Categories
GLOBAL

Erdogan telefon Suu Kyi, kutuk penderaan Rohingya

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ISTANBUL 6 SEPT: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk  peningkatan pelanggaran hak asasi manusia yang menyasarkan kepada minoriti Islam Rohingya menerusi panggilan telefon dengan pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Agensi Berita Turki ANADOLU POST  melaporkan menerusi panggilan telefon dengan Suu Kyi, bekas tahanan politik junta Myanmar, Erdogan berkata, pelanggaran meningkat hak asasi manusia ke atas Muslim Rohingya ‘amat membimbangkan’ seluruh dunia, kata sumber pejabat Presiden.

Erdogan berkata, Turki mengutuk keganasan dan operasi ke atas orang awam tidak berdosa, menambah perkembangan di Myanmar bertukar kepada satu krisis kemanusiaan serius yang mencetuskan kebimbangan dan kebencian.

Erdogan Syu KiBeliau meningkatkan diplomasi dan bercakap di telefon bersama pemimpin Islam ketika Aidiladha, mencari jalan menyelesaikan krisis kemanusiaan di Myanmar.

Erdogan juga bercakap dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Mereka juga membincangkan pilihan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan menyelesaikan krisis.

Menurut pegawai itu, Erdogan mengutuk kedua-dua keganasan dan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang. Presiden menjanjikan sokongan Turki untuk menamatkan keganasan.

Presiden Pertubuhan Perpaduan Rohingya,Salim Ullah Abdul Rahman , memuji sokongan Turki untuk Rohingya.

“Saya berterima kasih kepada Turki kerana tidak peduli terhadap penindasan Rohingya.

Rohingya“Kami berterima kasih kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kerana menunjukkan minat terhadap isu Rohingya,” katanya.

Erdogan minggu lalu menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas minoriti Rohingya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine, meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan.

Keganasan terbaru, bermula Oktober lalu apabila kumpulan pemberontak kecil Rohingya menyerbu pos sempadan, terburuk pernah disaksikan Rakhine sejak bertahun lalu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Israel bekal senjata ke Myanmar ketika keganasan memuncak

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 5 SEPT: Israel terus menjual senjata ke Myanmar ketika beribu-ribu pelarian Rohingya melarikan diri daripada kekerasan tentera di wilayah Rakhine, Myanmar.

Portal Agensi Berita Timur Tengah MIDDLE EAST EYE (MEE) melaporkan senjata yang dijual ke Myanmar termasuk lebih dari 100 kereta kebal, senjata dan bot yang digunakan polis untuk mengawal sempadan negara, menurut kumpulan hak asasi manusia dan pegawai Burma.

Dilaporkan syarikat senjata milik Israel seperti seperti Tar Ideal juga terlibat dalam memberi latihan kepada pasukan khas Burma yang kini berada di negeri Rakhine di mana kebanyakan kekerasan berlaku.

3796962082Imej diletakkan sebelum ini di laman web syarikat senjata berkenaan menunjukkan kakitangannya mengarahkan anggota pasukan khas Burma mengenai taktik tempur dan cara menggunakan senjata tertentu.

Pada September, Mahkamah Tinggi Israel dijangka mendengar petisyen, yang dilancarkan oleh aktivis, mendesak kerajaan Israel menghentikan eksport senjata ke Myanmar.

AS dan EU mempunyai embargo senjata terhadap Kerajaan Myanmar.

Eitay Mack, peguam yang mengemukakan petisyen itu, memberitahu Middle East Eye bahawa Israel tidak mempunyai kawalan terhadap eksport senjata mereka apabila mereka dihantar ke luar negara.

“Israel tidak dapat mengawal apa yang berlaku dengan senjata setelah menghantar senjata ke Burma,” kata Mack, seorang peguam hak asasi Israel yang berpusat di Tel Aviv.
1781854387Israel mempunyai hubungan rapat dengan Myanmar dan mengekalkan hubungan perdagangan selama bertahun-tahun. Hubungan ini wujud sebelum junta tentera turun daripada pentadbiran.

Ofer Neiman, aktivis hak asasi manusia Israel, berkata hubungan Israel dengan Myanmar dikaitkan dengan pendudukan wilayah Palestin yang sedang berlangsung di Tebing Barat.

