Categories
NASIONAL SELANGOR

Air percuma diteruskan 10 tahun lagi-FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 23092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pemberian subsidi air percuma 20 meter padu akan diteruskan lagi sehingga tempoh 10 tahun akan datang.

2. Kakitangan Awam Selangor bakal menikmati rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

3. Sebanyak 5 pangsapuri dipilih menjadi perintis Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA) yang dirumus bagi membantu polis memelihara keamanan dan mencegah jenayah di kawasan-kawasan pangsapuri seluruh Selangor.

4. Sesi retreat Exco Kerajaan Negeri di Bangkok tidak ada kaitan dengan kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua @ Chin Peng, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Categories
SELANGOR

Retreat Bangkok tidak ada kaitan dengan Chin Peng

retreat

SUBANG JAYA 23 SEPT : Sesi retreat Exco Kerajaan Negeri di Bangkok tidak ada kaitan dengan kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua @ Chin Peng, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Retreat itu merupakan sesi perbincangan merangka Pelan Tindakan Lima Tahun melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat, selain dari merisik pelabur penting dari Thailand, Central Group (CPN) dan mengenalpasti teknologi Industrialized Building System (IBS) untuk membantu pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor.

Bercakap kepada media seusai Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, Abdul Khalid berkata keizinan diperoleh dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum sambutan Hari Malaysia, 16 September lepas.

“Saya tidak tahu siapa akan meninggal dunia pada Hari Malaysia,” katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia ketika umurnya 88 tahun di Bangkok, Thailand, pada 16 September lepas. Beliau hidup dalam buangan di negara jiran dan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.

Beliau melancarkan perang gerila menentang penjajah British, dan kemudian memerangi Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan pemerintahan komunis sehingga perjanjian damai dimeterai antara kedua-dua pihak pada 1989.