Categories
NASIONAL

MH17: Ukraine, Rusia jangan babit orang awam dalam pertikaian

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine.

Nik Aziz dalam satu kenyataannya berkata, satu siasatan terperinci perlu dilakukan khususnya daripada aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan sudah bergolak sejak sekian lama.

malaysia-airlines-boeing-777Katanya, tekanan perlu diberikan kepada pihak yang terbabit dalam konflik supaya tidak babitkan orang awam yang tiada kaitan dengan pertikaian mereka.

“Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkenaan dalam konflik supaya tidak membabitkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.

“Jika benar ia adalah serangan sebagaimana dilaporkan, maka wajib dikutuk dan diambil tindakan,” katanya.

nik aziz pc rasuah 01Nik Aziz kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menafikan khabar angin di internet dan aplikasi Whatsapp kononnya beliau sudah meninggal dunia.

Mesej palsu itu hadir selepas Malaysia menerima berita mengejutkan berkaitan pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang termasuk 15 anak kapal.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Karpal Singh dari kaca mata Nik Aziz

Oleh: Roket Kini

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

unnamedSaya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

karpal_nikaziz2Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

#Rencana dipetik daripada http://www.roketkini.com/

Anwar : Kekuatan Nik Aziz pada nilai akhlaknya

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

1. MB : HORAS mampu bekal air bersih lebih 600 juta liter sehari –

2.PRK Kajang: Anwar cadang kempen secara minimum, elak pembaziran –

3.Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang –

4.PRK Kajang : Guan Eng sokong pencalonan Anwar –

5..Rafizi : Pencalonan Anwar untuk kukuh benteng di Selangor

6. PRK Kajang : BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

7. KJ boleh jadi selebriti politik, sembunyi tekanan Anwar sertai DUN Selangor

8.Lim Kit Siang : Rakyat mahu negara aman, elak peristiwa 13 Mei berulang

9.32 kanak-kanak, remaja dirai sempena Tahun Baru Cina

10.Denggi : 16 kawasan di Klang berisiko denggi

11. MPS rampas 3 pemancar telekomunikasi, syarikat gagal perbaharui permit

12.MPBJ naik taraf Bulatan Othman, atasi masalah trafik

13.KASE yakin BN tidak akan batal pelaksanaan AES

Categories
NASIONAL

Nik Aziz: ISA dikembalikan, cadangan orang habis modal untuk bercakap

SHAH ALAM 11 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula disifatkan sebagai cadangan orang kehabisan modal untuk bercakap.

Nik Aziz berkata, ISA merupakan undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

anti-isa“Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada,” kata Nik Aziz dipetik dari Laman Facebooknya.

Beliau berkata, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan ; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan Islam, jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil.

Nik Aziz grafik“Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?,”kata Nik Aziz.

EZY