Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: ADUN Gombak Setia penonton Piala Dunia berdoa untuk Gaza

GOMBAK, 15 JULAI : Dalam kemeriahan dan keseronokan menonton perlawanan akhir Piala Dunia baru-baru ini, orang ramai diingatkan supaya tidak melupakan kesengsaraan saudara Islam di Palestin yang dizalimi tentera rejim Zionist ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata semua pihak perlu memainkan peranan dengan berdoa dan melakukan solat hajat supaya penderitaan penduduk di wilayah Gaza akan berakhir.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau berkata demikian kepada lebih 100 hadirin pada Program Skrin Besar Final Piala Dunia 2014 di hadapan Stesen Minyak Petron Sri Gombak, dekat sini.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak (DPPG) itu bermula pada jam 2.00 pagi sehingga 6.30 pagi dengan pelbagai pengisian menarik.

Program bermula dengan tazkirah Palestin, tayangan video, solat hajat dan munajat Palestin, pelancaran Tabung Palestin seterusnya menonton perlawanan akhir Piala Dunia.

Selain itu, cabutan bertuah sebelum sahur secara percuma turut diadakan sebelum ia berakhir dengan solat Subuh secara berjemaah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jumlah korban Gaza meningkat 172 orang, 1260 cedera

GAZA, 14 JULAI: Jumlah kematian akibat serangan udara di bumi Palestin kini meningkat kepada 172 orang dengan menyaksikan 60 penduduk terdiri daripada wanita dan kanak-kanak di wilayah itu menjadi korban kekejaman tentera rejim Zionist.

Selain itu, 1260 orang di wilayah berkenaan dilaporkan cedera, manakala 233 kediaman musnah dalam serangan itu.

Peningkatan jumlah itu memberi tekanan kepada negara antarabangsa supaya segera mengisytiharkan gencatan senjata.

gazaPesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, bahkan bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah termasuk enam hospital dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pesawat Israel turut mengebom Masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah yang turut merosakkan rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada 12 Julai lalu, Israel turut mengebom Masjid Farouq ketika hampir waktu subuh ketika umat Islam Palestin sedang bersahur.

gaza3Pada 11 Julai pula, pesawat perang Israel mensasarkan kawasan sekitar Masjid Dar al-Salam yang menyebabkan seorang warga Palestin cedera ketika sedang berjalan pulang ke rumah selepas solat Tarawih.

Israel turut mengumumkan akan melakukan serangan darat bermula dari arah utara Genting Gaza dengan gempuran paling kuat pada bila-bila masa bermula malam tadi.

Jurucakap Ketua Tentera Israel, Brigedier Jeneral Motti Almoz, berkata persiapan akhir sudah dilakukan termasuk meletakkan kereta kebal di sepanjang perairan Palestin bagi mengelakkan campur tangan luar atau memberi ruang kepada pejuang Palestin meninggalkan kawasan mereka.

Categories
NASIONAL

Perang Gaza Hari Ke-6: Korban meningkat 156, Sistem Iron Dome gagal pintas roket

GAZA 13 JULAI : Angka korban kekejaman tentera rejim Zionist terhadap penduduk Palestin kian memuncak apabila 156 kematian dicatatkan selepas enam hari serangan.

Terbaru, serangan udara Israel di rumah Ketua Polis Gaza mengakibatkan Ketua Polis, Tayseer Al-Batsh maut dan turut mengorbankan 15 rakyat Palestin yang lain.

gaza1Menurut laporan Reuters, kebanyakan yang mati merupakan dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Serangan itu menyusul tidak lama selepas Briged al-Qassam, melepaskan beberapa roket di bandar-bandar Israel di Tel Aviv dan Bat Yam. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, Hamas turut meningkatkan serangan roket ke kawasan penempatan Israel

gaza nowSistem pertahanan Iron Dome yang dibangunkan Israel juga dikatakan hanya berjaya memintas 25 peratus roket Hamas.

