Air Percuma Selangor, Sudahkah Anda Nikmati?


Sinopsis

Lebih 5 juta rakyat selangor menikmati air percume selangor setiap bulan.

“Hak air adalah hak rakyat, kerajaan negeri akan berusaha mempertahankan hak asasi ini daripada menjadi bahan keuntungan kroni” Menteri Besar Selangor, Tan Seri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Jika anda menghadapi masalah untuk menerima aor percuma, sila hubungi 1800-88-28-24

Layari http://www.selamgorku.com

Testimoni Teknologi Pertanian Masa Depan – SRI PADI


Sinopsis:

Penggunaan racun kimia yang asalnya menghindar serangan musuh tanaman, turut memusnahkan habitat lain. Menyedari kemelut ini, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan kaedah baru iaitu SRI, Selangor Rice Initiative untuk merangsang pertumbuhan pengeluaran tanaman secara maksima tanpa agrokimia.

Kaedah ini juga menjadi keutamaan rentetan kos pengeluarannya yang hanya melibatkan pembelian racun perosak dan baja yang minima. Sama-sama kita ikuti pendapat petani mengenai teknologi ini.

Layari http://www.selangorkini.net

Syabas vs. Selangor


Sinopsis:
Isu air Selangor sebenarnya mudah untuk difahami dan diselesaikan jika semua pihak sedar dan faham apa sebenarnya yang diperjudikan disini sekiranya konsesi Syabas terus memperdagangkan air kepada rakyat Selangor.

Edisi Penuh Lagi Terperinci : http://www.youtube.com/watch?v=WmneS7VpUmI

Merdeka Yang Lebih Bermakna


Sinopsis:

Apa makna Merdeka untuk anda dan apa yang menjadikannya lebih baik? Krew Selangorku turun padang mendengar suara rakyat.

Teruskan melayari http://www.selangorkini.net

Manfaat Kaedah SRI Padi Untuk Petani


Sinopsis:
Dalam merancakkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Kerajaan Selangor mempergiatkan usaha memberi latihan dan penerangan kepada para penanam padi dalam menghasilkan pengeluaran dan penggunaan kaedah ini secara meluas

Kerajaan Selangor – Potongan Cukai Pintu 25% (Kemaskini)

 

Sinopsis:
Dasar telus, cermat dan ketanggungjawaban yang anda pilih dalam pilihanraya lalu membantu kerajaan negeri mengumpul kekayaan berlipat-ganda.

Kemewahan ini disalurkan kepada anda melalui pelbagai program pro-rakyat (http://mes.selangor.gov.my).

Kini pemilik yang mendiami pangsapuri kos rendah berhak mendapat potongan cukai pintu 25%. Bermula Ogos, kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan lagi potongan ini kepada semua pemilik kediaman kos rendah.

Terima kasih di atas kepercayaan ini.

Categories
SELANGOR

Suarakan Kehendak Anda Dalam Belanjawan Selangor 2013

VIDEO: IKLAN Jemputan Ke Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2013 Peringkat PBT

Orang ramai di jemput ke siri dialog bajet Selangor 2013 yang akan berlangsung daripada 17 hingga 27 Julai.

Tujuan dialog ini adalah bagi mengumpul maklum balas daripada masyarakat setempat supaya belanjawan negeri dapat dirancang dengan mengambil kira kepentingan orang ramai.

Program ini julung kalinya diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008 dan selari dengan prinsip  pentadbiran dari rakyat untuk rakyat.

Sesi dialog yang dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) akan bertempat di pejabat pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor.

Berikut adalah senarai setiap siri dialog. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 5544 7120

 

 

 

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (Versi MELAYU)

Sinopsis:

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian memberi peluang kepada rakyat negeri tercinta ini memiliki tanah yang telah mereka diami semenjak sekian lama.

Kajian bersama semua pejabat berkenaan mendapati ramai rakyat Selangor tidak mampu memiliki tanah sendiri kerana masalah pembayaran premium.

Skim ini memudahkan proses dan dengan bayaran premium geran tanah RM1,000 sahaja, penerima notis 5A menjadi pemilik sah.

Skim ini juga boleh digunapakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan tamat tempoh pajakan, melanjutkan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah.

Skim ini adalah kali pertama diperkenalkan di Malaysia demi menggalakkan pemilikan tanah persendirian.

Kami mengiktiraf hak anda.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

 

Kerajaan Selangor – Rumah Mampu Milik

Sinopsis:

KEMASKINI I: Lantaran maklumbalas yang kencang dan sambutan yang amat mengalakkan, berikut adalah nombor-nombor telefon pihak lembaga yang boleh dihubungi: 03 55447078/ 7961 / 7650 / 7537.

KEMASKINI II: Borang pendaftaran Rumah Mampu Milik boleh didapati di Tingkat 5, Bangunan SUK, dan dijual pada harga RM5.00.

Antara permasalahan perumahan adalah ketidakmampuan pembeli rumah pertama mendapatkan rumah yang bukan sahaja pada harga berpatutan, tetapi dalam jangka masa panjang, tidak mengikis kemampuan ekonomi mereka.

Turut membimbangkan adalah sempitnya ruang untuk pemilik rumah kos rendah untuk memiliki kediaman baru yang lebih selesa, tetapi masih berpatutan.

Kerajaan Negeri Selangor berusaha menangani keluhan ini melalui skim Rumah Mampu Milik.

Dalam penggal mendatang, Kerajaan Selangor mahu menambahbaik skim ini supaya setiap rakyat Selangor tidak terpinggir dalam pasaran perumahan yang semakin mahal mutakhir ini.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

Kerajaan Selangor, Kebajikan Sepanjang Hayat


Sinopsis:

Dalam masa sesingkat empat tahun sahaja, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan banyak program pro-rakyat yang memberi manfaat kepada kehidupan semua pihak, tanpa mengira jalur politik masing-masing.

Air 20 meter padu percuma, dan pemberian hak-milik tanah kepada pemilik tanah sementara contoh jelas rakyat diutamakan.

Kesaksamaan menjadi teras politik baru di Selangor. Bagi penggal mendatang, kerajaan Pakatan Rakyat merangka lebih banyak lagi rancangan diatas program-program pro-rakyat sedia-ada.

Disamping itu, penambahbaikan terus dijalankan supaya anda mendapat yang terbaik, dari kerajaan pilihan anda.

Terima kasih diatas kepercayaan ini.