“Kerajaan Israel yang berturut-turut telah menjual senjata kepada pemerintahan diktator tentera di Burma selama bertahun-tahun,” kata Neiman kepada MEE.

Portal Berita Israel HAARETZ.COM melaporkan pada Ogos 2016, imej gambar telah disiarkan di laman web TAR Ideal Concepts, sebuah syarikat Israel yang mengkhususkan diri dalam menyediakan latihan dan peralatan ketenteraan.

Ia menunjukkan latihan dengan senapang Corner Shot yang dibuat oleh Israel, bersama dengan kenyataan bahawa Myanmar telah memulakan operasi penggunaan senjata itu.

Laman web itu berkata syarikat itu diketuai oleh bekas Pesuruhjaya Polis Israel Shlomo Aharonishki. Pada masa ini, laman web itu tidak memberi rujukan khusus kepada Myanmar, hanya merujuk lebih kepada Asia.

21270990_2082004765175266_6760630994617565131_nLebih 60,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari rumah mereka untuk mencari perlindungan di Bangladesh apabila keganasan berlaku di negeri Rakhine.

Imej satelit menunjukkan berpuluh-puluh kampung Rohingya dibakar oleh tentera Myanmar.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumaat menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.

 

RUJUKAN BERITA:

1. http://www.middleeasteye.net/news/Israel-arming-Myanmar-amid-ongoing-Rohingya-crackdown-478788243

2. http://www.haaretz.com/world-news/1.810390

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan bawa isu kemanusian Rohingya ke PBB

OLEH: MOHD EZLI

GLOBAL 5 SEPT: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata isu kemanusiaan masyarakat Islam Rohingya bakal dibawa ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada bulan ini.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Erdogan menyatakan perkara demikian semasa hari akhir sambutan Aidil Adha di wilayah Catalca di Istanbul.

“Saya akan membawa apa yang berlaku di Myanmar pada Perhimpunan Agung PBB 19 September dengan cara lebih meluas, “katanya.

Erdogan“Kami akan bercakap tentang semua ini dengan pemimpin di sana,” kata Erdogan.

Sebagai presiden giliran kepada Kesatuan Negara-Negara Islam (OIC), Erdogan sudah menghubungi lebih 20 negara membincangkan krisis masyarakat Rohingnya.

Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan Bencana Perdana Kementerian dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan (AFAD) akan terus menghantar kemanusiaan bantuan kepada Muslim Rohingya yang menderita di Asia Tenggara, tambah Presiden.

RohingnyaKeganasan di Rakhine Myanmar bermuka 25 Ogos lalu apabila pihak keselamatan Myanmar melancarkan operasi ketenteraan terhadap masyarakat Islam Rohingnya.

Ekoran itu, ribuan masyarakat Islam Rohingnya terpaksa melarikan diri dan menyeberangi wilayah Bangladesh.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Lebih sejuta rakyat Chechnya protes kezaliman Myanmar

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 5 SEPT: Kira-kira lebih sejuta masyarakat Chechnya, Rusia mengadakan perhimpunan aman besar-besaran memprotes tindakan ganas dilakukan Kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan protes besar-besaran itu berlangsung di ibu negara Chehcnya di Grozny dengan membawa kain rentang menuntut dihentikan kezaliman terhadap masyarakat Islam Rohingya.

“Hentikan genosid di Myanmar”, “Hentikan genosid terhadap Muslim Rohingya” dan “Hentikan Pembunuhan Muslim Myanmar” tulis mereka di kain rentang dan plakard.

21272128_2081535931888816_234966300302581027_nMenurut Kementerian Dalam Negeri Rusia kira-kira 1.1 juta penduduk termasuk daripada jiran wilayah berdekatan berhimpun menunjukkan ptotes dengan diakhir dengan solat di Masjid Grozny.

Sejak permulaan tindakan keras ketenteraan terhadap komuniti Rohingya di Myanmar Negeri Rakhine pada 25 Ogos, beribu-ribu umat Islam Rohingya telah melarikan diri jiran Bangladesh.

Seramai 87,000 kebanyakan pelarian Rohingya telah tiba di Bangladesh
10 hari lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Isnin.

Dilaporkan lebih 400 terkorban dalam konflik terbaru di Myamnar.

