Categories
NASIONAL

Suara mahasiswa, bangkit demi Malaysia lebih sejahtera

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 28 OGOS : Kebangkitan mahasiswa dan generasi muda diyakini mampu membawa perubahan kepada pembentukan Malaysia yang lebih sejahtera.

Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Mohd Yusso, berkata keperluan tersebut menuntut seluruh mahasiswa bangkit menentang kezaliman kerajaan pemerintah.

“Kalau bukan kita bersuara untuk kepentingan negara kita, siapa lagi yang perlu bersuara demi negara kita ini?

“Mahasiswa hadir atas desakan supaya pihak berkuasa menangkap penjenayah merosakkan dan mencemarkan imej negara kita di mata dunia.

“Mahukah anak-anak kita dan generasi kita terus menjadi mangsa kelaziman pemerintah kita?” katanya.

Beliau berucap pada demostrasi Tangkap Malaysian Official One (MO1) di Jalan Raja Laut.

IMG_1769Semalam, ribuan peserta terdiri daripada golongan mahasiswa, ahli politik, aktivis dan orang awam turut serta dalam perararakan demostrasi Tangkap MO1 yang bermula di Masjid Negara dan Kompleks Membeli Belah, Sogo.

Sebelum ini, Anis Syafiqah mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.

Aktivis berusia 24 tahun itu sebelum ini turut lantang mendesak individu yang dikaitkan sebagai MO1 dibawa ke muka pengadilan susulan dakwaan integriti dan rasuah.

Terdahulu, Jabatan Keadilan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan wujudnya individu dinamakan MO1 sebagai perasuah terbesar negara.

EZY

Categories
SELANGOR

Komersialkan karya kreatif mahasiswa UNISEL

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 APR: Agensi kerajaan dan pihak swasta disaran menyokong usaha berterusan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mengetengahkan pelbagai produk serta karya kreatif mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari, berkata ketetapan itu diperlukan bagi memastikan hasil karya mahasiswa terus ‘hidup’ walaupun selepas tamat pengajian.

Yaakob sapari DUN“Ada karya kreatif mereka sangat baik untuk ditonjolkan di peringkat komersial. Jadi, pihak industri boleh ambil karya ini supaya ia boleh menjadi landasan yang baik untuk masa depan pelajar.

“Kalau ia tidak dikomersialkan, karya kreatif ini akan mati. Oleh sebab itu, perlu adanya elemen komersial supaya produk ini dapat dikembangkang di peringkat luar.

“Jadi, saya cadangkan karya ini dipamerkan di luar seperti pusat membeli-belah supaya masyarakat boleh melihat kejayaan mereka ini,” katanya kepada Selangor Kini pada Pameran Pelajar Tahun Akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FADEX) 2016 di Dewan Pro Canselor UNISEL, di sini, hari ini.

Sementara itu, mahasiswa, Fikri Afif Azhari, 24 berharap karya kreatif rekaan aplikasi keselamatan yang dihasilkannya dapat diketengahkan untuk diguna dalam kehidupan seharian.

voxpop fikri grafik“Saya harap dengan rekaan ini, maka boleh membuat kerjasama dengan pihak berkuasa ke arah mengurangkan kadar jenayah contohnya membabitkan isu penculikan.

Bagi Syasha Ahmad pula, pembukaan pameran sedemikian menjadi landasan bagi golongan muda sepertinya menonjolkan produktivti diri.

“Kita harap ada bantuan berterusan daripada pihak kerajaan supaya mahasiswa UNISEL dapat bersaing dengan mahasiswa negara luar contohnya Singapura dan Brunei.

“Apa yang penting, saya juga berharap idea ini dapat diterima baik di peringkat yang lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mahasiswa belanja RM5 sehari, kerajaan patut cari penyelesaian

SHAH ALAM 14 JAN: Kerajaan perlu mengambil serius isu kesengsaraan pelajar universiti apabila ada yang berbekalkan RM5 sehari dengan memastikan mereka disediakan makanan secukupnya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata beliau musykil apabila Khairy Jamaluddin membuat kesimpulan daripada isu kelaparan ini bahawa “pelajar tidak pandai mengurus kewangan mereka”.

