Categories
KENYATAAN MEDIA

Jawab tujuh soalan sebelum cabar belia

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR

Jawapan-jawapan daripada Kerajaan yang sentiasa berubah mengenai isu derma 1MDB dan juga kenyataan balas daripada media asing yang menyangkal kerajaan berulang kembali menerusi episod kemasukan 1.5 juta warga tenaga dari Bangladesh.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Dalam Negeri baru-baru ini mengikut jejak langkah Perdana Menteri apabila mengumumkan bahawa pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh akan dibekukan dan memohon majikan menumpukan pengambilan pekerja tempatan.

Tidak berapa lama setelah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Bangladesh dan mendapat tentangan daripada pihak pembangkang serta rakyat kerajaan dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pembekuan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Tambahan lagi, jumlah 1.5 juta kini diperjelas sebagai mewakili permohonan tenaga kerja Bangladesh secara keseluruhan daripada 139 negara.

Dengan kontroversi sebegini struktur aliran kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan polisi wajib dipersoal!

warga asing -sosial1. Adakah sebuah tindakan susulan memorandum persefahaman Bangladesh-Malaysia boleh dibatalkan sebegitu sahaja?

2. Senaraikan semua syarikat-syarikat dan industrinya yang memohon dan memerlukan pengambilan pekerja daripada Malaysia. Berapakah jumlahnya? Berapakah peratus yang diwakili Malaysia daripada 139 negara yang diumum Timbalan Menteri Datuk Richard Riot?

3. Apakah status kejayaan pemutihan 6P sebelum ini dan kelangsungan program bagi memastikan lambakan pekerja asing tanpa izin dapat diselesaikan secara berperingkat?

4. Apakah rancangan kerajaan bagi menaik taraf kualiti pekerjaan supaya bagi mereka yang bekerja di bawah sektor 3D sekalipun, mendapat pembayaran yang berpatutan dengan tahap penjagaan minima yang memastikan hak pekerja tidak terabai dan tidak dilayan seperti hamba abdi.

5. Nyatakan secara spesifik bilakah pelaksanaan gaji minima RM1,500 sebulan bakal dilunaskan? Saya boleh menjamin pekerja Malaysia boleh bekerja di kilang-kilang, bidang pembinaan serta perkhidmatan jika gaji minima dilaksanakan.

6. Nyatakan tempoh garis masa pelan merujuk dan melibatkan golongan berkepentingan dalam sidang meja bulat bersama kerajaan ke arah peningkatan levi yang seharusnya dibebankan ke atas majikan bukannya kepada pekerja?

7. Nyatakan pula berapa jumlah pekerja tempatan yang bekerja di luar negara dalam sektor 3D terutamanya di Singapura dan berapa ramai pekerja tempatan yang bekerja di dalam industri kasar seperti minyak & gas dan perkapalan.

Pengambilan lagi pekerja asing akan memberi kesan dan impak kepada pekerja tempatan secara lansung dari segi penggajian. Malah, sasaran untuk mencapai 40 peratus gaji kepada pekerja daripada jumlah KDNK tidak akan tercapai.

Ternyata, Menteri dalam Negeri beserta Timbalannya wajib menjawab persoalan-persoalan di atas secara tuntas sebelum menuding jari kepada belia-belia Malaysia dan mencabar mereka untuk serta-merta bekerja di dalam sektor 3 D – dangerous, dirty and difficult – dengan penggajian yang tidak setimpal!

Adalah menjadi satu kewajipan asas negara untuk menyediakan pekerjaan dengan gaji yang baik terutamanya untuk pekerja tempatan ke arah negara yang lebih baik.

* NURUL IZZAH ANWAR adalah NAIB PRESIDEN KEADILAN/ AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: 3.7 juta pekerja asing tanpa izin, apa perlu tambah 1.5 juta lagi?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 FEB: Kerajaan Persekutuan disaran menyelesaikan lambakan 5.8 juta pekerja asing yang terdiri daripadanya 3.7 juta pendatang tanpa izin sebelum mengambil 1.5 juta lagi pekerja asing dari Bangladesh.

Kerajaan turut disarankan menguatkuasakan kawalan undang-undang sedia ada bagi mengatasi isu lambakan pekerja asing.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata situasi itu bercanggah dengan agenda ekonomi digariskan Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020.

