Categories
AGENDA NASIONAL

IPU seluruh negara kembali pada paras sederhana

KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Kualiti udara kembali sederhana di semua negeri di Semenanjung selain Sabah dan Sarawak mengikut catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), hari ini.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan penurunan bacaan IPU iaitu bawah 100 di seluruh negara sejak pagi tadi.

Beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak bacaan IPU mununjukkan daerah di situ berada di tahap yang baik iatu di Kota Tinggi, Johor (50), Limbang, Sarawak (49) dan di Tawau, Sabah (39) yang munujukkan bacaan yang paling sihat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kawasan di Pulau Pinang mencatat bacaan melebihi 80 iaitu Seberang Jaya (83), Seberang Perai (81), Minden (83) dan Balik Pulau (88) yang mencatat bacaan tertinggi sejak 7 petang tadi.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Kualiti udara di Selangor bertambah baik

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 23 MAC: Kualiti udara di negeri ini didapati bertambah baik berbanding tiga hari lalu melalui bacaan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin rendah.

Pada 20 Mac lalu, SelangorKini melaporkan bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Shah Alam dan Klang iaitu mencecah 107, berada pada paras kualiti udara tidak sihat.

Namun melalui laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Shah Alam dan Klang sehingga jam 3 petang tadi ialah pada 60, sebelum itu pada jam 6 pagi, bacaan adalah pada 59, ia sekali gus menunjukkan tahap kualiti udara semakin baik.

Keadaan sama turut berlaku di lokasi lain termasuk Banting, Johan Setia, Petaling Jaya dan juga Putrajaya.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini seluruh negara, orang ramai boleh layari laman web apims.doe.gov.my.

Categories
SELANGOR

IPU: Udara di Shah Alam tidak sihat

OLEH UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 20 MAC: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar bandar Shah Alam menunjukkan tidak sihat mulai 10 pagi tadi.

Bandar raya ini satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat dengan indeks 107 pada 12 tengahari ini.

Menurut data di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 62 kawasan menunjukan bacaaan sederhana dan tiga lagi baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Categories
SELANGOR

Jerebu : Hanya dua kawasan catat IPU tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OKT: Indeks pencemaran udara (IPU) hari ini mencatat bacaan lebih baik berbanding semalam dengan hanya dua kawasan merekodkan bacaan tidak sihat setakat jam 9.00 pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan tersebut terletak di Larkin Lama dan Pasir Gudang, Johor dengan masing-masing mencatatkan bacaan 105 dan 102.

Jerebu Satelit27 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana dengan kebanyakan tempat menyaksikan bacaan purata antara 50 dan 100.

Manakala 22 kawasan selebihnya mencatatkan IPU sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Categories
SELANGOR

Jerebu kembali pulih, hanya Pasir Gudang tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 OKT: Keadaan jerebu kembali pulih dengan kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat dan sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi ini, hanya satu kawasan sahaja berada dalam zon tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor dengan bacaan 105.

IPU JEREBUSebanyak 33 kawasan mencatatkan bacaan sederhana termasuk lima di Selangor iaitu Banting (74), Kuala Selangor (63), Pelabuhan Klang (85), Petaling Jaya (65) dan Shah Alam (75).

Sementara itu, 15 kawasan lagi berada dalam kategori sihat termasuk Langkawi (47), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (47), Tanah Merah (38), Balok Baru, Kuantan (48), Indera Mahkota (42) dan Jerantut (37).

Kawasan lain adalah Kangar (47), Perai (48), Bintulu (44), ILP (42), Limbang (40), Kemaman (48), Kuala Terengganu (41), Paka (33) dan Labuan (45).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh melayari portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-nR-

Categories
SELANGOR

Jerebu: IPU menurun, tiada lagi kawasan cecah aras merah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OKT: Keadaan jerebu beransur pulih pagi ini dengan tiada lagi kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat selain kebanyakan kawasan mencatatkan penurunan.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan sebanyak 22 kawasan berada di zon tidak sihat termasuk kawasan di Utara mencecah aras merah semalam.

Setakat 9 pagi ini, Seberang Jaya 2, Perai, mencatatkan bacaan 171, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan 161, Kangar (158), Alor Setar (167), Bakar Arang, Sungai Petani (172) dan Langkawi (168).

Sementara itu, hanya dua kawasan di Selangor masih berada di zon tidak sihat iaitu Kuala Selangor (128) dan Pelabuhan Klang (116).

Kawasan lain termasuk SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (123), Tanah Merah(113), Balok Baru, Kuantan (112), Indera Mahkota, Kuantan (105), Kemaman (114), Paka (103) dan Kuala Terengganu (105).

Masih kekal tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (117), Kampung Air Putih, Taiping (125), S K Jalan Pegoh, Ipoh (134), Seri Manjung (138), Samarahan (106) dan Sri Aman (120).

Pada masa sama, 28 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana manakala satu lagi kawasan dikategorikan sihat.

-nR-

Categories
SELANGOR

Jerebu: Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri diarah batal aktiviti luar

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 OKT: Sebarang aktiviti luar membabitkan jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri diarah dibatal dan ditangguhkan ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan sangat tidak sihat.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Daroyah Alwi, berkata ketetapan itu dibuat setelah melihat kemerosotan kualiti udara dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam

pc dr daroyah 1“Fenomena jerebu melanda negara sehingga kini terus membimbangkan dan membahayakan kesihatan masyarakat.

“Buat masa sekarang, tiada sebarang aktiviti luar boleh dijalankan terutamanya pada hari cuti Sabtu dan Ahad ini iaitu 24 dan 25 Oktober,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) situasi jerebu dijangka berterusan sehingga 27 Oktober ini ekoran kebakaran terbuka masih berlaku di Sumatera dan Kalimantan.

“Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa memberi perhatian kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak, warga emas dan penghidap penyakit kronik untuk tidak berada di luar rumah.

“Pastikan setiap seorang menyimpan penutup muka dan hidung (face mask) dan jangan sesekali keluar rumah tanpa memakainya,” katanya.

Orang ramai juga disaran supaya sentiasa memantau tahap kesihatan diri, tingkatkan pengambilan air dalam badan bagi mengekalkan penghidratan dan mendapatkan rehat secukupnya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Utara Semenanjung catat IPU sangat tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 OKT: Sebanyak enam kawasan di utara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat melebihi 200, pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi bacaan tertinggi iaitu 262 dicatatkan di Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang.

Lima kawasan lain yang dikategorikan sangat tidak sihat termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bacaan 228, Kangar, Perlis (235) serta tiga lagi kawasan di Kedah iaitu Alor Setar (218), Bakar Arang, Sungai Petani (237) dan Langkawi (230).

jerebu kelab shh alamSementara itu, 28 kawasan masih lagi berada di zon tidak sihat antaranya lima di Selangor membabitkan Banting (122), Kuala Selangor (149), Pelabuhan Klang (161), Petaling Jaya (116) dan Shah Alam (139).

Di Pantai Timur, kawasan tidak sihat adalah SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (112), Tanah Merah (119), Kemaman (106), Kuala Terengganu (108) dan Balok Baru Kuantan (109).

Masih lagi kekal tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (102) dan Bukit Rambai (105) di Melaka selain Nilai (102) dan Seremban (106) di Negeri Sembilan.

Turut dikategorikan tidak sihat ialah lima kawasan di Perak iaitu Jalan Tasek, Ipoh (157), Kampung Air Putih, Taiping (161), S K Jalan Pegoh, Ipoh (173), Seri Manjung (183) dan Tanjung Malim (135).

Kawasan lain termasuk Batu Muda,Kuala Lumpur (122), Putrajaya (118) serta Tawau, Sabah (117) dan Kuching, Sarawak (125).

-nR-

Categories
SELANGOR

Jerebu : IPU 17 kawasan tidak sihat, 22 lagi sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati empat daripadanya terletak di Selangor iaitu Shah Alam dengan bacaan 120, Kuala Selangor (137), Pelabuhan Klang (127) dan Banting (108).

JEREBULangkawi, Kedah mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 173 selain Bakar Arang, Sungai Petani turut dikategorikan tidak sihat dengan 102.

Pada masa sama, Johor tidak banyak berubah dengan Kota Tinggi masih mencatat bacaan 103, Larkin Lama (112) dan Pasir Gudang (127).

Begitu juga dengan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka yang terus kekal di zon tidak sihat dengan measing-masing mencatatkan IPU 110.

Kawasan lain termasuk Port Dickson, Negeri Sembilan (109), Kampung Air Putih, Taiping (100) dan Seri Manjung, Perak (121), Kangar, Perlis (111) serta Pulau Pinang di Seberang Jaya 2 Prai (105) dan USM (109).

Sementara itu, 22 kawasan lain dikategorikan sederhana manakala baki 13 lagi masih lagi berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Categories
SELANGOR

IPU semakin pulih, hanya 8 kawasan catat bacaan tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEP: Indeks pencemaran udara (IPU) hari ini mencatat bacaan lebih baik berbanding semalam apabila kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan purata 50 hingga 100.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 9.00 pagi tadi terdapat lapan kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Jerebu SatelitLapan kawasan tersebut membabitkan Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (111), Nilai (102), Port Dickson (113), Seremban (110), Kota Tinggi (102) diikuti Banting dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 109 dan 101.

Sementara itu, 30 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana. Manakala, 16 kawasan selebihnya mencatatkan bacaan sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-NR-

Categories
SELANGOR

Jerebu kembali menebal, lebih 35 kawasan catat IPU sederhana

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 SEP: Lima kawasan di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 12 tengah hari ini.

32 kawasan lain turut mencatatkan IPU sama adalah Johor, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Sementara 10 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU sihat antaranya di Alor Star (24), Perai (36), Langkawi (27) dan Kangar (22).

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Banting mencatatkan IPU 61, Kuala Selangor (54), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (63).

Jerebu-Shah-AlamBacaan itu menunjukkan peningkatan berbanding setakat 9 pagi tadi.

Manakala Balok Baru, Kuantan paling tinggi dengan IPU tidak sihat iaitu 131.

Diikuti dengan Bandaraya Melaka (120) dan Indera Mahkota, Kuantan (116).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Rujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NR-

Categories
SELANGOR

IPU Johor tidak sihat, Selangor sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 SEP: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pasir Gudang, Johor kini mencecah tahap sangat tidak sihat iaitu 201 setakat jam 9 pagi ini.

Berbanding semalam, kini terdapat enam lagi kawasan lain mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Kota Tinggi, Johor (135), Larkin Lama, Johor (187), Balok Baru, Pahang (158), Indera Mahkota, Pahang (135), Kemaman, Terengganu (148) dan Paka, Terengganu (108).

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kebanyakan kawasan masih mencatatkan kadar IPU sederhana sementara baki yang lain dikategorikan sebagai baik.

IPU JEREBUDi Selangor, IPU masih dalam catatan sederhana termasuk di kawasan Banting (75), Kuala Selangor (52), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (64) dan Shah Alam (67).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Semakan lanjut untuk mengetahui bacaan IPU semasa boleh dibuat di portal http://apims.doe.gov.my

-NR-