Katanya, Khairy sebagai graduan Oxford, mana mungkin beliau boleh memahami penderitaan dihadapi pelajar universiti tempatan.

suspended-meal“Kita seharusnya mengambil langkah penjagaan baik terhadap pelajar ini dan tidak boleh membiarkan mereka kebuluran serta perlu ada penyediaan makanan seimbang buat mereka.

“Tidak boleh sama sekali membiarkan mereka bergantung hidup hanya makan mee segera dan roti sebagai makanan harian yang tidak memberikan nutrien mencukupi,” kata Zuraidah dalam kenyataan media.

Beliau berkata Khairy mengatakan seolah-olah itu perkara baru baginya sedangkan permasalahan kemiskinan pelajar sudah lama berlaku dan bertambah buruk sekarang.

“Berapa ramai pelajar kita yang dapat menampung kos kehidupan mereka dengan kenaikan harga barang dilaksanakan kerajaan?.

“Pada ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan semakin menekan dengan perlaksanaan GST khususnya, maka tidak hairan pelajar menjadi mangsa golongan paling menderita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan digesa komited dan serius menangani masalah itu dengan membantu pelajar memerlukan supaya generasi muda masa akan datang dijaga dengan baik.

EZY

Categories
SELANGOR

Jelajah seluruh negara, tingkat kefahaman mahasiswa Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat memperbanyakkan program ramah mesra bersama mahasiswa Selangor yang belajar di luar negeri itu.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata program itu membolehkan agenda Kerajaan Negeri disampaikan kepada golongan muda di perantauan.

amirudin shariKatanya, usaha itu juga dapat memastikan golongan yang berada di luar Selangor tidak ketinggalan dalam program anjuran Kerajaan Negeri.

“Saya berhasrat meneruskan jelajah seumpama ini bagi menemui mahasiswa Selangor di perantauan dan menyampaikan perkembangan negeri supaya mereka tahu penambahbaikan dibuat khusus untuk generasi muda.

“Antaranya termasuk dalam bidang keusahawanan dan kebudayaan iaitu portfolio di bawah kelolaan juga pengurusan saya,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook.

Terdahulu, beliau hadir ke program Hi-Tea Mahasiswa Selangor di Kelantan bersama 100 anak muda yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Anak Muda Kelantan serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan.

perkahwinan belia1Amirudin yang juga Pengurus Pasukan Selangor berkata, beberapa penerangan turut disampaikan berkenaan 10 Dasar Belia Selangor termasuk program insentif anak muda seperti Program Hadiah Masuk Universiti, Insentif Perkahwinan Belia serta Biasiswa Kerajaan Negeri.

Beliau dalam kunjungan ke Kelantan bagi menyaksikan perlawanan peringkat Kumpulan C antara Selangor dengan Kelantan yang menyaksikan Red Giants menewaskan The Red Warriors 1-0 malam tadi.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Sudah tiba masanya gerakan mahasiswa patut bangkit

Oleh: Rafizi Ramli

Saya tidak terkejut dengan tindakan bacul pimpinan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Saudara Hanif Mahpa, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UIA dan Saudari Afiqah Zulkifli, EXCO MPP UIA selama dua semester (iaitu setahun) hanya kerana mereka menjemput saya menyertai satu forum mengenai GST.

Yang saya terkejut ialah bagaimana pimpinan mahasiswa seperti Saudara Hanif Mahpa, Saudari Afiqah Zulkifli dan rakan-rakan mereka di dalam MPP UIA yang jauh lebih berani dari orang-orang tua berjawatan tinggi yang mengepalai UIA.

Semasa saya dijemput untuk hadir, saya pada mulanya menolak kerana saya tahu mereka (pimpinan mahasiswa ini) akan berdepan dengan risiko kerana pimpinan UIA mempunyai rekod paling buruk berbanding universiti-universiti lain.

Walau bagaimana pun, mereka meyakinkan saya bahawa prinsip kebebasan akademik lebih penting dari tunduk kepada ugutan beberapa orang profesor yang selesa dengan pangkat.

demo_mahasiswa_PWTC-01Lalu saya tetap hadir, apatah lagi program itu forum yang adil kerana ada wakil Umno yang akan turut berucap.

Setelah mereka diberi notis dipanggil membela diri kerana dituduh melanggar peraturan universiti, sekali lagi saya duduk berbincang dengan Saudara Hanif, Saudari Afiqah dan rakan-rakan pimpinan MPP UIA.

