Categories
NASIONAL SELANGOR

Tanah di Bukit Raja Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan Komersil – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 07012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 JANUARI 2013 :

1. Tanah di Bukit Raja diambil untuk kepentingan awam, bukannya untuk pembangunan komersil

2. Projek Hospital Terbengkalai Kuala Selangor, Satu Lagi Janji “Tidak Ditepati” Umno-BN

3. Hanya dalam tempoh empat tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya membina 5 buah sekolah rendah agama (SRA) berbanding Kerajaan Umno-BN yang mengambil 50 tahun untuk membina jumlah sekolah yang sama.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Status Kemajuan Pembinaan Hospital Shah Alam Diragui

SHAH ALAM, 2 NOV: Status pembinaan hospital Shah Alam diragui apabila kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) ‘berjaya’ melaksanakan kerja-kerja yang dijangka akan mengambil 82 hari dalam masa 30 hari sahaja.

Menurut MP Shah Alam, Abdul Khalid Samad, projek tersebut telah lewat 33 hari dari jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun 30 hari kemudian, laporan terbaru projek itu menunjukkan kerja-kerja tersebut telah siap 19 hari lebih awal daripada jadual kemajuan yang dijangka.

“Adakah ini cuma laporan mainan sebab sukar percaya sebelumnya lewat 33 hari. Tetapi dalam masa 30 hari mereka boleh siapkan 82 hari punya kerja hingga mendahului ke  hadapan 19 hari.

“Adakah pembayaran ‘in advance’ ada dibuat untuk melajukan projek ini setelah saya tanya sebelumnya?

“Apa yang kita mahukan adalah status kemajuan pembinaan yang sebenar,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini Abdul Khalid pernah beberapa kali mengkritik kelewatan kerja pembinaan hospital ini yang sepatutnya disiapkan pada pada 2011 tetapi telah di tunda ke hujung 2013.

Beliau juga pernah hantar petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut satu tindakan konkrit bagi menyelesaikan masalah pembinaan hospital itu termasuk memecat Menteri Kerja Raya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pusat Perlu Bina Lebih Banyak Hospital Di Selangor

Gambar oleh Arif Ramly
SELAYANG, 1 MEI : Seiring dengan pertambahan penduduk, Kerajaan Pusat diminta memberi kepada kerajaan negeri membina lebih banyak hospital di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, Selangor adalah salah satu negeri tumpuan di negara ini dengan kehadiran penduduk dari negeri lain dan luar yang bertambah dengan pesat ketika ini.

Berikutan itu, pertambahan pesakit yang ditempatkan di hospital di negeri ini juga mencatatkan pertambahan hingga menyebabkan beberapa hospital mengalami kesesakan.

“Pertambahan penduduk kini pesat di Selangor. Sekarang dah lebih 5.3 juta orang dan pembinaan Hospital Shah Alam pula tergendala. Kita berharap Kementerian Kesihatan dapat bekerjasama dalam perkara ini.

“Kebanyakan hospital di Selangor kini menghadapi masalah pesakit yang ramai. Kita minta sekurang-kurangnya tambahan tiga lagi hospital di Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sri Andalas berkata, berdasarkan maklumat diterima, tiada perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi pembinaan hospital di Selangor walaupun kerajaan negeri bekerjasama dengan menyediakan lokasi bagi tujuan itu.

Menurutnya, kelahiran di Selangor adalah tinggi termasuk kehadiran orang luar yang bekerja dan melanjutkan pelajaran.

“Kebanyakan hospital di Selangor kini mencapai tahap maksima dengan pesakit yang ramai. Kalau kita tunggu lagi dan tiada tambahan hospital keadaan akan semakin sukar.  Contoh macam Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang yang kalau dilihat sudah tidak boleh mengambil pesakit lagi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mencadangkan beberapa kawasan di negeri itu seperti di Tanjong Karang dan Kuala Langat manakala usaha menaiktaraf hospital seperti di Banting juga boleh dijalankan.

ends