anggaran harga Brent kepada USD 55. Bajet 2016 menganggarkan Brent adalah kira-kira pada kadar USD 48, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai terlalu optimistik.

Perdana Menteri Najib Razak memulakan ucapan bajet beliau pada 23 Oktober 2015 yang lalu dengan mengakui bahawa hasil petroleum adalah berjumlah RM62 bilion pada tahun 2014, dan dijangka RM 44 bilion pada tahun 2015 manakala jangkaan 2016 sebanyak RM 31.7 bilion.

Penurunan hasil minyak yang mendadak mengekang keupayaan kerajaan untuk mengagihkan pemberian kepada projek-projek UMNO dan lobi kontraktor mereka, hal ini pada satu tahap akan mengakibatkan pemberontakan dalaman terhadap kepimpinan UMNO itu sendiri.

Bagi rakyat biasa pula, kejatuhan hasil minyak bermakna penurunan perkhidmatan kerajaan untuk rakyat, pada masa sama rakyat akan berhadapan lebih banyak cukai yang bakal dikenakan.

Kedua, masalah yang dikaitkan dengan GST. Apabila menggariskan permasalahan berkaitan hasil minyak, Najib – dalam masa yang sama – berkata bahawa hasil kutipan daripada GST telah membantu untuk menampung sebahagian besar daripada kekurangan kewangan yang dihadapi.

tolak gst 5“Berdasarkan pengiraan Kerajaan untuk 2016, jika GST tidak dilaksanakan dan kita terpaksa bergantung kepada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST), hasil Kerajaan akan menjadi lebih rendah iaitu sebanyak RM21 bilion. Jika SST dikekalkan, kutipan akan menjadi hanya RM18 bilion berbanding hasil GST sebanyak RM39 bilion.”

Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia kini dikenakan cukai yang lebih sebanyak RM21 bilion yang secara langsung akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan kuasa beli bagi sesebuah keluarga.

Keadaan ini turut bermaksud penguncupan terhadap aktiviti ekonomi domestik dan potensi pengurangan kutipan cukai korporat oleh Kerajaan – satu keadaan ibarat menabur pasir ke dalam periuk.

Di Malaysia, lebih daripada 60 peratus keluarga dikelaskan sebagai berpendapatan rendah dan menerima pemberian BR1M. Kini buat pertama kalinya dalam hidup, mereka terpaksa membayar cukai. Keadaan ini akan akan mengakibatkan kesan politik yang besar.

Ketiga, harga komoditi yang rendah. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa harga minyak sawit adalah lebih terikat dengan nasib pilihan raya UMNO berbanding minyak itu sendiri.

UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013 yang lalu. 73 daripadanya adalah di Semenanjung manakala 35 daripada 73 kerusi tersebut terutamanya yang terletak di daerah separa bandar dari negeri-negeri pantai barat, adalah kerusi marginal.

Peralihan (swing) 10 peratus undi kepada pembangkang akan menamatkan riwayat UMNO dari tampuk kuasa. Minyak sawit adalah satu juzuk utama dari aspek ekonomi di kawasan-kawasan kerusi marginal. Minyak sawit juga merupakan komoditi politik yang penting di kubu kuat UMNO yang masih wujud ini kerana mereka diperkaya oleh Skim FELDA.

Minyak sawit dan harga komoditi yang lain adalah tinggi pada tahun-tahun pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013, yang memberi jaminan sokongan separa bandar dan luar bandar kepada UMNO. Fenomena harga minyak tinggi ini tidak lagi wujud.

Keempat, penurunan nilai mata wang. Ringgit telah menjunam sebanyak hampir satu perempat berbanding dolar AS pada tahun lalu. Jika ekonomi AS menjadi bertambah baik, kemungkinan akan memberikan kesan positif ke atas eksport Malaysia.

Tetapi Malaysia hanyalah salah satu daripada negara pengeksport yang terpaksa bersaing untuk mengeksport ke Amerika Syarikat dan juga bersaing untuk menurunkan nilai mata wang mereka.