Malah, saya menasihatkan mereka supaya mereka cari jalan untuk berkompromi supaya mereka tidak digantung dari universiti.

Mereka meyakinkan saya bahawa mereka tidak akan berganjak kerana memperjuangkan kebebasan akademik itu penting demi kematangan mahasiswa dan mereka sanggup berdepan dengan sekeras-keras hukuman.

Oleh kerana saya sendiri tidak mampu memujuk mereka supaya tidak terlalu berani, kami ada membincangkan beberapa pilihan sekiranya kedua-dua mereka digantung oleh universiti.

Saya memberi komitmen bahawa saya mengambil tanggungjawab kepada kebajikan mereka sepanjang mereka digantung.

Oleh yang demikian, saya telah memberikan beberapa pilihan termasuklah bertugas dengan saya sepanjang setahun sebagai pegawai saya untuk menimba pengalaman pentadbiran atau menjalani kursus pendek yang boleh meningkatkan kemahiran dan daya saing mereka sebagai mahasiswa.

Saya akan mengusahakan pembiayaan yang sewajarnya untuk mempastikan kebajikan mereka terjaga sepanjang tempoh penggantungan ini.

Saya juga menyeru supaya pimpinan mahasiswa seluruh Malaysia mengambil iktibar bahawa kebebasan akademik tidak akan diberikan kepada kampus kecuali ia dituntut habis-habisan.

Dalam suasana kemelut politik sekarang, profesor-profesor selesa di universiti akan lebih keras untuk mempertahankan pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menjangkakan universiti-universiti akan mengetatkan lagi ruang kebebasan berfikir yang sudah sedia sempit di kampus untuk melindungi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh yang demikian, saya menggesa kesemua pertubuhan mahasiswa dan pimpinan mahasiswa untuk bersatu dan memperhebatkan lagi tuntutan kebebasan akademik di kampus.

Saya juga mencabar pertubuhan mahasiswa dan pimpinan mahasiswa supaya lebih agresif dalam mendepani usaha membawa perubahan di negara ini dengan terus memberi tekanan agar Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan serta-merta.

Saya akan terus memberi sokongan dan dokongan kepada pimpinan mahasiswa memandangkan latar belakang saya sendiri sebagai aktivis mahasiswa semasa menjadi Pengerusi United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (UKEC) di UK dahulu.

Untuk itu, saya telah memberikan komitmen-komitmen berikut kepada gerakan mahasiswa:

1. Bersama-sama menjelajah ke seberapa banyak kampus di seluruh negara untuk memberikan penerangan dan berdebat mengenai GST untuk mempertahankan hak mahasiswa bersuara dan berfikir; dan

2. Menubuhkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membela pimpinan dan aktivis siswa yang berhadapan dengan tindakan digantung akibat keberanian mereka mempertahankan kebebasan akademik seperti Saudara Hanif Mahpa dan Saudari Afiqah Zulkifli.

Satu majlis mengumpul dana akan dianjurkan oleh Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) bagi tujuan ini dalam masa terdekat.

Saya percaya adik-adik mahasiswa akan terus bangkit menjadi tonggak kepada gerakan perubahan seperti mana kami, generasi pimpinan siswa dahulu kini menjadi pimpinan politik yang berdepan terus dengan gelojoh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

Mahasiswa berpolitik: Kerajaan jangan bersandiwara

Oleh: AHMAD TAUFIQ KAMARUDDIN

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis lalu (23 Julai 2015) yang bersetuju supaya mahasiswa universiti diberi ruang lebih luas dalam sistem demokrasi negara, termasuk melibatkan diri dalam politik, DPPM mengingatkan pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan agar tidak bersandiwara dalam isu ini.

DPPM melihat sikap dan tindakan Kerajaan dalam mendepani mahasiswa yang terlibat dalam politik sendiri pun tidak selari dengan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang sepatutnya akta ini dimansuhkan terus.

demo_mahasiswa_PWTC-01Pentadbiran universiti juga bersikap cauvinis, paranoid dan tidak profesional berurusan dengan kepimpinan dan gerakan mahasiswa yang konsisten menuntut penambahbaikkan dalam segenap sektor pentadbiran negara dan universiti termasuk prestasi sektor pendidikan negara kita.