Berikut adalah gambar suasana perhimpunan itu yang dimuatnaik ke laman media sosial SHEHAB NEWS AGENCY:

21231741_2081536328555443_2826684365603118540_n

 

21271213_2081606558548420_7196110211678246725_n

 

21271345_2081606388548437_3188899251297182055_n

 

21272108_2081536371888772_6852623847395965032_n

 

21314729_2081536375222105_6167459825869238654_n

=EZY=

Categories
GLOBAL

Muslim Moscow berhimpun bantah kekejaman terhadap masyarakat Rohingya

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 3 SEPT: Ribuan masyarakat Islam di Rusia berhimpun di hadapan Kedutaan Myanmar di Moscow membantah kekejaman terhadap mayarakat Islam Rohingya.

Agensi Berita Rusia RT NEWS melaporkan ramai polis berkawal di sekitar kedutaan dan suasana bantahan berjalan dengan aman dan terkawal.

Dilaporkan tiada perlanggaran peraturan ketika protes berlangsung, Polis Moscow memberitahu Agensi Berita TASS bahawa kira-kira 800 berhimpun di hadapan kedutaan.

Penunjuk perasaaan menunjukkan solidariti terhadap masyarakat Islam Rohingya sambil menggesa dihentikan sebarang pembunuhan besar-besaran di Myanmar.

59abe960fc7e93295d8b4567Sekurang-kurangnya 20 kenderaan polis dan sebuah armor diletakkan di kawasan perhimpunan aman itu.

“Apabila kita melihat ketidaksamaan terhadap saudara kita, kita memperjuangkan protes. Itulah sebabnya kami berkumpul di sini hari ini.

“Kami bersatu … dan harus menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa umat Islam mahukan keamanan, ” kata salah seorang penunjuk perasaan memberitahu TASS.

Situasi di Myanmar bertambah meruncing mutakhir ini ekoran konflik yang berlaku sehingga menyebabkan lebih 400 terkorban manakala kira-kira 73,000 masyarakat Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Erdogan terus hubungi pemimpin dunia selesaikan krisis Rohingya

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 3 SEPT: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan terus menghubungi pemimpin negara Islam menekankan kepentingan bekerjasama bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan dihadapi masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan perkara demikian dinyatakan Erdogan dalam ucapan sempena Aidil Adha kepada pemimpin Kazakhstan, Senegal dan Nigeria menurut sumber presiden.

Menurut sumber yang enggan dikenali ekoran sekatan untuk media menyatakan Erdogan menyatakan usaha itu ketika menghubungi Presiden Kazakhstan: Nursultan Nazarbayev, Presiden Senegal: Macky Sall, dan Presiden Nigeria: Muhammadu Buhari.

Erdogan Turki 1Awal minggu lalu, Erdogan turun membincangkan krisis Myanmar melalui telefon bersama pemimpin negara seperti Pakistan, Iran, Mauritania, Qatar, Saudi Arabia, Kuwait, Azerbaijan, dan Bangladesh.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan Lebih 2,600 buah rumah di negeri Rakhine, barat laut Myanmar yang didiami penduduk Islam Rohingya rentung akibat dibakar.

Situasi itu disifatkan keganasan terburuk melibatkan etnik Rohingya dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kira-kira 58,600 penduduk Rohingya melarikan diri daripada keganasan di Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh.

Rohingya

 

Rohingya

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan gesa masyarakat dunia bangkit bela nasib Rohingya

TURKI 29 OGOS: Masyarakat dunia digesa meningkatkan usaha membantu penduduk Rohingya di Myanmar, dan membidas sikap “buta dan tuli” terhadap nasib mereka, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Malangnya, saya boleh katakan dunia buta dan pekak terhadap apa yang berlaku di Myanmar,” kata Erdogan dalam wawancara televisyen genap 3 tahun tugasnya sebagai presiden.