Nurul Izzah“Namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

“Perjanjian Malaysia-Bangladesh memeterai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat di kala pengumuman penyusunan semula serta penambahan sistem kadar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Februari 2016,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan medianya.

Katanya, kerajaan sepatutnya memastikan visi ekonomi berjiwa rakyat dicapai dengan menetapkan gaji minimum RM1,350 bagi tahun ini dan mensasarkan RM1,850 pada 2020 untuk mencapai nisbah 40 peratus gaji daripada jumlah KDNK negara.

Bagaimanapun katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wahid sekadar menyebut sasaran ini tetapi tiada sebarang rancangan konkrit dalam mereleasasi sasaran ini.

Nurul Izzah menambah, keadaan ini membuktikan bahawa langkah utama dalam melahirkan gaji minima seperti diimpikan adalah menerusi menetapkan penggunaan pekerja asing dalam industri tertentu dan meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000.

“Khususnya bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, seharusnya tiada pekerja asing digunapakai, untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30 peratus dan bagi industri berasaskan agro atau perladangan peratusan maksimumnya pula 50 peratus,” kata Nurul Izzah.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memastikan levi dibayar syarikat dan majikan yang menggaji pekerja asing bukan seperti praktis apabila pembayaran dilunaskan pekerja.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah turun padang lawat mangsa kebakaran Pantai Dalam

KUALA LUMPUR 9 FEB: Sembilan buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kubor Pantai Dalam tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, api dipercayai bermula akibat litar pintas di satu daripada tujuh rumah itu sebelum merebak ke beberapa rumah berhampiran.

12687806_10153889980197418_4012834934900823403_nBagaimanapun, tiada kemalangan jiwa kerana mangsa sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari.

“Usaha mengawal dan memadam api kini sedang dijalankan bagi mengelakkan api merebak ke rumah berhampiran,” katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turun padang melawat mangsa kebakaran di kawasan itu.

EZY

Categories
NASIONAL

TH patut lantik korporat bukan ahli politik

SHAH ALAM 2 FEB: Lembaga Tabung Haji sepatutnya melantik kumpulan korporat menjadi pasukan pengurusannya dan bukan golongan politik.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata individu berpengalaman dan berintegriti dalam korporat perlu jadi pilihan berbanding lantikan partisan politik yang boleh memberikan kesan negatif kepada pengurusan.

Nurul IzzahKatanya, pihak pengurusan institusi itu juga perlu ada keberanian untuk tampil secara telus berkenaan laporan audit bagi mengembalikan kepercayaan pendeposit.

“Jika gagal berbuat demikian, wajar untuk pihak yang bertanggungjawab meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nurul Izzah berkata, deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang iaitu 5 peratus pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75 peratus jumlah keseluruhan pendeposit.

Katanya, perkara itu memerlukan penelitian khusus dan perbincangan secara mendalam demi memastikan jumlah agihan kepada setiap pendeposit adalah saksama.

“Terutamanya kepada mereka yang dalam keadaan terdesak dan perlu menunaikan haji buat kali pertama.

“Tindakan melebihkan golongan kelas tertentu dalam pengagihan bayaran adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pendedahan telus pastikan simpanan rakyat terjamin

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan notis amaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji dan pelantikan Peguam Negara sebagai ahli pengarah Tabung Haji (TH) baharu yang menambahkan lagi kontroversi yang membelenggu Lembaga Tabung Haji Negara.

Sehingga ke hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih tidak mendedahkan butiran atau menafikan dakwaan berkenaan nisbah aset:liabiliti 98:100.

Merujuk kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengumumkan jumlah kutipan dividen, berikutan jumlah aset yang kurang daripada jumlah liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan:

Pengisytiharan untung boleh agih

22. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana- mana tahun melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu —

(a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan

(b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apaapa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.

Orang awam tidak mempunyai pilihan selain merujuk kepada Laporan Kewangan 2014 memandangkan laporan kewangan Tabung Haji berakhir pada 31 Disember 2015 belum keluar.

