Categories
GLOBAL

Gaza diserang besar-besaran rejim Zionis

GAZA 15 JUL: Rejim Zionis melancarkan serangan udara terbesar di Semenanjung Gaza sejak perang 2014, semalam sehingga mengorbankan dua penduduk Palestin, sementara Hamas melancarkan puluhan roket ke arah Israel.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan lonjakan keganasan itu berlaku susulan ketegangan selama berbulan-bulan yang meningkatkan risiko perang keempat di wilayah terkepung Gaza sejak 2008.

Pihak berkuasa berkata, tiga warga Israel cedera apabila satu roket terkena sebuah rumah di bandar Sderot berhampiran semenanjung Gaza.

Dua remaja Palestin berusia 15 dan 16 tahun terbunuh akibat serangan udara Israel terhadap sebuah bangunan di barat Bandaraya Gaza, kata Kementerian Kesihatan wilayah dikuasai Hamas itu. Selain itu, 25 mangsa lain turut cedera di seluruh Gaza, katanya.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum lewat semalam berkata, pergerakan Islam yang mentadbir semenanjung Gaza bersetuju dengan satu gencatan ditawarkan Mesir untuk menghentikan lonjakan keganasan.

Seorang jurucakap tentera Israel enggan mengulas, namun berkata, tindakannya bergantung kepada situasi di lapangan.

Banyak asap tebal kelihatan di beberapa bahagian di semenanjung Gaza, ketika rejim Zionis menyerang sasaran kononnya milik militan termasuk sebuah bangunan yang didakwa digunakan Hamas sebagai kemudahan latihan dengan satu terowong di bawahnya.

Di Israel, siren serangan udara menyebabkan ramai penduduknya melarikan diri ke tempat perlindungan di beberapa kawasan mengelilingi semenanjung Gaza, ketika roket dan mortar dilancarkan dari kawasan Palestin ke komuniti berhampiran.

Israel berkata, kira-kira 100 roket dan mortar dilancarkan dan Hamas berkata, ia terpaksa menyerang sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel.

Categories
SELANGOR

Tindakan tegas terhadap rejim Israel-MB

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG, 1 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menuntut supaya tindakan tegas diambil terhadap rejim Israel yang semakin mengganas.

Mengulas berkenaan status beliau di Twitter, Mohamed Azmin mengutuk serangan dilakukan Israel terhadap penunjuk perasaan yang tidak bersalah di bumi Gaza itu.

“Saya mengutuk serangan terbabit kerana mereka terutama anak kecil, wanita dan orang awam tidak bersalah, namun dibunuh secara kejam.

“Saya menuntut supaya masyarakat antarabangsa dapat bersama-sama bangkit mengambil tindakan tegas terhadap rejim Israel yang semakin mengganas dan ini merupakan ketegangan di rantau berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bantuan kerugian kepada penduduk yang terjejas ekoran projek menaik taraf Sungai Ampang, di perkarangan Masjid Jamiul Huda, Kampung Melayu, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau berharap hal berkenaan bukan sahaja menjadi tanggungjawab negara Islam, namun seluruh negara harus memainkan peranan.

“Setiap negara perlu mengambil iktibar dan tindakan tegas dengan segera terhadap kekejaman yang berlaku di bumi Palestin ini,” katanya.

Categories
GLOBAL

Penduduk Gaza teruskan bantahan

GAZA 31 MAC: Warga Palestin melakukan persiapan untuk tunjuk perasaan baharu berhampiran sempadan wilayah Gaza hari ini, sehari selepas bantahan besar-besaran menjadi pertempuran yang mengakibatkan 16 orang dibunuh tentera Israel.

Ia adalah jumlah korban tertinggi sejak perang 2014.

Penunjuk perasaan mula kembali ke bandar khemah berhampiran sempadan Israel untuk meneruskan bantahan yang dirancang selama enam minggu di wilayah terkepung itu.

Ribuan menghadiri pengebumian mangsa terbunuh dengan ramai memegang bendera Palestin dan ada juga melaungkan hasrat ‘membalas dendam’.

Tunjuk perasaan turut diadakan di Semenanjung Gaza dan wilayah Tebing Barat yang dijajah Israel.

Israel mempertahankan tindakan tenteranya semalam, selepas tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah warga Palestin yang keluar jauh daripada perhimpunan tunjuk perasaan di bandar khemah.

Tunjuk perasaan itu disertai puluhan ribu orang dan menghampiri pagar dikawal rapi yang memisahkan Semenanjung Gaza dan Israel.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

16 rakyat Palestin terkorban, ribuan cedera

GAZA 31 MAC: Sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin maut, manakala ratusan lain cedera dalam pertempuran yang meletus selepas ribuan penduduk berarak berhampiran sempadan Israel sebagai tanda protes, semalam.