Pidato Jelajah Kerajaan Mahasiswa, Pidato Umum DS Anwar Ibrahim di UM, insiden UM8, tindakan ke atas pejuang isu air di UKM (#UKM13), insiden #UIA3M dan insiden merampas mikrofon semasa Dialog GST di UIAM dan terkini isu 11 orang pimpinan mahasiswa UIAM yang bakal dikenakan tindakan berikutan kenyataan media berhubung isu yang melibatkan PM cukup menjadi bukti kegagalan Kerajaan berhubung dan berinteraksi dengan kumpulan mahasiswa.

Pindaan pelbagai undang-undang dan peraturan kononnya untuk memperlihatkan keterbukaan Kerajaan hanyalah bertujuan memerangkap mahasiswa yang komited memperjuangkan kepentingan awam sekalipun di luar pagar kampus.

Sedangkan perjuangan mahasiswa ini sendiri adalah kesan daripada tekanan serta bebanan yang dihadapi rakyat secara umumnya dan mahasiswa khususnya berikutan pelaksanaan GST, hutang PTPTN, peningkatan kos sara hidup dan kelemahan serta ketirisan yang berlaku dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara sehingga berlakunya skandal 1MDB, Tabung Haji, MARA dan kejatuhan merudum nilai Ringgit.

DPPM menyokong penuh tindakan berani dan semangat kepedulian yang tinggi golongan mahasiswa terhadap situasi negara, pentadbiran Kerajaan dan kehidupan rakyat kerana mahasiswa merupakan generasi teras kepada ketamadunan dan pembangunan bangsa dan negara Malaysia yang lebih aman, makmur, sejahtera dan berkebajikan.

*AHMAD TAUFIQ KAMARUDDIN adalah Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Categories
NASIONAL

UIAM patut gugur dakwaan mahasiswa anjur forum GST

SHAH ALAM 7 JUL: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) patut menggugurkan tuduhan terhadap dua mahasiswanya atas dakwaan penganjuran forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata beliau tidak teragak-agak bekerjasama dengan gerakan pelajar bagi menegakkan keadilan jika universiti mengenakan tindakan tidak munasabah ke atas dua mahasiswa itu,

yb rafizi parlimen“Gelombang kuasa mahasiswa yang baru tentu menambahkan tekanan bukan sahaja kepada pengurusan UIAM, bahkan mematahkan tuan politik kepada pengurusan UIAM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, universiti itu dilihat akan mengambil tindakan keras terhadap mereka merujuk kepada kenyataan Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim, semalam.

Jika perkara itu terjadi, kata ahli Parlimen Pandan itu, UIAM hanya akan mendapat pelbagai imej buruk.

“Sebagai sebuah taman ilmu, pengurusan UIAM harus mengambil pendirian terbuka menggalakkan pertukaran idea terutama menyentuh kepentingan ekonomi rakyat seperti isu GST,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA

KESATUAN tuntut kebebasan akademik

Oleh: Hanif Mahpa

Pelancaran Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) pada 3 Jun 2015 merupakan satu lagi momen bersejarah dalam perjuangan mahasiswa tanah air.

Gabungan 20 buah gerakan mahasiswa seluruh negara ini membulatkan tekad untuk mempersada perjuangan mahasiswa di peringkat nasional. Satu daripada isu fundamental yang diperjuangkan oleh KESATUAN ialah kebebasan akademik.

mahasiswa konvokesyen anak muda wide 02Kebebasan akademik tidak harus dilihat terpisah daripada kebebasan-kebebasan asasi yang lain, iaitu kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.

Ia merupakan suatu pakej hak dan tanggungjawab insan. Menidakkan salah satunya bererti menidakkan maruah dan kehormatan seorang manusia.

Intellectual Containment

Kebebasan akademik seharusnya menjadi denyut nadi universiti dan institut-institut keilmuan. Ia menjadi asas kepada budaya ilmu, makna sebenar universiti dan kesarjanaan.

Lawan bagi kebebasan akademik ialah penyekatan intelektual (intellectual containment), suatu istilah yang digunakan Meredith L. Weiss dalam bukunya ‘Student Activism in Malaysia’.

Menurut Weiss, mahasiswa dan ahli akademik seharusnya diakui autoriti mereka untuk melakukan analisis, kritikan serta advokasi.