Nurul IzzahPun begitu, setiap data yang dinyatakan seperti butiran saham, hartanah, kewangan, sukuk dan nilai aset pada 31 Disember 2015 sepatutnya telah boleh diakses oleh orang awam.

Pengerusi Tabung Haji perlu mengetahui jumlah keseluruhan yang dimasukkan oleh pendeposit Tabung Haji. Hal ini merupakan perkara asas yang wajib ditunaikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

BNM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kawalan Kewangan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang berperanan untuk membantu pengurusan kestabilan kewangan.

Memandangkan LTH bukan meruapakn institusi perbankan. Kebimbangan Bank Negara berikutan kesan yang bakal ditanggung oleh pendeposit apabila kadar liabiliti melebihi aset yang dimiliki.

Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada awalnya adalah untuk menguruskan Tabung Haji dan membantu memastikan jemaah haji mampu menunaikan ibadah haji dengan selamat.

Bahkan kini, LTH dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan jumlah caruman oleh pendeposit agar dapat membantu mengurangkan kos dalam bentuk subsidi kepada pencarum yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Namun demikian, prestasi prospek pelaburan yang dijalankan oleh LTH perlu diberi perhatian serius.

tabung-hajiTambahan pula, ahli lembaga pengarah serta Ketua Pengarah mempunyai kuasa menentukan deposit sekiranya mereka memenuhi tuntutan undang-undang mengikut Seksyen 22 (5).

Seksyen 22 (5) Akta Tabung Haji menetapkan:

(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.

Umum mengetahui, deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang iaitu 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Hal ini memerlukan penilitian khusus dan perbincangan secara mendalam demi memastikan jumlah agihan kepada setiap pendeposit adalah saksama.
Terutamanya kepada mereka yang dalam keadaan mendesak dan perlu menunaikan haji buat kali pertama.

Tindakan melebihkan golongan Kelas-kelas tertentu dalam pengagihan bayaran adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.

Persoalan utama ialah bagaimana Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Tabung Haji membuat perancangan secara teliti terhadap pendeposit 95 peratus umat Islam Malaysia yang mencarum dan bergantung kepada akaun Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji?

Ini merupakan kayu aras dalam mengukur prestasi agihan bayaran dividen. Kita dapat melihat beza antara agihan bayaran dividen pada era 90 an adalah sebanyak 8.5% manakala dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini hanya 6% dividen tahunan yang diumumkan. Hakikat sebeginilah yang dinamakan maju kebelakang.

Berselindung di sebalik faktor kelembapan ekonomi semasa yang telah memberi kesan kepada prospek pelaburan LTH disulitkan lagi dengan merudum krisis kepercayaan kepada kredibiliti keputusan pelaburan yang diputuskan.

Justeru, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH perlu mengambil mengambil tindakan segera dan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan.

Perlu ada keberanian untuk tampil secara telus berkenaan laporan audit bagi mengembalikan kepercayaan pendeposit. Jika gagal untuk berbuat demikian, maka adalah wajar untuk pihak yang bertanggungjawab untuk meletak jawatan.

Lembaga Tabung Haji merupakan institusi awam yang memperoleh kepercayaan orang awam.

Justeru, sebagai salah sebuah institusi yang semakin berkembang maju sewajarnya berupaya untuk melantik seseorang yang berpengalaman dan mempunyai integriti dalam bidang korporat, bukanlah menerima lantikan partisan politik yang mencemar dan memberi kesan negatif kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji.

* NURUL IZZAH ANWAR : AHLI PARLIMEN, LEMBAH PANTAI / NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA, KEADILAN

Categories
NASIONAL

Khalid dan Sabri fail permohonan saman Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 28 JAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan permohonan membatalkan saman fitnah Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan menuduhnya penderhaka negara.

Perkara itu dimaklumkan peguam N. Surendran dan Latheefa Koya mewakili Nurul Izzah selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin, lapor BERNAMA.

Nurul-IzzahProsiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili Khalid dan Ismail Sabri yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman berkenaan.

Surendran berkata kedua-dua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu semalam.

Sementara itu, Latheefa berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap Jabatan Peguam Negara yang mewakili kedua-dua defendan dalam kes saman berkenaan.