Lewat semalam, pasukan tentera Israel yang menjadikan tiga kubu Hamas di Semenanjung Gaza sebagai sasaran serangan udara dan bedilan kereta perisai selepas mendakwa berdepan cubaan serangan di sepanjang sempadan.

Semua peserta tunjuk perasaan berkenaan, termasuk wanita dan kanak-kanak, sebelum itu berhimpun di tiga kawasan di seluruh negara dengan dipantau tentera Israel di sepanjang sempadan timur serta utara.

Beberapa kumpulan kecil cuba mara ke bahagian pagar yang dikawal ketat, namun dihalang oleh tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan tembakan.

Pasukan keselamatan Israel turut menggunakan dron untuk menembak gas pemedih mata ke arah peserta.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, 16 rakyat Palestin terbunuh selepas bertempur dengan tentera Zionis dan lebih daripada 1,400 lagi cedera termasuk 758 yang terkena tembakan, manakala bakinya cedera akibat tembakan peluru getah dan terhidu gas pemedih mata.

Seorang diplomat berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tertutup berkenaan situasi di Gaza, susulan permintaan dari Kuwait.

SUMBER: AFP

Categories
NASIONAL

MAPIM mulakan usaha hantar misi bantuan ke Palestin

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) optimis dalam menggerakkan usaha menghantar pasukan khas ke Palestin bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat di negara bergolak itu.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pembentukan pasukan khas itu bertujuan meninjau keadaan semasa yang berlaku di sana, selain menghulurkan bantuan berbentuk makanan dan ubatan.

Katanya, buat masa ini MAPIM sedang giat memulakan pelbagai gerak kerja yang lebih proaktif untuk memberi keutamaan yang lebih mendesak.

“Pihak kami menjalin kerjasama erat bersama Majlis NGO Pembangunan Gaza supaya misi menyalurkan bantuan kemanusiaan nanti berjalan lancar.

“Bagaimanapun kami mengharapkan perancangan untuk menyusul ke Gaza bagi membawa dana bantuan pada tahun ini tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Peringatan Hari Nakbah Palestin 70 Tahun, di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Malaya, di sini, semalam.

Terdahulu, MAPIM dan 30 persatuan yang dianggotai Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan mesyuarat serampang dua mata dengan mengusulkan cadangan aktiviti yang bakal dijalankan sempena memperingati peristiwa tragis 15 Mei 1948 yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Militan Islam radikal di Gaza serang Hamas

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seorang pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pusat kawalan keselamatan Hamas di selatan Gaza awal pagi waktu tempatan hari ini, kata satu sumber yang menyifatkan serangan itu sebagai sangat jarang dilakukan militan Islam kepada kumpulan Palestin itu.

“Awal pagi ini pasukan keselamatan menahan dua orang yang menghampiri sempadan selatan (dengan Mesir),” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan, lapor Malaysia Insight.

“Salah seorang daripada mereka meletupkan diri, membunuh dirinya sendiri, mencederakan seorang lagi penyerang dan seorang pegawai keselamatan.”

Muslim worshippers pray outside Damascus Gate, a main entrance to Jerusalem's Old City, on July 14, 2017, after the Al-Aqsa mosque was closed for Friday prayers by Israeli authorities following a shooting attack in the area. Two Israeli police officers shot when Arab assailants opened fire in Jerusalem's Old City have died from their wounds, authorities said. / AFP PHOTO / Thomas COEX
Gambar: AFP

Kenyataan turut mengatakan mereka yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Saksi mengatakan ratusan anggota keselamatan dikerahkan ke sempadan selepas kejadian itu, di sempadan Gaza dan Mesir.

Pasukan keselamatan Gaza menyatakan, penyerang dipercayai seorang militan Islam radikal.

Hamas sudah mentadbir Tebing Gaza selama sedekad tetapi sering dikritik kumpulan radikal kawasan itu tetapi kejadian terbabit adalah serangan bunuh diri pertama yang menyasarkan pasukan keselamatan Hamas, di Gaza.

Hamas ketika ini sedang mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Mesir dalam usaha memperbaiki hubungan dengan Cairo.

Israel, sebuah lagi negara yang bersempadan dengan Gaza pula sudah mengenakan sekatan kepada Gaza dalam usahanya menekan Hamas.

Categories
NASIONAL

Dr Fauziah terpilih sertai misi ‘Women’s Boat to Gaza’

SHAH ALAM 10 OGOS: Dr Fauziah Mohd Hasan, Penasihat Rose2Rose terpilih mewakili Malaysia menyertai misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) di bawah inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC) pada September ini.

Tokoh Wanita Palestin Antarabangsa 2014 ini dijadual belayar dari Barcelona, Sepanyol pada 14 September dan misi dijangka tiba di Gaza pada 1 Oktober 2016 menggunakan kapal ‘Amal Hope’ bersama-sama 20 aktivis kemanusiaan dari beberapa negara.