Sementara itu, Akhbar Israel melaporkan bahawa serangan Al-Qassam semalam menyebabkan enam juta rakyat Israel terpaksa berlindung di kubu bawah tanah dan kawasan perlindungan disediakan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Stop the massacre of Palestinians

By: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Further to our earlier denunciations of the atrocities; we reiterate our condemnation of the latest massacre of more than 100 Palestinians including women and children in the Gaza by the Israeli regime of Netanyahu and call on the international community to collectively put pressure to stop the atrocities.

It is clear that the Israeli regime is exploiting the killing of the three Israeli youths as a pretext to attack Gaza and start a chain of violence and bloodshed so as to destabilize the unity government between Hamas and Fatah.

In his desperate attempts at destroying the prospect of a united Palestinian state in the near future, Netanyahu is prepared to drag the Israeli people to the brink of outright war.

No doubt, he is committing these acts of violence with impunity, emboldened by the fact that neither the United States nor the European Union will condemn these crimes, let alone intervene to stop them.

In this regard, the Western powers have once again displayed hypocrisy in their muted response to the atrocities. This is a disgraceful abdication of moral responsibility and exposes their double standards to the cause of democracy, freedom and justice.

Even more tragic is the fact that Muslim countries, except possibly Turkey and Iran, appear to be powerless in the face of these unmitigated acts of violence and cruelty while so-called jihadists are keener on killing fellow Muslims and proclaiming a caliphate than helping their downtrodden Palestinian kin.

Meanwhile, the Western media continue to report the latest rounds of violence in its usual skewered manner by its constant reference to Hamas firing of missiles into Israel so as to justify Israel’s utterly disproportionate retaliation.

The media and Western leaders continue to downplay if not entirely ignore the fundamental issue of the illegal occupation of the West Bank and the Gaza Strip and Israel’s blatant disregard of UN Resolution 242 in their barefaced drive for territorial aggrandisement.

Indeed, the current round of murdering and wounding of hundreds of innocent Palestinians is but yet another episode of the continuing saga of brutality, ruthlessness, inhumanity, and injustice committed against them by the Israelis.

Anwar Ibrahim
Member of Parliament,
Parliamentary Opposition Leader
Malaysia

Categories
NASIONAL

Korban kezaliman rejim Zionist meningkat 118

GAZA 12 JULAI: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan rejim Zionist meningkat kepada 118 orang apabila tujuh lagi terkorban dalam serangan awal pagi Sabtu.

Sekurang-kurangnya 5 rakyat Palestin terbunuh dalam dua lagi serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi tadi.

10439506_797637600259910_6239992017877671552_nJurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra berkata dua maut di dalam serangan di Beit Lahiya, utara Gaza dan tiga lagi maut dalam serangan kedua di barat Gaza City.

Serangan terbaru Israel itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada 118 orang sejak rejim itu melancarkan serangan pada awal pagi Selasa.

Dalam perkembangan lain, Unit media Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggodam Stesen TV Israel dan web-web penting dan peribadi tokoh Israel.

10524572_734809799893862_7459892842059692904_nMenjadi sasaran penggodaman itu juga adalah ahli dewan rakyat Israel dengan risalah amaran dan kata-kata semangat untuk tidak menyerah kalah sambil memaparkan wajah kanak-kanak Muhammad Abu Khudair yang diculik dan dibunuh dan dibakar Israel sebelum ini.

Buat pertama kalinya juga pejuang Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya mensasarkan roket serangan balas menuju Lapangan Terbang Ben Gurion di salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di Israel menggunankan roket M75.