Mereka juga aktor penting dalam melakar tamadun dan idea melalui pembelajaran, diskusi dan penulisan. Sekiranya kebebasan mereka disekat; melalui ancaman dan hukuman yang dikenakan sekiranya bersuara lantang, tidak mungkin peranan mereka dapat difungsikan sepenuhnya untuk masyarakat.

demo_mahasiswa_PWTC-01Ketakutan yang diinstitusikan secara rasmi pada tahun 1971 melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta pelbagai undang-undang drakonian lain adalah tali gantung yang menanti untuk menjerut leher-leher mahasiswa dan ahli akademik. Ketakutan dijadikan alat politik para penguasa.

Jikalau mahasiswa menunjukkan bangkangan kepada tindakan kerajaan, bersiap sedialah untuk dibuang universiti. Jika pensyarah menulis di akhbar-akhbar untuk mengkritik pemimpin kerajaan dan polisi negara, alamat tidak berasaplah dapur di rumah nanti.

Budaya Takut Dan Bisu

Tekanan-tekanan ini pada akhirnya menatijahkan dua malapetaka besar dalam dunia akademik, iaitu budaya ketakutan (culture of fear) dan budaya bisu (culture of silence).

Budaya ketakutan menyebabkan mahasiswa takut untuk mempersoalkan, mengkritik dan melontarkan idea baru untuk pembangunan masyarakat.

mahasiswa Demo 1Ahli-ahli akademik pula akan mengambil jalan selamat, dengan membisukan diri dalam isu-isu politik, pentadbiran dan tata kelola negara.

Edward Said dalam bukunya ‘Representations of The Intellectual’ menegaskan bahawa golongan intelektual seharusnya berperanan memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

Menjadi tanggungjawab para intelektual untuk menjadi suara masyarakat awam dan benteng mereka ketika berdepan para penguasa.

Apa yang menyedihkan di Malaysia, ahli akademik dibisukan apabila tidak dibenarkan berbicara dengan media dan di khalayak umum dalam isu yang dianggap kontroversi dan sensitif. Mereka bimbang akan ditukar, diketepikan atau dicantas oleh pihak pentadbiran.

Buktinya, hitunglah dengan jari berapa ramai ahli akademik yang bersuara dalam isu-isu besar negara seperti 1MDB, Tabung Haji dan MAS. Malang bagi rakyat Malaysia, ketakutan telah meragut peranan dan fungsi intelektual awam.

Tambah membimbangkan, perbincangan-perbincangan isu-isu dasar negara ini juga disekat untuk dibincangkan secara terbuka di kebanyakan universiti.

Kata mereka: ahli politik tidak dibenarkan masuk dan memberikan pandangan di dalam universiti. Kita menegaskan bahawa dasar-dasar negara digubal dan dibahaskan dengan mendalam oleh ahli-ahli Dewan Rakyat yang juga merupakan ahli politik.

Menyekat mereka memberi pandangan bererti menidakkan akses para mahasiswa kepada perbincangan dasar negara secara langsung dan serius.

Ayuh Tuntut Kebebasan Akademik!

Persoalannya, adakah budaya ketakutan dan penyekatan intelektual ini akan sentiasa berterusan?

Berita baik: jawapannya adalah TIDAK. Mahasiswa dan ahli akademik ada pilihan untuk melawan cengkaman dan kongkongan itu. Kita wajib mengambil jalan itu.

Sebagaimana yang dihujahkan dengan panjang lebar oleh Gene Sharp dalam ‘How Nonviolent Struggle Works’, penguasa tidak akan mampu bertahan sekiranya kita tidak lagi berasa takut dengan ancaman.

Jikalau seluruh mahasiswa dan ahli akademik bersatu dan menunjukkan pendirian dengan jelas mempertahankan kebebasan akademik, ketakutan ini tidak akan lagi berfungsi.

Bayangkan jika ada 1000 mahasiswa dan 500 ahli akademik bangkit bersuara, sudah tentu penguasa tidak akan berani mengambil tindakan terhadap mereka.

AUKU dan Peraturan-Peraturan Universiti yang menyekat kebebasan individu wajib dilawan. “If a law is unjust, a man is not only right to disobey it, he is obligated to do so.”, begitu pesan Thomas Jefferson.

KESATUAN bertekad, perjuangan ini tidak akan pernah berhenti sehingga udara kebebasan dapat dinikmati di universiti-universiti.

Perjuangan ini mesti terus!