“Dalam kes ini, kedua-dua defendan disaman atas kapasiti peribadi dan mereka tidak sepatutnya diwakili Jabatan Peguam Negara kerana anak guam kami tidak menamakan Kerajaan Malaysia dalam kes saman itu,” katanya.

Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu pada 26 November 2015 dengan mendakwa Khalid mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis, Bukit Aman pada 22 November 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.

EZY

Categories
NASIONAL

KEADILAN cabar Pengerusi SPR baru laksanakan reformasi pilihan raya

SHAH ALAM 21 JAN: KEADILAN mencabar Pengerusi Baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah melaksanakan reformasi segera sistem pilihan raya negara dalam tempoh tiga bulan.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata antara perubahan adalah Hashim perlu segera menyiasat Perdana Menteri bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atas dakwaan berbelanja lebih had dalam pilihan raya.

Katanya, Pengerusi SPR baru punyai peluang untuk membuktikan SPR bebas dan adil.

Nurul-Izzah“Peluang ini datang hanya sekali,” katanya.

“Mahukah Hashim mahu diingati sebagai pengerusi SPR yang hanya meneruskan legasi pak turut parti pemerintah, ataupun seorang yang benar-benar menjalankan tugas seperti ditegaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan?,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan medianya.

Katanya, beliau mengingatkanHashim lebih 250 ribu rakyat yang turun ke jalanan melahirkan kecewa terhadap SPR yang dilihat mengguna pakai kuasa yang ada sekadar mengekalkan kuasa sebuah barisan politik semata-mata.

“Rakyat gagal melihat bahawa SPR bebas dan adil,” katanya.

Nurul Izzah berkata dalam kes dakwat kekal, Hakim Mahkamah Rayuan Prasad Abraham dalam penghakiman beliau berkata menjadi tugas utama SPR untuk menjalankan tugas menurut Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, dalam kes itu jelas SPR tidak menjalankan tugas mereka dengan adil.

“SPR perlu berusaha mendaftarkan pengundi secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun, kempen pilihan raya umum lebih panjang, dan akses media adil bagi kesemua parti politik bertanding,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Pastikan satu lawan satu hadapi BN

SHAH ALAM 19 JAN: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengingatkan barisan pembangkang bahawa rakyat negara ini mahukan parti pembangkang yang bersatu untuk menentang BN.

Menurutnya, prinsip satu lawan satu yang diamalkan pembangkang sejak dulu perlu diteruskan untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang.

“Seperti biasa, kita sebagai sebuah parti…KEADILAN yang menyedari bahawa hanya satu sahaja cara untuk melawan BN. Iaitu dengan perlawanan satu lawan satu.

Nurul Izzah“Jadi, kita teruskan dengan prinsip itu. Saya harap semua pihak mengambil hemat dan teruskan usaha kita kerana rakyat mahukan pembangkang yang bersatu,” katanya dipetik Sinar Online.

Katanya, pertemuan antara pimpinan PKR dengan PAS berlaku secara informal dari semasa ke semasa.

Sementara ketika diminta mengulas soal pengaruh BN di kawasan luar bandar di Sarawak, Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan raya KEADILAN mengakui Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem merupakan faktor utama prestasi BN baik di negeri tersebut.

“Secara umum kita ketahui dari segi populariti Tan Sri Adenan menikmati ‘badawi effect’ kerana penggantian beliau selepas Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) mencatatkan 76 peratus populariti.

“Itu tidak bermaksud kita alpa, gusar dan tidak meletakkan harapan tinggi. Kita teruskan usaha kita mencari melalui sumbangan dan sebagainya tapi kita juga pragmatis dengan mengetahui bahawa Tan Sri Adenan merupakan faktor utama prestasi BN yang lebih baik di Sarawak,” katanya.

Katanya, KEADILAN akan bekerja keras di Sarawak dan menawarkan calon terbaik bagi melahirkan suara rakyatnya dalam pilihan raya negeri itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah dan Hannah antara 250 wanita berpengaruh dunia

SHAH ALAM 11 JAN : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tersenarai di kedudukan ke 108 di antara wanita paling berpengaruh di dunia.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita Malaysia yang turut tersenarai ialah Speaker Dewan Selangor (DNS) yang juga Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh iaitu di tempat ke-177.