Di samping itu, bakal peningkatan dalam eksport tidak akan mampu mengimbangi kemerosotan dalam jangkaan penyusutan nilai Ringgit.

ringgitmalaysiaKenaikan kadar AS kemungkinan bermakna dolar AS menambah nilai berbanding mata wang yang ada di pasaran yang baru muncul seperti Malaysia. Inflasi Import mungkin menjadi masalah, namun rakyat biasa akan terhimpit manakala kos meningkat bagi syarikat-syarikat.

Kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan isi rumah dengan hutang yang tinggi terpaksa berhadapan risiko.

Pengetatan kecairan global pastinya menjejaskan unjuran spekulasi hartanah. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, GLC dan GLIC yang telah berkembang menerusi pergantungan kepada cukai dan pendapatan daripada pembangunan hartanah berpotensi untuk berhadapan krisis kewangan lebih awal daripada yang dijangkakan, apatah lagi individu yang memiliki pelbagai unit hartanah untuk tujuan spekulasi.

Kerajaan tampaknya sangat lemah kesan daripada faktor ekonomi politik sepertimana yang telah digariskan di atas ditambah lagi skandal peribadi melibatkan Najib dan isu-isu yang timbul dari skandal 1MDB.

Perdana Menteri bukan sahaja tidak memiliki keazaman politik bahkan tidak juga memiliki modal politik untuk melakukan pembaharuan struktural. Tahun hadapan seakan-akan menyaksikan keadaan bakal bertambah parah sebelum ia kembali pulih.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ekonomi muram: Kecilkan kabinet, buang menteri kontroversi

Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

Kejatuhan harga minyak dan ketidakstabilan mata wang Ringgit menyebabkan senario ekonomi negara pada tahun 2016 dijangka sangat membimbangkan.

Kedudukan terkini bebanan yang dihadapi oleh rakyat sudah di tahap mencekik leher. Laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor dengan jumlah ribuan pekerja, serta kenaikan kos hidup yang kini amat memuramkan suasana sosiopolitik negara.

Ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka.

EKONOMITapi sekurang-kurangnya ada seorang timbalan menteri yang secara tidak langsung mengakui keadaan kian meruncing sehingga beliau sanggup mencadangkan agar rakyat Malaysia bekerja ‪#‎2kerja‬ untuk menampung kehidupan.

Meskipun cadangan itu menghiris perasaan rakyat, tapi ia adalah satu pengakuan realiti semasa oleh seorang ahli parlimen Umno.

Bagi PAS, sebelum mencadangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh rakyat untuk mengatasi kemelut ekonomi, eloklah kerajaan yang dipimpin Umno memandang cermin terlebih dahulu dan mengambil pelbagai tindakan segera untuk mengurangkan ‘kos sara hidup’ kerajaan.

Tindakan segera ini perlu diambil untuk mengelakkan situasi panik di kalangan rakyat bawahan.

Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang ‘high maintenance’ kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros, membazir dan tidak ekonomi.

Berikut ada beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan segera:

1. Mengurangkan saiz kabinet agar ia sesuai dengan nisbah negara. Menteri dan timbalan menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi boleh dibuang agar pembelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan.

2. Menyemak kembali peruntukan gila Jabatan Perdana Menteri yang sangat besar dengan mengurangkan kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan peruntukan itu ke sektor pendidikan.

3. Jabatan Perdana Menteri juga harus menghentikan kewujudan agensi baru dan syarikat milik kerajaan yang baru dan misteri yang mempunyai fungsi bertindih dengan agensi kerajaan sedia-ada untuk disalurkan dana dan kerajaan juga perlu menamatkan jawatan duta khas bertaraf menteri kerana ini jawatan bertindih.

4. Potongan gaji sebanyak 20% bagi Menteri dan Timbalan Menteri agar mereka memahami keperitan untuk mencari pendapatan lain dengan bekerja #2kerja.

5. Menghapuskan elaun tol dan minyak Menteri dan Timbalan Menteri dan pegawai kanan kerajaan agar mereka dapat merasai keperitan rakyat.