*Hanif Mahpa adalah Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Gombak

Categories
NASIONAL

Aktivis mahasiswa calon kerusi Parlimen PRU-14

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 2 JUN: Aktivis mahasiswa akan diangkat sebagai calon kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya ke-14 selaras dengan agenda Pemuda PAS membentuk generasi al-helmy.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kehadiran golongan aktivitis itu membolehkan isu melibatkan mahasiswa dibahaskan di Dewan Rakyat dengan lebih berkesan.

Suhaizan-Kaiat“Kita akan mencadangkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat calon kerusi Parlimen dalam kalangan aktivis mahasiswa sama ada yang masih menuntut atau sidah bergraduasi tiga tahun.

“Selepas lebih lima dekad, mahasiswa diperbudakkan melalui akta AUKU. Pemuda mahu membebaskan mereka melalui langkah berani ini supaya tidak terus berasa kerdil dan mudah dipergunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucaptama pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-56 di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Shuhaizan menyeru pemimpin muda di segenap peringkat menjadikan mahasiswa sebagai rakan kongsi strategik menjayakan agenda perjuangan ummah.

“Jangan sesekali jadikan mahasiswa budak suruhan kita,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Mahasiswa desak Kerajaan Malaysia isytihar darurat

Oleh: Khairol Najib Hashim

Berikutan kondisi negeri-negeri yang mengalami bencana banjir di tahap yang kritikal terutamanya negeri Kelantan, mahasiswa dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan agar mengisytiharkan darurat ke atas negeri-negeri berkenaan.

Umum mengetahui bahawa keadaan di Kelantan adalah parah sehingga mencatatkan jumlah kematian yang kian meningkat di beberapa buah lokasi. Rakyat negeri Kelantan juga mewakili peratusan terbesar daripada jumlah mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.

10449975_10152471112730685_5830290159622054236_nMerujuk kepada Perkara 25 Arahan no.20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara oleh Majlis Keselamatan Negara, Kerajaan Malaysia sepatutnya telah mengisytiharkan darurat di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat bencana banjir ini.

Keengganan pihak Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat seakan-akan bertentangan dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Mengulas berkaitan respon Perdana Menteri yang enggan mengisytiharkan darurat seperti yang dituntut oleh rakyat dengan alasan untuk membolehkan rakyat mendapatkan insurans, mahasiswa sebagai rakyat sama sekali tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Adalah tidak relevan tuntutan darurat dinafikan dengan jawapan semudah itu. Di mana rasionalnya kerajaan sekiranya menganggap semua rakyat mempunyai insuran yang terjamin?
Bagaimana halnya dengan rakyat miskin di pedalaman yang tidak pernah mempunyai sebarang jaminan insuran?

Sekiranya pengisytiharan darurat bencana dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi aspek pengurusan bencana.

Oleh itu, mahasiswa yakin bahawa pengisytiharan darurat bakal menatijahkan usaha-usaha bantuan dan menyelamat yang lebih efisien di mana setiap agensi kerajaan akan mengeluarkan arahan dengan lebih mudah tanpa keterikatan dengan birokrasi yang membebankan, sekali gus memakan masa. Kerahan bagi usaha menyelamat oleh pihak polis dan tentera juga akan lebih menyeluruh.

Kami mahasiswa juga berharap agar bantuan dari semua pihak terutama pihak Kerajaan Persekutuan tetap diteruskan walaupun setelah fasa pasca-bencana banjir bagi proses baikpulih dan pembinaan semula.

* Khairol Najib Hashim adalah Pengarah Operasi Misi Banjir Mahasiswa

Categories
KENYATAAN MEDIA

Bencana banjir, Mahasiswa turun ke lapangan

Bencana banjir yang menimpa beberapa buah negeri di Malaysia terutama di Pantai Timur merupakan antara sejarah terbesar kejadian bencana di negara ini. Sehingga hari ini, angka yang dicatatkan bagi jumlah mangsa banjir melibatkan lebih 100,000 mangsa.

Ketika bantuan dari seluruh negara giat disalurkan, mahasiswa juga tidak terkecuali dalam mengambil peranan sebagai aktivis kemanusiaan dalam misi membantu masyarakat yang terlibat dalam musibah tersebut.

