Categories
NASIONAL

DAP kekal bersama Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 24 MAC: DAP memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat kerana ia gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat untuk membina Malaysia baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.

PAKATAN RAKYAT“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam Pakatan Rakyat, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” katanya.

Guan Eng berkata DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

“Rakyat yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama,” katanya dalam kenyataan media.

EZY

Rakyat sedang susah, Putrajaya tambah lagi jet peribadi

Pakatan Rakyat bidas Putrajaya membeli jet peribadi baru untuk Perdana Menteri di kala rakyat sedang bergelut dengan kesan bencana banjir dan kemunduran prasarana

Peruntukan kebajikan bukan Islam di Selangor terbesar di Malaysia

Dasar kebajikan untuk penganut bukan Islam akan terus ditambahbaik selaras dengan prinsip keadilan dan kepedulian yang diamalkan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Wan Azizah: PR akan bincang Ketua Pembangkang baharu

Pakatan Rakyat akan bincang untuk menamakan penganti Ketua Pembangkang yang baharu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pesanan terakhir : Pelihara kekuatan Pakatan Rakyat

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

MB: Berbincang beza idea bukan berbalah terbuka

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 3 FEB: Pakatan Rakyat (PR) tidak perlu membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka bagi mengelakkan manipulasi pihak media.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata PR mengamalkan konsep konsesus dan perbincangan bagi mencari penyelesaian sesuatu isu yang dibangkitkan.

PAKATAN RAKYAT“Semangat Pakatan Rakyat kita berbincang dalam mesyuarat dan mengambil kata putus melalui konsensus dan muafakat, itu yang penting.

“Kerana kekuatan PR ialah berdasarkan konsensus. Jadi tak perlu kita bincang secara terbuka dalam media.

“Lagi-lagi media yang dikuasai oleh parti pemerintah,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan perbezaan pandangan di antara PAS dan DAP.

Mohamed Azmin menjelaskan, pihaknya masih belum mendapat sebarang makluman berhubung cadangan mesyuarat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangorberkata perkara itu hanya cadangan namun sehingga ke hari ini, masih tiada satu tarikh diputuskan Majlis Pimpinan PR.

“Kita akan bincangkan. Itu satu cadangan, saya masih belum dapat tarikh,” jelasnya ringkas.

Menyentuh mengenai perkembangan pilihan raya kerajaan tempatan seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri Pulai Pinang, Mohamed Azmin berkata perkata itu juga akan dibincangkan kelak.

Beliau bagaimanapun masih tidak pasti mengenai status perbincangan yang akan dibawa sama ada di peringkat parti atau Majlis Pimpinan PR.

EZY

MB terima memorandum gesa pembangunan mesra OKU

Sinopsis:

Aktivis dan peguam Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohammad Faizal Che Yusof berkata golongan OKU berharap Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menetapkan teladan untuk dituruti negeri lain dalam membela nasib OKU.

Peruntukan bantuan untuk rumah ibadat bukan Islam akan ditambah mengikut keperluan

Sinopsis:

Tambahan peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam akan ditambah bagi memantapkan kemudahan untuk penganut bukan Islam di Selangor.

Categories
NASIONAL

Pakatan lebih banyak perjuangkan golongan muda berbanding BN

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 NOV : Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib golongan muda disangkal keras pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata baik pihaknya mahupun anggota pemuda dalam PR sentiasa bergerak seiring dalam masyarakat melalui pelbagai agenda dan program yang diwujudkan.

PAKATAN RAKYATMengambil contoh di dalam PAS, beliau berkata parti Islam itu memiliki beberapa pertubuhan antaranya Jabatan Unit Amal untuk memberi khidmat kepada masyarakat semasa bencana selain mewujudkan rangkaian perniagaan dan khidmat guaman sebagai agensi kepada Pakatan.

“Kami Pemuda PR juga terlibat dalam program kesukanan dan kebudayaan selain turun bersama anak muda hampir setiap hari untuk mendampingi mereka.

“Sekarang kita sedang mengembangkan generasi anak muda dengan menyediakan platform untuk anak muda, mewujudkan rangkaian perniagaan dan khidmat guaman yang menjadi agensi untuk PR.

“Ini Khairy tak nampak, dia cuma nampak Umno sedangkan kita sudah sediakan pelbagai program untuk masyarakat,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada Perhimpunan Agung Pemuda PPP di Kuala Lumpur Ahad lalu, Khairy mendakwa Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah gabungan anak muda yang banyak memperjuangkan isu semasa dan masalah dihadapi golongan muda berbanding Pemuda Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pemuda parti komponen BN mengamalkan politik berteraskan nilai dan makna untuk seluruh generasi Malaysia dan bukannya menitikberatkan cita-cita dan agenda tersembunyi seseorang.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai dakwaan BN bahawa pemuda pembangkang tidak memperjuangkan isu perumahan, peningkatan kos hidup dan masalah pinjaman bank yang dihadapi golongan muda, Suhaizan berkata polisi utama itu seharusnya dilakukan oleh BN yang bertindak sebagai kerajaan pemerintah.

Katanya sebagai parti pembangkang, PR hanya boleh mengesyorkan penambahbaikan dan cadangan mengenai pembangunan masyarakat menerusi sidang Dewan Rakyat.

“Perkara ini banyak disebut oleh Ahli Parlimen PR dan disebabkan kita bukan pemerintah, maka kuasa pelaksanaannya agak terhad.