6. Mengurangkan perlantikan konsultan luar untuk projek kerajaan dan memasukkan klausa agar tuntutan ganti rugi dapat dibuat sekiranya cadangan yang dibuat konsultan luar tidak mendatangkan hasil.

7. Tidak menuntut bajet tambahan untuk 2016. Segala keperluan tambahan perlu ditampung menggunakan kaedah penjimatan dan mengurangkan pembaziran.

8. Mengurangkan kadar GST secara berperingkat dan cukai pendapatan bagi mereka berpendapatan sederhana untuk meninggikan pendapatan boleh guna seisi rumah. Kerajaan tidak boleh sesekali menaikkan GST untuk menaikkan pendapatan.

9. Menghapuskan GST ke atas keperluan pendidikan seperti baju, kasut, beg sekolah, buku latihan dan teks bahkan perlu dipertimbangkan subsidi ke atas bahan pendidikan sehingga peringkat universiti. Jangan biarkan GST menyusahkan perjalanan pendidikan negara dan rakyat marhen.

10. Meletakkan setiap transaksi dan kontrak yang melibatkan kerajaan pusat secara online.

11. Mengurangkan perbelanjaan dalam sektor pertahanan.

12. Melakukan rundingan semula semua perjanjian yang berat sebelah yang memberi impak kepada pembelanjaan rakyat seperti tol dan pengangkutan awam.

13. Mengurangkan cukai untuk penerbangan domestik bagi rakyat Malaysia.

14. Menggunakan penerbangan komersial untuk semua lawatan rasmi kerajaan. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam, termasuk menteri ialah Kelas Ekonomi. Mengurangkan lawatan rasmi kerajaan dan jumlah ahli yang menyertai rombongan rasmi.

15. Mengurangkan jamuan makan dan minum di semua peringkat kerajaan serta menghapuskan pemberian hadiah dan mengurangkan iklan, penggunaan bunting dan banner untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan.

16. Menangguhkan program PLKN sehingga keadaan ekonomi negara pulih.
Cadangan-cadangan di atas tidak susah dilaksanakan. Yang diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada ‘ciri-ciri tatakelola kerajaan yang baik’ atau good governance.

Kepada kerajaan pimpinan Umno, jika hendak membuat cadangan, buatlah cadangan untuk memperbaiki diri sendiri dulu.

Hentilah retorik dan memberikan nasihat tidak masuk akal kepada rakyat. Dan jangan salahkan orang lain atas kesusahan rakyat kerana tiada lagi yang pernah memerintah negara selain BN sejak merdeka.

* DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah Timbalan Presiden PAS

Categories
SELANGOR

Mantan Pengarah BNM: Selangor mampu hadapi cabaran ekonomi 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 OKT: Selangor dijangka mampu berhadapan dengan cabaran getir ekonomi pada 2016 walaupun berlaku kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding negeri lain yang bergantung hasil kepada sumber minyak dan gas.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata walaupun Selangor sama seperti negeri lain turut menerima kesan negatif akibat kejatuhan ringgit tetapi terdapat lima faktor utama yang menyebabkan Selangor mampu bertahan lebih baik.

Selangor maju“Selangor agak terkehadapan dalam berdepan cabaran kejatuhan nilai ringgit ini. Pertama, Selangor negeri paling maju di Malaysia dari segi perindustriannya dan perniagaannya yang lain.

“Kedua Selangor mempunyai simpanan tinggi apabila diberitahu surplus Selangor terkumpul lingkungan enam hingga tujuh bilion; ketiga, kita lihat pengurusan kewangan Selangor adalah baik tanpa pembaziran dan keempat, kos pengurusan kerajaan yang terkawal.

“Selangor juga, walaupun sebuah negeri perindustrian besar tetapi mempunyai sektor pertanian dan pembinaan besar apabila sektor dalam negerinya tak banyak bergantung kepada barangan import yang besar sekaligus, mempunyai daya ketahanan lebih baik berbanding negeri lain,” kata Dr Rosli kepada Selangor Kini hari ini.