“Mereka tidak mendengar dan tidak melihat,” kata Erdogan lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Etnik Rohingya, komuniti tidak bernegara terbesar di dunia, melarikan diri beramai-ramai ke Bangladesh, dalam cubaan mengelak keganasan terbaharu di Rakhine yang berlaku antara kumpulan militan dan tentera Myanmar.

save-the-rohingya-fb-imageAgensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan pada Isnin, lebih 3,000 tiba di Bangladesh dalam tempoh 3 hari lalu sebagai usaha menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

Beliau menggambarkan tindakan terbaharu pelarian ke Bangladesh itu sebagai “peristiwa yang sangat menyakitkan” dan berjanji untuk membawa isu itu ke Perhimpunan Agung PBB bulan depan.

“Sudah tentu kita mengutuk peristiwa ini dengan cara paling kuat. Kita akan mengikuti perkembangan isu ini melalui institusi antarabangsa termasuk di PBB,” kata presiden itu.

“Kita mahu lihat semua umat manusia menghulurkan tangan di sini,” katanya.

Erdogan mempunyai minat mendalam terhadap nasib masyarakat Islam di seluruh dunia, terutama dalam usaha memperlihatkan dirinya sebagai wira berkaitan pergolakan di Palestin.

Rakhine berjiran Bangladesh menjadi mangsa kebencian agama menumpukan kepada etnik Rohingya, yang dianggap sebagai pendatang haram di kalangan majoriti penganut Buddha Myanmar.

Kerajaan Myanmar di bawah pemimpin “de facto” Aung San Suu Kyi menafikan tuduhan kekejaman itu dan menolak visa pegawai PBB yang ditugaskan untuk menyiasat tuduhan tersebut – pendirian yang dikritik banyak negara.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki kecam keganasan memuncak di wilayah Rakhine

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 27 OGOS: Kerajaan Turki pada Sabtu mengecam keganasan yang berlaku di wilayah Myanmar di Rakhine sehingga menyebabkan 89 terkorban pada Jumaat.

Kementerian Luar Turki dalam kenyataan media mengutuk serangan serta menekankan aktiviti keganasan tidak boleh menyelesaikan masalah, lapor Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY.

Kenyataan itu menyatakan rasa sedih dengan kejadian itu ketika pada masa sama laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai konflik itu dikeluarkan.

Dalam laporan setebal 63 muka surat itu diserahkan kepada Kerajaan Myanmar dan suruhanjaya itu menggesa ditamatkan sekatan pergerakan dan isu kerakyatan 1.2 juta masyarakat Rohingya di Rakhine.

save-the-rohingya-fb-imageSebelum ini dilaporkan penduduk yang ketakutan cuba melarikan diri dari perkampungan terpencil di negeri utara Myanmar di Rakhine ke Bangladesh, ketika pertempuran memuncak antara pemberontak Rohingya dan anggota keselamatan.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Tentera Myanmar didakwa melepaskan tembakan ke arah etnik Rohingya, menurut wartawan AFP dan pengawal sempadan Bangladesh.

Wartawan itu berkata, ratusan penduduk Rohingya menyeberangi sempadan ke Bangladesh apabila pengawal sempadan berehat ketika hujan lebat, dengan sesetengahnya berenang menyeberangi Sungai Naf.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Sami anti Islam lawat penempatan Rohingya

YANGON, 5 MEI : Provokasi terhadap kempen anti Islam masyarakat Rohingya dilancarkan secara keras kerajaan Myanmar bagi memberi tekanan berterusan kepada masyarakat Islam negara itu.

Terbaru, Sami Buddha Myanmar yang pernah digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana pendirian anti Islamnya melawat Rakhine, salah satu penempatan utama masyarakat Rohingya.

Lawatan itu dilihat antara signifikan menyemarakkan lagi ketegangan agama antara penduduk Rakhine beragama Islam dan penganut Buddha, lapor AFP.

Sementara itu, Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan ratusan penduduk Rohingya terbunuh dengan lebih 70,000 lagi menjadi pelarian.

ROHINGNYA 2Walaupun dakwaan itu dinafikan pemerintah Myanmar, namun kekejaman berterusan diilancarkan Tentera Myanmar memungkin lebih ramai etnik Rohingya menjadi mangsa.

Krisis dan penindasan suku kaum Rohingnya dikritik masyarakat antarabangsa susulan keganasan berterusan pentadbiran Myanmar terhadap golongan itu.

Secara umum berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar membabitkan pertikaian isu dan masalah agama.