“Tetapi kita berusaha membangkitkan kesedaran rakyat salah satu daripada caranya adalah melalui pengajuran himpunan secara aman,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Pakatan terus kukuh muafakat walau diasak teruk

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 27 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengambil keputusan terus bermuafakat serta memperkukuh hubungan antara tiga parti komponen dalam gabungan itu bagi mendepani pelbagai cabaran politik.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kesepakatan itu dicapai melalui mesyuarat antara pimpinan tertinggi PR yang berlangsung di Parlimen petang tadi.

PAKATAN RAKYAT“Kepimpinan hari ini menyatakan bukan sahaja untuk meneruskan (gabungan) tapi memperkukuhkan hubungan meskipun diasak dengan pelbagai cabaran termasuk berdepan Akta Hasutan di kalangan pemimpin,” katanya dalam sidang media.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya akan terus berjuang berhabis-habisan dalam menyatakan sokongan terhadap Anwar yang berkemungkinan bakal berhadapan hukuman penjara dalam perbicaraan terakhir esok.

Katanya sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Ketua Pembangkang itu, maka satu mesyuarat tergempar di kalangan pemimpin PR akan diadakan serta-merta.

“Sekiranya perkara yang kita tidak ingini tetap berlaku, maka majlis pimpinan tertinggi PR akan mengadakan mesyurat tergempar untuk bincang jika (Datuk Seri) Anwar dipenjarakan.

“Ia bagi menunjukkan keutuhan dan ketegasan yang dicapai dalam PR,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pula tetap berpendirian bahawa pendakwaan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik dan ingin memalapkan karier beliau sebagai pemimpin.

Beliau turut mencabar Putrajaya supaya mengambil peluang ini untuk membebaskan mahkamah daripada pengaruh politik.

“Pendirian kita dari awal ialah pendakwaan ini bermotifkan politik, sebab itu kita pertahankan Datuk Seri Anwar kerana beliau tidak perlu didakwa dari hari pertama lagi.

“Putrajaya perlu ambil peluang ini untuk membebaskan mahkamah dari pengaruh politik.

“Kita yakin Anwar tidak bersalah dan mengambil peluang ini untuk kukuhkan hubungan dalam PR,” katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

Keputusan rayuan kes membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada Selasa dan Rabu ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Belanjawan dibentang Pakatan lebih pro-rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR) ternyata lebih ‘pro rakyat’ berbanding Belanjawan 2015 bertemakan Pro Rakyat Barisan Nasional (BN).

Belanjawan PR yang dibentang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan disamping mengambil kos sara hidup.

BzkkMesCUAARs1LAntaranya, PR memilih untuk melaksanakan cukai keuntungan modal dan cukai warisan harta yang dikenakan ke atas golongan kaya tanpa menyentuh mereka yang berpendapatan rendah.

Sebaliknya, belanjawan pro rakyat BN yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

BN terus tegar mahu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketahui menyentuh secara langsung semua tingkat pendapatan rakyat.

Dengan GST, perbelanjaan isi rumah keluarga berpendapatan dijangka terus menjunam ke bawah dan lebihan pendapatan juga berkurangan.

Selain itu, BN juga akan terus mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat dengan nama rasionalisasi subsidi termasuk subsidi petrol, kononnya untuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara.

Bagaimanapun, PR berpendirian pemberian subsidi bukan punca kegoyahan ekonomi tetapi berpunca daripada pentadbiran penuh ketirisan dan rasuah yang diamalkan BN.

Sehubungan itu, PR akan menyemak projek-projek Kerajaan Pusat dan memerangi amalan untung atas angin untuk elak ketirisan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemuda Pakatan mahu Pimpinan selesai segera krisis MB

Pemuda Pakatan Rakyat telah bermuafakat menggesa kepimpinan utama Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor dengan segera.

Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia.

Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius tindakan siri tangkapan di bawah Akta Hasutan akhir-akhir ini.

Tindakan-tindakan ini jelas bercanggah dengan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang tersebut dan janji memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional pada 2012.

Bagi menyatakan pendirian Pemuda Pakatan Rakyat, kami akan bertemu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 11.00 pagi pada 11 hb September 2014 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya untuk meminta penjelasan segera terhadap isu-isu yang berbangkit dalam isu ini.

Ini merupakan permulaan kepada kempen Pemuda Pakatan untuk memastikan akta ini dimansuhkan serta-merta dan memastikan agar tiada lagi rakyat Malaysia menjadi mangsa undang-undang tersebut.

Baru-baru ini Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah membuat keputusan yang konklusif berkenaan menukar keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Tiga Hakim yang bersidang sebulat suara memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan tanpa mengecualikan pegawai SPRM.

Maka dengan itu, kami Pemuda Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Polis untuk membuka kembali kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Kami menggesa Ketua Polis Negara (KPN) untuk memastikan siasatan terperinci dan telus segera dilakukan demi mencari kebenaran berkaitan kematian Teo Beng Hock lima tahun lalu.

Sebarang penemuan berhubung kes ini pastinya menjadi amat signifikan kerana banyak kematian dalam tahanan pihak berkuasa samada kes Ahmad Sarbaini dan lain-lain.

Pemuda Pakatan Rakyat akan bersama menyokong mana-mana calon yang akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, Kelantan.

Kami akan berkempen secara bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat.

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY MALAYSIA