Selain itu, Pelabuhan Klang yang merupakan salah satu pintu utama import dan eksport negara turut memberi kelebihan kepada Selangor menerusi industri logistiknya.

Bagaimanapun, jelas beliau, pemain industri seluruh negara yang banyak bergantung kepada komponen import bagi produk masing-masing seperti industri automobil dan elektronik atau jentera dan mesin import untuk operasi kilang mereka mengalami masa-masa sukar sehingga ringgit kembali kukuh.

“Secara amnya , apabila nilai ringgit jatuh kos industri automobil bakal meningkat dan menjejaskan keuntungan industri automobil keseluruhan dan kalau wang pertukaran ringgit terus jatuh kemungkinan industri automobil terjejas dan jualan merosot.

“Begitu juga dengan industri lain seperti elektronik yang banyak bergantung kepada bahan mentah yang diimport,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan patut proaktif elak pertumbuhan ekonomi terjejas

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu proaktif menangani persepsi negatif terhadap sistem politik dan institusi perundangan negara agar tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata ia wajar diatasi penuh tanggungjawab berikutan kelembapan ekonomi dunia dan kesan inflasi.

Dr Fahmi Ngah“Risiko pertumbuhan negara banyak bergantung kepada faktor luaran yang membantu atau sebaliknya.

“Antara faktornya seperti kadar pertumbuhan ekonomi negara dagang, aliran pelaburan luar, harga komoditi minyak dan gas,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, jika situasi itu tidak ditangani ia menjejaskan pelaburan asing ke dalam negara.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan ekonomi berdepan risiko lebih besar akibat kelembapan ekonomi dunia berbanding daripada kesan inflasi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Tumpu industri berteknologi kurangkan berteras buruh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 10 OKT: Kerajaan Negeri lebih selektif terhadap kemasukan pelaburan luar bagi memastikan pelaburan baru di negeri itu memberi impak tinggi terhadap ekonomi negeri dan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan projek pelaburan berteraskan industri teknologi tinggi bagi mencapai sasaran menjadikan Selangor sebagai ‘smart state’ dalam masa terdekat.

MB Rasmikan Pulau Indah Fasa 3c Food Station (5)“Kita lebih selektif mengenai pelabur luar kita pada masa akan datang apabila kita tak mahu industri berteraskan buruh tetapi kita mesti berubah kepada industri berteknologi tinggi untuk mencapai sasaran sebagai negeri ‘smart state’.

“Kita menumpukan usaha mempromosi lima industri utama iaitu elektronik, elektrikal, barangan kenderaan, bioteknologi, makanan mesin dan peralatan,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jualan dan Perasmian Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah Fasa 3C Dan Pulau Indah Food Station di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

MB Rasmikan Pulau Indah Fasa 3c Food Station (9)Katanya, Selangor merancang membina lebih banyak taman perindustrian moden dan lengkap di seluruh negeri itu berikutan permintaan semakin berkembang dalam projek seumpamanya sejak beberapa tahun ini.

Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga mempromosikan taman perindustrian bagi merancakkan kemasukkan pelabur dalam dan luar negara di negeri itu.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Setahun MB: ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ bukan retorik

Oleh: DR FAHMI NGAH

Sudah setahun sejak Mohamed Azmin Ali mengambilalih pentadbiran Selangor. Pentadbiran yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ bukan lagi sekadar retorik. Selepas disingkap kembali, nyata beberapa usaha awal mula dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat melalui Agenda Makmur Selangor.

Penekanan perbelanjaan pembangunan belanjawan negeri

Iltizam pentadbiran Dato’ Menteri Besar untuk memastikan Selangor terus dibangunkan tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dapat dilihat melalui asas perangkaan belanjawan tahunan negeri.

