Categories
SELANGOR

JAIS: 1,667 Guru Rakyat diserap ke jawatan Guru KAFA

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhasrat menyerap 1,667 Guru Rakyat ke jawatan Guru KAFA dengan memohon kelulusan Kerajaan Negeri.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berkata, jumlah guru tetap di sekolah JAIS adalah 2,500, guru kontrak 400 manakala KAFA seramai 6,000.

“Manakala kekosongan jawatan guru KAFA diisi 1,667 Guru Rakyat dengan elaun dibayar pihak sekolah dan ibu bapa.

GURU KAFA“Oleh itu JAIS berhasrat menyerap mereka ke jawatan Guru KAFA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru ke 46 JAIS di stadium melawati Shah Alam, di sini hari ini.

Katanya, perkara itu melibatkan peruntukan berjumlah RM32 juta setahun.

Difahamkan, di Selangor terdapat sebanyak 593 sekolah yang digerakkan oleh 10,010 guru untuk mendidik hampir 253,000 murid.

Haris berkata, angka itu sentiasa bertambah setiap tahun.

“JAIS sentiasa memandang serius terhadap angka yang semakin meningkat itu dengan memberi pelbagai fokus antarnya aspek penambahan Guru KAFA, kebajikan serta pembangunan sekolah dan kurikulum,” katanya.

Categories
SELANGOR

Guru KAFA aset penting perhebat institusi pendidikan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 NOV: Guru Kelas A-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menggalas tanggungjawab penting dalam usaha merealisasikan usaha Kerajaan Negeri memperkasakan insitusi pendidikan Islam sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penganjuran program dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah penting bagi memberi pencerahan serta menjamin pengurusan guru KAFA menjadi lebih efesien.

“Saya percaya harapan dan matlamat JAIS berhubung institusi pendidikan di Selangor sama ada sekolah rendah agama atau institusi lain, kita mahu semuanya terjamin sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

“Multaqa ini amat penting mewujudkan semangat ukhwah dan kekitaan di kalangan guru KAFA untuk menggilap iltizam meningkatkan mutu pendidikan Islam dalam menyampaikan ilmu dan membina sahsiah generasi muda,” katanya dalam majlis perasmian Multaqa Guru-Guru KAFA Selangor 2016 (Daerah Petaling) di sini, hari ini.

jais-1Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim dan hadirin lain.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Selangor dan JAIS diberi tanggungjawab besar dengan penyediaan peruntukan RM128.5 juta untuk tahun depan.

“Ia bagi pembangunan baru dan menaik taraf prasarana juga kemudahan pendidikan seperti majsid, surau, sekolah dan sebagainya.

“Peruntukan besar ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan syiar Islam,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Guru KAFA berstatus gaji harian perlu diserap ke kontrak

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencadangkan Kerajaan Negeri menyerap sebahagian besar jawatan guru KAFA berstatus gaji harian ke jawatan guru kontrak.

Timbalan Pengarah JAIS, Zaki Arshad, berkata manakala guru berjawatan tetap disemak kemudahan dan kelayakan patut diterima supaya selari dengan guru lain.

JAIS APP HALALKatanya, untuk tindakan itu, JAIS kini berusaha mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negari.

“JAIS mempunyai sebanyak 565 sekolah yang digerakkan 9,465 guru untuk mendidik 250,563 murid.

“Angka ini sentiasa bertambah setiap tahun. JAIS memandang berat angka besar ini dengan fokus aspek pembangunan sekolah,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kualiti Pendidikan 2016.

Pada masa sama, Zaki berkata Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS, menerima peruntukan pembangunan RM42.5 juta untuk pembinaan dan baik pulih sekolah.

PC (7 of 13)Manakala RM20 juta peruntukan tambahan untuk kenaikan elaun guru mengikut tahun perkhidmatan masing-masing kepada 6,900 guru KAFA.

Sejak 2015, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) berjaya mengekalkan pengiktirafan peringkat antarabangsa sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2008 dengan melepasi audit dijalankan SIRIM setiap tahun.

“Lebih manis, sistem pendidikan JAIS diterima pakai dan menjadi rujukan pendidikan Islam di Kemboja,” katanya.

EZY

RM145.3 juta biaya elaun imam, guru KAFA dan takmir

RM145.3 juta diperuntukkan bagi membayar elaun 7,717 guru KAFA, takmir dan imam masjid di Selangor bagi tahun 2016.

DYMM Sultan Selangor puji Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam,guru KAFA

DYMM Sultan Selangor puji usaha Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam masjid dan guru KAFA.

Categories
SELANGOR

Tambahan elaun guru KAFA 1 Januari

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 NOV: Kenaikan elaun guru KAFA yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan Selangor 2016 Selangor akan berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kenaikan itu berdasarkan kepada tahun perkhidmatan guru berkenaan yang membabitkan tiga sumber.

jais kafaBeliau turut menafikan Kerajaan Negeri tidak menghargai peruntukan RM30.4 juta yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Hanya kira-kira 2,500 guru KAFA yang dibiayai JAKIM dari 6,900 jumlah keseluruhan mereka. Selebihnya, sebahagian besar pembiayaan datang daripada Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM59.6 juta.

“Guru yang menerima elaun RM800 akan dibantu Kerajaan Negeri dengan tambahan RM700 menjadikan jumlah keseluruhan RM1,500.

“Selebihnya, ditanggung 100 peratus Kerajaan Negeri dengan elaun RM1,500,” katanya yang menjawab soalan dikemukakan Kamarol Zaki (BN-Sungai Air Tawar).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Teliti status guru KAFA, tambah kuota guru takmir

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 30 JAN: Kerajaan Persekutuan perlu menyerap guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) sebagai berstatus kontrak (contract of service).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, status berkenaan mampu memberi lebih faedah kepada guru Kafa yang masih berstatus ‘contract for service’.

Multaqa imam, ajk, takmir, guru kafa di KUIS (5)“Kini, mereka sekadar menerima elaun dan tidak ada imbuhan lain termasuk perubatan.

“Begitu juga dengan status Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) juga diharap dapat pertimbangan sama oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau ditemui selepas upacara perasmian penutup Majlis Multaqa Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir Peringkat Negeri Selangor 2015 di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), di sini.

Multaqa imam, ajk, takmir, guru kafa di KUIS (1)aHadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Majlis Agama Islam Sealngor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Terdahulu dalam ucapannya, Yunus turut meminta kuota guru takmir ditambah dari 142 kepada 300 orang selaras dengan pertambahan masjid di Selangor.

“Kuota ini tidak pernah berubah, sedangkan kini Selangor mempunyai 400 masjid dan lebih 1,800 surau yang kian bertambah dari masa ke masa,” katanya.

-NFN-

Ada di Dewan, Azmin tak bantah sepatah pun

1-Perbandingan tidak tepat, MB saran semak ‘betul-betul’ gaji PM –

2-MB: Gaji yang ditolak ADUN akan disalur kepada rakyat –

3-Henti perbesar isu kenaikan gaji Exco, ADUN – Dr Rani –

4-Teng: Azmin tidak berkata walau sepatah pun ketika usul dibahas

5-Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji

6-Guru KAFA bakal nikmati elaun RM1,500

7-Jawatankuasa dibentuk rancang sistem pengangkutan awam –

8-Lebihan Marris, masuk ke tabung pembangunan

9-Pusat Wanita Berdaya wujud jualan secara ‘online’

10-Klinik 1 Malaysia bahayakan pesakit