10394075_1402488959852804_7936187145461666030_n (1)Setakat ini sahaja, beberapa pasukan telah dihantar ke beberapa lokasi banjir di Perak dan Kelantan, seperti yang telah diusahakan oleh pasukan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Mahasiswa juga tidak ketinggalan dalam membantu pihak-pihak tertentu menyediakan barang-barang bantuan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Walaubagaimanapun, tenaga yang diperlukan bagi membantu mangsa banjir masih tidak mencukupi. Sememangnya ramai di kalangan mahasiswa yang benar-benar ingin menawarkan diri menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir, namun disebabkan fasa sekarang ini merupakan minggu peperiksaan akhir semester, kebanyakan mahasiswa menghadapi kekangan untuk ke lokasi banjir.

Atas dasar tanggungjawab serta kesedaran yang tinggi terhadap nilai kemanusiaan, perjuangan mahasiswa membantu masyarakat tidak akan terhenti begitu sahaja. Musim peperiksaan bukanlah alasan untuk mahasiswa berhenti dari berbakti.

Permohonan menduduki peperiksaan khas akan cuba didapatkan bagi sukarelawan yang terpaksa ke lokasi banjir atas keperluan mendesak mangsa-mangsa yang sedang bertarung nyawa menagih bantuan di sana.

Justeru, pada hari ini, akan dilancarkan Misi Banjir Mahasiswa (MBM) yang ditubuhkan sendiri oleh mahasiswa dan akan dikelola 100% oleh mahasiswa. Misi ini telah disambut baik oleh GAMIS, PMIUM, KOMNAS, BERSATU PERAK serta MAJLIS PERMUAFAKATAN MAHASISWA SELANGOR (MPMS) dan kami akan bekerjasama untuk menjayakan misi ini.

Gerakan Misi Banjir Mahasiswa ini bakal menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa seluruh Malaysia, dan pergerakannya berpusat di UM yang akan diketuai oleh Khairol Najib Hashim sebagai Pengarah Operasi.

Menerusi medium ini, para sukarelawan mahasiswa akan dihantar ke pusat-pusat operasi banjir, pusat pengumpulan barang bantuan, pusat pemindahan mangsa banjir dan juga ke lokasi banjir di setiap negeri yang terlibat dalam bencana banjir ini.

Situasi mangsa-mangsa banjir yang tidak terurus bakal mendapat perhatian daripada pasukan sukarelawan mahasiswa yang akan sedaya upaya mengusahakan bantuan dari sudut kewangan dan keperluan asas, serta sokongan moral dan pembinaan aspek kerohanian dalam fasa mereka menghadapi musibah ini.

Tindakan penubuhan Misi Banjir Mahasiswa ini juga sememangnya menyambut baik seruan Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II Malaysia yang menyatakan bahawa semua universiti awam dan swasta di negara ini digesa menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Hotline MBM di talian 0133020329.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Khairol Najib Hashim
Pengarah Operasi
Misi Banjir Mahasiswa
013-405 6247

Disokong oleh :

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Kelab Komuniti Anak Negeri Sembilan (KOMNAS))
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)
Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS)

Categories
SELANGOR

Latihan praktikal mahasiswa di Pejabat Menteri Besar

Oleh   AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM: Mahasiswa yang berminat digalakkan menjalankan latihan praktikal di Pejabat Menteri Besar bagi meraih pengalaman dalam bidang pentadbiran.

Mengalu-alu permohonan, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata jawatan baru itu mula diwujudkan bagi memberi pengalaman kepada mahasiswa pada cuti semester.

“Kita sudah ada program latihan praktikal. Sistem baru ini kita wujudkan untuk mahasiswa yang mahu bekerja semasa cuti semester.

“Inilah masa dan peluang baik untuk mahasiswa memberi pandangan dan membantu menggubal dasar serta membantu Kerajaan Selangor,” katanya pada penutupan Program Adun Muda Selangor, 16 Disember lalu.

Adun Muda di Dewan Annex (5)Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan pandangan mahasiswa untuk membantu wakil rakyat dalam isu bersesuaian untuk dibahas pada sidang DNS.

“Sebelum sidang dewan, kita perlukan maklum balas mahasiswa untuk membantu Adun berhubung soalan dan isu yang perlu dibawa,” katanya.

“Ia bagi memastikan ada interaksi antara mahasiswa dengan pemimpin peringkat negeri mahupun persekutuan,” katanya.

– FZL