EZY

Categories
NASIONAL

Lebih 86 penduduk Gaza syahid, 500 cedera

SHAH ALAM, 11 JULAI: Angka korban penduduk Gaza, Palestin terus meningkat dan setakat ini 86 dikenal pasti gugur syahid, manakala 550 cedera ekoran serangan tentera Zionis Israel, yang bermula 8 Julai lalu.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak, bahkan angka sebenar didakwa jauh lebih besar berbanding yang dilaporkan.

gaza-photoDalam serangan udara pada 10 Julai lau, sembilan lagi rakyat Palestin syahid dan ratusan rumah kediaman dilaporkan musnah dan angka korban dijangka terus meningkat dengan Israel terus memperhebatkan serangan termasuk bersedia melancarkan serangan darat dengan kekuatan 40,000 anggota tentera yang bersiap sedia dengan jentera berat di sempadan Gaza.

Memetik Harakah Daily, sehingga kini, tiada tekanan oleh negara kuasa besar dunia atau negara Islam terhadap Israel supaya menghentikan operasi pembunuhan itu.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hassayna, berkata sehingga kini 190 buah rumah musnah keseluruhan, manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

Categories
NASIONAL

OIC perlu bertindak segera, desak Israel henti serang Gaza

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan berdiam diri pemimpin negara Islam dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkenaan serangan terbaru rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket yang bermula awal pagi semalam

gaza3“Kita mengutuk sekeras-kerasnya dan kesal kerana negara Islam lambat bertindak, bahkan OIC baru nak bersidang,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Menurut laporan media antarabangsa, di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.

Sementara tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza dan identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.

Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

gaza1Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.

Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal pagi semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib jangan duduk diam, segera desak Israel-Zionis henti serangan atas Gaza

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tindakan kejam tentera rejim Israel yang melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza awal pagi semalam sehingga mengakibatkan 12 terbunuh dikecam sekeras-kerasnya rakyat seluruh negara termasuk Malaysia.

Serangan terbaru rejim zionis di wilayah bergolak itu nyata mendapat perhatian semua pihak, apatah lagi ia dilakukan ketika umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah Ramadan.

gazaKecaman terhadap tentera pengganas itu tersebar luas di laman sosial antaranya Facebook yang menjadi sasaran pengguna untuk meluahkan kemarahan mereka, di samping ada yang berdoa supaya kekejaman itu segera berakhir.

Seorang pengguna, Mohd Umar, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepimpinannya perlu memainkan peranan dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera zionis itu dan mendesak Israel segera menghentikan serangan.

Katanya kerajaan pusat tidak boleh berdiam diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati dengan melihat lebih banyak nyawa terkorban di bumu Palestin.

“Najib, Khairy Jamaluddin dan Jabatan Perdana Menteri lihatlah saudara seagama kita sedang dibedil oleh yahudi laknaktullah sehingga anak Islam mati dibunuh kejam.

komen 3“Apa yang kita bantu mereka, bantuan ketenteraan? Tiada. Bahkan orang yang ingin berjihad di sana dituduh militan dan pengganas dan ingin menangkap mereka.

“Di manakah sifat kemanusian kamu bila melihat saudara seagama mati dibunuh dengan kejam. Ya Allah, Engkau turunkanlah bala pada mereka yang memusuhi Islam,” katanya.

Nafiz Veera pula berpendapat, umat Islam sudah lama bangkit, namun kepimpinan negara menyebabkan rakyat tersekat dan akan dituduh militan jika tampil membantu.

komen“Jika kita pergi tolong, kita dituduh militan, pengganas, pemberontak dan akan kena tangkap tangkap dengan polis. Ya Allah, sampaikan tentera isis khalifah daulah islamiah ke sana, menangkan mereka, lemah dan kalahkan musuh…amin,” luahnya di Facebook.

“Kalau Allah mahu hancurkan orang-orang kafir mudah bagiNya, cuma Allah nak lihat apa orang Islam akan buat bila saudara seagama dibunuh,” kata Iskandar Mokhtar.

Seorang lagi pengguna, Rabu Ali pula berkata, “wahai negara-negara Islam, keluarkanlah tentera jihadmu demi untuk Allah, jangan hanya pandai cakap sahaja, Allahuakhbar!”

