Categories
SELANGOR

MB ucap takziah pemergian mendiang Ng Tien Chee

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JUL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee yang disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan, lewat malam tadi.

Menerusi cicipan di laman mikro Twitter @AmirudinShari, beliau turut berasa sedih dan terkejut menerima berita pemergian beliau.

“Saya menerima berita dukacita YB @eddiengtienchee, ADN Balakong meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya. Takziah diucapkan kepada kekuarga.

“Saya turut merasa sedih dan terkejut apabila menerima berita pemergian mendiang YB Ng Tien Chee,” katanya.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof, Tien Chee maut dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga Cheras-Kajang selepas melanggar belakang sebuah lori sekitar jam 12.40 pagi.

Beliau yang memandu kenderaan Nissan Xtrail disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Categories
NASIONAL

PRU14: Negara lebih baik jika bertukar Kerajaan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 JAN: Pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal menyaksikan negara melalui proses perubahan lebih baik kerana tidak terus dipimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang kleptokrasi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee berkata, ia bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menyatakan negara akan mengalami kehancuran.

Beliau berkata, tuduhan Najib itu adalah ancaman untuk menakutkan pengundi agar tidak mengundi Pakatan Harapan (PAKATAN).

“Perkara ini bukan sahaja tidak benar malah ia satu penghinaan terhadap rakyat seolah-olah mereka ‘katak di bawah tempurung’.

“Ini adalah kerana Selangor dan Pulau Pinang telah bertukar kerajaan sejak 2008 bukan sahaja tidak hancur tetapi semakin maju,” katanya.

Katanya, rakyat di kedua-dua negeri itu mendapat lebih banyak kebaikan di bawah pimpinan PAKATAN berbanding dengan negeridi bawah Umno-BN.

Tambahnya ia membuktikan kenyataan Perdana Menteri itu tidak benar sama sekali dan hanya akan hancur jika terus dipimpin pemimpin kleptokrasi.

“Kenyataan beliau mengingatkan rakyat tidak seharusnya bersikap mengambil mudah suasana negara aman serta politik stabil sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan, jelas menunjukkan ketidakyakinannya Umno-BN akan memenangi PRU14,” katanya.

Categories
NASIONAL

KPDNKK perlu gerak ops seluruh negara, banteras susu palsu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memperluaskan operasi rampasan susu rumusan bayi palsu ke seluruh negara, bagi memastikan ia dapat dibanteras.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee, berkata tindakan seperti itu wajar dilakukan kerajaan demi kesihatan rakyat seterusnya mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

“Berikutan rampasan lebih 200 kotak susu rumusan bayi disyaki palsu oleh KPDNKK, saya mendesak supaya ia diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan tidak ada sekotak pun susu berkaitan terdapat di dalam pasaran.

“Susu rumusan bayi palsu ini mengancam kesihatan bayi dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia, adalah wajib memperluaskan lagi kawasan operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, polis juga perlu turut serta agar dalang di sebalik sindiket itu dapat diberkas secepat mungkin.

“Saya harap pihak berkenaan tidak meletakkan kesihatan bayi di dalam keadaan terancam,” katanya.

Terdahulu, KPDNKK merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 susulan aduan mengenai seorang bayi mengalami muntah teruk selepas menggunakan produk itu.

Rampasan itu hasil pemeriksaan di lima kedai ubat-ubatan dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai, Johor, Khamis lalu.

PengarahKPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Categories
NASIONAL

PM jangan guna agensi kerajaan alih isu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak menyalahgunakan agensi kerajaan demi mengalihkan isu negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Ahli Dewan Negeri Balakong, Ng Tien Chee berkata, dakwaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exconya, Phee Boon Poh, membuktikan Najib semakin buntu serta merancang penangkapan pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, perancangan dilakukan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin pembangkang diyakini tidak akan berhasil kerana rakyat bijak menilai dan membuat keputusan.

“Saya ingin mengingatkan Najib dan konconya supaya jangan menganggap rakyat tidak tahu bagaimana membezakan kenyataan serta fitnah.