Izzah powerKajian itu dilakukan oleh RichTopia menerusi laman web http://powerfulwomen.co

Menduduki tempat pertama ialah Hillay Clinton iaitu calon Presiden Amerika Syarikat bagi parti Demokrat.

Sementara tempat kedua ialah pengacara terkenal Oprah Winfrey dan tempat ketiga ialah penulis terkenal J.K Rowling

Tinjuan ini dibuat berdasarkan penglibatan dalam aktiviti media sosial termasuk dalam rangkaian Twitter, Facebook, Youtube, Linkeld dan Instagram.

Hannah powerIa juga dinilai berdasarkan tahap pengaruh mereka selain perilaku mereka yang unggul dan proaktif.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

MalaysiaKu menjelang 2020

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR

BUDAK-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.

Tentunya pelbagai interpretasi mampu diukir daripada pantun klasik ini. Pun begitu, bimbang saya adalah bila ia sering disalah tafsir oleh pak-pak menteri berserta segelintir pimpinan negara kita.

Komentar mereka buat rakyat mudah sekali, “Jika tak setuju, boleh pilih untuk tidak duduk di Malaysia”

Maksud tersirat sebenarnya dalam definisi rumah dan ombak yang dimaksudkan.

Nurul-IzzahOmbak yang diklasifikasikan sebagai kesempitan kos sara hidup; dan bakal menghempas rumah dalam erti kata kehidupan yang bertambah perit apabila rakyat dikerah keringat untuk #2Kerja, sedangkan puluhan menteri pun tidak mampu melunaskan satu kerja iaitu menjaga kebajikan rakyat.

Justeru, selepas mengutip maklum balas dan rintihan teman-teman, saya cuba merungkai satu persatu harapan dan impian buat Malaysia.

Malaysia ini rumah kita; maka tentunya setiap seorang daripada isi rumah ini berhak untuk menuntut hak mereka dan jaminan agar generasi akan datang terpelihara.

Berikan saya ruang menjemput saudara-saudari, menaiki kapsul masa bersama saya dan meninjau keadaan Malaysia yang kita impikan pada tahun 2020.

Pada waktu itu, Pakatan Harapan bersama teman-teman lain telah menang besar dalam PRU14 yang telah diadakan pada tahun 2018. Kerajaan Malaysia telah dua tahun berada di dalam tampuk pemerintahan Pakatan Harapan.
Meskipun baharu, telah banyak perubahan-perubahan yang kita berjaya laksanakan.

Bukan hanya bersifat material dan kosmetik, tetapi dasar dan falsafah negara yang menjadi platform penyatuan rakyat dan negara. Kepimpinan tatkala itu menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat Rukun Negara sebagai tunjang utama.

Selamat MalaysiaAlangkah indahnya apabila pendidikan tidak lagi dipolitikkan. Bayangkan anak-anak kita mencatat prestasi cemerlang di sekolah.

Ini kerana mereka berada dalam dasar yang konsisten dan tidak lagi menjadi mangsa ditikus makmalkan oleh kementerian yang mengubah dasar setiap kali menteri pendidikan diubah.

Tambahan pula, menteri pada waktu itu diangkat atas kapasiti pengalaman dan kemampuan serta dinilai oleh rakyat menerusi Key Performance Index yang relevan.

Bayangkan waktu itu Sekolah Rendah Berasrama Penuh di kawasan-kawasan tertumpu berpendapatan rendah berjaya diwujudkan, contohnya di Kampung Kerinci, Taman Medan dan Jinjang Utara.

MalaysiaKu menjelang 2020, universiti-universiti awam dikembalikan dana dan belanjawan bagi memantapkan penyelidikan dan pembangunan.
Bayangkan saat itu, Universiti Malaya yang menjadi kebanggaan dan warisan pendidikan tinggi negara mencapai ranking QS sehingga top 50 di peringkat global.

Bahkan dana yang dipotong pada Bajet 2016 dikembalikan dalam bentuk pelaksanaan aktiviti yang berpusatkan membangun karakter mahasiswa universiti-universiti awam di Malaysia.

Saya bayangkan juga, Harimau Malaya merangkul gelaran juara Asia apabila FAM dirombak dari gelojak politik serta pemain dalam yang layak dan terbaik terpilih.