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawia berkata parti Islam itu sentiasa berdiri teguh bersama Hamas untuk mempertahankan Gaza serta mahu pembebasan diberikan kepada rakyat Palestin.

PAS juga menggesa dunia antarabangsa khususnya negara Islam supaya membantah keras apa yang dilakukan oleh Israel selain bersatu untuk mempertahankan hak penduduk Palestin.

“Sepanjang Ramadan ini, kita dan seluruh pimpinan serta rakyat negara ini akan terus mendoakan bumi Gaza diberi perlindungan oleh Allah SWT dan kekuatan kepada mereka untuk menentang zionis,” katanya kepada Harakah Daily.

gaza1Dilaporkan, sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah bergolak itu.

Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.

Tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza, namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.

-NFN-

Masa Terbaik Untuk Pakatan Kuasai Putrajaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 2902013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 29 JANUARI 2013 :

1. Kenyataan TPM untuk meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor jelas membelakangi kuasa Kerajaan Negeri selain memberi gambaran bahawa Umno-BN bebas melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

2. Pakatan Rakyat Selangor telah memohon campurtangan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan kemelut isu industri air Selangor.

3. Pakatan Rakyat memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.

4. Ketua Pembangkang menyifatkan lawatan PM ke Gaza, Palestin baru-baru ini lebih bermotifkan politik untuk meraih sokong umat Islam Malaysia.

http://www.selangorkini.net

Usaha MAPIM Bantu Rakyat Gaza Dipuji Kerajaan Selangor

Mapim MB Gaza Aziz 01

SHAH ALAM 25 JAN: Komitmen Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dalam menolong penduduk di Gaza, Palestin mendapat pujian Kerajaan Selangor setelah NGO itu berjaya mendirikan beberapa buah masjid di wilayah itu.

Sehingga kini, Mapim telah berjaya menyalurkan dana dari rakyat Malaysia bagi membina Masjid Beit Hanoun, Masjid Umar Abdul Aziz dan Masjid Al-Hikma serta menyediakan bantuan kemanusiaan yang lain untuk rakyat di Gaza.

Penyelaras Mapim Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar berkata, projek terbaru Mapim di Gaza adalah membina sebuah hospital baru dengan kos RM 100 juta.

Mapim juga sedang merancang projek mambantu membaiki rumah penduduk Gaza yang musnah dibedil tentera Israel dengan kos RM3,000 bagi sebuah rumah.

Katanya, sebanyak 110,000 keluarga di Gaza hidup di bawah paras kemiskinan dan 70 peratus daripada penduduknya tidak mempunyai pekerjaan.

“Ia bukan bermaksud mereka malas bahkan sangat rajin kerana projek menyiapkan beberapa buah masjid di Gaza hanya memakan masa beberapa bulan sahaja kerana kerajinan penduduk di sana,” katanya.

Abdul Aziz berkata demikian ketika memberikan penerangan mengenai misi Mapim dalam membantu rakyat Gaza sewaktu majlis beramah mesra wakil Mapim bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediaman rasmi Menteri Besar petang tadi.

Turut hadir, ahli-ahli Exco Selangor serta wakil Mapim di Gaza, Mohammad Y. Hasna dan Ketua Muslimat Hamas yang merupakan isteri kepada As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, Ummu Muhammad Rasha S.A Al Rantisi.

Sementara itu, Mohammad Y. Hasna berkata, rakyat di Gaza amat memerlukan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk oleh rakyat Malaysia dalam usaha memerdekakan Palestin.

“Kami sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan Mapim sebagai salah sebuah pertubuhan yang sentiasa mengambil berat terhadap penduduk di Palestin ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid memuji sikap dan semangat yang ditonjolkan Mapim kerana sentiasa berusaha mencari dana bagi membantu memulihkan Gaza dan berjaya membina pelbagai infrastruktur untuk rakyat di sana.

“Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dalam membantu misi kemanusiaan untuk penduduk di Gaza serta ia merupakan tanggungjawab kita semua untuk menghulurkan bantuan,” katanya.