Terdahulu, Malaysia mengambil pendirian terbuka atas prinsip Islam sejagat dan ihsan membenarkan penempatan etnik Rohingnya di negara ini.

Satiranya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sewajarnya mewujudkan inisiatif dan perancangan lebih agresif sebagai desakan untuk menghentikan kekejaman Rohingya di Myanmar.

ROHINGNYAPBB sebelum ini menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Misi kemanusiaan Myanmar belum berjaya capai 1000 tan makanan dan perubatan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JAN: Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar (FFFM) hanya berjaya mengumpul hampir 500 tan bahan makanan juga perubatan dan jauh daripada sasarannya yang mahu membawa 1,000 tan, pada 3 Februari ini.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah itu hanya mampu memberikan bantuan kepada 30,000 pelarian Rohingya sahaja jika tiada lagi bantuan diterima.

“Masih ada beberapa pihak yang berjanji membantu misi ini, namun belum menyerahkan bahan untuk dibawa ke sana. Saya bimbang sekiranya belayar dengan jumlah muatan kurang dari 1,000 tan dan tinggal dua minggu lagi sebelum ke kem pelarian.

“Misi berkenaan perlu membawa 80 peratus bahan makanan dan 20 peratus lagi untuk perubatan kerana terdapat ratusan ribu pelarian di kem Teknaf, Bangladesh memerlukan bantuan segera selain bantuan makanan kepada rakyat Rohingya yang masih terperangkap di negara mereka,” katanya selepas Dialog Flotilla ke Myanmar, di sini, semalam.

FILE - In this June 13, 2012 file photo, a Rohingya Muslim man who fled Myanmar to Bangladesh to escape religious violence, cries as he pleads from a boat after he and others were intercepted by Bangladeshi border authorities in Taknaf, Bangladesh. She is known as the voice of Myanmar's downtrodden but there is one oppressed group that Aung San Suu Kyi does not want to discuss. For weeks, Suu Kyi has dodged questions on the plight of a Muslim minority known as the Rohingya, prompting rare criticism of the woman whose struggle for democracy and human rights in Myanmar have earned her a Nobel Peace Prize, and adoration worldwide. (AP Photo/Anurup Titu, File)

Katanya, usaha Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya kini mula mendapat perhatian dunia termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada beberapa negara luar.

Antaranya United Kingdom (UK), China, Jerman, Belanda, Perancis, Amerika Syarikat, Filipina dan Singapura yang mula menyatakan sokongan serta menghulurkan bantuan.

“Kita ingin capai 1,000 NGO dari seluruh dunia untuk menyatakan sokongan bagi misi kemanusiaan ini.

“Ia diketuai Malaysia tetapi  turut disertai Flotila sedunia, selain itu kita juga dapat sokongan kuat daripada agensi dalam dan luar negara,” katanya.

Azmi turut merayu mana-mana syarikat juga orang ramai supaya tampil menghulurkan bantuan bagi misi pelayaran kemanusiaan yang membantu ratusan ribu pelarian Rohingya itu.

Misi berkenaan akan menggunakan kapal Nautical Aliya dan belayar dari Pelabuhan Klang menuju ke Yangon, Myanmar sebelum meneruskan pelayaran ke Teknaf dengan membawa 200 aktivis termasuk 30 doktor perubatan serta 27 wakil media daripada dalam dan luar negara.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PM, apa pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 DIS: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN digesa memberi penjelasan dan pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana kenyataan dikeluarkan barisan pimpinan Umno-BN dilihat bertentangan dengan tindakan yang diambil mereka.

“Perdana Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia's Army Commander Senior Gen, Zulkifeli Mohd. Zin, left, speaks with Myanmar's President Htin Kyaw during their meeting at the President House in Naypyitaw, Myanmar Monday, Dec. 5, 2016. (AP Photo/Aung Shine Oo)

Semalam, portal Myanmar Times melaporkan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bertandang ke negara berkenaan untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Zulkifeli dikatakan bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini

Iskandar yang juga Exco Kanan Selangor berkata, kunjungan itu tidak akan memberikan tekanan kepada Myanmar.

“Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada Pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana Malaysia tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam di sana.

“Kecuali jika kehadiran Panglima Angkatan Tentera itu adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah berikrar tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya bakal menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

-nR-