Harimau Malaya juga menyerlah dalam Kejohanan Juara Asean dan membolot licin keseluruhan anugerah yang disediakan.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan kadar GST kepada sifar peratus. dan mengeluarkan arahan kepada KPDNKK agar memantau harga barangan supaya tidak wujud monopoli yang membebankan rakyat terbanyak.

Malaysiaku menjelang 2020, undang-undang drakonian dilupus serta-merta dan tiada lagi tahanan politik yang dipenjarakan.

Serta keutamaan diberikan kepada keselamatan taman-taman perumahan dan konsep neighbourhood policing diperkenalkan bagi memantau secara mikro kesejahteraan rakyat di taman perumahan.

Masyarakat Melayu Bumiputera akan dibantu berpandukan kayu aras kestabilan sosial. Sasaran ekonomi kita adalah pekali GINI 0.35 menjelang 2018 dan bukan lagi bergantung pada GDP per kapita.

Saat itu, kerajaan tidak akan benarkan rakyat yang miskin terus papa kedana. Diminimumkan kadar kemiskinan relatif pada 60 peratus gaji median serumah pada setiap bulan.

Malaysiaku 2020, sering disebut di bibir pemimpin dunia kerana kepimpinan yang adil, selamat dan ekonomi yang peduli rakyat dan penemuan saintifik terkini.

Ayuh teman-teman, bersama-sama kami dalam merealisasikan impian dan wawasan yang dekat dengan jiwa generasi kita.

Pesan saya untuk anak muda, pastikan anda sudah laksanakan kewajipan mendaftar sebagai pengundi baharu di pejabat pos, dan program yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

* Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai

Dipetik: SINAR HARIAN

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Nuha masih di ICU, namun berkeadaan positif

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 DIS: Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.

Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.

Nurul Nuha Anwar, the second daughter of Anwar Ibrahim, speaks during an interview with The Malaysian Insider at her house in Segambut, Kuala Lumpur on February 18, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
Nurul Nuha Anwar

“Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.

Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Nurul Izzah: Demi Sarawak!

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Saya hadir di Sarawak menujukkan solidariti bersama pimpinan tempatan Parti Keadilan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.

Saya hadir di Sarawak untuk memberi sokongan kepada bakal calon-calon tempatan KEADILAN menjelang PRN Sarawak.

Nurul IzzahSaya hadir di Sarawak demi meneruskan agenda menabur bakti kepada rakyat Sarawak menerusi projek mini Parti Keadilan Rakyat ‪#‎Changemakers‬ ‪#‎DemiSarawak‬ dengan menyalur lampu jalan, elektrik dan air bersih secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman Sarawak.

Malangnya hari ini (6 Disember) , saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi di bawah seksyen 65 (1) (a) Akta imigresen 1959/63.

Jelas, Akta Imigressen 1959/1963 sebenarnya hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah.

Akta ini tidak memperuntukkan sekatan kepada ahli parlimen yang berhak menjalankan tugas demi kepentingan rakyat.

Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik.

Apakah sebenarnya rasional kerajaan BN Sarawak menyekat kemasukan saya?

Tindakan ini walau pun di bawah bidang kuasa negeri, tetapi ia bertentangan sekali dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota Dewan Rakyat.

Lebih mengecewakan lagi, keistimewaan Sarawak dalam perlembagaan digunakan bagi menjaga kepentingan pemimpin BN Sarawak!

Tindakan ini merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri yang seharusnya menumpukan agenda keselamatan warga Sarawak daripada anasir pengganas, penjenayah dari dalam dan luar negeri – bukannya ahli parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah!

InshaaAllah, saya akan kembali ke bumi kenyalang dan menumpukan segala usaha untuk merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pimpinan lainnya.

Buat teman-teman semua – semarakkan bumi Sarawak dengan laungan keadilan! Khusus bila masa Sarawak digunapakai untuk meneruskan hayat Barisan Nasional yang tercalar buruk akibat Perdana Menteri dan akaun peribadinya!

‘Hari ini bukan hari untuk kita mengalah, tetapi ia merupakan hari permulaan rakyat Sarawak bangkit menolak BN pada PRN 2016!’

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya KEADILAN