Pertambahan rizab negeri kepada RM3.65 bilion pada akhir Jun lalu berbanding RM3.25 billion untuk tempoh sama tahun 2014 bukan sahaja ukuran kebolehan pentadbiran Dato’ Menteri Besar menguruskan kewangan negeri.

belanjawan (1)Yang lebih penting adalah kesediaan pentadbiran beliau untuk berbelanja dalam program pembangunan rakyat. Pentadbiran Dato’ Menteri Besar memperuntukkan 46.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan tahun ini untuk perbelanjaan pembangunan berbanding 33.8 peratus pada tahun 2014. Nisbah 46.8 peratus Selangor ternyata jauh lebih tinggi berbanding 20 peratus sahaja di peringkat Kerajaan Persekutuan. Peratusan perbelanjaan pembangunan ini juga bakal dinaikkan ke tahap lebih tinggi dalam belanjawan 2016 bagi menggalakkan pengembangan ekonomi domestik tatkala dunia sedang dilanda kemurungan ekonomi.

Pengurusan aset hartanah negeri

Pemusatan sebahagian besar pendapatan negeri kepada hasil tanah dan hartanah tidak dapat menjamin kelestarian pendapatan negeri untuk jangkamasa panjang. Jika tidak diurus dengan baik dan peluang pendapatan baru tidak diterokai, pentadbiran negeri akan menghadapi kesukaran memastikan kesinambungan program pembangunan untuk rakyat pada masa hadapan.

Suatu daftar tanah negeri di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) diwujudkan awal tahun ini untuk mengumpulkan aset tanah MBI. Tindakan ini penting untuk mengemaskinikan status perundangan dan menganggarkan nilaian aset tanah MBI yang sebenar. Lanjutan daripada itu, suatu proses Request for Information (RFI) turut dilaksanakan untuk memastikan pemaju yang benar-benar layak dapat mengadakan usahasama pembangunan hartanah bersama MBI bagi merealisasikan pulangan terbaik untuk negeri.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Jalan Sungai Saim Klang (7)Galakan penggunaan teknologi maklumat melalui Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer (e–Strata) dan Secured Land Management System (SELAMAT) oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor adalah antara contoh teknologi yang diguna pakai untuk memastikan kutipan hasil tanah strata yang lebih efisyen dan pengurusan proses pindah milik tanah yang lebih telus dan segera untuk rakyat.

Arahan untuk merampas semula tanah negeri yang digunakan pihak tertentu untuk aktiviti pembuangan sampah haram (seperti di Kampung Sungai Pusu, Gombak) juga turut dikeluarkan selepas tempoh prosiding berakhir bagi memastikan penggunaan tanah negeri yang lebih optima.

Ketika program pembangunan hartanah terus dilakukan, keperluan tanah rizab Melayu tidak dipinggirkan. Ketika beliau mula menjadi Dato’ Menteri Besar tahun lalu, 4,000 ekar tanah rizab Melayu di Selangor belum diganti. Sehingga September lalu sahaja, Kerajaan Negeri sudah mengganti semuanya termasuk tambahan650 ekar bagi memastikan kepentingan tanah rizab Melayu terus terbela.

Penstrukturan semula Industri Air Selangor

Proses penstrukturan semula industri air Selangor yang tertangguh tahun lalu akibat perselisihan beberapa terma yang temaktub dalam perjanjian tambahan (Supplemental Agreement) juga berjaya diselesaikan melalui proses perundingan yang baik. Perjanjian tambahan ini dimuktamadkan pada 10 Julai lalu dengan persefahaman yang baik bersama pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada itu, empat perjanjian lagi dimeterai pada 8 September lalu untuk melancarkan lagi proses penstrukturan bagi memastikan pengurusan industri air yang lebih baik untuk rakyat.

MB air MOUKerajaan Negeri juga sedang mengkaji cara terbaik untuk menampung kos subsidi air percuma yang dianggarkan berjumlah RM165 juta untuk tahun 2016, di samping memastikan pengurangan tahap Non-Revenue Water (NRW ) daripada 35 peratus kepada 25 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pembinaan Rumah Selangorku untuk rakyat

Mengambil maklum keperluan rakyat untuk memiliki rumah di kawasan bandar, inisiatif membina Rumah Selangorku terus dipergiatkan. Beberapa langkah baru diperkenalkan termasuk pengurangan bayaran premium tanah pada kadar 10 peratus daripada 15 peratus, pengecualian caj pemajuan, memberi pertimbangan untuk penambahan kepadatan sehingga 120 unit setiap ekar serta kelulusan segera bagi proses yang membabitkan agensi kerajaan.