Menurut Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata antara aktivis lain terpilih ialah pemenang Anugerah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan juga Ahli Parlimen Green Party dari New Zealand, Marama Davidson.

Turut menyertai misi pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace, atlet dan ahli akademik, Gerd Von Der Lippe dari Norway dan atlet Turki, Cigdem Topuoglo.

“Pemilihan Dr Fauziah secara tidak langsung mewakili rantau Asia Tenggara khususnya dan negara Islam amnya dalam usaha untuk menghentikan kezaliman Israel ke atas Gaza.

womens-boat-to-gaza“Ia juga sebagai tanda solidariti kepada wanita-wanita Palestin yang turut sama berjuang menentang kezaliman tersebut,” katanya dipetik laman sesawang http://ikram.org.my.

Bagi Dr Fauziah yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, pemilihan beliau dalam misi itu adalah bagi membawa harapan semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penindasan.

Dengan persiapan untuk menjalani pelayaran tersebut kini berjalan lancar beliau berharap misi itu dapat dijayakan dalam rangka untuk menghentikan kepungan rejim Israel terhadap masyarakat Palestin.

EZY

Categories
NASIONAL

Rakyat Palestin rai kemenangan perang 51 hari ke atas Zionis

GAZA 27 OGOS: Rakyat Palestin keluar beramai-ramai ke jalan raya meraikan kemenangan pejuang Palestin apabila akhirnya rejim Zionis tunduk dalam perang 51 hari sejak 7 Julai lalu dengan termeterainya perjanjian damai bermula malam tadi.

Laungan takbir dan tahmid berkumandang di jalan-jalan sambil penduduk mengibarkan bendera Palestin dan Hamas.

10577147_10152652195584518_7062496802893504594_nJurucakap Brigade Izzuddin al Qassam Abu Ubaidah, berkata kemenangan Gaza dalam melawan penjajah Zionis merupakan penentu menuju kemenangan mutlak dalam pembebasan Palestin.

Dalam kenyataannya, Abu Ubaidah menyatakan 26 Ogos 2014 adalah kemenangan perlawanan atas penjajah Zionis.

“Kemenangan Gaza berkat kerjasama rakyat dan warganya yang setia melawan kuasa paling kuat dalam era moden di Timur Tengah,” katanya.

10620561_832225830153172_7188142843581606256_nBeliau juga berkata, Hamas sebenarnya menang awal lagi iaitu secara ketenteraan dalam perperangan sebelum kemenangan melalui perjanjian damai malam tadi.

“Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya,” katanya.

Katanya, Hamas menyeru kepada pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin penjajah Israel di  mahkamah jenayah antarabangsa.

10522074_824845100872493_8790288655270824294_n“Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah perang dengan menyerang rakyat tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya,” katanya.

Sejak serangan Zionis ke atas Gaza Julai lalu, sejumlah 2,137 rakyat Gaza gugur syahid manakala dan 11,100 lagi cedera.

EZY

Categories
NASIONAL

‘Paintball For Palestine’ kutip dana bantu mangsa kekejaman Zionis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 OGOS:  Program ‘Paintball for Palestine’ anjuran Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA) dengan kerjasama Pengusaha Arena Sukan Paintball bagi mengutip dana untuk membantu membaik pulih kemudahan asas dan bantuan perubatan di Palestin.

Program yang merupakan sebahagian dari program sokongan kepada Peace for Gaza (P4Gaza) ini diadakan serentak di enam lokasi seluruh negara.

10626876_10204380909379932_7812018609865053968_nPengerusi MASSA, Mustafa Mansor berkata program yang dijalankan pada 23 dan 30 Ogos itu sehingga kini berjaya memperolehi kutipan sebanyak kira-kira RM10,000.

“Walaupun program, sehari ini tidak dapat mencapai sasaran RM50,000 tetapi memberi  petanda baik dari segi kerjasama semua pihak dan program ini dipanjangkan bagi memasti sasaran sebenar dicapai membantu rakyat Palestin.

“Sehingga kini jumlah kutipan yang terkumpul dari program ini ialah sebanyak RM10,000 dari penyertaan sebanyak lebih kurang 500 orang di seluruh Negara hasil dari bayaran pendaftaran dan  aktiviti lain seperti jualan amal, memanah dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Jelas beliau program turut menyelitkan acara memanah, berkuda, sukan rakyat dan jualan amal itu berjaya menarik minat para peminat sukan lasak dan syarikat korporat untuk menyertai program terbabit sama ada sebagai perserta mahupun sebagai penaja program.

Program berlangsung pada 23 Ogos lalu diadakan serentak di lima lokasi utama di seluruh Negara iaitu di Sungai Buloh, Selangor; Jitra dan Kulim di Kedah; Gopeng, Perak dan di Johor Bahru.

