PR: Tolak Lucah, Kembali Ke Isu Rakyat – Buletin 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Parti Keadilan Rakyat melancarkan video penerangan ringkas mengenai Manifesto Rakyat bagi mengembalikan perbincangan umum daripada propaganda lucah dan politik kaum Barisan Nasional kepada dasar-dasar negara.

2. Empat bekas Pegawai Tinggi Pasukan Keselamatan akan memberi gambaran jelas berhubung insiden Lahad Datu yang dijadikan Umno-BN untuk menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Categories
NASIONAL

Tian Chua Akan Ambil Tindakan Mahkamah

Tian Chua parlimen 01

 

SHAH ALAM 11 MAC : Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Papagomo yang berterusan mendakwa beliau menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.

Dakwaan liar oleh blogger pro-BN itu kini bukan sahaja memburukkan nama baik beliau, malah keselamatan dirinya turut diugut dan diancam.

“Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata.

“Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Beberapa hari lalu, Tian Chua menggesa usaha memutarbelitkan kenyataannya dihentikan serta merta, dan meminta semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu keselamatan negara di Lahad Datu.

Gesaan itu dibuat susulan serangan bertubi-tubi yang diterima Tian Chua terutama daripada pemimpin Umno-BN dan para blogger pro-BN berhubung satu kenyataan kononnya beliau memperkecilkan pejuang pasukan keselamatan yang terkorban.

Kenyataan Tian sebelum ini yang di siarkan Keadilan Daily menyebut bahawa beliau mendakwa mungkin terdapat agenda tersembunyi (sandiwara) Umno ekoran pencerobohan tentera Sultan Sulu di Sabah sejak pertengahan Februari lalu.

Lebih merumitkan keadaan apabila blogger seperti Papagomo menabur fitnah mendakwa Tian Chua menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai ‘Komando Mati Katak’.

“Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti,” tegasnya lagi.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Negeri Tubuh Tabung Wira Rakyat Selangor RM 10 juta

MB Melawat Jenazah Polis Lahad Datu 01

SHAH ALAM 6 MAC : Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor dalam pada masa yang sama memberikan bantuan berjumlah RM 20,000 kepada setiap keluarga anggota yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

“Tabung ini akan digunakan kepada keluarga mangsa daripada segi pendidikan, kebajikan, kesihatan dan beberapa pertolongan yang boleh diberikan dari masa ke semasa,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Ujar Abdul Khalid, pemberian bantuan berjumlah RM 20,000 itu akan diberikan kepada keluarga mangsa secepat mungkin.

“Walaupun wang ringgit tidak boleh menggantikan nyawa mereka yang terkorban namun bantuan kewangan ini diharapkan dapat meringankan bebanan keluarga khususnya anak-anak yang masih bersekolah,” kata beliau.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri juga akan memberikan sokongan padu kepada pasukan keselamatan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah itu.

“Kita mendoakan agar konflik ini diselesaikan dengan segera dan kita mendoakan kesemua pasukan keselamatan kita pulang dengan selamat,” kata Abdul Khalid.

Setakat ini lapan anggota keselamatan terkorban dalam operasi terhadap kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina yang telah berkampung di beberapa tempat di Lahad Datu dan Semporna.

Dua anggota komando polis yang terkorban di pertempuran di Kampung Tanduo ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.

Manakala yang terbunuh dalam serangan hendap Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamid, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, Koperal Salam Togiran, Supt Ibrahim Lebar dan L/Kpl Mohd Azrul Tukiran.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 050322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 5 MAC 2013 :

1. Setiap rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekirannya Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Selangor sekali lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

2. Projek Datum Jelatek di Keramat yang dibangunkan PKNS merupakan satu usaha terancang Kerajaan Selangor bagi mengembangkan keupayaan masyarakat Melayu supaya lebih berjiwa besar dalam pemilikan aset.

3. Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyelar tindakan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri yang sanggup menggadai keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan berikutan pencerobohan kumpulan bersenjata warga asing di Lahat Datu sejak 23 Februari lalu.

4. Dalam pada itu suratkhabar Utusan Melayu Malaysia Bhd (Utusan) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) digesa menarik balik dakwaan tidak berasas berkaitan pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam.

Categories
NASIONAL

Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala

Lahad Datu

SHAH ALAM 1 MAC: Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.

“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.

Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.

“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.

“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya.

Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Categories
NASIONAL

Anwar Ibrahim : UMNO Gagal Tangani Keselamatan Negara (Video)


 

Sinopsis
– DSAI kesal dengan kelemahan UMNO/BN dalam menangani isu keselamatan wilayah diLahat Batu Sabah.Tindakan cuba mengaitkan Anwar dengan kumpulan militan ini semata untuk menutup penyelewengan lebih RM 900juta wang dari kemasukan warga asing di Sabah.
Anwar juga akan mengambil tindakan makhamah kepada mana – mana pihak yang cuba menfitnah beliau terlibat dalam insiden di Lahad Datu.