“Fakta yang tidak dapat dinafikan iaitu kedua pemimpin DAP itu berani menafikan tuduhan dengan jelas dan kuat, manakala Najib tidak berani membuat penafian kerana tuduhan terhadapnya berasas,” katanya dalam kenyataan media.

balakong01Guan Eng menghadapi pertuduhan SPRM berkaitan isu pembelian banglo di bawah harga pasaran, manakala Boon Poh berhubung kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu berkata, seharusnya Perdana Menteri mengambil pendirian sama dan membuktikan dirinya tidak terbabit dengan pelbagai skandal termasuk isu 1Malaysia Development Berhad.

Beliau berkata, bagaimanapun Najib didakwa lebih berminat menuding jari kepada pihak lain dengan pelbagai tuduhan melalui agensi kerajaan serta media arus perdana dikuasai pentadbirannya.

“Najib satu-satunya pemimpin yang berjaya membawa negara kita ke pentas antarabangsa tetapi dengan impak negatif.

“Malaysia kini menjadi bahan ketawa di seluruh dunia,” katanya.

Categories
NASIONAL

Siasat penyelewengan dana YaPEIM bukan lencong tumpuan rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 NOV: Tuduhan mengaitkan DAP dalam pembongkaran penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) oleh blog pro-Umno bertujuan melencong tumpuan rakyat.

Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Ng Tien Chee, berkata blog pro-Umno seharusnya mendesak pihak berkuasa menyiasat penyelewengan dana itu, bahkan menteri berkenaan dan kerajaan wajar memberi penjelasan terutama kepada pemberi sumbangan yayasan.

Ng Tien Chee“Ia perlu bagi memastikan dana YaPEIM digunakan untuk membantu umat Islam dan tidak disalah guna bagi tujuan politik termasuk mengkayakan segelintir ahli Umno.

“Adakah pemimpin Umno turut menerima dana sumbangan orang ramai melalui potongan gaji bulanan kepada YaPEIM sebagai ‘derma’ kepada pemimpin sedangkan ia sepatutnya disalur untuk amal jariah.

“Jika ya, mungkin itulah yang memupuk semangat Perdana Menteri dalam isu derma RM2.6 bilion,” katanya dipetik Roketkini.

Terdahulu, National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan gaji RM154,700 sebulan.

Salah seorang daripada individu itu adalah pimpinan wanita Umno Kelantan yang didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandang, manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000) menjadikan pendapatan bulanan mereka RM81,700.

yapeim1Seorang lagi pimpinan YaPEIM memperoleh pendapatan bulanan RM73,000 melalui 12 jawatan, selain RM223,000 disalur ke Rompin untuk membantu Umno-BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

Tien Chee yang juga Adun Balakong turut mempersoalkan sama ada lantikan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

“Saya tidak menafikan YaPEIM banyak membantu umat Islam tetapi adakah ia bermakna pegawai boleh berbuat suka hati dengan sumbangan itu,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Benarkan parti politik daftar pengundi

SHAH ALAM, 22 MEI: Kira-kira 2.6 juta pengundi belum didaftarkan ekoran proses pendaftaran pemilih kurang efisyen dan lembab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik khidmat penolong pendaftar pemilih (PPP), kata Adun Balakong, Ng Tien Chee.

Katanya, warganegara yang ingin mendaftar menghadapi kesukaran kerana saluran pendaftaran terhad.

Ng Tien Chee“Sebelum ini mereka yang ingin mendaftar sebagai pemilih boleh berbuat demikian melalui program yang kerap diadakan parti politik.

“Namun, mereka hanya boleh mendaftar melalui pejabat pos atau program ‘outreach’ SPR selepas penarikan balik khidmat PPP,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Malaysia Kini, hari ini.

Tien Chee berkata, SPR perlu membenarkan parti politik membantu proses pendaftaran pemilih kerana ia lebih mudah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), parti politik terutama pembangkang mendaftar pengundi secara agresif dalam usaha mengukuhkan pangkalan pengundi mereka.

Bagaimanapun, SPR enggan memperbaharui tempoh khidmat PPP parti politik dan badan