Categories
NASIONAL SELANGOR

RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat

20petrol_m_mKUALA LUMPUR 2 SEPT: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat akan terus membebankan rakyat di negara ini, lapor Keadilan Daily.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20 sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, kenaikan Ron 95 ini adalah yang ketiga. Sebelum ini, pada 16 Julai 2010 harga minyak itu naik 5 sen menjadi RM 1.85 seliter dan pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter.

Manakala kenaikan Diesel itu pula sebanyak empat kali. Masing-masing pada RM1.70 seliter pada 1 September 2009, RM1.75 (16 Julai 2010), RM1.80 (3 Disember 2010) dan kini terus melonjak menjadi RM2.00 seliter.-keadilandaily.com.

Categories
NASIONAL

Bukan soal kerajaan perpaduan tetapi penyelesaian isu rakyat – Anwar

DSAI_hq2Dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bukannya menjurus kepada pembentukan kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

?Tidak berbangkit sama sekali isu kerajaan perpaduan,? katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Memetik Keadilan Daily, Ketua Umum PKR itu ketika menjawab soalan pemberita, berkata ia amalan biasa dalam sesebuah negara demokrasi.

?Dalam negara demokrasi asasnya ialah meletakkan rundingan semua pihak termasuk pembabitan pembangkang.

?Jadi apa salahnya diadakan rundingan untuk membincangkan beberapa isu asas.
?Pakatan memperoleh suara majoriti rakyat yang mahu melakukan perubahan. Kita akui gerak kerja mesti diteruskan untuk menyelamatkan negara,? katanya.

Anwar berkata, dialog itu usaha terbaru bagi membantu rakyat yang memberi undi majoriti kepada Pakatan.

Beliau menggariskan beberapa isu yang menjadi asas perbincangan, antaranya soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.

?Kita mampu melupakan ketegangan dan keresahan akibat kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan meletakkan kepentingan nasional sebagai keutamaan,? katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lagi slogan terbaru Najib ciplak Israel?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KUALA LUMPUR 22 Ogos: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri ‘Endless Possibilities’ dikatakan diciplak daripada slogan yang digunakan negara Israel, lapor Keadilan Daily.

Beberapa blog melaporkan ‘Endless Possibilities merupakan slogan yang digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013.

Kempen berkenaan dikatakan bermula sejak awal tahun ini, namun pelancarannya dijangka dibuat pada 17 September depan. Portal Malaysian Insider difahamkan, semua menteri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, ‘Endless Possibilities’ bukan menggantikan slogan ‘1Malaysia’ sebaliknya pelengkap kepada slogan tersebut. Oleh sebab itu slogan itu selepas ini akan berbunyi ‘1Malaysia, Endless Possibilities’

Beberapa blog menimbulkan dakwaan firma perunding bagi mencipta logo dan tema tersebut dibayar sebanyak RM30 juta, namun dakwaan itu tidak dapat dipastikan.

Memetik laporan TMI, difahamkan Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru dengan slogan berkenaan.

Sumber berkata, kempen baru itu bermula ketika majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan beberapa program Pelancongan Malaysia.

Kaitan slogan terbaru itu dengan slogan dari Israel turut diulas.

Kenyataan media dari kementerian Pelancongan Israel yang disiarkan oleh sebuah blog pro Pakatan Rakyat, darisungaiderhaka.blogspot.com[/caption]

blogger Pro Umno seperti outsidethebox.blogspot.com dan Jebatmustdie.wordpress.com.

Sebelum ini, kerajaan Umno BN dikritik hebat apabila memperkenalkan slogan 1 Malaysia yang dikatakan ditiru daripada slogan One Israel.

Kerajaan juga dibidas kerana melantik syarikat perunding Israel, Apco World Wide untuk membantu memulihkan imejnya dengan bayaran RM77 juta setahun.- keadilandaily.com