Sementara itu pada 30 Ogos ini program turut mendapat kerjasama Water4Gaza iaitu kumpulan sukarelawan diterajui sekumpulan pelajar Malaysia di Glasgow, Scotland ini dilangsungkan di Chenor Paintball Club, Chenor, Pahang.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan meningkatkan Dana P4Gaza dengan menghubungi Roslim Abu di talian 013 2201181 ataupun Mustafa sendiri di talian 011 2766 6042.

EZY

Categories
NASIONAL

Tempoh genjatan senjata tamat, Gaza kembali diserang

GAZA, 21 OGOS: Gaza kembali diserang tentera Zionis selepas tamat sahaja genjatan yang dilanjutkan lima hari yang berakhir, pada 19 Ogos lalu.

Pesawat tentera Zionis melancarkan hampir 100 serangan ke atas semenanjung Gaza.

Pemimpin tentera Hamas, Mohammed Deif, berkata Israel melancarkan serangan udara pertama yang turut membunuh isteri dan anak perempuannya sejurus genjatan senjata tamat.

gaza-photoBeliau berkata, walaupun Israel menafikan serangan itu bukan mensasarkan ke atas pemimpin utama Hamas terbabit, namun ia adalah satu cubaan untuk membunuh beliau.

“Hampir 23 orang terbunuh dalam serangan Israel termasuk isteri dan anak saya,” kata beliau dalam laman sesawang Reuters.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, 2,040 rakyat mereka yang kebanyakkannya orang awam terbunuh dan 10,224 lagi cedera.

Sementara itu, dalam cubaan Mesir menggesa Israel dan Palestin meneruskan rundingan dan mendesak menghormati genjatan senjata terdapat ribuan rakyat terus menjadi korban serangan itu.

Categories
NASIONAL

Zionis guna 2.5 juta peluru serang Gaza sejak 7 Julai

SHAH ALAM, 17 OGOS: Hampir 2.5 juta peluru dan puluhan ribu roket yang digunakan tentera Zionis ketika serangan ke atas Semenanjung Gaza, sejak 7 Julai lalu.

Menurut laman sesawang Harakah Daily, kos yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza dianggarkan berjumlah USD1 billion.

gazaPegawai tentera Israel, Yedioth Ahronoth, berkata Zionis membekalkan lebih 4.8 juta peluru, 43 ribu peluru maerian dan 39 ribu peluru roket.

Sementara itu, kereta kebal meriam dan jentolak digunakan sekitar 11 juta liter bahan api.

Manakala, jet pejuang digunakan sekurang-kurangnya 50 juta liter.

Sehingga kini, korban Gaza mencecah hampir 2,000 membabitkan orang awam, kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Categories
NASIONAL

Gencata senjata Israel-Gaza dilanjut lima hari

GAZA, 15 OGOS: Gencatan senjata baru selama lima hari antara Israel dan pejuang Hamas diteruskan walaupun bermula goyah, selepas kedua-dua pihak bersetuju memberikan rundingan damai diusahakan Mesir di Kaherah bagi menamatkan peperangan di Gaza.

Reuters melaporkan kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan berkenaan selama lima hari lagi untuk membolehkan rundingan diteruskan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata lebih panjang.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityTentera Israel berkata, tiada pertempuran selama beberapa jam sejak serangan udara Israel ke atas Gaza berakhir kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.

Pejuang Palestin membedil dua roket ke selatan Israel dua jam sebelum itu selepas lanjutan gencatan senjata lima hari berkuatkuasa.

Jurucakap tentera berkata, pesawat menyerang kawasan pelancaran roket, simpanan senjata dan pusat aktiviti pejuang tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Selepas beberapa hari menggunakan cara diplomasi, perbincangan yang dianjurkan Mesir diteruskan dalam apa yang berkemungkinan menjadi tempoh bertenang paling panjang dalam konflik selama lima minggu itu.

Lanjutan kedua gencatan senjata itu menimbulkan harapan bahawa resolusi jangka panjang berhubung konflik berkenaan boleh diperolehi, walaupun masih berhadapan beberapa kesukaran.

gaza1Seorang pegawai kanan Hamas yang kembali ke Gaza daripada rundingan di Kaherah berkata, mereka sukar mencapai resolusi namun optimis terhadap beberapa perkara.

“Masih terdapat peluang yang sebenar untuk merangkul perjanjian,” katanya kepada pemberita sambil menambah ia bergantung kepada Israel untuk tidak bermain dengan kata-kata bagi membatalkan tuntutan mereka.

Selepas lebih sebulan konflik itu berlaku, seramai 1,945 rakyat Palestin terkorban yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam, manakala 64 tentera Israel dan tiga orang awamnya turut maut.