Semua ini dilakukan tanpa sebarang kompromi pada aspek kualiti dan keselamatan walaupun dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Sasaran 15,000 unit Rumah Selangorku untuk dibina dalam tempoh tiga tahun bakal dicapai kerana setakat ini sahaja kebenaran merancang diberikan kepada lebih 18,732 unit.

Pengurusan sisa pepejal

Menyedari bahawa kebersihan persekitaran adalah antara permasalahan teratas rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama, Dato’ Menteri Besar juga mengarahkan MBI untuk mengkaji dan merangka suatu penyelesaian lebih baik untuk pengurusan operasi kutipan sampah, pembersihan awam dan teknoloji pelupusan yang lebih lestari untuk Selangor. Tidak cukup dengan itu sahaja, beliau sendiri melakukan dua siri terjahan ke kawasan kekal bermasalah tahun ini.

Beberapa cadangan penyelesaian oleh MBI sedang dibincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk memastikan mutu perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam yang lebih baik bukan sahaja di kawasan perumahan dan industri tetapi juga di sungai. Ini bakal dilakukan dengan pengekalan kontraktor sedia ada yang berprestasi baik tanpa dimonopoli pihak swasta atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Seminar Beyond 3R SACC Elizabeth Wong dan MB (3)Beberapa inisiatif termasuk pemberian tong sampah percuma dan tumpuan kepada mewujudkan lebih banyak taman awam (green lungs) oleh pihak pentadbiran akan dilaksanakan melalui Belanjawan 2016 nanti. Ini penting bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar di dalam jiwa setiap rakyat. Persekitaran yang bersih bukan sahaja dapat menjamin kesihatan rakyat tetapi dapat juga menarik minat pelabur luar untuk bertapak di Selangor.

Pelaksanaan inisiatif mengupayakan rakyat

Ekonomi domestik terus dirancakkan dengan memastikan penyertaan lebih ramai rakyat ke dalam sektor ekonomi melalui pemberian wi-fi percuma berkelajuan tinggi yang lebih meluas dan juga bantuan mikrokredit tanpa faedah melalui dana Hijrah.

WIFI Selangorku (1)Jelas, semua inisiatif ini dilakukan dengan tujuan memastikan Kerajaan Negeri dapat terus memberikan penyampaian yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Keperluan asas rakyat seperti air terawat, perumahan, kebersihan persekitaran dan ekosistem ekonomi yang lebih baik perlu terus dijaga dan ditambah baik. Ini akan menyiapkan Selangor untuk menangani kesan akibat pertambahan penduduk terutama sekali apabila Agenda Makmur Selangor dicapai dalam tempoh terdekat ini.

# Dr Fahmi Ngah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Categories
SELANGOR

Kompleks beli belah tambah nilai aset PKNS

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Pembinaan kompleks beli belah yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi fokus terhadap kadar sewaan berpatutan kepada peniaga.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata inisiatif pembangunan komersial itu ekoran kekangan pelaburan modal yang tinggi kepada peniaga untuk sewaan kedai jenis biasa.

tuan Haji PKNS a“Kompleks seperti ini akan meningkatkan aktiviti perniagaan runcit secara dinamik, di samping menambah nilai aset PKNS.

“Untuk tujuan itu, PKNS merancang pembinaan Evo Mall di Bangi, Selayang Mall di Selayang dan sebuah lagi kompleks perniagaan di Datum Jelatek,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, PKNS juga menyediakan program Retail 200 untuk melatih dan menyediakan peniaga sebelum memasuki kompleks berkenaan.

“Program itu salah satu usaha memastikan golongan bumiputera tidak ketinggalan dalam perniagaan runcit. Kita memberi pendedahan keseluruhan berkenaan kaedah runcit kepada 200 peserta yang dilatih sejak 2013,” katanya.